TERKINI :

Tuesday, April 19, 2016

Norazli Menang, Ertinya Sudah Boleh Keluar PAS Beramai-ramai

https://4.bp.blogspot.com/-3t1EGs343h0/VxWn9TOMeLI/AAAAAAAB7yg/hl3Ol5dlOKkL3GmmlLx9IG3B0jmg_A-IgCLcB/s1600/taliban.jpg
Mahkamah Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini telah memberi kemenangan kepada Norazli Musa, di dalam kes Norazli Musa lwn Ahmad Syihan bin Ismail.

Hakim mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir"

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.


Faktor wanita punca cubaan bunuh komando

 
MELAKA: Siasatan awal polis mendapati faktor wanita menjadi punca seorang komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, cedera teruk dipukul dan cuba dibunuh di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu, tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini. "Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa. "Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sebentar tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Koperal Mohd Daud Karim, 26, cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai Timun. 

Adakah ANNUAR MUSA cuba mengatakan NAJIB juga tidak bermoral

Shahbudin Husin,

Kata Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, adalah suatu kesalahan dari segi moral bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli banglo dengan harga di bawah nilai pasaran.

"Dia kena terima terima hakikat....dari segi moral memang salah.

"Dia sebagai seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jka tidak kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri," ujarnya lagi.

Kelihatannya sungguh bermoral wajah Annuar Musa bila beliau mengucapkan kata-kata seperti itu.

Tetapi, kenapa kata-kata yang sama tidak ditujukannya kepada Najib Razak?

Adakah bermoral bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya, sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ, bukan setakat RM2,600 juta, malah didakwa menjangkau RM4,200 juta jumlahnya?

Jika Najib bukan berjawatan Perdana Menteri, adakah sesiapa dalam dunia ini yang mahu memberikannya derma sebanyak itu?

Tidakkah dalam akta SPRM, menerima derma bagi penjawat awam juga merupakan suatu kesalahan?

Tambahan 1,200 AES telan kos RM500 juta

AES
PETALING JAYA: Dianggarkan kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut maklumat yang diperolehi Nanyang Siang Pau daripada laman web Jenoptik Robot, pengeluar kamera AES berpangkalan di Jerman, Malaysia membelanjakan AS$53 juta (RM267 juta) untuk membeli 550 kamera AES buat pertama kalinya pada 2012.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan akan menambah 1,200 kamera AES yang memerlukan anggaran kos sebanyak AS$115 juta (RM450 juta).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penambahan kamera AES di seluruh negara tidak patut dipolitikkan, kerana ia merupakan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum pemandu kenderaan.

Laporan kewangan suku kedua Jenoptik Robot pada 2012 menunjukkan, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan 550 kamera AES pada harga AS$53 juta.

Laporan 1MDB WSJ dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer

Siri artikel terbitan The Wall Street Journal mengenai skandal kewangan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi Hadiah Pulitzer.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Menurut laman web rasmi Hadiah Pulitzer, WSJ mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Mereka diberikan kredit bagi hasil kerja-kerja yang digambarkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan amalan rasuah di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia".

Hairan , Pelik Dan Ajaib.. sudah 60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu di bawah pemerintahan mereka...

Oleh Ridzwan Abu Bakar


"Saya hairan, pelik dan terkejut dengan reaksi ahli Umno dan orang Melayu terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Najib dan pemimipin Umno" kata seorang 'bekas' tokoh Umno.

"Nak tunggu sampai bila pun tak tau la baru orang melayu nak cerdik... Najib pemain kita kiri kanan pun depa tak sedaq lagi" syarah 'bekas' Pak Yet Umno peringkat bahagian.

"Nak harap ketua bahagian susah la.... depa makan dedak banyak sangat...... kita tak banyak dedak, Najib banyak dedak " luah 'bekas' orang tua Umno.

Demikian, orang2 umno menzahirkan kehairanan mereka; untuk mereka 'hairan' ini adalah sebenarnya harga yang harus dibayar untuk mengangkat martabat orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa ajaib dan pelik
60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu

Lelaki Ini dipenjara 17 tahun Kerana Bunuh Penyamun yang Merompaknya

Shah Alam – “Walaupun mangsa telah melakukan samun, kamu tidak sepatutnya mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan memukulnya sehingga menyebabkan kematiannya.”

Demikian ditegaskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman ketika menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas Mohd Azrin Shah Mohamed Azraai kerana menyebabkan kematian M. Joseph, 26, tiga tahun lepas.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac 2014. Mohd Azrin, 36, bekerja sebagai ‘bouncer’ atau ‘penjaga’ di sebuah kafe siber di Petaling Jaya.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersama-sama tiga lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Joseph di sebuah kafe siber di No: D-G-28, Blok D2, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya dekat sini, antara 7.35 pagi dan 9.50 pagi, pada 5 Nov 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Halim turut menegur sikap tertuduh kerana terlalu mengikut nafsu dan perasaan sehingga bertindak melampaui batasan.

Rakyat tak bodoh – Mukhriz

muhkriz,adel
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan beberapa menteri yang meminta semua pihak berhenti melemparkan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal sumbangan RM2.6 bilion.

Katanya, rakyat tidak bodoh dan begitu mudah mempercayai kenyataan seorang menteri luar dari Arab Saudi.

“Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup, maka tidak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.

“Kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview (temuramah) pihak terlibat, dapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti-bukti, contohnya akaun, bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luar negara ke akaun Perdana Menteri sendiri,” katanya dalam satu wawancara khas yang dimuat naik ke dinturtleoriginal.blogspot.my.

Mukhriz merujuk kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada minggu lalu yang mengakui sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya datang dari negara itu.

Ayuh..marilah kita membantu adik ini seberapa yang mampu.. dia memerlukan RM100,000 lagi..

Nur Arissa perlu RM100,000 lagi

PENANTI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan yang menderita penyakit barah hati memerlukan dana RM100,000 lagi untuk meneruskan rawatan pakar di China.

Nur Arissa Ramadhania yang menghidap penyakit itu sejak berusia tiga bulan perlu melakukan pembedahan segera selain mendapatkan rawatan khusus di sana.

Ibunya, Nuradila Halim berkata, sejak kisah anaknya diviralkan di laman sosial dan WhatsApp, dia telah menerima sumbangan awam kira-kira RM60,000 sahaja dan masih memerlukan dana tambahan.

“Kami pilih untuk bawa Nur Arissa ke China selepas dimaklumkan penyakit yang dihadapi oleh Nur Arissa dapat dirawat dengan cepat di China.

“Kos perubatan sahaja RM160,000, tidak termasuk kos penerbangan, penginapan, makanan dan lain-lain di sana nanti,” katanya di kediamannya di Kampung Petani di sini, semalam.

Terdahulu, Nur Arissa menerima kunjungan rombongan Amanah Parlimen Permatang Pauh yang diketuai oleh Setiausaha Kawasan Anuar Yusuff.

Pendang - MADA maklumkan tiada pembatalan jadual penanaman padi

Tiada pembatalan jadual penanaman padi

PENDANG - Tiada pembatalan dalam jadual aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2016 di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (Mada) walaupun cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun ini.

Pengerusi Mada, Datuk Othman Aziz berkata, sehingga semalam paras air di ketiga-tiga empangan utama seliaan Mada iaitu empangan Pedu, Ahning dan Muda berada pada paras 70 peratus penuh dan mencukupi untuk musim ini.

"Musim 1/2016 kami jalankan ikut jadual tiada pembatalan dan dalam masa sama kami bantu kerajaan negeri bekal air daripada empangan Muda ke empangan Beris. Empangan Beris pula akan salur air melalui Sungai Muda ke selatan Kedah (Sungai Petani, Kulim dan Pinang Tunggal) termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Turun Bendang di Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dan Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Paduka Md Rozai Safian.

Mengikut jadual, tiga fasa bekalan air ditetapkan Mada iaitu 30 Mac, 9 April dan 19 April.

Alhamdulillah... Sahabat Kita Tidak lagi tinggal dalam khemah

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.511000!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg

BALING - Nasib sepasang suami isteri yang menetap di dalam khemah selama tujuh bulan akibat rumah mereka musnah dipukul ribut akhirnya mendapat perhatian pihak berkaitan.

Mohd Fauzi Abdullah berkata, dia tidak menyangka mendapat sumbangan sebuah rumah daripada Pas Kawasan Baling, Pusat Komuniti Al-Abrar Baling dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa cawangan Pulau Pinang.

Menurutnya, pertubuhan berkenaan telah membina sebuah rumah baharu bersebelahan dengan tapak khemah yang didiami mereka pada awal April lalu.

"Saya bersyukur dengan sumbangan diberikan dan tak sangka Pas Kawasan Baling turut turun sendiri melihat keadaan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Pedati, di sini, semalam.

Mohd Fauzi berkata, rumah yang dilengkapi dengan sebuah bilik, bilik air dan dapur itu sudah siap dibina sepenuhnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...