TERKINI :

Tuesday, March 29, 2016

Kerjasama PAS/DAP.. Antara apa yang dikatakan Haji Hadi adakah dia sudah terkena sumpahan "PIL KUDA"

Al-Ekhsan Mustaffa


LIHATLAH APA HJ HADI KATAKAN DAHULU APABILA BEKERJASAMA DENGAN DAP... SEDAP DIA KATA RAKYAT YANG TAK FAHAM MATEMATIK MEREKA YG MENOLAK KERJASAMA DENGAN DAP NIE...

OKLAH ANDA DENGARLAH DULU APA KATANYA....


NAMPAKNYA APABILA RAKYAT SEMAKIN FAHAM AKAN MATEMATIK YANG BELIAU KATAKAN ITU TETIBA SEKARANG BELIAU SENDIRI PULA MENIMBULKAN KEMUSYKILAN DAN PERSOALAN MATEMATIK TERSEBUT SEDANGKAN SOALAN ITU BELIAU SUDAH JAWAB DENGAN LAFAZ YANG FASIH DAH DAHULU...

PEMANDU TEKSI MOGOK - TAHNIAH...Anda semua hebat...!!!




PEMANDU TEKSI MOGOK - INI SUATU PERMULAAN KEPADA PERUBAHAN - TAHNIAH.

Hari ini para pemandu teksi di Lembah Kelang dikhabarkan telah mengadakan demonstrasi selama 2 jam di Jalan Bukit Bintang bagi memprotes kelembapan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dilihat gagal mengambil tindakan dalam isu perkongsian kenderaan. Dilaporkan sekurang-kurangnya 300 teksi terlibat dalam demonstrasi mempertahankan hak mereka dengan meletakkan teksi-teksi di bahu jalan sepanjang Jalan Bukit Bintang.

Bilangan teksi mungkin bertambah jika tidak disekat oleh pihak Polis Trafik dari memasuki kawasan tersebut. Akibat demonstrasi tersebut, jalan-jalan di sekitar kawasan terlibat sesak dan perkhidmatan teksi terganggu.

Aku mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada para pemandu teksi yang terlibat. Hak anda mesti dipertahan oleh anda sendiri bukan oleh orang lain. Ini suatu permulaan kepada perubahan sistem pentadbiran negara.

Musuh negara Najib, bukan pembangkang – Anina

anina-najib 
 
PETALING JAYA: Musuh sebenar negara ialah Datuk Seri Najib Razak dan bukannya pembangkang, kata Anina Saadudin.

Bekas ahli UMNO itu berkata, rakyat perlu menghormati perjuangan pembangkang yang ingin menyelamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada terus ditadbir oleh Perdana Menteri.

“Semua rakyat Malaysia sayangkan Malaysia. Kerana itulah parti pembangkang memperjuangkan ideologi politik mereka di bumi Malaysia kerana itu pegangan mereka. Kita perlu hormati pegangan parti pembangkang dengan politik yang matang, bersih, jujur, ikhlas, adil dan saksama.

“Musuh nyata rakyat Malaysia adalah Najib Razak kerana Najib Razak telah mencuri wang negara. Najib juga telah mencuri masa depan anak cucu rakyat Malaysia.

“Tindakan mencuri wang negara ini adalah antara punca utama yang telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah kerana ekonomi negara sudah mendekati garisan nazak. Akhirnya rakyat perlu menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan penghapusan subsidi,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...

  
 
Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:
  1. Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  2. Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  3. Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  4. Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  5. Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  6. Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  7. Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  8. Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  9. Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  10. Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

Surat putera Arab pada Najib pula didedah

  
 
Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah”itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

'Lagi Dr M cakap, lagi banyak bahan siasatan polis'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ketika mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mahathir Ahad lalu yang ingin lakukan perkara “outside the box” untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Dia bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk lakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.

"Tidakkah tindakan dia itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?" katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat pelbagai kenyataan perdana menteri 22 tahun itu, Nur Jazlan berkata siasatan akan dilakukan.

Akta Hasutan pula digunakan keatas peguam yang mengemukakan usul singkir PEGUAM NEGARA

Peguam di sebalik usul singkir AG disiasat ikut Akta Hasutan


Peguam yang mengemukakan usul untuk membincangkan kedudukan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana enggan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung deposit di akaun bank peribadinya telah dipanggil oleh polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.

Francis Pereira, seorang daripada tiga peguam yang mencadangkan usul itu pada mesyuarat mpunan agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia pada 19 Mac lalu, mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu daripada Bukit Aman.

Beliau berkata surat itu juga menamakan rakannya, R Shanmugam yang adalah juga seorang lagi pencadang usul itu.

"Surat Bukit Aman menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah berkaitan dengan laporan polis yang dibuat ke atas usul yang dibentangkan di AGM Badan Peguam.

"Mereka kata, siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Seksyen 4 (1) berkenaan kesalahan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

KBS ‘pedas’ pula dengan projek cili RM19 juta berkaitan MIC

 
Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini ‘panas’ dengan penyelewengan RM107 juta oleh pegawai kanannya kini ‘pedas’ pula dengan dakwaan berlakunya konflik kepentingan berhubung pembayaran dana RM19 juta untuk program penanaman cili kepada sebuah yayasan.

Ini kerana yayasan itu diketuai oleh timbalan menterinya, Datuk M Saravanan.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, kerajaan mengesahkan dana diagihkan kepada Yayasan NAAM.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Yayasan NAAM atau Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) adalah sebuah syarikat berdaftar yang dipengerusikan oleh Saravanan dengan pemimpin MIC lain sebagai sebahagian daripada lembaga pengarahnya.

"Pemberian dana kerajaan kepada NGO yang dikuasai oleh parti politik adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak beretika," kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam satu kenyataan.

"Seseorang boleh bayangkan kekecohan yang akan timbul jika kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan dana negeri untuk sebuah NGO yang dikuasai oleh DAP dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan dana tersebut untuk menjalankan aktiviti politiknya.

"SPRM harus segera menyiasat NGO ini," katanya.

Menteri terlalu banyak makan dedak ayam – Khairuddin

khairudin
PETALING JAYA : Menteri Kabinet Malaysia disamakan dengan ayam yang makan terlalu banyak dedak sehingga sukar untuk mengingati segala benda.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata, ayam yang terlebih makan dedak menyebabkan haiwan ternakan itu menjadi lali sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling.

“Mungkin juga menteri-menteri UMNO pun terlalu kenyang sehinggakan mereka tak tahu apa yang berlaku.
“Kalau semuanya mereka tak tahu; jadi persoalannya apa yang mereka tahu? Sehinggakan duit hilang dengan jumlah yang besar pun mereka kata tak tahu.

“Jadi adakah puak kaki bodek minda lemah otak udang ini semua kabinet kayu yang semuanya mereka tak tahu? Apa kerja mereka pada hakikatnya?,” katanya menerusi kenyataan.

Tanpa menyebut nama, kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek yang sebelum ini menjawat Menteri Belia dan Sukan.

Ketepi perbezaan penting daripada kumpul petisyen

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Semangat Deklarasi Rakyat yang berjaya mengetepikan perbezaan ideologi politik antara bekas pemimpin utama negara dengan pimpinan pembangkang jauh lebih penting daripada mengumpulkan petisyen itu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sesiapa sahaja yang akan mengambil alih tempat Datuk Seri Najib Tun Razak memikul tanggungjawab besar untuk mengembalikan keharmonian negara.

"Kalau ada perubahan kepimpinan, dia mestilah membawa seberapa banyak pihak duduk bersama (berbincang). Ketepikan segala perbezaan untuk letak kepentingan rakyat. Itu penting.

"Semangat itu lebih penting sama ada Deklarasi Rakyat berjaya menjatuhkan Najib atau tidak. Kesan Deklarasi Rakyat kepada negara lebih penting daripada boleh tandatangan atau tidak," katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, Deklarasi Rakyat memberikan satu dimensi baharu dalam usaha menyelamatkan negara daripada salah laku rasuah dan penyelewangan pimpinan negara.

Gelombang haba: 99 kes termasuk 1 kematian dilaporkan

Cuaca Panas

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan merekodkan 99 kes termasuk satu kematian berkait haba dari 1 Mac hingga semalam.

Semua kes tersebut akibat cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara, mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 22 kes adalah 'heat cramp', 63 kes kelesuan haba, 14 kes strok haba termasuk satu kematian di Segamat, Johor.

Namun begitu, katanya, pemantauan kes harian yang dilaporkan dari 22 Mac hingga semalam mendapati tiada kes strok haba, manakala kes kelesuan haba dan heat cramp pula secara amnya menunjukkan trend penurunan.

"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan.

"Ia juga akan menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SUNGAI PETANI – JKM cari maklumat kes buang bayi

JKM cari maklumat kes buang bayi

SUNGAI PETANI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes pembuangan bayi di Taman Cendana, di sini, 9 Disember lalu, tampil memberikan maklumat.

Penolong Pegawai JKM Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, bayi yang ditemui itu diletakkan di bawah jagaan JKM.

Menurutnya, kini pihaknya sedang mencari waris bagi melancarkan permohonan pendaftaran lewat kelahiran bayi berkenaan.

“Sekatan media berhubung Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 telah diketepikan bagi membolehkan carian waris dilakukan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil atau menghubungi Pejabat JKM Daerah Kuala Muda di talian 04-4204900,” katanya.

Baling - Bayi derita tulang dagu mengecil

Bayi derita tulang dagu mengecil

BALING - Seorang bayi berusia dua bulan dilahirkan dengan keadaan tulang dagu mengecil, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub pernafasan untuk terus hidup.

Azizaimi Azali, 35, berkata, anaknya Nur Aisyah Nuha yang dilahirkan tidak seperti bayi normal, tidak mampu bernafas menggunakan hidung dan mulut.

Menurutnya, bayi istimewa itu juga dilahirkan tanpa ibu jari di kedua-dua bahagian tangan dan turut bergantung kepada mesin penyedut kahak.

“Jika dia berkahak atau telan air liur, proses pernafasannya terganggu, jadi untuk buang air liur dan kahak, dia bergantung kepada bantuan mesin itu setiap masa,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Tandop Pisang Parit Panjang, di sini, semalam.

Selain itu katanya, anaknya turut bergantung kepada bantuan saluran tiub untuk minum susu kerana keadaan lidahnya juga tidak normal akibat masalah yang dialaminya.

“Dia tidak boleh menghisap susu seperti kanak-kanak lain,” katanya yang mempunyai empat anak lain yang masih kecil.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...