TERKINI :

Friday, March 18, 2016

Kertas siasatan terhadap LGE akan dibuka – SPRM

penang-CM_
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah di negeri itu.

Menurut sumber SPRM, kertas siasatan itu akan dibuka mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung dakwaan kononnya menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

“Kita telah menerima beberapa laporan berkenaan isu ini hari ini dan kita masih menunggu jika ada laporan lain yang dibuat.

“Kalau aduan sebegini, memang kita akan buka kertas siasatan secepat mungkin dan kami akan siasat tidak kira siapa individu yang terlibat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, kata sumber itu, pihaknya juga akan memanggil Lim untuk memberi keterangan setelah mendapatkan keterangan daripada pengadu-pengadu serta saksi-saksi.

Gesaan Apandi letak jawatan, RUU MKN dalam agenda AGM badan peguam

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-70 Badan Peguam Malaysia esok dijangka menyaksikan perbahasan lebih hangat daripada biasa, berikutan beberapa usul difailkan, termasuk menggesa Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan jenayah.

Usul menggesa peletakan jawatan Apandi itu difailkan oleh peguam Charles Hector, Francis Pereira, dan R Shanmugam.

Difailkan pada 8 Mac, ia menggesa peguam negara untuk meletak jawatan dan bagi peguam cara negara mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usul itu menggesa Apandi segera meletakkan jawatan sebagai AG untuk kebaikan Malaysia, bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan persepsi terhadap kedaulatan undang-undang, khususnya pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia.

Selanjutnya ia menggesa peguam cara negara untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab pendakwa raya dalam kes-kes yang melibatkan Najib, 1MDB, SRC International, dan RM2.6 bilion, kata mereka dalam usul itu yang dilihat oleh Malaysiakini.

Mustahil PAS tolak hudud...dan mustahil juga Orang Islam lain tolak hudud..!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

kenyataan NAIB PRESIDEN PAS semalam..
Naib Presiden parti Pas kata, mustahil parti Pas tolak hudud. Kenapa mustahil? Mungkin kerana parti Pas parti berlabel Islam dan ahlinya orang Islam.

Ya syeikh, begitulah juga dengan orang Islam dan ahli kumpulan atau parti yang lain, bukan parti Pas dan orang parti Pas saja.

Orang Islam dalam Amanah, dalam PKR dan dalam DAP termasuk Umno pun, mustahil mereka menolak hudud. Ringkasnya, mustahil orang Islam tolak hudud sama ada orang parti Pas atau parti mana pun.

Hanya orang parti Pas saja yang anggap orang parti lain tolak hudud sebab parti Pas rasa Islam dan hudud milik parti itu saja.

PAS tunggang IKATAN atau IKATAN tunggang PAS..????

Shahbudin Husin, 


Sebagaimana yang diramalkan dalam blog ini semalam, Pas akhirnya memetrai persefahaman dengan Ikatan, parti yang dipimpin oleh bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk mewujudkan blok ketiga pembangkang di negara ini.

Bagaimanapun, tidak seperti yang disebut oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan sebelum ini, tidak ada penyertaan mana-mana NGO dalam blog baharu itu.

Ini bermakna, blok baharu yang dikatakan kuasa ketiga ini hanya disertai oleh Pas dan Ikatan saja.

Dengan Pas bergabung bersama Ikatan yang tidak diketahui dengan jelas siapa barisan kepimpinan tertingginya serta berapa ramai ahlinya yang berdaftar, persoalan kini ialah siapa tunggang siapa?
Pas tunggang Ikatan atau Ikatan akan tunggang Pas?

Adakah Pas akan bertambah kekuatannya dengan adanya Ikatan bersamanya atau Ikatan yang akan dapat menumpang kekuatan Pas?

Timb. Menteri Pengangkutan berbohong atau mengelirukan dewan rakyat


Pagi ini Khamis 17 Mac 2016 di Dewan Rakyat semasa menjawap soalan nombor 1 bagi sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah mengelirukan Dewan atau secara tidak langsung berbohong.

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Haji Mahfuz Omar dalam pertanyaan tambahannya mencadangkan agar Kementerian memansuhkan hukuman denda bagi kesalahan trafik dan digantikan dengan sistem mata dimerit yang akan dilaksanakan semula. Alasan Pokok Sena ialah jika pesalah trafik didenda di Mahkamah atau membayar kompaun, mereka juga turut dipotong mata dimerit yang mana ianya adalah hukuman berganda yang tidak sepatutnya berlaku. Sudahlah membayar kompaun dan denda, mata dimerit juga dipotong. Ini jelas menunjukkan Kerajaan masih mahu mengutip duit daripada kesalahan lalulintas. Jika benar hukuman untuk mendidik, cukup dengan perlaksanaan sistem dimerit.

Menjawap soalan tambahan Pokok Sena, Timbalan Menteri berkata bahawa mengikut sistem dimerit yang lama, ianya tidak adil kerana yang mampu membayar denda atau kompaun akan membayar dan mata dimerit tidak dipotong tetapi dalam sistem dimerit baru, walau pun seseorang membayar kompaun, mata dimeritnya tetap dipotong. Ini adalah fakta yang salah dan mengelirukan Dewan.

Sekarang UMNO pula boleh minta PRESIDEN PAS berundur


Saya menyangka bahawa PAS mempunyai kekuatan tersembunyi apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menghebahkan rancangan untuk suatu kerjasama politik dengan parti politik pembangkang dan NGO.

Tetapi debaran dan keghairahan rakyat menunggu pengumunan itu runtuh dalam kekecewaan dan pandangan rendah sebaik sahaja diumumkan kerjasama itu ialah antara PAS dengan IKATAN sebuah parti yang tidak ternama, yang boleh dikatakan tidak mempunyai pengikut malah integriti pimpinannya menjadi persoalan masyarakat khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.

Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa untuk membawa mesej perpaduan Islam dan Melayu tetapi sekarang telah hilang kekebalannya imejnya ini yang jelas ketika bersendirian.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya.

Apapun kriteria,perhetongan PAS atau presidennya dalam memileh IKATAN tetapi jika stratiji ini PAS anggap sebagai langkah pertama kearah mencetuskan gelombang besar kebangkitan semula PAS, ternyatalah tidak meninggalkan impak yang besar sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.

Langkah ini memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan "putus asa" sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput.

PAS beri amaran kepada pihak guna hudud pecah belahkan PAS-IKATAN

KUALA LUMPUR, 17 Mac: PAS menyelar mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan di antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dengan membangkitkan isu hudud.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, tindakan setengah pihak dan media yang mula menggerakkan saraf mereka untuk melagakan PAS dan IKATAN pada hari pertama gandingan mereka dimeteraikan dengan memainkan isu hudud, adalah sangat tidak bertanggungjawab malah disifatkan sebagai tindakan tidak celik politik matang.

“Hanya adu domba dan propaganda murahan yang suka mereka lakukan untuk melariskan media mereka, sedang tindakan itu hanyalah merosakan usaha baik yang mahu digerakkan oleh PAS – IKATAN dimata masyarakat awam yang banyak bergantung kepada laporan media.

“PAS melihat isu hudud yang dijadikan peluru sepanjang zaman untuk menyerang dan merosakkan reputasi PAS tidak akan berkesan untuk digunakan bagi memisahkan gandingan PAS – IKATAN yang baru sahaja memulakan kerjasama politiknya.

“PAS memperingatkan semua pihak khasnya ‘war lord’ yang berada dibelakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada PAS kononnya PAS kini meninggalkan prinsip perjuangan. Sebaliknya prinsip perjuangan PAS akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ingat dengan siapa, rupanya dengan Kadir?

ULASAN PETANG

Parti agama (Pas) menempati janjinya hari ini untuk mengumumkan bentuk blok baharu politik yang bakal menjadi kuasa ketiga dengan memilih Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan berikat. Pengumuman itu tidak mengejutkan bahkan diketawa oleh musuh-musuh politik Pas. Lim Kit Siang menyifatkan ikatan itu sebagai kosong campur kosong bersamaan

Ahli Parlimen Pas Mahfuz Omar pula berpendapat penubuhan blok ketiga dengan Ikatan itu merugikan Pas dan Islam di masa depan dan ia mengelirukan rakyat.


Sebelum ini Abdul Kadir Sheikh Fadzil apabila ditanya apakah partinya menjadi salah satu parti yang berikat dengan Pas untuk membentuk blok ketiga itu menafikan pengliabtannya. Dalam politik apabila ia dinafikan itu menandakan ia benar. Cara itu mungkin Kadir hendak mengajar orang-orang muda yang baru mennyentuh kaki dalam sungai politik.

Memanglah tidak ada parti lain lagi yang boleh Pas jadikan rakan persyarikatan. Selepas parti itu menolak DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), maka parti-parti kecil seperti Ikatan itulah yang boleh dijadikan kawan. Apakah pemilihan itu memudahkan Pas untuk kontrol kerana mereka berhadapan dengan masalah dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat dulu. Atau pemilihan itu kerana ketagih Pas hendak menjadi ketua kepada sebuah pakatan?

Blok pembangkang: Apa tujuan Pas?


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan Pas menubuhkan blok ketiga pembangkang bersama Ikatan.

Menurutnya, amat malang jika blok tersebut mendakwa mereka sebagai pembangkang tetapi tidak mewarnai pembangkang sebenar yang lebih diterima rakyat.

“Ini hak masing-masing (bentuk blok pembangkang). Bila Pas buka ruang mahu wujud pakatan pembangkang, apa objektif sebenar mereka bagi masa depan politik negara?” katanya.

Abdullah Sani berkata, rakyat mahu melihat kemampuan parti-parti pembangkang untuk menjadi sebuah pengganti kepada kerajaan sedia ada sekiranya BN gagal.

“Kalau BN itu gagal, parti lain akan diambil sebagai rujukan. Tetapi melihat kepada pengumuman yang dibuat antara Pas dengan Ikatan, saya tidak nampak ia sebagai satu jalan penyelesaian menjadi pengganti lebih baik," katanya.

Hudud: Pas perjelas salah faham kenyataan Ikatan

Hudud: Pas perjelas salah faham kenyataan Ikatan
SHAH ALAM - Pas mendakwa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam laporan media berhubung kenyataan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat, Syaiful Hizam berkata, dalam konteks sebenar kenyataan Presiden Ikatan itu adalah sebagai seorang Muslim kita tidak dapat lari daripada menerima hudud kerana ia terpakai ke atas setiap individu Muslim.

Namun untuk melaksanakannya terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihan raya.

“Dalam kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini ialah isu salah guna kuasa, rasuah, ekonomi, bahasa kebangsaan, pekebun-pekebun kecil dan pelbagai isu yang melanda negara.

“Tidak sesekali ada kenyataan daripada beliau yang menyebut beliau atau Ikatan menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan.

Tajuk video ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang dimuat naik sebuah portal berita menjadi tumpuan netizen terutama di media sosial.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...