TERKINI :

Saturday, April 2, 2016

Setahun GST: Ribuan menuju Dataran Merdeka bantah cukai ‘keparat’.

KUALA LUMPUR: Terik El Nino tidak menghalang ribuan turun ke jalanraya sempena setahun perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kira-kira 400 penunjuk perasaan berhimpun Kompleks Beli-Belah Sogo, 300 di Kampung Baru dan 300 lagi di Jalan Sultan berkumpul seawal jam 12 tengah hari dan mula berarak merentasi ibu kota menuju Dataran Merdeka secara berperingkat sekitar 2.15 petang.

“Genap setahun rakyat malaysia dikenakan GST,” kata pemimpin PKR, Tian Chua di Pasar Seni; “Rakyat sudah bosan dengan tekanan.”

“Ini bukan masa untuk berhujah, sebaliknya bertindak tegas dan memastikan bawa impak besar. Ini semua berpunca daripada Perdana Menteri dan menuntut beliau berundur. Kami mahu perubahan berlaku serta-merta.”

Laungan “Mansuh GST” dan “Undur Najib” berselang-seli sepanjang perjalanan dari checkpoint masing-masing, dan kumpulan paling hadapan dari Pasar Seni telah memenuhi jalan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menanti kedatangan kumpulan daripada tempat lain.

Presiden Afrika Selatan akui seleweng dana kerajaan

PETALING JAYA: Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memohon maaf atas skandal berjuta-juta dolar dana kerajaan dan menyatakan akur dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mengarahkannya membayar balik sejumlah dana yang diseleweng itu.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, Zuma berkata dia sepatutnya bertindak menggunakan cara yang berbeza dalam pertikaian mengenai perbelanjaan ke atas kediamannya yang mencetuskan dakwaan rasuah di peringkat tertinggi kerajaan.

“Perkara ini telah menyebabkan banyak kekecewaan dan kekeliruan justeru saya meminta maaf bagi pihak saya dan bagi pihak kerajaan,” kata Zuma.

Di sebalik permohonan maaf presiden, parti pembangkang utama negara itu berkata akan terus mencabar kebolehpercayaan Zuma selepas beliau melanggar perlembagaan dengan tidak mematuhi cadangan agensi pemantau negeri bahawa supaya membayar balik sebahagian daripada lebih daripada $20 juta yang dibelanjakan untuk kediamannya.

“Jacob Zuma adalah kanser kepada jantung politik Afrika Selatan,” kata pemimpin Parti Perikatan Demokratik, Mmusi Maimane dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, pemecatan Zuma memerlukan majoriti dua pertiga Parlimen dan parti Kongres Kebangsaan Afrika selaku parti pemerintah dikatakan mempunyai majoriti selesa dan pernah menolak usul tidak percaya terhadap Zuma baru-baru ini.

Mahkamah Perlembagaan dalam keputusan yang sama turut memutuskan bahawa Parlimen negara itu gagal menjalankan tanggungjawabnya berhubung skandal perbelanjaan oleh Zuma.

Di bawah peraturan mahkamah, perbendaharaan negara diarah mengira kos perbelanjaan kediaman Zuma dalam tempoh masa 60 hari, dan bayaran balik perlu dilakukan dalam tempoh 45 hari selepas itu.

Dalam skandal yang berasingan, Zuma juga dituduh mempunyai hubungan dengan keluarga perniagaan kaya yang merupakan rakan perniagaannya termasuk anak Zuma Duduzane, Guptas.

Bagaimanapun, Zuma menolak dakwaan bahawa Guptas memainkan peranan dalam pemilihan beberapa menteri Kabinet.

Perkiraan Politik Najib.. Antara MENGALAH & MELAWAN..!

Perkiraan politik.

1) Najib mengalah.

Tiga kebarangkalian utama yang ada.

i) Didakwa. Disabitkan bersalah. Merengkok dalam penjara. Bukan sahaja dia, tetapi ramai lagi. Ini pilihan paling buruk. Meskipun mungkin dapat juga 'parol', tetap buruk.

ii) Didakwa, atau seperti apa yang pernah di-sms-kan beliau kepada Razak Baginda: Tentative Charge. Pusing sana pusing sini, tidak cukup bukti. Lepas. Mungkin ini bentuk safe passage yang pernah ditulis Kadir Jasin?

iii) Tidak didakwa. Lari ke luar negara. Mungkin pilihan kedua terakhir selepas didakwa dan dipenjarakan.

2) Najib melawan.

Tiga strategi utama.

i) Lemahkan pembangkang. Pastikan pembangkang tidak bersatu. Pelbagai isu boleh dijadikan senjata.

ii) Kukuhkan kedudukan dalam parti. Beri gambaran bahawa kekalahan parti lebih besar bahayanya daripada isu yang dicetuskan. Parti adalah negara, negara adalah parti. Pemimpin adalah parti, parti adalah pemimpin. Elemen-elemen tidak menyokong mesti dicantas. Elemen-elemen yang sedia mempertahan akan diberi ganjaran.

iii) Kukuhkan kedudukan dalam kerajaan. Ketua parti adalah ketua kerajaan. Apa juga elemen yang membolehkan i) dan ii) berfungsi dalam penentangan akan cuba dihalang atau dilemahkan.

RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mahu polis segera menyiasat laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengesahkan wang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mendakwa, ada tiga bayaran ke dalam akaun Perdana Menteri yang didedahkan mencapai kira-kira RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion yang diakui.

"Kami mohon polis siasat perbezaan yang besar jumlah ini dan siapa yang memasukkan ke dalam akaun tersebut.

"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barang perhiasan, pakaian dan membiayai percutian. Persoalannya, adakah ini benar.

"Ketiga, ada sebuah syarikat tempatan didakwa terima RM50 juta dalam empat tahun antara 2011 hingga 2014. Adakah ia juga benar," katanya ketika membacakan laporan dibuat Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata, pihaknya kini ingin mengetuai dimanakah wang RM4.2 bilion itu sekarang.

"Sekali lagi kita minta polis siasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.

Kedah Isi Slot Separuh Akhir Piala FA

KEDAH berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Piala FA selepas mengikat Sabah 1-1 di Stadium Darulaman untuk menjadikan keputusan agregat 3-2.

Dalam perlawanan yang dihadiri lebih 30,000 penyokong skuad Hijau Kuning itu, Kedah berjaya menguasai permainan tetapi gagal melepasi pertahanan Sabah yang turut cemerlang.

Pada minit ketujuh Ahmad Fakri Saarani perolehi peluang untuk menjaringkan gol tetapi tendangan kencangnya terkena palang Sabah untuk menghampakan penonton yang memenuhi stadium.

Namun begitu, kesebelasan Kedah yang diperkuatkan oleh pemain muda tetap memburu gol penting untuk meletakkan pasukan mereka di depan.

Akhirnya Kedah perolehi sepakan penalti pada minit ke-22 apabila pemain pertahanan Sabah, Igor Ccerina menggunakan tangan untuk menyelamatkan bola dari kaki penyerang tuan rumah, Farhan Roslan.

Pemain import Kedah dari Brazil, Carlos Eduardo atau Kahe yang mengambil sepakan penalti itu berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...