
KUALA LUMPUR: Pemberi maklumat tidak akan dilindungi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 jika mendedahkan maklumat yang dirahsiakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Peguam, Syahredzan Johan berkata Seksyen 6 daripada akta perlindungan tukang adu itu tidak menyatakan secara khusus pemberi maklumat dilindungi daripada OSA atau mana-mana undang-undang lain.
“Maksudnya, kalau maklumat ini dilindungi dan dilarang daripada dedahkan oleh undang-undang bertulis contohnya OSA, sekiranya pendedahan itu dibuat kepada pihak berkuasa, perlindungan kepada pemberi maklumat itu tidak boleh diberikan,” katanya dalam wacana ‘Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi di Institut Integriti Malaysia (IIM), hari ini.
Syahredzan menyifatkan perkara dalam Seksyen 6 itu sebagai satu kelemahan yang menyebabkan akta tersebut tidak berkesan bagi penjawat awam yang peduli dan mahu bertindak keatas salah laku dalam kerajaan.
Hujah Syahredzan itu selanjutnya diperhalusi oleh Pegawai KPI kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Shuhairoz Mohamed Shukeri.