TERKINI :

Saturday, March 26, 2016

Bubar Parlimen Awal Akan Selamatkan Najib...?

Nasaie Ismail·


Parlimen Malaysia berbaki dua tahun sahaja lagi iaitu sehingga Mei 2018. Najib mempunyai tempoh yang panjang untuk terus berkuasa dan melakukan sebarang perubahan untuk membeli hati pengundi. Namun tekanan kuat supaya beliau berundur sedikit sebanyak mengganggu beliau. Apatah lagi kesetiaan ahli ahli parlimen BN kepada beliau sukar untuk dipercayai sepenuhnya khususnya selepas penyingkiran Muhyiddin Yasin dan Mukhriz Mahathir. Maka tidaklah terlalu selesa untuk beliau menanti Mei 2018 kerana jika silap perkiraan beliau boleh tumbang sebelum tempoh tersebut.

Apa jalan yang berbaki boleh dilakukan oleh Najib untuk mempertahankan kuasanya?

Apabila saya menulis 'bubar parlimen' awal salah satu jalan Najib mempertahankan kuasa, bahkan boleh mendapatkan mandat baru yang lebih besar berbanding pilihanraya ke-13, ramai yang kurang setuju kerana bagi mereka jika bubar parlimen dengan segera, Najib akan jatuh lebih awal.

Mari kita lihat satu persatu dipihak BN. Penyingkiran Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir (penasihat Petronas) dilihat akan memberikan kesan terhadap menghakisnya sokongan kepada BN pimpinan Najib di Kedah dan Johor. Secara ringkas, ianya dilihat peluang yang mudah untuk pembangkang menawan kedua-dua negeri. Jika kedua negeri berjaya ditawan maka jumlah parlimen pembangkang pun akan bertambah dan BN akan tumbang diperingkat pusat.

Antara isu rumah GUAN ENG & KHIR TOYO...apa rahsia disebaliknya..???


https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/10530918_10154010359394192_30862892524969162_n.jpg?oh=d8e79ef4dd9c698ff7fbefdafabc9ec9&oe=5779D47A

Isu banglo : LGE tak payah cuti ketika siasatan – Tun M

mahathir_lim-guan-eng_sprm_600
PUTRAJAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti ketika siasatan dakwaan rasuah terhadapnya dijalankan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, Guan Eng tidak perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya didakwa oleh pihak berkuasa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

“Yang mendakwa Guan Eng rasuah adalah media dan bukan pihak berkuasa. Beliau tidak perlu cuti ketika siasatan dijalankan.

“Saya juga pernah dituduh rasuah ketika dahulu dan jika saya bercuti kerananya susah sebab banyak kerja perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kes yang dihadapi Guan Eng adalah berbeza dengan kes dana sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

Nawar Firdaws | March 26, 2016

Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

mahathir
PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Suu Kyi tunjuk karakter sebenar?

Aung San Suu Kyi

NAYPYIDAW - MYANMAR. Pemimpin parti Liga Demokrasi bagi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi adalah seorang pemimpin yang disanjungi Barat kerana berjuang untuk menuntut demokrasi selain mempertahankan hak asasi manusia.

Tetapi, terdapat sisi berbeza wanita yang pernah memenangi anugeral Nobel ini dan ia dilihat bertentangan dengan imej ikonik beliau menerusi wawancara bersama BBC pada Oktober 2013.

"Tiada siapa memaklumkan kepada saya yang temu bual ini akan dikendalikan oleh seorang Muslim," rungutnya selepas wawancara bersama wakil BBC Today, Mishal Husain berakhir.

Suu Kyi, 70, didakwa gagal menyembunyikan kemarahannya selepas beliau terus diasak dengan soalan mengenai penindasan ke atas penduduk Islam minoriti, Rohingya.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu seakan tidak selesa selepas Mishal beberapa kali bertanyakan mengenai nasib 140,000 penduduk Rohingya yang diusir, selain pendiriannya terhadap sentimen anti-Islam dan pembersihan etnik yang menyasarkan Muslim di negara itu.

Ketika PAS semakin jauh dari bukan Islam, Dr Rani terkecuali

 Dr Rani bersama Pastor Moses
Ketika kajian-kajian menunjukkan hubungan PAS dengan golongan bukan Islam di negara ini dilihat semakin jauh, ia tidak berlaku kepada Adun PAS di Meru, Selangor, Dr Abdul Rani Othman apabila hubungan baik terus terjalin antara mereka.

Kelmarin Dr Rani menjadi tetamu istimewa kepada 110 kanak-kanak dan ibu tunggal beragama Kristian di sebuah gereja di pekan Meru.

Beliau menjadi tetamu khas kepada Pastor Moses yang mengetuai penganut Kristian di gereja dekat sini untuk menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan khas kepada mereka, sesuatu yang jarang diperolehi oleh pemimpin PAS yang lain.

Beliau turut diberikan peluang berucap sebelum memenuhi jemputan Pastor Moses untuk memberi sumbangan kepada kanak-kanak dan ibu tunggal beragama Keristian di Pekan Meru itu.

Baru-baru ini Merdeka Center dalam kajian mereka mendapati sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS jatuh merudum.

Namun hubungan baik dengan bukan Islam menjadikan Dr Rani sebagai pemimpin dan wakil rakyat PAS yang terkecuali dari hasil kajian itu.

Umno Kedah dapat dana lebih RM3 juta dari mana? soal PJ PAS Kedah


Pas Kedah mempersoal peruntukan sebanyak RM3.78 juta untuk gerak kerja Umno negeri itu seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pengakuan Ahmad Bashah itu mengguris hati rakyat daif terutama golongan penoreh yang sebelum ini sangat mengharapkan bantuan kerajaan.

"Jika beliau (Ahmad Bashah) boleh mendapatkan dana untuk kepentingan politik Umno, mengapa tidak pula berbuat demikian untuk meringankan beban penoreh getah?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, banyak persoalan timbul apabila Ahmad Bashah menyatakan tidak perlu ditanya sumber untuk mendapatkan dana.

"Dari mana sumber wang itu diperoleh? Adakah 'wang derma' dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan terhadap kedudukan Ahmad Bashah selaku Menteri Besar?" ujarnya.

Kes Aminulrasyid: Khalid perlu letak jawatan sebagai Ketua Polis Negara

https://3.bp.blogspot.com/-IXyGIswtl4M/VvVE3geJ7yI/AAAAAAAB7OE/QWTH4Mhh4u42M_yLmifkcKqadg3VZQvOg/s1600/kpn.jpg

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didesak melepaskan jawatan sebagai langkah tanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid Amzah.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, berkata tindakan Khalid secara terang-terangan mahu melindungi pegawai bawahannya yang didapati bersalah terhadap kematian Aminulrasyid.

“Maklumat yang diberikan Khalid kepada media sebelum ini adalah satu percubaan untuk menyembunyikan kematian Aminulrasyid yang mati ditembak polis.

“Mahkamah juga telah mendapati Aminulrasyid mati ditembak atas sikap kecuaian Koperal Jenain Subi bertindak melulu dan bertentangan dengan piawai dalam perintah tetap Ketua Polis Negara.

“Kami mendesak Khalid bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Khalid bersalah dan memerintahkannya untuk membayar ganti rugi RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Ini berikutan kenyataan Khalid yang dibuat sehari selepas berlakunya kematian Aminulrasyid dengan mendakwa, polis telah menemui sebilah parang dan mendakwa Aminulrasyid cuba melanggar kereta polis.

Saman mungkir kewajipan fidusiari Ke Atas Mohd Najib

A Kadir Jasin


MUTAKHIR, 24 Mac - Laporan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani "Deklarasi Kelantan" yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Mohd Najib, sekali gus memeranjatkan dan tidak memeranjatkan.

Terbaik yang boleh diharapkan adalah ia satu taktik licik oleh Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mohd Najib. Terburuk, ia satu pengkhianatan mutakhir oleh Tengku Razaleigh. Masa akan menentukan.

Yang ramai orang tahu adalah Mohd Najib banyak meluahkan perasaan kepada Tengku Razaleigh manakala Tengku Razaleigh pula mempunyai keyakinan ramai ahli Dewan Rakyat serta rakyat jelata dalam usaha memaksa pengunduran Mohd Najib.

Mohd Najib tahu kalau ada orang yang boleh menjatuhkan beliau melalui proses Parlimen orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Razaleigh.

Pada suatu ketika, beberapa bulan lalu, Tengku Razaleigh dikatakan telah mendapat akuan berkanun (SD) daripada majoriti ahli Dewan Rakyat bagi menjatuhkan Mohd Najib melalui undi tidak percaya.

Tetapi melalui pemberian habuan, pangkat dan tekanan (coercion) Mohd Najib nampaknya telah berjaya mengepung ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Politik apa yang sedang dimainkan oleh gabungan Mohd Najib-Tengku Razaleigh ini sukar didalami.

Yang jelas adalah, bagi Mohd Najib kalau masih ada orang yang boleh menyelamatkan beliau, orang itu ialah Tengku Razaleigh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...