TERKINI :

Sunday, April 10, 2016

Apabila PAS sembang bongkak, akhirnya ALLAH bayar 'cash'... nah 1000 aje...!!!!

1,000 JE....

Semalam, Pas mengadakan perhimpunan awam membantah Dual Language Programme atau DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dilaporkan hanya hampir 1,000 orang yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ehhh...1,000 saja?

Minggu lalu pula, sempena setahun perlaksanaan cukai GST, Pakatan Harapan telah mengadakan perhimpunan anti GST di Dataran Merdeka. 

Ramai yang menyebut kehadirannya ialah antara 2,000 hingga 3,000, tetapi Rafizi Ramli menjangkakan jumlah mencecah 5,000 orang.

Namun ketika itu, Pas mendabik dada mengatakan kehadiran yang rendah dalam demo anti GST itu ialah disebabkan mereka tidak menyertainya.
Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, kehadiran yang rendah itu membuktikan Pas adalah kuat. 

Kalau Pas menyertainya, jumlah kehadiran lebih besar, kata beliau.

Tapi apa sudah jadi dengan perhimpunan anti DLP semalam?

Jika benar-benar kuat, kenapa 1,000 je?  Kenapa tidak 10,000 atau 20,000?

Kem. Kewangan tak sedar surat Najib tamatkan KPMG

Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.

Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.

Adakah Najib pak turut atau pak pandir?

Hazlan Zakaria  | MalaysiaKini


ULASAN Arakian sesuatu yang kita perlu teliti dan fikir, jika benar Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak bersalah dalam kelompongan dan kelemahan pentadbiran syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad ataupun ringkasnya 1MDB, nescaya adakah bermakna beliau seorang Pak Turut atau Pak Pandir?

Sayugia selepas saja keluarnya laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (JKA) tentang kemelut itu, maka berpusu-pusulah gerangan pengikut setia si perdana menteri melaungkan yang "Najib tidak bersalah".

Maka bertempiklah si pahlawan Melayu jati Sabah, teuku dari Indonesia, akak senteng tangan dan angkat kain, peng-Tweet tersohor dari Kota Belud dan mereka yang sewaktu dengannya membuka langkah dan tari silat.

Namun adakah mereka fikir yang jika berlandaskan laporan JKA terbabit, Najib memang sah dan tidak was-was lagi, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Ia semestinya halal dan toyyiban.

Arakian walaupun bukan seakan tuan penasihat dalam cerita klasik P Ramlee Tiga Abdul, yang mendapat dua puluh lima peratus hasil dari putar belit saudagar penipu Sadik Sigaraga, jawatan tersebut disebut, katanya, sebanyak 39 kali dalam laporan JKA.

Ya tiada nama Najib Abdul Razak dalam laporan itu, tapi ada disebut jawatan pengerusi lembaga penasihat, walaupun bukan tuan penasihat dua puluh lima peratus.

Kelahiran 1MDB tanpa restu

ADAM A KADIR

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/01/1mdb-650x400.jpg

SEPANJANG minggu lepas, terdapat dua perkembangan yang sangat menarik. Pertama, laporan PAC (Jawatankuasa Kewangan Negara) terhadap 1MDB; kedua, konsep kesetiaan Datuk Seri Nazri Aziz, seorang Menteri. Walaupun umum sudah mengetahui bahawa PAC tidak mempunyai kuasa penguat kuasa atau kuasa eksekutif, namun hujahan dan kenyataannya tidak kurang menarik perhatian. PAC berleluasa disifatkan sebagai anjing rongak yang hanya menyalak. Ini amat mengharukan mereka yang menganggotai PAC. Beberapa kawan saya pernah menjadi Pengerusi PAC.

Walaupun begitu kedudukannya, namun soal sama ada laporan itu boleh diterima oleh rakyat keseluruhannya adalah satu perkara berlainan sama sekali. Oleh kerana Tun Dr Mahathir terbukti sekali begitu lantang dan kritis dalam perihal 1MDB, beliau telah menggunakan senjata sinisme dengan memohon maaf kerana kononnya tersilap tentang jumlah wang yang hilang dari 1MDB. “Saya silap kata RM40 bilion, tetapi yang sebenarnya ialah RM50 bilion seperti yang terdapat dalam laporan. Mungkin pula jumlah sebenarnya lebih daripada itu.”

Pas dakwa Amanah manipulasi isu berhubung ‘Pas sebagai penasihat Umno’

Wartawan Sinar Harian

Hanafiah Mat

KUALA TERENGGANU – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat akan terus menerus memanipulasi isu berhubung ‘Pas sebagai penasihat Umno’ kepada rakyat serta memainkan isu Pas bekerjasama dengan Umno.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar, sebagaimana diputuskan dalam muktamar Pas bahawa tidak wujud kerjasama antara Pas dan Umno sebaliknya Pas akan terus melawan Umno.

Beliau percaya, tindakan tersebut dibuat ekoran pihak terbabit kekeringan idea untuk menarik perhatian rakyat kepada parti itu.

“Kita bukan menjadi penasihat sebagaimana dikatakan tetapi kita menasihati dalam perkara baik. Sesiapa pun kalau menjadi kerajaan dan jika kita melihat ada sesuatu yang tidak kena, kita akan nasihat.

“Ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada idea. Di mana-mana pun, mereka akan bercakap bukan sahaja di Terengganu tetapi di luar Terengganu pun. Mereka hanya ada isu ini sahaja,” katanya di sini.

Beliau menjelaskan bahawa perkara itu telah disedari sejak awal oleh ahli dan pemimpin Pas yang memperlihatkan seolah-olah pihak terlibat mahu bersaing dengan Pas, bukan dengan Umno dan BN.

Apa sudah jadi, Sanggup telanjang sebab kepanasan

TOK PERAK

TOK PERAK
*CUACA panas yang melanda seluruh negara – diramalkan hingga pertengahan tahun, adusss! – amat ketara memberi kegelisahan dan keresahan kepada semua.

Seperti dilaporkan media sudah ramai yang diwadkan, malah ada yang meninggal dunia, sebab strok haba. Tidur malam pun tidak lena sebab haba membahang hingga ke subuh.

Dalam pada itu petani dan pekebun sayur, termasuk di Cameron Highlands, menjangka pengeluaran ladang merosot sebab tanaman kekeringan gara-gara tidak cukup air.

Di Perak dilaporkan durian tidak menjadi sebab cuaca panas. Hatta mangga harum manis di Perlis pun terbantut sebab cuaca panas...

*NAMUN, sepanas-panas cuaca, panas lagi politik kita! Baik utara, selatan, timur dan barat, setiap detik iklim politik menggelegak.

Di utara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, digasak habis-habisan oleh sesetengah media atas isu pembelian banglo mewah yang dikaitkan dengan rasuah, juga isu tanah di Kampung Datuk Keramat, Seberang Perai.

Ada stesen TV setiap hari melaporkan secara meluas apa yang dikatakan skandal LGE. Macamlah isu banglo RM2 juta itu lebih hebat dari skandal mega RM bilion-bilion.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...