TERKINI :

Saturday, April 16, 2016

Budaya mengampu punca PM Najib ‘kebal’ – GKCM

Budaya mengampu punca PM Najib 'kebal' - GKCM
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa bahawa takut kepada kepimpinan Umno dan budaya mengampu yang sangat kuat adalah antara punca kegagalan gerakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan presiden parti itu.

Kamarul berkata, meskipun banyak pihak menyedari budaya mengampu di dalam Umno namun ia sedikit pun tidak menggugat kepimpinan parti Melayu itu.

“Dua minggu lalu saya ditemuramah oleh media Singapura yang bertanyakan kepada saya kenapa susah sangat nak minta Najib berundur dan letak jawatan

“Saya jawab sebenarnya ini kerana ketua-ketua bahagian takut dan dalam masyarakat Melayu ini kita selalu berbangga dengan budaya ketimuran.

“Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara yang paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu, dan kita tidak boleh lari,” katanya.

Kamarul berkata demikian ketika berucap di program ‘Mencari Kebenaran, Selamatkan Malaysia’ di Dewan Orang Ramai Putra Perdana, Puchong, malam tadi.

Pas akui Hudud boleh dikemudiankan? – Pemuda Amanah


Pas akhirnya mengakui pelaksanaan hudud boleh dikemudiankan bagi melaksanakan agenda yang lebih besar terutama setelah mengadakan pakatan politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni.

Menulis di laman facebook beliau, Mohd Fitri berkata, sumber-sumber daripada pemimpin Pas dan Ikatan sendiri mengakui bahawa perlaksanaan hudud boleh dikemudian, ditangguh atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

Beliau memetik sumber Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat Syaiful Hizam, sidang media Presiden Pas dan Ikatan, penjelasan Ketua Dewan Ulamak Pas dan Ketua Penerangan Pas Pusat sebagai rujukan dalam membuat kesimpulan itu.

“Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama Pas iaitu hudud selepas pembentukan blok ketiga semalam (kelmarin), Presiden Pas menegaskan bahawa Pas akan lebih menumpukan kepada agenda umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini.

“Kalau inilah pendirian Pas, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah.

Pemilihan Juanda wakili BN perkembangan sihat

Dr Juanda Jaya

KANGAR - Pemilihan bekas Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, merupakan suatu perkembangan sihat dan menguntungkan rakyat negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemilihan tokoh agama berusia 44 tahun itu adalah selari dengan usaha BN mempelbagaikan latar belakang atau kepakaran wakil rakyat untuk mewakili parti.

"Saya telah lama mengenali Juanda. Beliau seorang yang sederhana dan mudah untuk berbicara. Saya yakin pengetahuan luas beliau dalam bidang agama bakal memanfaatkan rakyat Sarawak," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pemilihan Juanda bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jemoreng diumumkan oleh Pengerusi BN Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem baru-baru ini.

bagi insentif Getah tak bantu tambah pendapatan penoreh

penoreh

KELANA JAYA - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak membantu penoreh getah mendapat sumber pendapatan yang berpatutan, menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana menurut Zuraida, sistem bantuan insentif itu hanya menetapkan sebanyak 40 sen sekilogram bagi mendokong ekonomi semasa penoreh getah.

Tambah Ketua Wanita PKR itu lagi, kesulitan memohon dan menunggu wang insentif tersebut dikreditkan ke dalam akaun menambah lagi beban kepada penoreh.

"Aduan yang diterima PKR menunjukkan skim ini memerlukan masa lebih daripada 30 hari daripada tarikh permohonan dan tempoh 14 hari sementara menunggu wang insentif dikreditkan ke dalam akaun.

"Kelewatan membayar semula insentif ini membebankan hampir 260,000 pekebun kecil getah yang memerlukan insentif tersebut untuk menyara keluarga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, ada penoreh getah yang terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam sehari bagi menampung kehidupan seharian,

Apa punya majikan, kerja suruh buat gaji tak mau bayar.. last bila mogok habis menyusahkan semua orang

Jaga mogok, murid jadi mangsa

Jaga mogok, murid jadi mangsa

ALOR SETAR - Beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mendakwa tidak dibayar gaji selama lebih tiga bulan, menyebabkan mereka bertindak mengunci pintu pagar utama sekolah.

Ini menyebabkan murid-murid sekolah itu yang tiba seawal 6.15 pagi tidak dapat memasuki kawasan sekolah, dan menunggu lebih setengah jam sebelum pintu dapat dibuka.

Kelihatan kain rentang digantung di luar pagar sekolah; ‘Sila jelaskan gaji, tunggakan dan caruman KWSP. Kami nak makan, kami ada keluarga, kami nak bayar sewa.’

Salah seorang pengawal keselamatan itu berkata, kali terakhir mereka menerima gaji adalah Januari lalu, itu pun hanya sebahagian daripada gaji.

“Sudah beberapa kali kami bertanya kepada syarikat supaya segera lunaskan gaji tertunggak, namun pihak syarikat minta kami tunggu sehinggalah lebih tiga bulan tanpa gaji. Aduan juga telah dibuat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung perkara ini,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...