TERKINI :

Sunday, April 17, 2016

Deklarasi Rakyat: 2,000 tandatangan tidak sampai 1 jam

 deklarasi
PETALING JAYA: Tidak sampai satu jam. kira-kira 2,000 orang menandatangani Deklarasi Rakyat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan tinjauan di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.

“Kami bersama-sama mengharungi lautan manusia di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak sampai satu jam, kami telah berjaya mengumpul lebih 2,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, tulis Pendebat Terbaik Asia yang juga Presiden Kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di akaun Instagram.

Turut bersama Dr Mahathir dalam tinjauan mesra rakyat bagi mendapatkan sokongan Selamatkan Malaysia itu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin dan bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mhafuz Omar.

Deklarasi Rakyat ditandatangani pemimpin UMNO dan pembangkang bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana didakwa melakukan banyak kemusnahan kepada negara dari aspek ekonomi dan pentadbiran.

Deklarasi itu ditandatangani pada 4 Mac lalu dan mensasarkan mengutip sejuta tandatangan.

Jika benar PAS berpolitik sekadar kepentingan kelompok mereka sahaja..campaklah mereka jauh-jauh..


Pas akan bergabung dengan parti lain selepas PRU14. Tetapi dengan Pakatan Harapan hampir tak pasti. Selain PH, apa lagi pilihan yang ada? Kalau ini pegangan Pas, aku nasihatkan pengundi supaya menjauhi Pas. Jelas Pas tiada konsep perjuangan yang nyata. Jika begini, ada kemungkinan untuk Pas bergabung dengan pihak yang mereka (pengundi) enggan untuk sokong.

Sebagai contoh, pengundi mahu menolak BN. Selepas PRU, didapati BN dan PH masing mendapat 90 kerusi manakala Pas mendapat 40 kerusi. Kerana Pas menyatakan hampir tidak pasti berkerjasama dengan PH, maka Pas akan berkerjasama dengan BN. Jadi matlamat pengundi untuk menjatuhkan BN menjadi hancur.

Begitu juga bagi penyokong BN. Jika secara tiba² Pas berkata boleh berkerjasama dengan PH, maka BN akan tumbang. Jadi, di manakah hak rakyat? Apa pula titik perjuangan Pas? Dan Zuhdi secara jelas menyatakan Pas akan bersama dengan kelompok yang akan membolehkan Pas memerintah. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat di sini, matlamat Pas hanya untuk memerintah. Bukan lagi memperjuangkan rakyat.

Sudah SELESAI atau BELUM isu RM2.6bilion nie..???

Shahbudin Husin,

Kata Khairy Jamaluddin, berikutan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak adalah sumbangan yang datangnya daripada negara tersebut dan diberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan, isu itu kini dianggap sudah selesai.

Ada sesiapa yang setuju kita perlu tutup buku dengan isu itu?

Ada sesiapa betul-betul percaya wang yang diterima Najib itu benar-benar sebagai derma?
 
Berapa ramai pula yang setuju perlunya Tun Mahathir  meminta maaf kepada Najib semata-mata kerana kenyataan Adel Al Jubeir itu sebagaimana gesaan Salleh Said Keruak kali ini?

Kalau Tun Mahathir perlu meminta maaf, pastilah semua yang lain, termasuk blog ini dan pembacanya yang sebahagian besarnya turut meragui sumbangan itu perlu juga meminta maaf kepada Najib.

Ada sesiapa setuju perlunya kita semua pergi meminta maaf kepada Najib?

Apabila anak Ghafar Baba pun sudah kata DAP JAHAT...hangpa tak caya lagi..!!

JAHATNYA ĎAP


Ya DAP jual negara. DAP yg jual 3juta hektar tanah Hak Simpanan Melayu , DAP yg jual IPPs dan tanah lapangan terbang Military di Sg. Besi pada China . DAP bersama Jho Low yg rompak duit negara RM55B,
DAP juga yg masukan RM4.2B kedalam akaun peribadi Lim Kit Siang.

DAP yg mungkir janji PRU 13 dng menaikan TOL dan membebankan rakyat jelata dng memaksa semua rakyat termasuk simiskin dikampong2 membayar cukai melalui GST.

DAP juga yg tidak membenarkan 744 anak2 kita meneruskan pelajaran di University2 luar negara kerana nak selamatksn duit negara RM240 juta

Jangan lupa DAP yg bayar RM77 juta kpd consultant Yahudi APCO sebagai penasihat Negara

Oooh ya tahniah pada Lim Kit Siang kerana dapat pujian hebat dimuka hadapan suratkhabar Yahudi , The Times of Israel selepas Lim Kit Siang tanpa sengaja terjumpa pemimpin Yahudi tu di bangunan Bangsa2 Bersatu ( UN )

Akhinya pemimpin DAP yang rogol anak gadis Melayu bawah umor sehingga melahirkan anak dlm pusat tahanan sebaliknya pemimpin UMNO yg dihumban dlm penjara

Jahatnya DAP.

Semoga UMNO kekal sehingga akhir zaman - kerana Tanpa UMNO Melayu Mati. Itu sebabnya jumlah pendudok Kelantan tak sampai 10,000 orang jer; semuanya dah mati kerana tak ikut UMNO ! ! !

Tamrin Tun Ghafar
17/04/2016

KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA, SEMUA ORANG SEPATUTNYA BEBAS KELUAR MASUK KE SARAWAK

Shahbudin Husin,

Menjelang pilihanraya Sarawak pada 7 Mei depan, setiap hari sekarang ini kita mendengar ada saja nama-nama tertentu yang dilarang memasuki negeri itu, dan sudah tentu 99.99 peratus daripadanya adalah pemimpin daripada parti-parti pembangkang di Semenanjung.

Hanya Jamal Mohd Yunos, pemimpin "ikan bilis" daripada UMNO yang sehingga ini kita dengar turut disekat sama.

Di hari-hari seterusnya, ternampak bahawa trend itu akan berterusan dan pastilah lebih ramai lagi yang bakal menerima nasib yang sama.

Walaupun kita sedar kuasa Imigresen itu memang diberikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejak di awal pembentukan Malaysia lagi, tetapi ianya tidak seharusnya digunapakai secara berleluasa ketika kempen pilihanraya sedang berlangsung.

Di waktu-waktu yang lain, larangan itu mungkin boleh diterima atas pelbagai yang diwajarkan logiknya. Namun ketika kempen pilihanraya, semua orang seharusnya dibenarkan masuk, lebih-lebih lagi jika parti mereka turut serta meletakkan calon dalam pilihanraya.

Ini kerana semasa kempen pilihanraya, ia adalah waktu di mana semua orang mahu "menjual"  calon mereka kepada rakyat. Biarkanlah mereka berkempen dan bercakap apa pun untuk menarik perhatian. 

Jika kempen atau pengucapan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin agak keterlaluan, bukankah pelbagai undang-undang lain seperti Akta Hasutan atau tindakan saman boleh diambil untuk menanganinya?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...