TERKINI :

Tuesday, March 22, 2016

PRU14 Semakin Hampir Dan Tanda Jelas PAS Kelantan DiKencing UMNO

Oleh ramziredang


"PRU14 sudah menunjukkan tanda ia sudah semakin hampir. Isu rumah Lim Guan Eng cuba diSPRMkan. Saya percaya selepas ini mungkin giliran kelantan. Kalau mengikut perangai tradisi UMNO, kes balak, atau kes beli kereta murah Nik Amar pasti akan di tayang di kaca tv ketika tibanya pilihanraya nanti. Ia mungkin dipendap seketika kerana masanya belum tiba. Tetapi perjanjian pengagihan wang royalti minyak beberapa hari yang lalu, antara putrajaya dengan MAIK dan JPP(bukan kerajaan negeri Kelantan) jelas memberi tanda bunga bunga pilihanraya telahpun mula berputik

Perjanjian pembayaran royalti yang diberi bukan kepada kerajaan negeri, menggambarkan memang 'politik matang' PAS kelantan dan Ahmad Yaacob jelas bertukar menjadi 'politik malang'. Nik Amar bukan lagi dikencing oleh UMNO, malah memang telah terminum kencing UMNO. Teringat saya kata kata Nik Amar, "macam orang nak berniaga, kalau takut rugi baik tak usah niaga". Jawapan Nik Amar ketika ditanya kenapa percaya kepada UMNO.

Mungkin saat sekarang Nik Amar masih ada cinta kasihnya kepada UMNO. Sebab kata katanya ingin istihar perang habis habis selepas bulan oktober belum direalisasikan. Sekarang sudah bulan Mac. Melepasi lima bulan melebihi tempoh gencatan senjata yang diumumkannya.

Atau mungkin senjata yang dia ingin gunakan untuk berperang itu adalah senjata di dalam seluar Nik Amar, malu untuk dihunus depan orang ramai. Atau mungkin senjata ada, telur tak ada

Adakah Nik Aziz punca Melayu sokong DAP dan kini Haji Hadi sedang menebus kesilapan Nik Aziz itu..!!

Oleh Blog Sysssss..!!!

Batal biasiswa langgar hak istimewa Bumiputera

Irwan-Fahmi
PETALING JAYA: Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pembatalan biasiswa pelajar ke luar negara sebagai mencabul hak istimewa Bumiputera.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata perkara itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab daripada kerajaan.

“Biasiswa merupakan hak istimewa Bumiputera seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 153 (3).

“Dengan yang demikian, Wira PERKASA Malaysia memohon ampun dan perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk membantu mengembalikan semula biasiswa yang dibatalkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorendum bantahan pembatalan biasiswa pengajian oleh kerajaan kepada Istana Negara.

Akhirnya Anwar menemui kebenaran yang dicari


KEJUTAN SORE


Hari ini di mahkamah Nallakaruppan a/l Solaimalai telah mengakui yang dia tidak pernah mengatakan Anwar Ibrahim menerima wang daripada syarikat judi (Magnum) sebanyak RM60 juta.

Kata Nallakaruppan, kenyataan itu diputar belit oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Nallakaruppan membuat kenyataan mengejutkan itu ketika diasak oleh Anwar dalam mahkamah semasa perbicaraan saman Anwar RM100 juta kepada bekas rakan tenisnya itu. Anwar bertindak menjadi peguam belanya sendiri.

Semasa ditanya oleh Anwar apakah dia (Nalla) menyedari kenyataan bohongnya itu telah dijadikan afidavit yang dibuat oleh SAC II Musa Hassan yang kemudian menjadi Ketua Polis Negara, Nallakaruppan mengatakan dia tidak tahu.

Ekoran pengakuan Nallakaruppan itu Anwar menarik balik saman RM100 juta itu. Penarikan balik saman itu menunjukkan tokoh reformasi itu berhati mulia dan penyamanan terhadap Nallakaruppan bukan bermotif komersil tetapi mahukan kebenaran terdedah dan fitnah yang membalutinya terhurai. Lebih 15 tahun fitnah itu mengeliling diri bekas TPM itu.

Hajat Anwar itu berjaya apabila Nallakaruppan menafikan apa yang didakwanya sebelum ini.

Antara RM 2.8 MILION LIM GUAN ENG dengan RM 2.6 BILION NAJIB RAZAK..!!??

JANGAN LINDUNGI KM LIM GUAN ENG DAN JANGAN LINDUNGI PM NAJIB.


1. SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah. SPRM juga tidak boleh dilihat menjadi menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.

2. Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah ke atas Lim Guan Eng ( LGE), Ketua Menteri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan ke atas LGE atas isu pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM 2.8 Milion dan perkara perkara yang berkaitan, malah jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi SPRM boleh mencadangkan pertuduhan ke atas LGE untuk diambil tindakan pendakwaan oleh Peguam Negara. Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana KM Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?

RM 2.8 MILION vs RM 2.6 BILION.

3. Saya tidak bertolak ansur atas segala salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa. Syabas saya ucapkan kepada pemimpin Umno Bn yang begitu tegas dan keras membangkitkan isu pembelian rumah oleh KM Guan Eng yang berharga RM 2.8 Milion tetapi mempertahan dan melindungi PM Najib dalam kes dana RM 2.6 Bilion dan RM 42 Milion dalam akaun peribadi beliau. Bagi saya, jangan lindungi KM Guan Eng dan jangan lindungi PM Najib jika cukup bukti dakwa mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan.

Antara NAJIB & LIM GUAN ENG, siapakah yang patut bercuti?

Lim Guan Eng Perlu Bercuti.

Ada cadangan dari beberapa pihak yang meminta dan menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar bercuti sementara menunggu siasatan isu pembelian banglo beliau selesai disiasat.

Bagi aku cadangan tersebut adalah suatu jenaka. Kenapa aku mengatakan ianya suatu jenaka? Mudahnya kerana Lim Guan Eng hanya Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya Perdana Menteri.

SPRM tidak berada di bawah Ketua Menteri, Polis tidak berada di bawah Ketua Menteri. Sehingga hari ini, aku rasa Guan Eng sudah nyatakan secara terbuka bahawa beliau bersedia disiasat. SPRM juga menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan.

Guan Eng tidak mempunyai kuasa terhadap SPRM samada untuk mengganggu atau memberhentikan siasatan. Guan Eng tidak berkuasa untuk melakukan sebarang unsur campur tangan terhadap siasatan SPRM mahu pun polis.

Kedudukan Guan Eng tidak seperti Najib Razak yang mana SPRM dan Peguam Negara berada di bawah beliau.

Kita semua sudah lihat apa yang berlaku kepada SPRM di dalam siasatan 1MDB, SRC International dan RM2.6 bilion.

Jika Guan Eng mengambil tindakan bercuti, ianya adalah suatu langkah yang baik tetapi tidak perlu. Jadi tidak perlu lakukan tindakan yang tidak perlu.

Yang sepatutnya bercuti ialah Najib bukan Guan Eng.

BERANI BERUBAH.

Ahli Biasa DAP.
Zulhazmi Shariff
22/03/2016

Muhyiddin tolak ‘tawaran lumayan’, tak sanggup ‘makan dedak’

KOTA TINGGI: Tan Sri Muhyddin Yassin mendedahkan beliau ditawarkan jawatan penting selepas dipecat Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, beliau ditawarkan jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam,” katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Dewan Orang Ramai Dewan Kg Sungai Ampat, malam tadi.

Muhyiddin bagaimanapun mengakui beliau terpaksa menolak semua tawaran itu kerana tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan.

“Saya tolak tawaran ini kerana ia melibatkan maruah, Jika saya terima, bermakna saya makan dedak (seseorang yang boleh dibeli). Rakyat akan kata Muhyiddin orang nombor satu yang makan dedak.

“Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan,” tegasnya.

Muhyiddin dipecat daripada Kabinet pada Julai tahun lalu dan digantung Timbalan Presiden UMNO pada bulan lalu gara-gara kritikannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.

Beliau antara pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Adakah PAS sudah ambil alih tugas UMNO memperjuangkan politik MELAYU!!!!

Kini Umno dan Najib boleh tidur nyenyak apabila tugas mereka kini di ambil alih oleh Hadi.

Sebelum ini seluruh jentera siber Umno menumpukan sepenuh gerak kerja menyerang Dap dengan pelbagai isu perkauman serta dakwaan keinginan DAP ingin memerintah Negara.

"Melayu hilang kuasa", "Melayu terpinggir", "Memecah belahkan politik Melayu", "Melayu perlu bersatu agar Melayu terus memerintah" dan pelbagai lagi kenyataan yang berbau perkauman kini telah mula di ambil alih tugasnya oleh Hadi.

Kenapa kini Hadi kembali kepada politik perkauman (assobiyah) sedangkan dulu mereka sering mendakwa politik antara kaum tidak ada dalam kamus perjuangan Pas.

Jika beliau mempersoalkan ekonomi orang Melayu jauh terpinggir berbanding bangsa Cina, sepatutnya Hadi harus menuding jari ke arah pemimpin Umno yang menguasai kerajaan, apakah yang telah mereka lakukan untuk mengangkat martabat ekonomi orang-orang Melayu.

Cakap-cakap Hadi sudah mirip kepada jentera kerajaan Biro Tata Negara (BTN). Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa Hadi akan kembali ke zaman Asri Hj Muda yang memperjuangkan Melayu-Islam.

Kuasa sekarang ditangan pemimpin Umno. Kenapa Hadi harus menyalahkan DAP tentang kegagalan bangsa Melayu sehingga berpecah belah.

Jika Hadi ingin mengutarakan pepecahan bangsa Melayu, sepatutnya Amanat Banggol Peradong 1981 perlu di tarik balik kerana Amanat inilah yang telah mengundang pepecahan orang melayu khususnya di pantai timur.

Sama ada sedar atau Hadi sengaja berpura-pura lupa, DAP hanya bertanding 50 kerusi parlimen di seluruh Negara daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi. Apakah dengan 50 kerusi sudah di kira mampu mentadbir negara yang memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk memerintah.

Banyak lagi yang boleh di perkatakan di sini untuk menyanggah kenyataan dangkal Hadi berhubung isu orang Melayu.

Bukankah Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri Malaysia, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Hakim Negara, Setiausaha Negara terdiri dari bangsa Melayu malah perlembagaan sendiri menyebut hak-hak keistimewaan bangsa Melayu.

Secara anehnya, tiba-tiba Hadi bimbangkan bangsa Melayu.. Bukankah pelik.?

Admin
~#Rakyat_Bangkit

Bekas MB Selangor bakal tubuh NGO lawan DAP

BANGI, Isnin – Satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beragendakan memecah sokongan rakyat terhadap parti rasis dan cauvinis DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan ditubuhkan, kata Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, penubuhan NGO yang bakal diterajuinya akan membantu parti Islam yang lain untuk berdepan dengan DAP dan mengukuhkan lagi politik umat Islam di negara ini.

“Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya.

“Tapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang…kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini,” katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, beliau berkata sikap agresif DAP dalam melebarkan empayar politiknya harus disekat bagi memastikan hak dan kebajikan umat Islam di negara ini terjamin.

“Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya),” katanya.

Mukhriz tetap mahu Najib gugur walau dipecat

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tetap akan gigih mengetepikan Datuk Seri Najib Razak walaupun jika ditakdirkan keahliannya dalam Umno digugurkan.

Bercakap kepada peserta program Santai Bersama Datuk Seri Mukhriz di Johor Bahru petang tadi, beliau berkata setakat ini tumpuannya masih "dalam Umno".

"Saya sendiri pun darah daging Umno. Saya tidak akan keluar parti, tapi kalau dipecat, itu lain hal.

‎"Kalau dipecat pun, saya akan terus membantu untuk menguatkan Umno dengan cara ‎berkempen supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digugurkan," katanya menjawab soalan salah seorang peserta.

Kenyataan itu kemudian disambut tepukan tangan hadirin.

Program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Johor itu dihadiri kira-kira 150 orang. Antara lain ia bertujuan mengumpul tandatangan orang ramai untuk menyokong Deklarasi Rakyat.

Mukhriz kini menjadi antara tokoh dalam Umno yang gigih berkempen mengetepikan Najib daripada jawatan sebagai Presiden Umno dan perdana menteri.

Deklarasi Rakyat ketika ini

Gerakan itu diketuai bapa Mukhirz yang juga bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut menyertai gerakan itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nama Mukhriz menjadi modal kepada BN untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.

Kata Mukhriz buat masa ini belum sesuai untuk beliau berbincang atau melontarkan idea mengenai pilihan lain untuk mengetepikan Najib kecuali melalui Deklarasi Rakyat - merujuk kepada desakan dibaca Dr Mahathir kali pertama pada 4 Mac lalu.

Terdahulu seorang peserta mengemukakan soalan kepada Mukhriz mengenai pilihan yang ada kepada Umno jika Najib tetap berkuasa menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

'Rumah' sedang terbakar

Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam berkata, melalui pepatah 'jangan kerana seekor nyamuk, satu kelambu dibakar' ‎kini adalah waktu untuk menyelamatkan rumah (parti).

"‎Percayalah, kita takkan menang (PRU) selagi Najib masih lagi presiden Umno.

"Kelambu kita dah terbakar, nyamuk entah ke mana kita tak tahu. Kita tak hairan dengan nyamuk itu lagi, kita nak selamatkan rumah kita yang sedang terbakar," katanya.

Mukhriz menambah suasana politik sekarang dilihat sebagai sangat luar biasa, termasuk jika dinilai kepada segi sokongan kepada Umno.

"Orang-orang Melayu sendiri sudah tak tahan, dan sanggup menolak umno.

"Mereka sudah tak kisah dah, kalau bukan Umno pun tak apa. Saya takut perkara ini pun berlaku di kubu kuat Umno seperti di Johor ini," katanya.

Justeru katanya perkara yang dibangkitkan itu tidak boleh dianggap remeh.

"Jadi saya ingat kita tak boleh buat endah tak endah, dan mestilah bergerak untuk meyakinkan kepimpinan parti dengan pendekatan terbaik serta akan menyelamatkan keadaan," ujarnya.

Nik Amar - Serangan peribadi, Biar rakyat buat penilaian

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai setiap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Sambil menyifatkan ia serangan peribadi, Mohd Amar berkata, beliau tidak berhasrat membela diri mahupun mengambil tindakan terhadap individu terlibat

"Dalam isu serangan peribadi seperti ini, saya lebih suka membiarkan orang ramai menilai dan tidak berhasrat membela diri.

"Kalau nak bela pun bukan diri, tapi parti dan kerajaan, " katanya kepada media di pejabatnya di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Mohd Amar adalah punca terhadap kepincangan kerajaan negeri dan mendesak Naib Presiden Pas itu meletak jawatan.

Hudud & Pas - Adakah segalanya sudah terjawab kini..?

PAS CAWANGAN BENDANG PAUH

Hari ini terjawab segalanya. Tipu helah, kelentong atau apa saja pasal hudud yg diperjuangkan oleh PAS rupa rupanya palsu blako. "Kita sanggup berpisah dengan sesiapa saja yang menentang hudud. Ini hukum Allah, siapa yang menentang atau tak sokong hudud rosak akidahnya". DAP menghalang hudud maka PAS tak boleh berkawan atau bertahaluf lagi dengan DAP. Kita cerai tolak tiga DAP. Puak puak yg bersekongkol dengan DAP juga merupakan musuh PAS. Pembersihan dalam PAS dengan keluarnya puak puak yang tak bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hudud. Antara ucapan sombong TGHH bila nak bawa hudud ke parlimen dulu.

Hari ini TGHH dengan nada bangga ( muka tak malu) mengumumkan bahawa hudud dikemudiankan, cuma memperkasakan mahkamah syariah. Dulu heboh juak2 ulama bahawa ini peluang yg diberi oleh Pusat/Umno utk bentangkan hudud diparlimen. Bila ada peluang kita cepat2 rebut kalau tidak orang kata kita tidak serius dlm menjayakan hukum hudud.

Hudud hukum Allah mesti dibuat segera. Segala nasihat atau cadangan agar PR dapat kuasa di puterajaya dulu sebelum hudud dibentangkan dianggap tidak islamik dan menjadi kafir. Bersungguh sungguh dan hilang pertimbangan yg waras. Membujur lalu melintang patah sesiapa menghalang bermakna tidak wala'  kepada persiden dan elok keluar dari PAS. Begitulah aksi TGHH utk laksanakan hudud  kononnya tetapi semua itu adalah lawak jenaka yg paling lucu diabad ini.

MB Kelantan sanggup letak jawatan kalau hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. Lebih hebat lagi TMB Kelantan beri masa sehingga okt 2015 jika Umno tidak sokong hudud di Parlimen akan berperang semula dgn Umno setelah berdamai dgn janji utk sokong hudud.

Hari ini tanggal 16/3/2016 TGHH sendiri mengaku bahawa yg heboh hudud itu sebebarnya bohong blako. Kita tangguh dulu hudud cuma kita perkasakan mahkamah syariah. Akta 355 adalah tanggungjawab pusat utk membentang dan meluluskan diparlimen.

Mana maruah PAS?. PAS adalah parti islam yang dipimpin oleh ulama pewaris nabi tetapi bercakap berbelit belit, sombong, ego dan tidak terima teguran utk kebaikan. Buat kepetusan membelakangi mesyuarat ajk pusat dan bercakap bohong. Akta 355 diwar warkan sebagai hudud. Seluruh jentera PAS diarah hebohkan hukum hudud sudah siap dan dibawa ke parlimen. Bila ahli cuba bertanya dan beri komen dianggap tidak wala dan pengkhianat. Ini sikap TGHH yg tidak disenangi ahli yg reti dan faham politik tanahair. Tetapi semua teguran dianggap menghalang  atau tidak suka hudud. Yang menjadi mangsa ialah orang kampung yang tidak bermaklumat terus telan apa saja berita dari pemimpin cawangan dan kawasan PAS.

Inikah wadah yg ditinggal oleh TGNA kpd TGHH utk diwarisi. Ludah kita dulu dijilat pula dgn senyum dan bangga kononnya telah berjaya menghancurkan sebuah gerakan yg ditatang dgn keringat dan air mata oleh ahli ahli bawahan. Inilah sebuah drama yg hina dan jijik utk diingati.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...