TERKINI :

Wednesday, April 13, 2016

Blok politik ketiga: Abdul Kadir nafi Looi letak jawatan kerana tekanan


Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menolak dakwaan bekas Naib Presidennya Datuk Tony Looi yang letak jawatan kerana menerima tekanan selepas Ikatan-Pas bekerjasama mewujudkan blok politik ketiga.

Datuk Tony Looi
Datuk Tony Looi
Abdul Kadir berkata, partinya menerima surat peletakkan jawatan Looi pada minggu lalu.

"Kami terima peletakan jawatannya pada minggu lalu. Setahu kami peletakan jawatan itu dibuat kerana beliau terlalu sibuk dengan aktiviti pertubuhan dalam masyarakatnya.

" Malah beliau juga jarang dapat menghadirkan diri kerana terlalu sibuk pergi ke luar negara. Jadi kita terima baik perletakan jawatannya.

"Jika ada laporan mengatakan beliau sering menjadi sasaran kutukan dan boikot setelah Ikatan dan Pas bekerjasama, itu lebih kepada masalah peribadinya, bukan masalah parti.

"Beliau tiada masalah dengan kami bahkan ramai ahli dalam dewan tertinggi Ikatan tidak menghadapi masalah penerimaan dikalangan kaum mereka sejak Ikatan bersama Pas," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Pembangunan masih ‘umpan politik’ terbaik

 sarawak-spr
KUCHING: Janji-janji pembangunan dan penyediaan kemudahan asas masih menjadi ‘umpan politik’ terbaik untuk menambat hati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.

Malah, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, pembangunan dan penyediaan infrastruktur tetap berkesan pada pilihan raya-pilihan raya akan datang.

“Ia masih akan berterusan dalam satu atau dua pilihan raya akan datang, walaupun kerajaan negeri salurkan berbilion peruntukan sebelum ini (untuk pembangunan).

“Ini kerana, walaupun sudah sekian lama, negeri masih ketinggalan dalam aspek kemudahan asas. Kesedaran politik berhubung soal ketelusan dan tadbir urus kerajaan pula masih rendah.

“Maka, bagi ahli politik, ia (pembangunan) masih menjadi umpan politik terbaik untuk meraih undi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas janji-janji diberikan beberapa calon PRN yang diumumkan semalam, yang menjadikan pembangunan kemudahan asas antara agenda utama kempen mereka.

Antaranya, calon langsung Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, Datuk Gerawat Jala yang berjanji akan menekankan aspek kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih di kawasan bermajoriti Orang Ulu itu.

Kelahiran 1MDB tanpa restu

ADAM A KADIR


SEPANJANG minggu lepas, terdapat dua perkembangan yang sangat menarik. Pertama, laporan PAC (Jawatankuasa Kewangan Negara) terhadap 1MDB; kedua, konsep kesetiaan Datuk Seri Nazri Aziz, seorang Menteri. Walaupun umum sudah mengetahui bahawa PAC tidak mempunyai kuasa penguat kuasa atau kuasa eksekutif, namun hujahan dan kenyataannya tidak kurang menarik perhatian. PAC berleluasa disifatkan sebagai anjing rongak yang hanya menyalak. Ini amat mengharukan mereka yang menganggotai PAC. Beberapa kawan saya pernah menjadi Pengerusi PAC.

Walaupun begitu kedudukannya, namun soal sama ada laporan itu boleh diterima oleh rakyat keseluruhannya adalah satu perkara berlainan sama sekali. Oleh kerana Tun Dr Mahathir terbukti sekali begitu lantang dan kritis dalam perihal 1MDB, beliau telah menggunakan senjata sinisme dengan memohon maaf kerana kononnya tersilap tentang jumlah wang yang hilang dari 1MDB. “Saya silap kata RM40 bilion, tetapi yang sebenarnya ialah RM50 bilion seperti yang terdapat dalam laporan. Mungkin pula jumlah sebenarnya lebih daripada itu.”

Laporan itu meragukan struktur 1MDB. Di atas Lembaga Pengarahnya terdapat Lembaga Penasihat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Ini membuka satu persoalan: sama ada Lembaga Penasihat itu memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah atau pengurusan. Dari segi undang-undang, Lembaga Pengarah adalah peringkat tertinggi dalam mana-mana syarikat dan pihak pengurusan bertanggungjawab melaksanakan segala keputusannya. Meskipun begitu, terdapat hubungan informal dalam syarikat, iaitu sesuatu yang dibuat melalui keberkesanan peribadi.

Kenapa tak tahan, siasat Arul Kanda?

Rafizi Ramli
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang diperhatikan oleh rakyat.

Menurut beliau, pihaknya telah membuat laporan terhadap Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 30 Mac lalu, namun sehingga kini Khalid masih belum mengeluarkan arahan agar pihak berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Jika saya boleh ditahan hanya dalam tempoh tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arul Kanda juga ditahan untuk siasatan lanjut.

“Tepat jam 2 petang hari ini, dua minggu telah berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

30 Mac lalu, Rafizi telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi terhadap Arul Kanda dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

USD3.5 BILION (RM13 BILION) NAJIB DAN 1MDB BAYAR KEPADA SYARIKAT MILIK JEBON.

Kenyataan Media.

1. Saya terkejut bila syarikat International Petroliam Investmen Company (IPIC) dalam pengakuan bertulisnya kepada London Stock Exchange menyatakan IPIC tidak pernah menerima sebarang wang daripada 1MDB mahu pun daripada syarikat Aabar British Vergin Islands (BVI) yang dikatakan telah menerima USD3.5 bilion (RM13 bilion) daripada 1MDB. Sedangkan wang tersebut sepatutnya dibayar kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (ABU DHABI) dan IPIC serta Aabar Investment PJS mengesah dalam pengakuan bertulis kepada London Stock Exchange bahawa syarikat Aabar BVI bukan entiti di bawah mana-mana kumpulan (anak syarikat) syarikat milik mereka.

2. Pengakuan bertulis IPIC dan Aabar Investment PJS kepada London Stock Exchange mengesahkan Laporan PAC berhubung kawalan  pengurusan tadbir urus 1MDB di muka surat 92 pada para 7.3.12. Para tersebut mencatatkan 1MDB telah mengemukakan Certificate Of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporation Limited bagi membuktikan bahawa Aabar Ltd yang berdaftar di British Vergin Islands (BVI) adalah anak syarikat IPIC. Tetapi Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati Aabar BVI tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan Penyata Kewangan 2013 dan 2014.

3. Pengakuan  IPIC dan Aabar Investmen PJS sendiri telah mengesahkan Aabar BVI bukan milik mereka. Persoalannya,  adakah sijil daripada  Offshore Incorpprotion yang diberikan 1MDB kepada JAN itu palsu, atau adakah 1MDB telah memalsukan sijil tersebut? Daripada mana sebenarnya 1MDB mendapat sijil tersebut? Pada hemat saya, jelas 1MDB telah menipu Jabatan Audit Negara (JAN).

4. Persoalan yang lebih besar ialah kepada siapa wang berjumlah kurang lebih USD3.5  bilion (RM13 bilion) itu dibayar dan akaun mana wang tersebut di depositkan? Jika ke akaun Aabar BVI, siapakah pemiliknya? Adakah pemiliknya JEBON? Kalau bukan ke akaun Aabar BVI, ke akaun mana wang tersebut didepositkan oleh 1MDB dengan kebenaran bertulis Najib? Adakah wang tersebut dideposit ke akaun Pak Man Telo atau kepada akaun Ceti atau akaun Along?

5. Pertanyaan akhir saya, adakah "DERMA" RM2.6 bilion yang diterima PM Najib itu merupakan "DERMA" daripada syarikat Aabar BVI? Syarikat yang JAN, PAC, BANK NEGARA, SPRM, PDRM dan AG  tidak tahu siapa pemiliknya? Mungkin JEBON??

#UndurNajib
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
IJN, 11.00 pagi.
13 April 2016/ 5 Rejab 1437H

AWAS!! VIRUS Keagamaan mula ditabur...

1. Kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah menjadi satu perbahasan hangat di media sosial khususnya dikalangan agamawan dan anak muda.

2. Pandangan dan hujahan pastinya  panas apabila dinilai dari sudut agama yang berbeza. Namun adakah ini kebetulan atau ada agenda disebaliknya?

3. Realitinya semua penganut agama apapun mahu melihat kebaikan dan keamanan. Sudah pasti apabila kita menyentuh isu sensitif ini akan membangkitkan kemarahan jika tidak di uruskan dengan baik. Dengan situasi ini sudah pasti akan ada pihak yang akan  mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh atau mengalihkan isu-isu tertentu, tambahan pula ramai yang mudah melatah dan emosi dalam menangani isu sebegini.

4. Maka dengan ini saya mencadangkan agar semua pihak bertenang dan jaga kata-kata dari menghina sesama kita. Bersama kita mencari jalan penyelesaian dengan perbincangan dan keterbukaan minda serta emosi.

5. Realitinya isu ini membuatkan ramai lupa bahawa isu sebenar negara sekarang adalah Dato' Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

6. Kesengsaraan rakyat pada hari ini harus dibela. Strategi perkauman dan agama sentiasa digunakan oleh pemerintah zalim untuk terus kekal berkuasa. Malangnya walaupun ramai yang sedar tapi ramai juga terus sedia ditipu dan terpedaya dgn virus ini. Selepas ini Dr. Zakir Naik akan pulang dan meneruskan kerjanya diluar sana. Sedangkan kita masih terus berperang dengan agenda sesama kita mengenai Dr. Zakir Naik.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional
11 April, 2016





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...