TERKINI :

Thursday, April 21, 2016

UMNO – PAS wajib bekerjasama – Mufti Perak

 umno-pas
PETALING JAYA : Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, UMNO dan PAS wajib menjalankan kerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini.

Mufti Perak itu berkata, walaupun mempunyai ideologi politik berbeza, tetapi hubungan kedua-duanya yang masing-masing merupakan parti Islam di negara ini tidak boleh dipisahkan.

Beliau menjelaskan, umat Islam walaupun berbeza pegangan politik adalah haram berpecah dan perkara itu telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

“Saya amat bersetuju supaya UMNO dan PAS bekerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini. Itu memang ajaran Islam, umat Islam kalau berpecah hancur kita.

“Ideologi berlainan tidak mengapa tetapi perpecahan tidak boleh. Hendak selamatkan Islam di negara ini hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara UMNO dan PAS,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik menyatakan, kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Kedah memang layak kalah malam tadi, tactikal TCH & player semua hancur

Encik Jimie


Kedah sangat layak untuk kalah against T.Team. Thanks you The Red Eagle Helang Merah page.

1. Masalah loop hole yang terlalu besar dan banyak semasa zonal marking melibatkan kesemua pemain back four. Paling ketara di sebelah RB.

2. Tactical errors. Kedah bermain berada di dalam shape taktikal pasukan T.Team. Senyum besar pasukan T.Team. Again, subsitution by head coach juga kurang tepat kerana tidak membantu langsung untuk keluar daripada shape taktikal pasukan T.Team. Malah membuka lebih mudah lagi masalah loop hole tersebut kepada pasukan T.Team untuk berjaya menambah gol.

3. Goalkeeper. Kemana perginya performance semasa menentang pasukan Jepun dahulu semasa di bawah kendalian coach Razip Ismail? Amateur display. Ingatkan cerita mengenai Donnarumma mampu membuatkan penjaga gol tersebut menjadi bagus. Mungkin saya kena tunjuk gambar kereta Donnarumma barangkali.

4. Mana perginya closing down di bahagian midfield? Where where and where? Itu basic tactical sahaja. Tak susah hendak dipelajari dan difahami.

SUMBER

Deklarasi Rakyat.. Bebaskan Anwar... Turunkan Najib... Kalahkan BN...Teruskan memberi tekanan...

DEKLARASI RAKYAT DAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR


Walaupun ada yg cetek pemikiran mereka mendakwa sesiapa yg menyokong Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib maka mereka ini telah melupakan Anwar, namun bagi aku Deklarasi Rakyat itu lahir dari semangat atau roh DS Anwar itu sendiri.

Sebelum Anwar disumbatkan ke dalam penjara, Anwar sendiri mahu Najib letak jawatan ataupun diundurkan. Kelantangan Anwar itu mengakibatkan sekali lagi beliau terpenjara. Namun, semangat Anwar disambung pula oleh Kak Wan, isterinya yg juga Presiden KEADILAN dan juga Ketua Pembangkang. Maka, Kak Wan melalui Parlimen telah membuat ucapan di antara lain menyebut...

" Selamatkan Malaysia wajib bermula tanpa mengira apa jua fahaman politik mereka".

Kak Wan mencuba dengan kaedah membawa usul di Parlimen untuk menolak bajet yang dibentangkan oleh Najib. Sejarah tercipta melalui Kak Wan. Menolak bajet ini adalah usaha simbolik untuk mendesak Najib letak jawatan. Usaha ini telah dijangka sukar namun usaha perlu dibuat.

Kini, telah diwujudkan Deklarasi Rakyat yang menjurus kepada mendesak agar Najib diturunkan dan terkandung di dalamnya beberapa tuntutan lain termasuk melakukan reform ke atas sistem yg telah rosak teruk termasuk reform terhadap institusi kehakiman.

Susah getir mertabatkan PAS dahulu dengan ukhwah, kini diratah sekawan fitnah adu domba

SUSAH GETIR MERTABATKAN PAS DAHULU DGN UKHWAH, KINI DIRATAH SEKAWAN FITNAH ADU DOMBA - MAZLAN ALIMAN

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, ' duit belanja ada? Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.

Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. ' Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, ' saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini(ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat.

■ Mazlan Aliman ialah AJK Pas Pusat.
■ 20 April 2015





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...