TERKINI :

Sunday, March 13, 2016

Antara ANWAR, MAHATHIR, MUHYIDDIN & MUKHRIZ..hangpa ingat rakyat dah ampunkan dosa merekakah?

Mat Alishah


HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN ANWAR KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA DALAM UMNO DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN MAHATHIR KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA JADI PM & DALAM UMNO DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN MUHYIDDIN KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA JADI TPM DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT KEDAH DAH AMPUNKAN MUKHRIZ KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA LAWAN KITA NAK AMBIK KEDAH DAN DIA JADI B KEDAH

YANG PASTI JIKA DEPA BERIKRAR NAK LAWAN PEMERINTAH YANG ZALIM WALAUPUN DULU DEPA JUGA ZALIM KITA AKAN TETAP BERSAMA MEREKA YG INGIN BERJUANG MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM....

Negara ini memang GILA, Pimpinan pembangkang terima derma RM50K dipenjara 2 tahun tapi Najib terima RM2.6bil..??

Oleh Ridzwan Abu Bakar


Seorang terima dana politik untuk partinya dan dimasukkan ke dalam akaun partinya: dibicara dan didapati bersalah serta dihukum penjara 2 tahun beserta sebatan

Berapa dana yang diterima?

RM 50k

Seorang lagi terima sumbangan (mula2 nafi) untuk pelbagai tujuan (berubah2 tujuan yang antara lain untuk dana politik partinya ) dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya : tidak didakwa, bahkan peguam negara pertahankan, dia bebas untuk buat apa saja......

Berapa dana yang diterima?

RM 2.6 Bilion

Diktator atau dia rasa 'tuhan'?

Rakyat!

Tunggu apa lagi?

Nak biarkan makhluk ini hancur negara?

Ayuh bangun!

Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan – Ku Li

kuli,mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.

Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.

Adakah MoU 1.5 juta pekerja Bangladesh terbatal?

idris-ahmad-zahid-mou
PETALING JAYA: Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung status Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa Jumaat lalu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan adakah MOU itu terbatal begitu sahaja?

“Apa reaksi di pihak kerajaan Bangladesh? Apakah kerajaan dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi kerana membatalkan MoU ini?, soalnya menerusi kenyataan media, hari ini.

MoU itu ditandatangani pada pertengahan Februari lalu untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.

Perjanjian itu ditandatangani di Dhaka antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam.

Loo Pakat dok pening kata puak TUN M sedang memperbodohkan Puak Pembangkang dalam Deklarasi Rakyat..!!!

Mat Alishah


Looo pakat dok pening bila MUKHRIZ kata nak lantik org BN jugak jadi PM

dan dok pening jugak bila SANUSI kata nak selamatkan UMNO

dan dok pening jugak bila MUHYIDDIN kata mahu NAJIB saja undur bukan nak tukar kerajaan...

Laaa dah depa tu puak UMNO depa cakap yg untung depa laaa...dok kalut apanya....

mai tang puak pembangkang pula depa nak 3 benda nie..

a) penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

jadi apa masalahnya..masing2 ada agenda...jadi pakat lawan laa dan dalam banyak2 agenda tu ada satu persamaan iaitu JATUHKAN NAJIB jadi mai bersatu bab tu kita pejatuh NAJIB... dan dalam masa yg sama kita tetap lawan UMNO BN nak susahati apanya....

Fokus utama tetap jatuhkan Umno/BN dan bermula dgn langkah mula iaitu jatuhkan Najib....


Ada berita kata 2 wartawan Australia tlh ditangkap di Sarawak krn cuba bertanya Najib berkaitan skandal kewangan negara....

Haaaaaaa mcm tu punya gila Najib nak biaq lagi dia berkuasa???

Jatuh Najib sekurang2nya malaon yg duduk gila di sekeliling dia jugak akan jatuh.... Lps jatuh dia & yg sekeliling dia... Kita pastikan parti dia Umno tu terus sejarah.... Jgn nnt Najib jatuh kita tepuk tangan lps tu yamseng saja....

Fokus aku tetap jatuhkan Umno/BN dan bermula dgn jatuhkan Najib.... Najib tu mewakili institusi... La ni institusi2 kerajaan pertahankan dia @ tak blh buat apa pd dia & konco2 dia krn dia berkuasa...

Contohnya SPRM... Siasat bagai nak gila.. Akhirnya tak dakwa sbb Peguam Negara di bwh Najib... InsyaAllah jatuh Najib... Yg lain akan follow & kita kena pastikan yg lain follow...

Boleh ka Najib jatuh?? Dah jatuh ka?? Klu dok saja taip kat facebook ja... Pakai dak la... Usaha mesti ada... Mcmana?? Terpulang la dgn cara masing2 asalkan Najib jatuh.. Umno/BN jahanam...

Pimpinan politik dgn cara depa... Aku dgn cara aku sedaya aku.. Hangpa dgn cara hangpa.. Tujuannya... Sama... Jahanamkan Umno...

Musuh klu diasak pelbagai cara pelbagai penjuru... Percayalah... Tak ada yg kekal dlm dunia ni...

Dulu blh bersatu Asal Bukan Umno... Pasai pa la ni tak boleh??

BERANI BERUBAH.
Zulhazmi Shariff
13/03/2016

Siapa bakal penasihat Petronas – Pak Lah, Hadi Awang, Ku Li?

oleh Shahbudin Husin,

hadi awang-pak lah
Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib.

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku" sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Usul ketepi gambar Najib di Univ Nottingham lulus untuk dibahas


Persatuan Nottingham Malaysia meluluskan usul membahaskan langkah mengetepikan sebarang kaitan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Universiti Nottingham (UK) dalam mesyuarat agung tahunan mereka 16 Mac ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli jawatankuasa persatuan berkenaan memberi reaksi kepada usul dicadangkan anggota mereka, Cassandra Chung.

Chung sebelum ini memulakan petisyen di change.org agar Universiti Nottingham di United Kingdom menurunkan poster Najib kerana dikaitkan dengan isu derma bernilai RM2.6 bilion.

"Jawatankuasa mengambil pendirian bahawa usul tersebut perlu diputuskan semasa perbahasan, dan oleh itu jawatankuasa menyeru kepada semua ahli memberi perhatian kepada notis ini dan menghadiri mesyuarat agung tahunan bagi mengundi perkara ini.

"Kita tidak menyatakan bersetuju atau tidak bersetuju dengan tindakan Cassandra (Chung).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...