TERKINI :

Saturday, March 19, 2016

Orang MELAYU sudah mula dipersalahkan..???

Gambar Hiasan Semata-mata
Seingat aku belum pernah lagi aku merasa ‘terhina’ sebegini sebagai orang Melayu yang tinggal di sebuah negara yang bernama Malaysia. Ke mana saja kita pergi pasti orang akan bertanyakan mengenai IMDB. Samada di dalam negara atau di luar negara. Negara Malaysia seolah-olah sudah menjadi negara yang betul-betul terhina di mata dunia.

Aku tidak menyangka langsung begini jadinya. Aku tidak menduga negara boleh ‘terjerumus’ ke lembah kehinaan sebegini. Aku amat terkejut seorang rakan dari Whidby Island, Seattle USA dapat menghuraikan dengan lanjut mengenai isu IMDB. Rakan ku itu dalam pelayaran mengelilingi dunia dan singgah sebentar di Singapura. Dan di Singapuralah kami berjumpa dan dengan panjang lebar beliau melahirkan kekesalannya tentang apa yang telah berlaku kepada negara Malaysia dan nasib yang menimpa rakyatnya. Jikalau penduduk Whidby Island ( kawasan Ulu Amerika) pun dapat mengetahui dengan sejelas-jelasnya apa yang berlaku di negara Malaysia, maka aku tidak hairanlah seluruh dunia sedang memperkatakan tentang negara kita. Tentunya mengenai keburukan dan nasib malang yang menimpa rakyat negara ini.

Orang Melayu sudah mula dipersalahkan mengapa keadaan jadi begini. Bukan orang Cina yang mengatakan yang orang Melayu patut dipersalahkan. Tidak juga orang India. Dan tidak pula bangsa lain-lain. Tetapi yang menyalahkan orang Melayu yang menyebabkan keadaan negara jadi begini kini adalah orang Melayu sendiri. Bukan saja orang Melayu yang mendapat didikan tinggi, lulusan luar negara tetapi orang Melayu yang mendapat rezeki dari kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mereka sendiri merasakan yang orang Melayu yang patut dipersalahkan.

Apa bezanya isu Pembelian RUMAH GUA ENG dengan Pembelian RANGE ROVER NIK AMAR..???

Oleh Al-Ekhsan Mustaffa


Hari ini kecoh bab LIM GUAN ENG beli rumah dengan harga murah... yang kecoh tu pulak bukannya cybertrooper UMNO BN tapi sahabat lama dalam parti PAS dimana mereka seperti beruk dapat bunga apabila isu ini dilontarkan oleh MP BN dalam parlimen semalam...

Mereka menghubungkaitkan kes LIM GUAN ENG dengan kes KHIR TOYO yang telah didapati bersalah dahulu... so far bab salah tak salah nie saya malas sentuh dan serahkan ia kepada SPRM...

Yang saya nak sentuh disini ialah jawapan LIM GUAN ENG berkenaan isu tersebut..

SINAR HARIAN - 19/03/2016

Transaksi jual, beli banglo dibuat secara rela hati

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar berkaitan isu banglo dua tingkat bernilai melebihi RM2.8 juta yang beliau beli di Jalan Pinhorn, di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

Bakal gabenor baru Bank Negara 'berkepentingan' dalam 1MDB?


Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan disebut-sebut sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu.

Jika sahih, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak lama lagi.

Mohd Irwan Serigar diketahui umum sebagai salah seorang pentadbir korporat (corporate governance) bagi syarikat pelaburan 1Malaysia Development (1MDB).

Sehingga kini, pelaburan 1MDB masih diragui dan sedang disiasat oleh beberapa agensi integriti tempatan hingga badan antarabangsa.

Malah, pelaburan 1MDB yang meragukan ini turut disiasat oleh BNM dan tidak lama lagi Mohd Irwan Serigar akan menjadi gabenor Bank Negara baharu?

Bagaimana seseorang yang syarikat korporat di bawahnya sedang disiasat oleh BNM sendiri, layak dilantik sebagai gabenor Bank Negara?

Antara cakap NAJIB & MUHYIDDIN, mana satu kita nak percaya nie..???

Shahbudin Husin,




Ini kata-kata yang dilafazkan Najib Razak hari ini - "kalau saya nak rompak, dah lama saya rompak hutan (balak) di sini (Pahang). Saya tak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tak ambil, saya tak ambil lombong bauksit, saya tak ambil apa-apa.
"Bila saya jadi Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya, saya tidak ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat."

AMANAH terbuka kepada kerjasama dengan PAS-IKATAN sekiranya mahu menumbangkan BN

Salahudin Ayub
KUALA LUMPUR: AMANAH sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS-IKATAN sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara,

“Daripada awal AMANAH ditubuhkan, kita buka pintu kita untuk semua orang. Namun PAS tetap kata kita pengkhianat, kita tak boleh dilayan, kita parti serpihan dan tak panjang umur.

“Itu mereka, tetapi AMANAH sampai hari ini kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya, apabila ditanya samada AMANAH sedia bekerjasama dengan blok pembangkang baharu.

AMANAH kini berada dalam satu blok pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan DAP. PAS, mengisytiharkan pembentukan blok pembangkang kedua bersama Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), baru-baru ini.

PAS, IKATAN belum bincang hudud secara terperinci – Hadi

Abdul Hadi Awang menyifatkan sistem kehakiman perlu diperbetulkan sebelum pelaksanaan hudud dibuat. 
Hadi Awang
ALOR SETAR: PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya mengadakan perbincangan awal mengenai pelaksanaan hudud selepas kedua-dua parti itu menjalinkan permuafakatan baru-baru ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kedua-dua parti itu belum membincangkan dengan terperinci mengenai hudud.

“Perbincangan secara umum kerana baru ditubuhkan, belum terperinci lagi. Isu hudud adalah isu undang-undang… mesti dibetulkan konsep sistem kehakiman terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-65 PAS di Dewan Kompleks PAS di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai berkata, bahawa Ikatan dan PAS sependapat yang hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Rabu lalu, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama IKATAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

– BERNAMA

Polis akan ambil tindakan terhadap Jamal – KPN

Khalid Abu Bakar
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berhubung ancaman membakar papan tanda ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’ di beberapa kawasan di Selangor.

Selain itu, Khalid juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menurunkan billboard atau papan iklan gergasi #BebasAnwar, #Bebas Rakyat dan #Tahanan Politik yang dipasang di beberapa kawasan di negeri itu.

Menurut Khalid, papan iklan untuk Anwar itu dilihat menghasut dan mengelirukan rakyat.

“@PDRM sedang ambil tindakan terhadap Datuk Jamal Yunus kerana ancam bakar poster. Pada masa sama PBT telah diminta turunkan Billboard yang menghasut.

“@PDRM kesan Billboard dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI sebagai ‘Tahanan Politik’,” katanya di Twitternya.

NAJIB akan terus gelak besaq jika PAS berkelakuan seperti sekarang

Badri Al-Utaibi Al-Desouky


Aku dituduh jahat dan berhati busuk oleh ahli PAS hanya kerana memberi penerangan yang tidak langsung dipercayai oleh mereka, tentang isu tidak konsisten serta ketidaktelusan prinsip perjuangan Presiden Hadi yang sudah mentalaq bersama Pakatan.

Tak dinafikan Presiden adalah seorang ulamak bertaraf antarabangsa, namun Politik presiden ini dianggap kurang bijak dlm arus kini utk menentang regim BN yang kuat dibarisi oleh banyak parti komponen.

Ditambah lagi PAS mewujudkan pula blok baru politik dlm mainstream politik Malaysia. Tindakan bercerai dgn Pakatan sebenarnya amat menguntungkan BN ... dan merugikan pembangkang. Wahai ahli PAS ....

Aku tidak langsung membenci mereka , kerana mereka adalah sahabat seperjuanganku dalam kelompok pembangkang. Cuma ku terkilan dgn ijtihad politik Presiden PAS itu yg pasti menyusahkan PH dan pembangkang utk menang di PRU14 dgn memberi laluan mudah kpd BN hasil dpd talaq ini & pembentukan blok3....

Peguam Negara 'kepanasan' bila usul di AGM Badan Peguam M'sia gesa beliau letak jawatan diluluskan

Badan Peguam M'sia lulus usul gesa peletakan jawatan AG

Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia telah mengundi untuk meluluskan satu usul semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini menggesa peletakan jawatan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ini telah disahkan oleh peguam yang hadir di AGM tersebut, walaupun mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi dari Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.

Badan Peguam itu mahukan peletakan jawatan AG berikutan keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan deposit wang yang besar di dalam akaun Najib.

"Ia adalah gesaan peletakan jawatan, sepertimana gesaan peletakan jawatan yang lain, tetapi ini adalah gesaan yang dibuat oleh Badan Peguam Malaysia," kata Thiru dalam sidang akhbar selepas berakhirnya AGM ke-70 badan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata ini sepatutnya boleh memberi tekanan kerana Badan Peguam Malaysia adalah badan tunggal yang mewakili peguam di Semenanjung Malaysia.

Najib Razak - 'Saya bukan pencuri harta rakyat'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan hari ini.

Pakatan ingatkan SPRM, jangan lupa Najib ketika siasat Guan Eng

Pemimpin Pakatan Harapan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi turut mengingatkan suruhanjaya itu tentang skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP yang juga bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkata, SPRM mesti menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Jika ada sebarang aduan salah guna kuasa, buka (siasatan). Tetapi kita juga mahu siasatan dibuka dalam sebarang aduan terhadap Umno dan BN.

"Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa mengenainya. Masalahnya ialah skandal mega berkembar Najib, sama ada 1MDB atau sumbangan. Tidak ada hasil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.

Kit Siang kelihatan seperti tidak sedar mengenai siasatan itu sehingga diberitahu oleh pemberita selepas sesi sulung Kuliah Lim Kit Siang malam tadi, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Kit Siang dalam politik, dan ulang tahun ke-50 DAP.

Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim Guan Eng.

Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.

"Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti," katanya kepada media dalam Majlis Sambutan 50 tahun DAP di sini pada Jumaat.

Dalam nada sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah setuju dengan tindakan menyiasat Guan Eng tetapi SPRM perlu membuat tindakan sama ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional jika terdapat dakwaan berkaitan.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam.

Mat Sabu komen mengenai pembentukan Pakatan PAS-IKATAN

Blok ketiga meriahkan politik demokrasi negara

ALOR SETAR - Pembentukan blok ketiga pembangkang oleh Pas dengan kerjasama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak memberi kesan besar kepada Pakatan Harapan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, usaha itu sebaliknya memeriahkan lagi politik demokrasi di Malaysia.

“Itu hak mereka untuk menentukan arah tuju politik masing-masing tapi saya tidak mahu menyetuh banyak hal mereka. Cuma saya akan tumpu untuk berkempen kepada Amanah dan Pakatan Harapan.

“Saya rasa kewujudan blok ketiga ini tidak ada masalah sebab rakyat tahu pilih. Misalnya dalam PRK Bukit Selambau pernah sehingga 15 calon, tapi rakyat memilih sama ada BN atau PR,” katanya kepada media.

Menurutnya, rakyat hanya akan memilih parti yang dianggap boleh memerintah negara sama ada BN mahupun Pakatan Harapan.

“Saya tak nampak apa-apa kesan besar. Soal kacau daun itu boleh ditafsir masing-masing. Tapi kita boleh tengok kehadiran orang menyertai Amanah begitu memberangsangkan, bahkan untuk pendaftaran kami terpaksa memperlahankan aliran orang untuk sertai.

Panglima ATM nafi AS bina pangkalan tentera di Sabah


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu "tidak benar".

Beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.

Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah.

Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya.

- Bernama

Pas, PKR masih ada hubungan politik

Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM - “Kita memang mewujudkan kerjasama dengan Ikatan, namun ini tidak bermakna Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR,” kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata, Pas masih mempunyai hubungan politik dan masih dalam kerajaan negeri bersama PKR.

“Pas dan PKR mempunyai matlamat bersama, antaranya adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno, BN dan mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Apabila disoal mengenai mengenai apakah kerjasama Pas dan Ikatan itu akan merugikan PRU14 nanti disebabkan kemungkinan pecah undi, Iskandar menjawab, ia adalah terlalu awal untuk meramalkan apa bentuk kerjasama politik pada PRU akan datang.

“Kewujudan beberapa blok pembangkang adalah perkara biasa di negara maju.

"Kerjasama antara blok itu adalah perkara biasa demi untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya.

SPRM P Pinang terima aduan berkaitan pembelian rumah Guan Eng


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menerima aduan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran.

SPRM dalam satu kenyataan berkata keterangan pengadu turut dirakam berhubung isu pembelian rumah terbabit yang beralamat di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

"Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan dan maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih.

Orang Islam tak sensitif rasuah


ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan masyarakat Islam pada masa kini tidak sensitif terhadap isu dan kesalahan rasuah.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perkara itu menyebabkan banyak negara Islam termasuk Malaysia ketinggalan dalam pelbagai bidang.“Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Itu pelik. tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.

“Tapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Sedangkan ia merupakan didikan awal oleh Nabi Muhammad,” katanya pada ucapan sempena bicara petang Pakatan Harapan di hadapan flat Seberang Perak, Jalan Seberang Perak, di sini, semalam.

Menurutnya, kuliah agama juga sering menyebut tentang kesalahan rasuah, namun masyarakat Islam tidak mempedulikannya.

Alor Setar - Keluarga Dhia ‘berkampung’ di hospital

Keluarga Dhia ‘berkampung’ di hospital

ALOR SETAR - Keluarga adik Dhia Aisyah Mohamad Faizal yang menjalani pembedahan menebuk bahagian leher ‘berkampung’ di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak seminggu lalu.

Ibu Dhia, Fazuana Hoda, 33, berkata, anaknya yang berusia empat bulan itu tidak lagi memerlukan pemerhatian rapi apabila dipindahkan dari Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) ke wad lain bermula semalam.

"Sejak Rabu lalu, Dhia dilihat makin sihat selepas menjalani pembedahan dan ditempatkan di PICU sehingga kelmarin,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana akhirnya berpeluang menjaga anak perempuannya sendiri selepas seminggu tidak berpeluang berbuat sedemikian disebabkan keadaan Dhia.

"Tapi saya dan suami, Mohamad Faizal Ahmad, 37, mungkin terpaksa ambil masa untuk bawa pulang Dhia ke rumah bergantung pada tahap kesihatannya," katanya.

Kisah Dhia mendapat liputan meluas pada Februari lalu apabila dilahirkan tanpa dubur, kecacatan kaki, pundi kencing di luar dan saraf tunjang serta ginjal bengkak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...