TERKINI :

Tuesday, March 15, 2016

PRU-14: PAS mahu ubah sistem, bukan sekadar jatuhkan Najib

PETALING JAYA: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PAS ingin membawa agenda yang lebih besar pada Pilihanraya Umum ke-14 iaitu untuk mengubah sistem sedia ada, bukan sekadar menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyangkal kenyataan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong yang menganggap PAS dan ‘jalur ketiga’ tidak akan memainkan faktor penting dalam PRU ke-14, memandangkan ia adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.

“Faktornya bukan Najib semata-mata, tetapi sistem urus tadbir negara yang tidak memberi jaminan mana-mana pihak akan mentadbir dengan telus.

“Mungkin Chin Tong hanya nampak pertembungan pro-Najib dan anti-Najib, tetapi PAS mahu membawa perubahan sistem secara keseluruhan,” katanya lagi ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Zuhdi mendakwa sistem sedia ada membuka ruang yang luas untuk mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa, selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghakis unsur pemisahan kuasa serta semak dan imbang ketika mentadbir negara.

Menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh, beliau menyatakan betapa pentingnya kewujudan ‘jalur ketiga’ dalam memastikan kerajaan sentiasa membuat keputusan yang berpihak kepada rakyat.

“Misalnya projek penambakan laut di Pulau Pinang, walaupun dibantah banyak NGO dan malah Adun pihak kerajaan sendiri, ia tetap diteruskan.

Tetapi dengan adanya jalur ketiga, katanya lagi, parti yang akan membentuk kerajaan perlu bergabung dengan pihak tersebut dan tidak lagi boleh membuat keputusan secara sendiri.

“Inilah yang PAS cuba bawakan. Apabila rakyat dapat memahami perkara ini, mereka akan melihat hal yang lebih besar dan tidak lagi terperangkap dengan sentimen anti-Najib semata,” katanya lagi.

MP BN dukacita Zahid takutkan rakyat Sabah

Seorang ahli parlimen BN Sabah melahirkan rasa dukacitanya dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin tertinggi negara, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang katanya menyebarkan perasaan takut di negeri itu.

Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) memetik ucapan Zahid yang berkata terdapat komander Sulu di setiap kawasan di Sabah sebagai contoh.

“Kenyataan TPM menakutkan rakyat Sabah [...] ini bererti Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) tak ada erti lagi.

“Memang kita sangat berdukacita, dengan ada kenyataan itu [...] mungkin di Semenanjung tiada kesan tapi di Sabah ia berkesan,” kata Ghapur memberitahu Dewan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan itu boleh menakutkan pelancong dari Sabah.

UMNO & Pemimpin - Daripada 'Baling Gelas Tak Pecah', Semua kini kelihatan kelam kabut menghadapinya

DARIPADA BALING GELAS TAK PECAH, SEMUA KINI TERLIHAT KELAM-KABUTNYA

Shahbudin Husin,  


Betapa UMNO dan pimpinannya sedang kelam kabut dek tamparan Deklarasi Rakyat kini sedang menjadi tontotan di mana-mana dan ia bukan lagi sesuatu yang boleh disembunyikan.

Daripada pelbagai cubaan mahu mengalihkan perhatian dengan menakut-nakutkannya seolah-olah agenda DAP dan Lim Kit Siang sedang menuju kemenangan dan deklarasi itu bagi memenuhi kehendak peribadi Tun Mahathir Mohamad semata-mata,  dalam masa yang sama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian terpaksa tampil sekali lagi menyatakan sokongan terbuka kepada Najib Razak.

Beberapa bulan dulu mereka sudah bersolidariti menyatakan ikrar sokongan kepada Najib, kini sekali lagi ditampilkan ulang tayang wayang yang sama semata-mata untuk mendamaikan jiwa Perdana Menteri yang gundah gulana. 

Tidakkah ini sesuatu yang kelakar? Berapa kali mahu berikrar dan bersolidariti dalam setahun?

Jika sebelumnya apabila Tun Mahathir keluar UMNO, beliau dikatakan hanya mengulangi taktik lama sambil memperlekehkannya sebagai negawaran tua yang sudah berusia 91 tahun dan dikatakan "baling gelas pun tak pecah", ternampaknya sekarang "pukulan pertama" bekas Perdana Menteri itu tetap kuat bisanya.

Sahkah kemenangan calon BN, belanja lebih RM1.5 bilion dalam PRU13?

 
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Barisan Nasional didakwa membelanjakan lebih RM1.5 bilion untuk pilihanraya umum ke-13 lalu, iaitu melebihi had dan menjadi kesalahan kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
Peguam, Zulhazmi Shariff, berkata mengikut seksyen 19 (1) akta berkenaan, calon bagi setiap kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) atau ejennya hanya dibenarkan berbelanja tidak melebihi RM200,000 manakala kerusi Dewan Negeri (DUN) terhad kepada RM100,000.
Dengan itu, beliau menjelaskan, oleh kerana Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen, had untuk berbelanja untuk kesemua kerusi tersebut tidak boleh melebihi RM44.4 juta manakala kesemua 576 kerusi DUN tidak boleh melebihi RM57.6 juta, iaitu had jumlah keseluruhan adalah RM102 juta sahaja.
“Jumlah maksimum keseluruhan tersebut amat jauh dengan jumlah RM1.5 bilion yang dibelanjakan oleh BN dalam PRU13 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Apakah kenyataan SALLEH mewakili ketakutan NAJIB..??

Shahbudin Husin,


Apa yang dicadangkan oleh Tun Mahathir Mohamad ini sebenarnya adalah peluang terbaik bagi Najib Razak untuk mendiamkan terus sebarang kritikan terhadapnya.

Yang diperlukan hanyalah sedikit keberanian untuk menyahut cabaran atau cadangan mengadakan referendum itu.
 
Dengan MT UMNO, Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian UMNO didakwa berdiri teguh di belakang Najib serta segala macam jentera kerajaan juga dalam genggamannya, apa yang perlu ditakutkan lagi?

Buatlah referendum dan inilah peluang untuk menjadi Perdana Menteri sampai kiamat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...