TERKINI :

Monday, April 11, 2016

Pemimpin BN serang Tun Mahathir seperti masih Perdana Menteri

OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno BN. Tun bersalah, Tun pengkhinat, Tun hendak jatuhkan Kerajaan Melayu berpakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno BN. Politik hari ini seolah-olahnya Umno BN Pembangkang dan Tun Masih Perdana Menteri.

Dedah kebodohan sendiri

Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas beliau tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno BN sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun Mahathir berulang-ulang.

Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu


1.Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu .

2. Kerjasama Amanah dan DAP serta Keadilan melalui Pakatan Harapan, baru berusia sekitar tujuh bulan, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu-membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia.

3. Sedangkan kerjasama PAS dengan DAP jauh lebih panjang dari itu. Sepanjang kerjasama itu PAS tidaklah menjadi khadam sesiapa. Ianya sekadar kerjasama politik.

4. Begitu juga Amanah, mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan DAP dan Keadilan serta Gerakan Selamatkan Malaysia adalah difikirkan satu pendekatan lebih baik untuk masa depan rakyat dan negara.

5. Melawan kerajaan yang rasuah dan menindas, cukup diyakini oleh Parti Amanah Negara sebagai suatu tuntutan Islam.

6. Terpulang kepada PAS merencana teman politik mereka dan kita harus berubah kepada politik nilai dari politik label-melabel.

Haji Hadi tak berani pecat Husam dan Mahfuz.


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau belum dimaklumkan tentang tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpinnya yang berucap dalam Kongres Rakyat pada Ahad lepas.'

"Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin Pas terlibat dalam Kongres Rakyat)," katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Adun Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengambil bahagian dan menjadi pembahas dalam Kongres Rakyat 2016 pada Ahad lalu.

Kongres Rakyat merupakan rentetan daripada Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan Malaysia dengan menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kepimpinan utama negara.

PANAS | UMNO Kalah.... Cina Memerintah Malaysia...?


Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini.

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' -
Selamatkan Malaysia.

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong.

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu.

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP mererentah negara".

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa.

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno.

Tolak UMNO.. Tolak Deklarasi Rakyat Tapi Sokong PAS... Ehemm.. Ehemmm..!!

Shahbudin Husin,

Ini barangkali pendirian terbaru Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang dipimpinnya sekarang.

Berucap di perhimpunan anti DLP di Tasik Titiwangsa semalam, Ibrahim Ali berkata, "kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum Bumiputera khususnya Melayu muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi terletak pada UMNO, tetapi pada Pas."

Namun, dalam masa yang sama Ibrahim Ali juga menolak untuk menandatangani Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama parti-parti pembangkang.

Bermakna, sementara menolak UMNO dan tidak mempercayai lagi kerajaan yang ada hari ini, Ibrahim Ali juga menolak untuk bersama dengan gerakan menjatuhkan Najib Razak.

Sebaliknya yang disokong dan dipercayai oleh Ibrahim Ali ialah Pas.

Tangkap Tun M & Najib untuk di sumbat dalam Penjara supaya mereka bertemu Anwar Ibrahim disana

TANGKAP MAHATHIR DAN NAJIB UNTUK BERUNDING DENGAN ANWAR IBRAHIM
ZAHID HAMIDI LAYAK JADI PERDANA MENTERI


Kelab Veteran UMNO mahu tindakan diambil terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir di bawah Akta Hasutan kerana mahu campur tangan asing dalam pemerintahan negara ini.

Kata Setiausaha kelab tersebut Mustapha Yaacub, Tun telah jadi melampau kerana gagal menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Bagaimana pula pandangan kelab ini bila UMNO menerima sumbangan asing sebesar RM2.6 billion untuk digunakan dengan bebas oleh Najib.

Tidakkah terfikir bahawa sumbangan ini juga membuka ruang campur tangan asing dalam menentukan dasar dalam dan luar negara ini.

Bagaimana jika " Bahlol" mengimbangi desakan ini dengan tindakan kepada kedua-duanya sekali kerana menghilangkan kredibiliti kepimpinan negara dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. 

Tangkap kedua-dua sekali supaya mereka dapat bertemu dengan Anwar Ibrahim di dalam dan berbincang cara paling baik untuk memulihkan kestabilan negara.

Antara SIRUL & SHAHROL...yang mana bisa menggoncang NAJIB..??

ANTARA SIRUL DAN SHAHROL


Dalam kes pembunuhan Altantuya, nama yang paling disebut ramai sehingga kini ialah Sirul Azhar Omar. Walaupun beliau disabitkan bersama Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia itu, tindakannya melarikan diri ke Australia telah menyebabkan namanya lebih popular berbanding rakannya itu.

Dengan tujuan asal melarikan diri ke Austalia semata-mata untuk mengelak hukuman mati keatasnya, Sirul dengan tidak semena-mena telah menjadi rebutan antara kumpulan Najib dan mereka yang mahu menjatuhkannya bdrikutan tindakannya itu.

Dilindungi oleh kekangan undang-undang Australia yang menolak sebarang hukuman mati, pengakuan Sirul mengenai pembunuhan Altantuya dan siapa yang mengarahkannya amat dinanti-nantikan serta tidak dinafikan boleh membuka ruang kepada penyiasatan semula kes itu dan seterusnya menjadi ancaman kepada masa depan politik Najib.

Bagaimanapun, oleh kerana Sirul masih berteka-teki, di sebalik difahamkan sudah ramai yang menemui dan bercakap melalui telefon dengannya, kedudukannya terus menarik perhatian ramai, sekurang-kurangnya selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri.

Dalam kes 1MDB yang baru saja PAC membentangkan laporannya di Parlimen, satu nama yang hampir sama sebutannya dengan Sirul iaitu Shahrol tiba-tiba menjadi bualan ramai.

PEMUDA PAS : Halangan Terhadap Dr Zakir Naik Dibantah, Raikan Perbincangan Ilmiah

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM)
11 April 2016 | 3 Rejab 1437H

HALANGAN TERHADAP DR ZAKIR NAIK DIBANTAH, RAIKAN PERBINCANGAN ILMIAH


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan program ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ melibatkan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik. Ia dijadualkan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Ahad, 17 April 2016. Ketetapan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi ini.

2. DPPM beranggapan tindakan berkenaan sebagai satu langkah ke belakang dan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat meraikan perbincangan ilmiah dalam dimensi perbezaan agama. Menghalang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di sebuah lokasi yang bersifat akademik hakikatnya merupakan satu tindakan lemah oleh sebuah kerajaan yang pernah menabalkan Dr Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 yang lepas.

3. DPPM ingin menegaskan bahawa sebarang ceramah yang diadakan oleh Dr Zakir Naik hanyalah bersifat perbandingan agama semata-mata. Ia boleh disangkal juga melalui hujah-hujah ilmiah dan boleh disaksikan oleh ribuan penonton secara langsung. Hadir dan berdialog secara berdepan ialah satu langkah yang paling sesuai, manakala menggelar penceramah ini sebagai ‘syaitan’ seperti yang dilakukan oleh pemimpin parti politik tertentu hanya mengesahkan sifat cauvinis dan rasis yang dinafikan selama ini.

ISU DR. ZAKIR NAIK - PEMUDA AMANAH Kecewa Larangan Pihak Berkuasa, Seru Syarahan Intelektual Dibebaskan

KECEWA LARANGAN PIHAK BERKUASA, PEMUDA SERU SYARAHAN INTELEKTUAL DIBEBASKAN
www.amanah.org.my


Pemuda AMANAH menyatakan kekecewaan yang amat mendalam terhadap larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik. Larangan ini mencerminkan tahap kongkongan pihak berkuasa yang amat parah terhadap 'intellectual discourse', yang seharusnya disuburkan, tidak dihalang apatah lagi dibatalkan sewenang-wenangnya.

Atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan intelek, Pemuda AMANAH berpandangan syarahan-syarahan ilmiah seperti ini tidak harus dimusuhi oleh sesiapa pun. Jika wujud pun pertembungan pemikiran, perkara ini positif kerana sikap inkuiri yang sedia tertanam dalam jiwa generasi muda mampu disuburkan dengan penggalian ilmu yang lebih luas dan pandangan ilmiah yang lebih rencam, asalkan kesemuanya itu berteraskan ilmu dan hujah.

Pertentangan pendapat tidak sewajarnya berakhir dengan pihak berkuasa atau kerajaan memenangkan satu pandangan sahaja. Mungkin boleh diusulkan pandangan untuk dipentaskan forum yang menampilkan Dr Zakir Naik dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Hal ini lebih bertamadun daripada membantah atas alasan-alasan klise seperti 'ketenteraman awam dan sensitiviti agama' yang sebenarnya tidak menganjak apa-apa pun kemajuan pemikiran rakyat bahkan lebih menarik rakyat ke zon pembodohan.

Najib sedar dan tandatangan dokumen perjanjian RM3.92 bilion – Shahrol

shahrol.najib
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).

“Beliau menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar,” kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akhbar The Sun melaporkan, berdasarkan tranksrip rakaman hansard ketika prosiding PAC yang dikeluarkan baru-baru ini, Shahrol memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham dan Lembaga Pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani Perdana Menteri, seperti yang dikehendaki mengikut Memorandum & Artikel syarikat (M & A).

Mengikut Artikel 117 (c) M & A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri.

“Ada perbincangan mengenai bagaimana usaha sama itu dilakukan. Tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sebenarnya perjanjian itu dibentangkan dan ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan pengurusan mengambil sebagai kuasa untuk memuktamadkan perjanjian itu, ” katanya menurut rakaman hansard itu.

Pua : Kuasa besar bercakap melalui mulut bos PAC

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini percaya bahawa ada kuasa lebih besar yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin untuk menyerangnya.

Beliau memetik berita Bernama semalam yang melaporkan Hasan melabel Pua sebagai "oportunis politik" yang menjengkelkan kerana memburuk-burukan laporan jawatankuasa tersebut.

Laporan berita itu kemudiannya diperbetulkan.

Pua berkata Hasan juga meminta agar pembetulan dilakukan ke atas laporan tersebut bagi menunjukkan beliau tidak pernah menggelarkan sesiapa pun sedemikian.

“Dalam contoh sedemikian, saya percaya beliau berusaha keras untuk memaklumkan kepada semua anggota PAC berkenaan kesalahan laporan oleh Bernama, New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.

“Nampaknya juga, seseorang telah mengarahkan pengerusi PAC untuk melaksanakan pembunuhan karektor," kata Pua dalam kenyataan, hari ini.

Khabar angin politik yang seronok didengar

SELOKA PAGI


Berbagai-bagai khabar angin politik bertiup dan ditiupkan sehingga mengusik minda orang politik. Orang politik yang tidak ada pengetahuan dan cetek penilaian mengenai perang saraf politik akan mudah tersentuh dengan khabar-khabar angin politik itu. Sebaliknya bagi mereka yang sudah masak dengan sepak terajang politik akan membiarkan sahaja khabar angin itu berlalu atau mendengar pomimeknya dari jauh.

Ia dianggap tidak lebih daripada gimik murahan politik.

Ada macam-macam khabar angin yang tersebar dan diperkatakan saat ini. Paling baharu ialah kononnya bekas ketua Angkatan Muda PKR, (lupa nama) akan membuat come back untuk menyertai semula PKR. Satu perbincangan antara bekas ketua yang juga pelopor sumpah pemuda itu, kemudian dilanggarinya, telah diadakan dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah membaca sejarah hidup bekas pegawai Anwar Ibrahim itu akan mempercayainya dan respons kepada khabar berkenaan. Tetapi bagi orang yang menuruti jejak politik pemaling tadah itu hanya akan tersenyum. Apa lagi bagi mereka yang pernah mendengar ceramahnya di pinggir sungai Sarawak tahun 2011, akan menerima khabar angin politik itu sebagai cerita lucu yang tidak ada plot sahaja.

Apa yang pernah dituturkan oleh bekas ketua pemuda terhadap Dr Wan Azizah lima tahun lalu boleh menyebabkan Azizah akan "berdendam" dengannya lebih teruk dariapda dendam dan kebenciannya kepada Dr Mahathir Mohamad kerana memusanahkan kerjaya politik lakinya.

Artis luar boleh masuk, pendakwah Islam dilarang


Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) hari ini mempersoalkan tindakan segelintir pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila bertindak menghalang penganjuran satu forum di Melaka yang menampilkan pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik.

Naib Yang di-Pertua ISMA cawangan Melaka, Shuhaib Ar Rumy Selamat berkata sebaliknya halangan yang sama tidak pula berlaku kepada acara yang melibatkan hiburan.

Shuhaib berkata bukan sahaja tiada halangan untuk mana-mana artis luar masuk ke Malaysia malah tidak terdapat sebarang bantahan terhadap mereka.

“Pelawak, artis joget, penyanyi semua masuk ke dalam negara untuk menjahanamkan generasi muda tapi tak ramai yang bising untuk kerajaan halang.

“Bila pendakwah nak masuk, riuh satu dunia. Apalah nasib negara ni,” kata Shuhaib menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada isu penceramah terkenal itu yang dihalang meneruskan ceramahnya yang bertajuk 'Persamaan antara agama Hindu dan Islam' di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Melaka pada 17 April ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...