TERKINI :

Wednesday, April 6, 2016

Politik Mahathir : Tersangat bagus, penoh muslihat, licik, putar alam dan lain-lain yang seumpama dengannya...

Azhar Achil


Mahathir Mohamad seorang perdana menteri pencen, seorang negarawan, bekas diktator tua bersemangat tinggi kini semakin berjaya mengucar kacirkan dahulunya pakatan Rakyat dan kini "Pakatan Harapan" setelah ketiadaan PAS di jahanamkan oleh Hadi Awang presiden PAS dan PAS kini bersama Ikatan (PAS+IK) rakan sekongkol umno terbaru.

Terkini Mahathir sudah berjaya menyelinap masok didalam kumpulan pembangkang dan dalam masa yang sama seakan berkerjasama bersama sama Pakatan Harapan yang terdiri dari beberapa orang orang kuat Amanah, Azmin Ali serta rakan rakan beliau. Perlu di ingat bahawa gerakan yang dibawa oleh Mahathir ini sangat tajam dan halus sehingga satu masa dan ketika ianya tidak terlihat oleh mata hati bagi mereka mereka yang semakin parah penyakit dalaman jiwa keracauan.. Dan kini sudah ada tanda tanda semakin ramai yang meracau....

Saudara saudari ku sekelian,

Tidak terfikir kah kalian semua bahawa gerakan MAHATHIR ini tidak lain ialah membunoh dengan niat secara perlahan perlahan gerakan reformasi yang di asaskan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Sepertimana kita sedia maklum Anwar adalah musoh tetap Mahathir. Tidak ada usaha atau ikhtiar mahu pun kata kata dari Mahathir untuk membela Anwar. JIKA ada dikalangan pencinta PKR mahu pun Pakatan Harapan yang beranggapan bahawa Mahathir mahu menyelamatkan gerakan Pakatan Pembangkang, Lupakan saja angan angan itu. Berkawan dengan Mahathir ini boleh dengan tujuan, akan tetapi jangan cuba cuba mempercayai manusia yang bernama Mahathir ini.

Dari surat MB KELANTAN kepada NAJIB semua mintak soal material & pembangunan takada pun bab HUDUD

Mohd Sayuti Omar·


Selepas beberapa bulan mengangkat sumpah jadi MB Kelantan Ahmad Yakob telah menulis surat kepada PM Najib Razak bertajuk AGIHAN ROYALTI PETROLIUM DAN MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAN NEGERI KELATAN. 

Ada lima peraka yang dipohon dalam surat berkenaan. Dalam tempoh itu hingga sekarang beberapa kali Ahmad berjumpa dengan Najib.

Dalam sidang Dewan yang baru lalu Exco Hanifa Ahmad memaklumkan 3 daripada lima perkara yang dipohonkan telah dilulus.

Itulah kejayaan dan budi Ahmad. Ia juga tentulah atas sokongan Mustapa Mohamed. Tetapi anih sedikit dalam surat itu tidak disebut fasal Hudud semuanya soal material dan pembangunan. Ini bermakna Hudud bukan keutamaan MB itu. 

Jadi yang tergila2 hendak Hudud hanya Nasaruddin Daud dan Hassan Mahmod sahaja. 

Tangkapan RAFIZI adalah berdasarkan Undang-Undang yang diluluskan dalam parlimen

TANGKAP RAFIZI IKUT UNDANG2
( kecuali cara penahanan seperti Rafizi penjenayah)


BERITA penangkapan Rafizi tidak salah dari segi undang-undang dan undang-undang telah menentukan begitu, maka kena akur.

Hakikat yang jelas POLIS juga tidak salah kerana polis melaksanakan undang-undang yang diluluskan dan demikian juga RAFIZI sebenarnya tidak salah, cuma cara polis melayan Rafizi tak sepatut begitu kala Rafizi bukan penjenayah, perampok atau pembunuh yang bahaya.

Siapa yang salah kalau demikian?

Pencipta undang-undang terdiri kalangan 222 YB di Parlimen dan jika sesuatu undang-undang baru itu diluluskan oleh 2/3 ahli parlimen, maka ia tetap jadi undang-undang yang diwartakan dan kemudian pelaksanaannya terserah yang melaksanakan undang-undang itu termasuk hakim2 dan juga polis yang diamanahkan.

Yang harus disalahkan ialah mereka yang meluluskan undang2 itu dan tentu saja mereka yang terdiri dari YB2 Barisan Nasional dan undang-undang itu dinamakan akta OSA yang boleh menangkap mereka yang menyebar bahan2 yang dianggap/takrif SULIT ikut akta OSA itu sendiri.

Deklarasi Kedah desak pecat Muhyiddin, Mukhriz

Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Seramai 14 daripada 15 ketua Umno Bahagian Kedah hari ini berikrar menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menandatangani Deklarasi Kedah.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, deklarasi itu turut ditandatangani oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Kedah, termasuk ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita Umno negeri.

Beliau berkata, deklarasi itu diserahkan kepada Najib sendiri pada pertemuan Umno Kedah dengan Perdana Menteri yang berlangsung kira-kira satu jam di bangunan Parlimen, tadi.

"Kita buat deklarasi ini nak menyatakan kepada orang ramai bahawa Kedah masih bersama perdana menteri.

"Semua wakil rakyat termasuk senator Umno Kedah hadir hari ini bagi menyerahkan Deklarasi Kedah kepada perdana menteri.

"Deklarasi ini kita buat kerana merasakan perlu deklarasi (balas) yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Apa sudah jadi dengan Ezam, dapat macam-macam daripada Najib tetapi tiba-tiba tak sokong "bos"

EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH KOMUNIKASI MOF
Oleh : Shahbudin Husin


Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk" dengan kenyataan Ezam Mohd Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga ditahan di Parlimen.

Shazni : Doakan saya kuat berdepan k'jaan 'pekak, bisu'

Shazni Munir dibebaskan dengan ikat jamin polis di lkap Jinjang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. Bersama Shazni dua peguamnya Wan Anwar Wan Ibrahim dan Lim Lip Eng.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir yang dibebaskan setelah tahanan reman dua hari di bawah Akta Hasutan 1948 berjanji akan terus bersuara terhadap kerajaan.

Katanya, itu sahaja 'senjata' dipunyainya untuk melawan sebuah kerajaan yang didakwa rosak.

“Senjata ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 bilion masih tidak berpenghujung.

“Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu.

Shazni berkata jika beliau tidak menulis pun isu-isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mendesak pengunduran Najib dan pertukaran kerajaan, ramai lagi akan menulis perkara sama.

Shazni dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah ditahan di lokap Jinjang, Kuala Lumpur susulan laporan sebuah laman web bahawa beliau menyeru menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan besar-besaran.

Dedah rahsia: Rafizi ditahan reman tiga hari

sivarasa,rafizi
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia.

“Tiga hari,” kata Rafizi kepada wartawan, ketika diiringi polis keluar dari kamar Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Peguamnya, R Sivarasa berkata, Rafizi akan ditahan di Pusat Tahanan Berpusat Jinjang sehingga Jumaat ini.

“Selepas perintah reman tamat, beliau mungkin didakwa di mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pandan itu ditahan polis semalam, sebaik keluar dari kawasan Parlimen. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

PAS menganggap DAP merupakan aset BN dan liabiliti kepada pembangkang

DAP aset BN, liabiliti pembangkang
ALANG IBN SHUKRIMUN | 05 April 2016.

SAYA dapati ada satu perkara menarik daripada petikan kenyataan Mat Said yang dipetik oleh Sinar Harian. Saya tak mahu mengulas soal jawatan MB, mahupun masalah kepimpinan Umno.

Tetapi laporan muka depan bertajuk MB hanya menghitung hari itu memberi satu petunjuk yang baik buat PAS sendiri.

Di akhir laporan tersebut, Mat Said berkata "Kalau bubar DUN dalam keadaan sekarang, kita (BN) boleh kalah. Kita takut ini berlaku, takut DAP perintah. Kalau PAS, PKR tak apa lagi." Ucapan ini disampaikan dihadapan orang Melayu yang dianggap semuanya penyokong Umno sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Kemaman.

Rupa-rupanya benarlah telahan dan bancian PAS selama ini. Orang Melayu yang membentuk majoriti di negara ini sebenarnya telah dimomokkan sekian lama dengan ketakutan terhadap DAP. Di negeri tiada DAP seperti Terengganupun Umno boleh mainkan isu kebimbangan terhadap penguasaan DAP, apatah lagi di negeri yang ramai DAP, apatah lagi di negeri dan tempat yang dikuasai DAP.

Dapatan postmortem PRU13 yang lepas menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap PR terutamanya PAS yang bertanding di kawasan Melayu adalah kerana BN berjaya memainkan isu perkauman. Antara peluru paling masyhur ialah PAS menjadi kuda tunggangan DAP, Melayu telah dipergunakan Cina, negara bakal diambil alih Cina dan seumpamanya.

Alor Setar - Polis siasat hubungan banduan, petugas penjara


ALOR SETAR - Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk hubungan banduan dan petugas penjara berhubung kejadian tembakan rambang di Penjara Alor Setar Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan berkata polis menyiasat sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati layanan warden penjara terhadap banduan yang mempunyai kaitan dengan suspek.

Katanya ini kerana banduan yang ditempatkan di penjara tersebut merupakan banduan yang masih dibicarakan di Mahkamah Alor Setar dan mungkin mempunyai kaitan dengan anggota kongsi gelap.

"Kita juga masih menunggu hasil analisa makmal forensik terhadap peluru senjata api yang digunakan sama ada pernah digunakan oleh penjenayah sebelum ini," katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Koperal ke Sarjan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini.

IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.

Akta Rahsia Rasmi adalah akta yang diwujudkan khusus untuk mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".

Seseorang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...