TERKINI :

Tuesday, April 5, 2016

Copgate: K’jaan, SPRM nyatakan kesal terhadap peguam


Dua tuntutan saman berjumlah RM97 juta yang difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan berhubung pendakwaan dan penahanannya secara salah selesai, selepas peguam itu menarik balik samannya hari ini.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman berkenaan tanpa kebebasan untuk Rosli, selaku plaintif memfailkan semula saman tersebut.

Rosli menarik balik kedua-dua saman yang juga dikenali sebagai isu 'skandal Copgate' selepas pegawai penyiasat SPRM, SAC Saiful Ezral Ariffin, mewakili semua defendan membacakan pernyataan secara terbuka di mahkamah hari ini bagi menyatakan kekesalan mereka berhubung kejadian yang berlaku.

Dalam pernyataan itu, SPRM memutuskan kes itu tidak perlu dipanjangkan dan tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara untuk dipertahankan berikutan kematian Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada 2015.

"Maka, SPRM dan kesemua defendan dengan ini menyatakan penyesalan kami atas kejadian yang menimpa Rosli.

"Kedua-dua plaintif dan defendan bersetuju bekerjasama dan berakujanji menegakkan keluhuran undang-undang dan mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia," katanya.

Rafizi undang tangkapan, kata IGP

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengundang tangkapan dengan mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata ahli parlimen Pandan itu sepatutnya sedar tentang kesan dan akibat tindakannya.

"Bagaimana anda boleh salahkan pihak polis? Kami hanya ksanakan apa yang dinyatakan dalam undang-undang.

"Laporan polis telah dibuat terhadapnya. Berikutan itu, kami telah memeriksa dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan sama ada dokumen itu memang dikategorikan sebagai sulit.

"Apabila kami mengesahkan ia adalah dokumen OSA, maka kami perlu bertindak," katanya.

Lebih-lebih lagi, Khalid berkata Rafizi sendiri mengisytiharkan bahawa beliau memiliki dokumen OSA dan bercadang untuk mendedahkan kandungannya.

Beberapa pihak juga mengkritik cara penangkapan itu dengan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa menyamakan ia sebagai penculikan ala Gestapo.

Lebih banyak rahsia JAKEL mungkin terdedah selepas ini..!!!

Shahbudin Husin,

Gambar Hiasan
Tidak ramai yang ambil peduli mengenai Jakel, sebuah gedung menjual kain dan pakaian ternama yang berpusat di Jalan Masjid India sehinggalah The Wall Street Journal mendedahkan bahawa Najib Razak telah melakukan pembayaran kepada syarikat itu sebanyak AS$14 juta atau kira-kira RM55 juta antara tahun 2011 hingga 2014.

Persepi umum lantas memuncak dengan persoalan paling mudah, apa yang sebenarnya dibeli Najib daripada Jakel dengan bayaran sedemikian banyak itu?

Kalau ia semata-mata untuk pakaian Najib, Rosmah dan ahli keluarganya, tidakkah jumlah itu terlalu besar hanya untuk tempoh empat?

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap Najib berhubung bayaran yang dibuatnya kepada Jakel Trading itu sebagaimana didedahkan oleh WSJ, juga mengepilkan dengan pertanyaan yang antaranya, apakah pakaian yang dibeli itu untuk Rosmah dan jika sehelai berharga RM10 ribu, apakah ia bermakna sebanyak 5,500 helai telah dibeli sepanjang tempoh  empat tahun atau empat helai dalam sehari?

Deklarasi Rakyat : Hadi gesa jangan libatkan Majlis Raja-Raja

 Hadi-Awang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa supaya Majlis Raja-Raja tidak dilibatkan dalam Deklarasi Rakyat.

“Kita tidak mahu melibatkan pihak yang tidak sepatutnya terlibat dalam apa-apa desakan.

“Kita mempunyai parti politik dan juga NGO serta pihak lain, jadi ia terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas tindakan Dr Mahathir yang mahu mengumpul tandatangan rakyat agar Majlis Raja-Raja dapat membuat keputusan untuk mengugurkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengakui Majlis Raja-Raja tiada kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkir Perdana Menteri namun dalam keadaan terdesak mungkin Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tidak akan terlibat malah menolak apa sahaja tindakan yang tidak demokratik.

Menteri lebih bela Najib berbanding rakyat

Anina-Saadudin,-najib,-umno
PETALING JAYA: Agenda utama Menteri dalam kabinet pada masa kini adalah hanya membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya memperjuangan nasib rakyat jelata.

Dakwaan itu dibuat bekas ahli UMNO Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin apabila kesemua menteri yang dilantik didapati menghabiskan masa mempertahankan Najib, tanpa sebarang fakta yang kukuh.

Malah apa yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka turut bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pemimpin yang merosakkan UMNO adalah penyangak bangsa. Mereka lebih hina daripada penjenayah biasa kerana merosakkan sebuah negara. Mereka adalah pemimpin yang terkutuk.

“Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak, mereka hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib. Apabila Tun (Mahathir) kata Najib mencuri (duit rakyat), tiada seorang menteri yang memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun,” katanya dalam kenyataan media kepada FMT.

SAH !! Pesara Tentera tunggu berbulan sebelum dapat caruman LTAT mereka

Rafizi Ramli


LTAT akhirnya mengaku bahawa 110 pesara tentera yang saya kemukakan Khamis lalu memang lewat menerima caruman LTAT walaupun pelbagai alasan diberikan. Pengerusi LTAT berkata tindakan saman telah diambil terhadap saya. Saya teruja mahu melihat orang-orang besar seperti ini disoal balas di dalam kandang mahkamah. Cuma jangan guna caruman LTAT anggota tentera untuk bayar kos guaman menyaman saya. Sila guna duit sendiri. Jika setuju, mohon "share" seberapa banyak mungkin.

5 APRIL 2016

LTAT SECARA TIDAK LANGSUNG SAHKAN BERLAKU KELEWATAN

Saya sedia maklum kenyataan media Pengerusi LTAT, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor bertarikh 4 April 2016 mengenai senarai 110 pesara tentera yang saya kemukakan kepada LTAT minggu lepas.

Kenyataan beliau memperincikan perkara berikut:

1. 69 dari pesara yang saya kemukakan dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016
2. Dokumen bagi 23 pesara tentera baru diperolehi dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan pembayaran sedang diproses
3. Dokumen bagi 16 pesara belum diterima dari UGAT

Kenyataan beliau mengesahkan bahawa semasa saya mula-mula membawa isu ini iaitu 21 Mac 2016, sebahagian besar (jika tidak kesemuanya) dari pesara tentera ini belum menerima bayaran gratuiti caruman LTAT. Saya kesal kerana beliau terus berkeras mahu menafikan bahawa ada masalah kelewatan pembayaran kepada pesara sehingga berbulan lamanya tidak kiralah di mana masalah itu (sama ada di peringkat UGAT atau LTAT).

Yapeim susut duit sumbangan sebanyak RM580,897 selepas isu panas tahun lepas

'Fitnah antara sebab 32,934 penderma Yapeim tarik diri'



Persepsi negatif dan fitnah adalah antara sebab seramai 32,934 penderma membatalkan sumbangan mereka kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dari 2015 sehingga Februari 2016.

Hasilnya, Yapeim mengalami kerugian sebanyak RM580,897, yang sebelum ini diperolehi melalui skim potongan bulanan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Yapeim mencuri perhatian berikutan siri dakwaan penyalahgunaan derma didedahkan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir

Suami dan anak Timbalan Presiden Yapeim, Datuk Zaleha Hussin didakwa memegang beberapa jawatan di yayasan itu dan keluarganya memperoleh gaji bulanan RM81,700.

Eksekutif Bank ANZ disoal berhubung skandal 1MDB

Seorang eksekutif di salah sebuah bank terkemuka di Australia telah disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu semalam, berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.

Timbalan Ketua Eksekutif Bank ANZ, Graham Hodges disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1 bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.

ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal menjadi ahli lembaga AmBank.

Sydney Morning Herald melaporkan beliau sebagai berkata ANZ adalah terhad dalam apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya pemegang saham minoriti.

Benarkah LIM GUAN ENG tidak beretika..???

GUAN ENG TIDAK BERETIKA!!


Pemuda MCA dan GERAKAN Pulau Pinang (masih ada rupanya) hari ini mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) menggunakan khidmat sebuah firma guaman untuk menguruskan proses jual beli bungalownya. Firma guaman tersebut khabarnya merupakan firma di mana isteri Ketua Menteri adalah salah seorang daripada peguam di dalamnya.

Pemuda MCA dan GERAKAN berkata tindakan menggunakan khidmat firma guaman tersebut adalah tidak beretika kerana firma guaman itu isteri Ketua Menteri bekerja di sana.

Sebenarnya Ianya adalah amalan guaman yang tidak bertentangan dengan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam. Tiada apa salahnya pun samada dari segi undang-undang atau etika. Urusan tersebut bukan urusan rasmi Kerajaan tetapi urusan persendirian. Yang membeli bungalow ialah Ketua Menteri atas nama Lim Guan Eng bukan atas nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...