TERKINI :

Thursday, March 17, 2016

Apabila Dap tanya PAS, kenapa Tidak ambil pendirian yang sama macam dalam blok ke 3 waktu bersama dalam PR dahulu

Macam Mana PAS Nak Jawab Isu Ini?

DAP memulang paku buah keras kepada PAS susulan tindakan parti Islam itu mengambil pendirian bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bahawa hudud tidak sesuai dilaksana di Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mempersoal mengapa PAS tidak mengambil pendirian seperti itu sewaktu mereka bersama-sama bergandingan dalam suatu hubungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Sikap PAS pada ketika itu, menurut Teo Nie Ching, akhirnya menyebabkan hubungan mereka terlerai dan pakatan itu terkubur.

“Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud? Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ekoran itu, Nie Ching, mendesak PAS supaya bertanggungjawab untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung keputusan tersebut.

“Apabila PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP, salah satu sebabnya adalah kerana DAP berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara ini memandangkan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Semalam, Presiden IKATAN, menyatakan hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Walaupun bergabung dengan PAS, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tidak sesuai.

Pas tak konsisten perjuangkan hudud

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap Pas yang 'cakap tak serupa bikin' apabila boleh membuat persetujuan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pendirian Pas itu mencerminkan sikap sebenar parti Islam itu kerana tidak konsisten dengan perjuangan mereka.

"Sebenarnya tiada beza dengan kami dahulu semasa dalam Pas sebelum menjadi Amanah. Kami mengatakan kalau hendak melaksanakan hudud, peraturan dan Perlembagaan Persekutuan mesti dihalusi dan dipatuhi dahulu.

"Itu saja ingatan kami dari dahulu juga, tetapi pada masa itu kami dituduh menjadi penentang hudud, pengacau dan sebagainya.

Perkara itu sama juga dengan DAP," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam membentuk blok pembangkang ketiga itu.

Katanya, walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga mendakwa Pas menganaktirikan ahli dan pimpinan sendiri berbanding bekas pemimpin Umno yang mahukan perjuangan Pas itu ditangguhkan.

"Kalau ia datang daripada mulut kami tak boleh diterima (tapi) datang daripada Ikatan, ia menjadi persetujuan baharu, saya rasa itu saja perbezaannya.

'Ia bukan perkara baharu sebenarnya, ia dibawa sejak dahulu lagi hingga kami terkeluar daripada Pas. Hanya perubahan berlaku, kita bercakap tidak kena, bila orang luar bercakap, boleh diterima," ujarnya.

Simpati diatas apa yang terpaksa Pas hadapi disaat ini..

Saya simpati dengan situasi yang di hadapi PAS apabila di serang dan di asak bertubi2 bila menjalin persefahaman dengan parti IKATAN pimpinan Tan Sri Kadir Syeikh Fadhir. Terpaksa menepis di sana sini. Maka, perkataan politik matang, politik sejahtera dan berbagai ungkapan digunakan untuk membela diri.

Tika saya bertemu Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Tan Sri Kadir dan ramai tokoh politik, cendekiawan dan Ngo atas kepentingan rakyat;  betapa kesatnya celaan yang saya terima. Tagline SELAMATKAN MALAYSIA yang saya dan Ngo ANAK mula gunakan sejak tahun lalu, di cemuh dan deretan kata nesta dihamburkan.

Saya amat gembira usaha2 berbagai pihak menemukan tokoh yang berbeza latarbelakang politik dapat dibuat hingga kepada majlis menandatangani Deklarasi Rakyat. Di celah2 kutukan, muncul Dato' Mustapha Ali dan YB Dato' Khairudin Aman Razali dalam majlis berkenaan. Ironinya, Cikgu Pa, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, turut sama menandatangani Deklarasi Rakyat. Alasannya, dapat kebenaran khas dari Presiden PAS!

Atas jenama Muafakat Selamatkan Malaysia dan Kempen Selamatkan Malaysia yang sedang digerakkan; ia bertitik tolak dari keinsafan untuk menyelamatkan negara ini dari kehancuran. Isu Najib turun sekarang atau biarkan ia sampai PRU 14, dan alasan yang diberi mana2 pihak, adalah soal pendekatan masing2 yang sepatutnya dihargai.

Kini, PAS sedang hadapi sepertimana pimpinan PH telah tempuh sebelum ini. Blok ke 3 PAS tidak kira dengan IKATAN dan mana2 entiti lain, akan jadi bahan ejekan dan sindiran. Atas nama etika dan akhlak, saya tidak selesa dan gemar dengan cara ini, tidak kira pihak mana.

Namun, ia ada hikmah untuk kita bermuhasabah. Jangan kerana kebencian, kita hilang pertimbangan dan kewarasan. Bila terpercik, ke muka sendiri....harap sedar dan ber istighfar!

Hebat macamana pun kita, tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

Mazlan Aliman

Liridon Krasniqi Dedah Sebab Pilih Kedah

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
bza_56@yahoo.com.my

"SAYA tak peduli apa orang kata, saya ada matlamat penting untuk pasukan Kedah," tegas pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi.

Pemain tengah skuad Helang itu berkata demikian bagi menjelaskan mengenai isu terdapat pasukan dari Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Menjelaskan lebih lanjut, pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak akan menerima sebarang tawaran daripada pasukan Liga M kerana Kedah adalah pasukan terakhirnya di Malaysia.

Bagaimanapun, dia sedia mempertimbangkan sebarang tawaran jika ia datang dari kelab eropah kerana itu adalah impiannya.

"Sebelum ke kedah, saya telah ke Vietnam untuk beraksi dengan sebuah pasukan di sana, tetapi oleh kerana tidak selesa dengan suasananya, saya memilih untuk mencuba nasib bersama Kedah.

"Apabila tiba di Alor Setar, saya suka semuanya di sini dan yang paling penting ialah bagaimana umat Islam di sini dapat beribadah dengan selesa dan banyak masjid.

"Saya memilih Kedah bukan kerana wang semata-mata, tetapi semua perkara telah diambil kira termasuk restu daripada keluarga," jelasnya kepada mStar Online.

Krasniqi memberitahu, pintu hatinya telah tertutup untuk beraksi dengan kelab lain selain dari Eropah kerana pernah ditipu sebanyak dua kali oleh ejen pemain ketika di Turki.

"Pengalaman itu membuatkan saya ingin berhenti untuk bermain bola lagi, tetapi Allah swt telah membawa saya ke Kedah untuk mencari rezeki di sini sehingga kami menjuarai Liga Premier musim lalu.

"Oleh itu, tumpuan saya ketika ini ialah meraih kemenangan sebanyak mungkin bersama Kedah termasuk dalam perlawanan menentang Sabah (Piala FA) pada Jumaat ini," ujarnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...