TERKINI :

Friday, April 22, 2016

Tarik balik tuduhan ‘dongeng’ atau saya saman – Mukhriz

mukhriz_najib_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin menarik balik kenyataan yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Besar Kedah memberi tempoh seminggu kepada Sarifuddin untuk menarik balik kenyataan itu atau disaman.

“Saya minta supaya Tengku Sarifuddin tarik balik kenyataannya. Kalau tidak saya akan saman,” katanya dalam satu temubual khas yang dimuat naik dalam blog mukhrizmahathirfc.com.

Mukhriz mengulas kenyataan Sarifuddin sebelum ini yang mendakwa terdapat satu gerakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib dan menyerahkan jawatannya itu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, Shafie, Mukhriz tidak layak bertanding pada PRU14 atas tiket UMNO

umno 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dituju kepada Timbalan Presiden UMNO digantung parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, ketiga-tiga individu itu tidak layak membawa suara UMNO, kerana telah mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap Presiden.

“Jika mereka (Muhyiddin, Shafie, Mahathir) tidak menyokong UMNO dan Perdana Menteri, maka tidak wajarlah mereka mewakili UMNO (pada PRU akan datang),” katanya di Ibu Pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ketiga-tiga pemimpin tersebut masih layak mewakili UMNO pada PRU14.

Abang Terlajak Laris Umum Tajaan di Stadium Darul Aman Esok?

PETALING JAYA: Pemilik D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bakal membuat pengumuman penting di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam - dipercayai membabitkan penajaan bernilai RM30 juta untuk pasukan Kedah.

Menurut usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu, beliau akan turut serta menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

"Saya juga akan membuat pengumuman penting ketika berada di sana," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Aliff Syukri bagaimanapun masih 'mengunci mulut' ketika ditanya sama ada pengumuman penting yang dimaksudkannya adalah membabitkan isu penajaan terhadap pasukan Helang Merah itu.

"Tunggu esok. Semuanya akan terjawab esok di Stadium Darul Aman. Maaf, saya tak boleh nak beritahu apa-apa sekarang," katanya.

Siasatan ke atas 1MDB dalam takut, dakwa Economist

 
Kes siasatan ke atas 1MDB bakal menjadi ujian penting berhubung cara dunia berdepan dengan gejala rasuah rentas sempadan, kata The Economist.

Majalah antarabangsa berkenaan mengimbas semula skandal yang melanda firma pelaburan milik negara itu dan kaitannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dengan rasuah dan gerakan taktikal di pesisir luar berada di agenda tinggi selepas pembocoran kertas Panama, penyiasat mempunyai insentif tambahan untuk menggali dengan lebih mendalam,” katanya.

The Economist mendakwa siasatan dalaman Malaysia seolah-olah bersifat takut ataupun tersentap, justeru membiarkan negara-negara lain menjalankannya.

"Tahun lalu Peguam Negara digantikan - kononnya atas alasan kesihatan, walaupun dokumen yang bocor memberi bayangan bahawa beliau bersedia mengenakan tuduhan jenayah terhadap Najib.

"Pengganti beliau menolak cadangan bank pusat supaya 1MDB menghadapi tuduhan.

"Laporan Parlimen ke atas firma itu mengenal-pati berlakunya penyelewengan tetapi tidak mendakwa adanya penipuan secara terang-terangan," katanya.

Majlis Syura ISMA setuju UMNO – PAS bersatu

PETALING JAYA: Majlis Syura Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) menyokong pendapat penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik apabila menyatakan UMNO dan PAS perlu mewujudkan kerajaan campuran demi kebaikan negara.

Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, Sharipuddin Ab Kadir berkata, permuafakatan itu tidak seharusnya terhad kepada UMNO dan PAS, sebaliknya ia perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan juga bumiputera di negara ini.

“Sepatutnya bukan setakat UMNO dan PAS sahaja tetapi pemuafakatan ini perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” katanya seperti dilapor laman portal Ismaweb.

Semalam, Dr Zakir menyatakan kerajaan campuran antara UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia sebagai usaha memacu negara lebih maju serta mengukuhkan Islam.

Mengulas lanjut, Sharipuddin turut menjelaskan mereka yang tidak suka kepada permuafakatan, merupakan tergolong dalam kelompok yang tidak suka melihat Melayu Islam bersatu di Malaysia.

“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” ujarnya.

Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote

oleh AnakKedah007


Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC aku nie....

Aku rasa sudah tiba masanya TAN CHENG HOE nie diberi surat berehat oleh KFA... tactikal beliau semakin hari semakin kelam kabut dilihatnya... so far player yg ada tu kira cukup makan dah jika di asuh dan diasak dengan beberapa tactikal yg padu dalam sesuatu perlawanan.

Zaman sekarang bukan jenis kekal satu gaya bebas sahaja... stail boleh berubah sekelip mata bila rentak perlawanan dibaca..bukan dok main pesen yg sama saja... kita kena satu step kedepan dengan lawan namun jika kita just maintain sahaja tactikal kita maka lauklah jadinya...

Jika hangpa perhati kebanyakkan game kedah kita akan ada kebolosan pada minit terakhir dan corak permainan KEDAH akan dilihat hebat dengan tiki taka dia 45 minit pertama sahaja..jika masuk masa kedua main dah slow dan game jadi hancur semua asyik nak bertahan saja...

Cukuplah aku membebel disini aku bagi print screen sebahagian kawan2 aku yg juga tak suka cara TCH ..hangpa baca lah luahan hati depa...

Jangan Salahkan Farhan - TCH

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui kecewa dengan prestasi barisan pemain skuad Helang Merah selepas diaibkan T-Team 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Rabu malam.

Menurutnya, rentak permainan yang dipamerkan pemain bukanlah kemampuan sebenar mereka seperti sebelum ini.

"Apa yang saya lihat dalam perlawanan itu, mereka (pemain) begitu letih akibat jadual padat sehingga banyak melakukan kesilapan yang memberi peluang kepada lawan menghasilkan empat gol.

"Saya tidak menyalahkan Farhan Abu Bakar sebagai penjaga gol kerana apa yang kita tahu ini adalah pengalaman pertamanya beraksi dalam Liga Super.

"Dia perlu diberi peluang dan banyak pendedahan untuk beraksi lebih baik, saya yakin dia akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan," katanya kepada mStar Online.

MT UMNO menganggap Mahathir sudah tidak relevan

Mohd Puad Zarkashi

KUALA NERUS - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kehilangan pengaruh dan sudah tidak relevan lagi setelah gagal dalam cubaannya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Dr Mahathir perlu menerima hakikat bahawa semua perancangannya untuk menyingkirkan Najib gagal dilaksanakan walaupun menyebar fitnah tentang derma RM2.6 bilion.

"Sebelum ini Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan telah dibuat oleh hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

"Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan bahawa wang tersebut adalah dana politik. Adakah Tun M akan minta maaf setelah semua ini terbukti?" kata Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, hari ini.

Pengarah, kontraktor ditahan di Alor Setar kerana disyaki terlibat rasuah

Pengarah, kontraktor ditahan disyaki terlibat rasuah

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana disyaki terlibat rasuah dalam pemberian beberapa tender projek dengan anggaran kos berjumlah jutaan ringgit.

Suspek ditahan ketika tiba di pekarangan pejabatnya kira-kira jam 4 petang semalam.

Turut ditahan seorang kontraktor bergelar Datuk Seri di sebuah pejabat di Sungai Petani, malam kelmarin.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.511930!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpgSumber SPRM Kedah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk membantu siasatan berhubung isu pemberian tender di jabatan berkenaan bagi tahun 2014 hingga 2016.

Terdahulu, seorang individu di jabatan berkenaan yang enggan dikenali mendakwa kebanyakan tender projek dipercayai diluluskan pengarah berkenaan secara ‘dalam selimut’ dan tidak dibuat melalui tender terbuka atau sebutan harga.

Katanya, insiden itu dipercayai berlarutan lebih lima tahun lalu dengan hanya memberi projek kepada beberapa kontraktor tertentu.

Buat rayuan untuk kekal

“Dia sudah diarah tukar ke agensi lain pada 23 Mac lalu dan diminta melaporkan diri pada 7 April. Namun dia dikatakan membuat rayuan kepada seorang menteri dan diluluskan permohonannya untuk kekal sebagai pengarah di jabatan berkenaan.

“Dia diarah tukar oleh ibu pejabat setelah menghidu beberapa salah lakunya tapi dia tetap bertegas dan merayu dikekalkan di Kedah,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...