TERKINI :

Wednesday, March 30, 2016

PAS - Jualan Harakah cetak merosot mungkin ada orang sabotaj atau ahli dah tak minat membacanya

M.A Shah, 

\ 
TERBUKTI SEBENARNYA JUALAN HARAKAH SEMAKIN MEROSOT... PUNCA UTAMANYA IALAH ORANG DAH TAK NAK BELI...

LALU BILA DAH ORANG TAK NAK BELI MAKA MACAM-MACAM HUKUM DIKELUARKAN SEHINGGA KELUAQ HUKUM WAJIB KENA LANGGAN HARAKAH UNTUK AHLI...


IZZUREE : HARAKAH TAK LAKU DI PENANG & ZON UTARA

Khairuddin perlekeh Naib Ketua Pemuda UMNO

 khairuddin-khairul-azwan
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memperlekehkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang dianggapnya sebagai kaki bodek dan tidak layak menjadi pemimpin.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan membuat kenyataan itu susulan kritikan Khairul Azwan atau Azwan Bro terhadap Kongres Rakyat yang disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang, Ahad lalu.

Khairul Azwan dalam kenyataan menyifatkan Kongres Rakyat itu sebagai perbuatan jijik dan memalukan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ketua Pemuda UMNO Perak itu berkata, Kongres Rakyat juga tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat dan pemimpin yang hadir dalam kongres itu memaparkan sifat yang jelik kerana hanya menggunakan emosi dan dendam peribadi Dr Mahathir untuk menyemarakkan kebencian terhadap Najib.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Khairul Azwan seharusnya melihat sokongan padu daripada rakyat yang menyokong usaha Dr Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang dalam Kongres Rakyat yang melawan pemimpin-pemimpin korup dalam UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya tahu beza dedak dan nasi – Anina

Faiz Zainudin | March 30, 2016

Beliau tidak sanggup menjadi seperti pemimpin UMNO yang rela 'makan dedak' yang ditabur Najib Razak kerana mahukan jawatan dan wang.

anina-umno

PETALING JAYA: “Saya tidak bodoh sehingga tidak boleh membezakan antara dedak dan nasi,” jawab Anina Saadudin kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak yang menyerangnya.

Bekas ahli Wanita UMNO itu diserang di media sosial oleh penyokong UMNO dan Najib yang menuduh beliau berniat jahat dan mahu mendapatkan sesuatu apabila berterusan menyerang Perdana Menteri.

“Saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk wang, jawatan atau kemahsyuran”, jawab Anina di Facebooknya.

Bekas pensyarah berkatra, sekiranya benar-benar hendak mendapatkan sesuatu daripada Perdana Menteri, beliau boleh makan dedak seperti yang dilakukan pemimpin UMNO yang menyokong Najib.

“Saya belajar di universiti sampai lah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya ada lah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti. Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.

“Kalau saya hendakkan sesuatu daripada Najib Razak, saya boleh makan dedak. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak,” katanya.

Pegawai GLC didakwa rasuah RM2.02 juta

TNB-MACC
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dihadap ke Mahkamah Sesyen di sin hari ini kerana didakwa menerima rasuah berjumlah RM2.02 juta.

Tertuduh, Shahanom Uthman didakwa dengan 14 tuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana didakwa menerima rasuah antara 2013 hingga 2014.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima sejumlah wang dan kereta daripada dua ahli perniagaan bernama Ahsan Sabri Pang Abdullah dan Tee Boon Chun antara Disember 2013 hingga 2014.

Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya sebagai Ketua Projek dan Perkhidmatan, Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd untuk mendapatkan rasuah.

Syarikat itu dimiliki sepenuhnya Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Shahanom didakwa menerima rasuah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1.35 juta daripada Ahsan Sabri dan RM670,000 serta sebuah kereta BWM daripada Boon Chun.

Tertuduh tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dan minta dibicara.

Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap


Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Sekolah di Kedah dan Perlis ditutup esok

PULAU PINANG 30 Mac - Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup esok berikutan cuaca panas melampau.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan itu berikutan suhu di kedua-dua negeri tersebut hari ini mencecah 38.2 Celcius.

“Arahan telah dikeluarkan hari ini berhubung penutupan berkenaan dan di Perlis, langkah itu akan dilaksanakan selama dua hari sehingga Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini.

Tabung Mat Sabu: Tidak perlu derma seorang Arab, ribuan rakyat hulur sumbangan..

Mencatat sejarah tersendiri, kempen kutipan tabung khas untuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu ekoran kes saman isu “Projek IC Sabah”, telah mencecah RM200,000 hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, pencapaian membanggakan hasil kerja keras sekumpulan gerakan awam dikenali #SahabatMatSabu itu jelas mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.

"Alhamdulillah. Syukur dan tahniah kepada urusetia Tabung Mat Sabu yang berusaha keras untuk mencukupkan jumlah sasaran RM 200,000 dalam tempoh sebulan lebih.

"Ternyata usaha kecil yang dilakukan oleh aktivis rakyat dan anak muda yang cintakan keadilan di negara ini tidak sia-sia dan mendapat sokongan orang ramai," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Mengulas kutipan bagi membolehkan Mohamad menjelaskan bayaran kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, beliau berkata, rakyat sebenarnya cukup prihatin dalam melawan kezaliman dan penindasan.

"Ternyata ramai di sana yang menyokong usaha menegakkan keadilan di negara ini dan merubah sistem pentadbiran yang dicemari dengan korupsi dan penyelewengan termasuk sistem pilihan raya.

"Ini menunjukkan rakyat Malaysia dan para pejuang ini tidak memerlukan derma yang banyak daripada seorang Arab tetapi derma yang kecil daripada ribuan rakyat adalah lebih suci dan berintegriti.

"Terima kasih kepada semua rakyat yang menyumbang. Anda adalah rakyat yang berani," tambah Faiz lagi yang juga peguam.

Terdahulu penyelaras #SahabatMatSabu, Hishamuddin Rais berkata, pihaknya akan mengumumkan hari penyerahan hasil kutipan tersebut kepada pihak peguam Mat Sabu.

Ujarnya, dalam satu kenyataan bersama Adam Adli dan Mandeep Karpall, jumlah rasmi kempen sumbangan RM10 itu akan diberitahu dalam jangka masa terdekat selepas akaun berkenaan diaudit.

Perintah mahkamah terhadap Mat Sabu itu ekoran temubual akhbar Harakah bersama beliau yang disiarkan di akhbar itu edisi Jumaat, 1-3 Februari 2013. Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden Pas ketika itu.

Muhyiddin sanggah Puad Zakashi berkenaan isu beliau berbohong jumpa Gabenor Bank Negara

Saya memandang berat tuduhan Datuk Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 26 Mac 2016 kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB. Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya. Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, saya berhak untuk mengetahui secara terperinci isu-isu penting negara. Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti, saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura dan laporan  tersebut telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat. Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun.

Najib juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara. Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB.

Tan Sri Zeti juga memberitahu saya beliau bertegas untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan. Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.

Muhyiddin Yassin

Ahli UMNO Mahu SPRM Siasat Mana Khairy Dapat RM1.4 Juta Taja Umrah


Untungnya jadi orang dok atas dari 'sistem' olah kot mana pun depa yang untung..contoh terkini 'Pembebasan Khir Toyo'..!!

Khir Toyo keluar penjara hari ini

Khir Toyo keluar penjara hari ini

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan menjalani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju meluluskan permohonan peguam bekas Menteri Besar Selangor itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan, lapor RakyatPost.my.

Melalui sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol untuk tinggal bersama keluarga.

Mohamad Khir sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Selepas DRIVER TEKSI mengamuk baru SPAD nak ulas bab teksi haram UBER & GRABCAR

SPAD akan kawal selia Uber, GrabCar




KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengambil langkah bagi memastikan perkhidmatan teksi persendirian Uber dan GrabCar dapat dikawal selia serta tidak menggugat industri teksi sedia ada.

SPADSPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu bagaimanapun memerlukan masa untuk pelaksanaannya.

"Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian sesuai bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi," katanya.

Kenyataan itu bagi memberi maklum balas berhubung demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang hari ini yang mahukan perkhidmatan Uber dan Grabcar diharamkan.

Dalam kejadian itu, kira-kira 300 pemandu teksi berkumpul di kawasan berkenaan bermula 10 pagi dengan meletakkan teksi-teksi mereka di bahu-bahu jalan.

Adun Kbg. Rotan & Penduduk sedang berusaha beli rumah untuk Fatimah

Penduduk beli rumah untuk Fatimah

ALOR SETAR - Sekumpulan penduduk di sini, akan melancarkan kutipan derma bagi membeli sebuah rumah untuk seorang warga emas yang mendiami bangunan terbiar di Pekan Kuala Kedah di sini.

Fatimah Zainal, 57, mendiami bangunan terbiar itu bersama anak lelakinya, Saibun, 28, sejak Mei tahun lalu selepas ditinggalkan suaminya.

Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, sehingga kini, Fatimah didapati masih berteduh di bangunan berkenaan.

Menurutnya, rumah itu akan dibeli selepas kutipan derma mencukupi.

"Sebanyak RM11,000 diperlukan untuk membeli rumah berkenaan," katanya.

Mohd Nasir berkata, pada mulanya, penduduk mahu membina semula rumah Fatimah di tapak rumah ayahnya, namun tidak dapat dilakukan atas sebab tertentu.

"Selepas itu, penduduk berusaha mencari kediaman bersesuaian dan menemui sebuah rumah yang ingin dijual sekitar harga RM11,000.

"Buat masa ini, deposit rumah itu sudah dibayar," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...