TERKINI :

Sunday, April 3, 2016

Kerana rasuah, Malaysia dihina negara lain

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ketika ini menyebabkan Malaysia sering dihina oleh negara-negara lain.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, oleh itu institusi negara perlu diperbetulkan dengan segera.

"Sekarang seluruh dunia hina kita. Thailand, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Mozambique hina kita.

"Ini disebabkan negara kita mengalami masalah rasuah," katanya.

Katanya, himpunan sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mendesak perubahan pentadbiran negara dilakukan.

"Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang inginkan perubahan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pemerintahan dia (Mahathir) dulu kita lawan tetapi sekarang umur dia dah 90 tahun dia melihat negara sudah lingkup. Dia juga ingin sama-sama lihat Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) berundur.

"Kita tak kira siapa saja yang mahukan perubahan termasuk orang yang sudah pencen iaitu Tun Mahathir, " katanya.

Bagaimana agresif SPRM siasat Najib berbanding Guan Eng?


Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mahu tahu bagaimana sikap agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kit Siang mendakwa agensi itu segera bertindak apabila BN mengenakan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng, dan menghantar pegawainya secepat kilat untuk mencari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kerana skandal RM4.2 bilion derma Najib ialah 1,500 kali lebih besar daripada yang dikatakan skandal banglo RM2.8 juta Guan Eng, manakala skandal RM55 bilion 1MDB adalah 20,000 kali lebih besar daripada skandal yang dikatakan itu, adakah SPRM telah mengarahkan ratusan pegawainya untuk menyiasat skandal mega Najib, mencari sepantas kilat pejabat perdana menteri di Putrajaya dan mengangkut dokumen-dokumen?

"Jika tidak, kenapa?" Kit Siang menyoal pada satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah membangkitkan persoalan itu sambil menggesa SPRM membuktikan bahawa ia bukan merupakan bidak politik yang digunakan untuk mensasarkan pembangkang.

Skandal Wolf of Wall Street - Orang Hollywood Pun Ketawakan Alasan Derma Najib !


Tu dia ..... Glamer lagi keluarga Najib Rosmah. Terkini, tengah trending artikel terbaru dari majalah Hollywood Vanity Fair cerita mengenai siasatan FBI ke atas dana filem The Wolf of Wall Street. 
Kat situ keluarlah nama2 1MDB, Malaysian Prime Minister Najib Razak, anak tirinya Reza Aziz ... Jho Low..
 
Jadi bukan saja masyarakat dunia yang mengikuti cerita2 politik atau perkembangan semasa saja tahu tentang skandal Najib, malah mereka yang hanya layan berita hiburan dan gossip Hollywood pun tahu juga !

VanityFair

Tak lama lagi pasti keluar Filem Hollywood tentang 1MDB ini ... bab sebagai case study di Universiti dan akademi2 badan penyiasat dunia sudah tentunya. Maksud saya, dunia akan kaji bagaimana skandal sebegitu besar boleh lolos dan sudah pasti badan2 penyiasat dunia akan keluarkan satu garis panduan bagaimana perkara sama dapat dielakkan dari berulang. 
Pendek kata - Tidak ada negara di dunia mahu kes 1MDB berlaku di negara mereka !
1MDB, Najib dan nama Malaysia akan kekal termaktub dalam sejarah dunia !

HEBAT | 8 jawapan menarik dari DYAM TMJ terhadap komen-komen negatif terhadap baginda & JDT


8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

Walaupun mimpi...apa kata anda jika ia jadi kenyataan : NAJIB, KU LI, ZAHID & HISHAMUDDIN..!!!

TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH....

https://lh3.googleusercontent.com/hVFLrSrlBmjoRkFZ4VIGmN3eUmIbNNvuGZcO-JQNGtsuNWrUQg9gNV7s0TwPvCI436uLRQJRSHCWOWHzRTI=w700
Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.

Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.

Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.

Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.

Peristiwa penting akan berlaku?

Oleh A Kadir Jasin


Sebelum dan selepas pemimin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej “anonymous” melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.

Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tetapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.

Saya tahu salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani “Deklarasi Kelantan” itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.

Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.

Ketika tragedi MH370, Najib shopping cincin RM3.5 juta, dakwa DAP

WARTAWAN MALAYSIA DATELINE

Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.
Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.

Pemimpin DAP, Anthony Loke menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk menjadi pemimpin negara yang berjiwa rakyat kerana berjiwa elit dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM3.5 juta.

"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.

"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000," kata Loke ketika memberikan ucapan di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.

"Undur Najib. Undur Rosmah," kata Loke memberikan semangat kepada semua hadirin yang terpaksa berhimpun di tengah panas ekoran fenomena El Nino bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri Malaysia itu.

Siapa nak dedak angkat tangan!


* TUN Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Pengerusi Proton Holding. Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Serentak dengan itu bekas perdana menteri itu juga melepaskan jawatan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), sekali gus meletak jawatan Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).

Maka dengan melepaskan jawatan-jawatan penting dalam GLC dan agensi kerajaan, beliau nampaknya betul-betul berpatah arang. Malah, ada yang kata mantan PM telah membakar jambatan.

*ADAPUN perihal membakar jambatan bukanlah benda baharu atau pelik dan luar biasa dalam politik kita. Siapa sahaja – tidak kira kedudukan – pada bila-bila masa boleh membakar jambatan.

Sebelum ini pun ramai pemimpin dari pelbagai parti sudah membakar jambatan masing-masing. Ada yang membina jambatan baharu. Ada juga yang guna semula jambatan yang telah dibakar.

Hatta ada juga yang tidak buat jambatan baharu, tidak pula pakai jambatan lama, sebaliknya terjun dalam sungai seperti Luncai dengan labu, dan dihanyutkan arus masa, sebelum akhirnya lemas sendiri.

Mempertahankan NAJIB akan jadi kerja sia-sia bagi UMNO..

Shahbudin Husin,


Hari demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.

Dulu ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200 juta.

Angka itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10 peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu RM42,000 juta.

Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?

Negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.

Apabila ada penyokong KEDAH yang tak reti bahasa, maka natijahnya ditanggung oleh semua..

Gambar Hiasan


JAWATANKUASA PINTU MASUK DAN TIKET KFA
KENYATAAN MEDIA

1. Jawatankuasa pintu masuk & tiket KFA amat kesal dengan tindakan penyokong yang membakar suar sewaktu perlawanan Kedah vs. Sabah Jumaat lepas.

2. Tindakan penyokong terbabit telah memberikan nama buruk kepada KFA.

3. Dipercayai suar dibawa masuk sewaktu waktu rehat separuh masa pertama.

4. Tindakan tersebut boleh mengakibatkan KFA didenda oleh FAM.

5. Jawatankuasa Pintu Masuk & Tiket akan meningkatkan kawalan dgn kerjasama pihak Polis Di Raja Malaysia diperlawanan akan datang.

6. KFA telah mengenalpasti individu terbabit dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

7. Sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dari tindakan.

Sampai bila agaknya negara berkeadaan begini..??

Aku tak setuju kalau dikatakan orang Melayu bodoh. Tetapi aku setuju kalau dikatakan ramai pemimpin Melayu yang ‘cerdik tak boleh diikut, dan bodoh tak boleh diajar’. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu kini terlampau ‘cerdik’ dan sanggup menghancurkan negara dan bangsa sendiri. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu yang sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata, walaupun berlaku kemungkaran dihadapan mata mereka.

Ternampak dengan jelas kini bahawa ramai pemimpin Melayu (pemimpin UMNO khususnya) berada dalam keadaan yang serba salah. ‘Kacau kena’ kata orang Perak terutama apabila berhadapan dengan isu IMDB. Seluruh dunia sedang heboh memperkatakan tentang IMDB dan tentang jumlah wang yang sebegitu besar dalam akaun peribadi DS Najib dan hampir seluruh dunia juga sedang memperkatakan tentang perbelanjaan peribadi keluarga DS Najib ketika bercuti di luar negara tetapi para menteri dan ahli parlimen UMNO masih ‘buat derk..’ seolah-olah tidak ada apa yang luar biasa berlaku. Menghairankan juga…

Amat tidak masuk akal sekiranya para pemimpin kita (khususnya ahli parlimen khususnya dari BN,- Melayu dan bukan Melayu) tidak tahu dan tidak tahu menahu tentang hal sedemikian. Mustahil!. Dan sekiranya apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar berkenaan sebagai fitnah dan hanya mahu semata-mata mahu memburuk-burukkan negara, maka sudah sewajarnyalah disyorkan dengan apa cara sekali pun supaya syarikat akhbar berkenaan diambil tindakan undang-undang. Disaman. Sepatutnya begitu.

Langkawi kekal lokasi paling lama tanpa hujan

langkawi
KUALA LUMPUR: Langkawi, Kedah kekal menjadi lokasi paling lama iaitu 47 hari tanpa hujan hingga semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, Arau, Perlis pula mengalami tanpa hujan selama 42 hari manakala Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang selama 33 hari.

“Bagi bacaan suhu, secara amnya sehingga 4 petang hari ini (semalam), tiada kawasan merekodkan bacaan suhu maksimum melebihi 37 darjah celsius yang juga menamatkan gelombang haba di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis,” katanya dalam kenyataan.

Pada Khamis lepas (31 Mac), Chuping dan Alor Setar dilanda gelombang haba dengan masing-masing mencapai suhu tertinggi 38.6°C dan 37.9°C.

Di Sandakan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menggerakkanoperasi menghantar bekalan air bersih kepada penduduk kampung yang terjejas kemarau akibat fenomena El-Nino.

Pegawai Operasi JPAM Sandakan, Amrin Amirun berkata, pihaknya mengagihkan kira-kira 144,000 liter air kepada 120 rumah penduduk di Kampung Linayukan, Tongod.

Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti.

Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno.

"Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri.

"Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...