TERKINI :

Friday, April 15, 2016

Hangpa nie buta perut kaa masih tak nampak penipuan dalam 1MDB..??

ذوالحزم شاريف
9 hrs · Batu Caves (town) ·


SIRI PENIPUAN, TERTIPU, DITIPU 1MDB

Laporan PAC di muka surat 99 dan 100 menyatakan :

Perjanjian Usaha Sama bertarikh 28 September 2009 PetroSuadi Holdings (Cayman) Ltd dirujuk sebagai "PSI manakala Written Resolution of The Sole Director of The Company yang ditandatangani oleh Tarek Obaid merujuk PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd sebagai "PSH".

Kenyataan media 1MDB bertarikh 30 Semptember 2009 mengumumkan bahawa 1MDB memeterai Perjanjian Usaha Sama dengan PetroSaudi International Ltd yang dirujuk sebagai "PSI"

Tertipu, Menipu, Ditipu

Semakan oleh Jabatan Audit Negara mendapati bahawa terdapat empat (4) syarikat berbeza yang didaftarkan menggunakan nama "PetroSaudi" iaitu :
a) PetroSaudi International Ltd ditubuhkan di Arab Saudi;
b) PetroSaudi International ditubuhkan di Cayman Islands;
c) PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd ditubuhkan di Cayman Islands; dan
d) PetroSaudi International Ltd ditubuhkan di Seychelles.

Benci kepada MAHATHIR, Kita biarkan NAJIB..itu bukan cara bebaskan ANWAR


FOKUS adalah bebaskan Anwar. Kita yakin apabila bebasnya Anwar nanti, jika pun beliau tidak menjadi PM namun beliau masih bersama kita di barisan depan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat. 

Bagaimana dengan Mahathir? Adakah Mahathir bersetuju untuk turunkan Najib? Jawapannya ya. Adakah Mahathir ada menyebut sesiapa sebagai pengganti Najib jika Najib jatuh? Jawapannya, tidak. Adakah Mahathir melarang kita untuk memperjuangkan pembebasan Anwar? Jawapannya, tidak. Adakah Mahathir menentang pilihan kita untuk menabalkan Anwar sebagai PM jika PH berkuasa? Jawapannya, tidak. Adakah Mahathir tahu bahawa KEADILAN dan semua rakan dalam PH sememangnya mahu Anwar dibebaskan? Jawapannya, Mahathir memang tahu. Mengapa Mahathir mahu juga bersama kita untuk kempen jatuhkan Najib sedangkan beliau tahu kita mahu Anwar memimpin negara ini? Hanya Mahathir yang boleh menjawabnya. 

Ada yang kata, Mahathir mahu perkuatkan Umno sebab itu beliau mahu Najib turun. Siapa boleh beri jaminan jika Najib turun maka Umno kuat? Apakah jika Najib tidak turun Umno lemah? Jika lemah, mengapa kita masih gagal tumbangkan Umno di kawasan-kawasan majoriti Melayu? Dan, mengapa Mahathir keluar Umno untuk kuatkan Umno? 

Isu Dr Zakir Naik & laba politik hancing

Oleh Shazni Munir Mohd Ithnin

https://1.bp.blogspot.com/-DuscbII4jOU/Vw3_Yq3z7DI/AAAAAAAACvE/pCcO6UBipa8hGUTXJSantjyMEeNh5BTuwCLcB/s1600/zakir-naik3.jpg
Bagi yang mengikuti syarahan tokoh perbandingan agama ini, pasti menyedari bahawa ini bukan pertama kali Dr Zakir Naik dibawa berkuliah secara umum di Malaysia. Kali terakhir sebelum ini telah dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ribuan anggota masyarakat berhimpit-himpit dalam program tersebut.

Tajuknya lebih kurang sama seperti waktu ini, cuma bezanya ketika itu tiada bantahan MIC dan arahan pembatalan daripada Ketua Polis Negara.

Ketika itu juga – sewaktu berlangsungnya program di PWTC – telah sedia diterbit ribuan video kuliah tokoh ini di YouTube yang dikatakan mengandungi ‘tohmahan dan kebencian’ terhadap agama-agama lain. Namun malangnya masih lagi gagal menjentik nurani mana-mana pemimpin politik untuk men’setan’kan tokoh ini.

Syarahan di PWTC itu berlangsung aman, kecoh sedikit dengan perdebatan langsung, namun tiada kejadian buruk selepas itu.

Tiba-tiba hari ini masyarakat jadi terpinga-pinga dan ternganga tidak ketahuan. Seakan timbul bantahan besar-besaran terhadap pemilik Peace TV ini. Lebih canggung apabila bantahan disuarakan dalam keadaan kuliah umum beliau di Terengganu langsung tidak menyentuh sensitiviti agama sebagaimana yang dimaksudkan. Lantas, apa sebenarnya yang berlaku? Siapa yang sedang menggerakkan bidak-bidak catur dalam isu yang tiba-tiba timbul ini?

Kak Wan kesal dengan MAHATHIR tetapi kepentingan rakyat beliau utamakan


MAHATHIR sepatutnya bertuah kerana Anwar telah lama maafkan beliau semenjak Anwar dibebaskan dari penjara di era Pak Lah sebagai PM lagi. Merata-rata Anwar selalu sebut, sudah-sudahlah Mahathir, hentikan fitnah terhadap saya, saya pun dah maafkan kamu. Tapi Mahathir ni egonya lebih waktu itu. Sekarang pun, di dalam keadaan beliau tiada lagi kuasa, egonya masih ada. Mahathir masih gagal memohon maaf kepada Anwar. Ini yang mengecewakan Kak Wan dan kita juga amat kecewa dengan sikap Mahathir di dalam perkara ini. 

Kak Wan sudah tentu lebih kecewa kerana ianya melibatkan imej keluarganya yang menjadi mangsa konspirasi. Mahathir tahu, walau sehebat mana pun beliau ingin menjatuhkan Najib tetapi rakyat mahu lebih dari itu. Rakyat mahu Anwar bebas dan sistem pemerintahan negara ini dipulihkan. Mahathir tahu dia tidalk sehebat Anwar kerana dia lihat sendiri di mana saja beliau hadir bersama program PH terutamanya dalam Program Selamatkan Malaysia, jatuhkan Najib, Bebaskan Anwar, suara-suara reformasi dan bebaskan Anwar tetap bergema. 

Ertinya, Mahathir sedar beliau kini sedang dijadikan alat oleh PH. Tapi, demi untuk melihat Najib jatuh, Mahathir tetap ego. Egonya bukan saja tidak mahu maafkan Anwar tetapi masih sanggup tebalkan telinganya untuk mendengar jeritan reformasi dan bebaskan Anwar. Kak Wan seorang insan yang terlalu hebat. Beliau ada rasa terkilan dan marah dengan sikap ego Mahathir, tetapi beliau lebih marah apabila Najib berterusan menzalimi rakyat. 

Walaupun pemakan DEDAK seronok hari ini, namun pengakuan itu tidak ada apa-apa makna kepada NAJIB

PENGAKUAN YANG TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA NAJIB

Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.

Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita  yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.

Penoreh getah kini hanya mampu raih RM400 sebulan

izzah-penoreh
PETALING JAYA: Kira-kira 260,000 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah didakwa memperoleh pendapatan hanya RM400 sebulan pada masa ini.

Penoreh getah memperoleh pendapatan di bawah garis kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia.

Sehubungan itu, kerajaan didesak menyemak semula Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana gagal membela nasib pekebun kecil berkenaan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, situasi pekebun kecil mengusahakan tanaman itu sangat menyedihkan dan memerlukan tindakan segera.

“Harga getah semasa tidak mampu menampung kos sara hidup penoreh getah terutamanya mereka dalam kalangan kelompok termiskin.

“IPG tidak membantu penoreh getah mendapat sumber pendapatan berpatutan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...