TERKINI :

Saturday, March 12, 2016

Hasrat Kedah nak menang di Bumi Kenyalang terbantut, pintu gol bolos diminit 90 perlawanan

HASRAT Kedah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Negeri Sarawak tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, Sarawak yang menghuni kelompok terbawah liga cuba mendapatkan gol awal menerusi beberapa cubaan, namun berjaya dihalang pertahanan Kedah.

Pada minit ke-18, Sarawak hampir mendapatkan jaringan pembukaan menerusi penyerangnya, Gilmor Jose, namun cubaan pemain itu berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat Farhan Abu Bakar.

Kedah yang turut dahagakan tiga mata penuh terus mengasak kubu tuan dan pada minit ke-40 umpanan cantik Liridon Krasniqi yang dirembat kencang oleh Baddrol Bakhtiar berjaya diselamatkan oleh Mohd Shahril Saari selaku penjaga gawang Sarawak.

Sebelum babak pertama melabuhkan tirai, pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon yang terkenal dengan skilnya mengalami kecederaan akibat kekasaran sehingga terpaksa menerima rawatan di tepi padang.

#SelamatkanMalaysia: Berbuat sesuatu lebih baik daripada tidak buat apa-apa


Hari yang indah, keliru dan pilu.

Hari ini 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Hari ini juga genap dua tahun hilangnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal, dan ia masih menjadi satu misteri besar di abad ini.

Di sebalik kesedihan itu, masih ada ruang untuk menepuk dada tanda sedikit lega. Kerana hari ini juga hari ulang tahun tsunami politik 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke-12 di mana pengundi Malaysia membuat kejutan dengan menyingkirkan Barisan Nasional dari lima negeri, dan menafikan majoriti dua pertiga Parlimen.

Era Pakatan 2008 – 2013 (selain rampasan kuasa oleh BN di Perak) menonjolkan kemampuan kerajaan negeri “pembangkang” di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak (sehingga awal 2009) untuk membangunkan negeri.

Malah, di beberapa negeri Pakatan Rakyat, ia lebih baik daripada kebanyakan negeri tadbiran BN. Buktinya bukan angkat bakul Pakatan tetapi bersumber daripada laporan Ketua Audit Negara sepanjang tempoh berkenaan.

Namun, kejayaan pentadbiran pasca-PRU12 gagal dipertahankan oleh watak-watak utama politik apabila mereka mula bertikam lidah selepas PRU 2013. Walaupun BN juga mengalami krisis dalaman, media yang dikuasai BN seperti TV, radio dan akhbar hanya menyebarkan dakyah tentang kelemahan Pakatan tetapi menutup kemelut UMNO-BN.

Pas kata kalau tukar pemimpin tetapi dasar kekal tiada makna


LENGGONG: PAS konsisten dan istiqamah di atas setiap perkara yang diperkata dan dilaksanakan sebagaimana perjuangannya menentang Umno adalah kerana dasar dan terhadap pihak memiliki kuasa.

Ia mengulangi sunnah para Nabi berhadapan golongan yang mempunyai kuasa seperti Nabi Muhammad berlawan Abu Lahab, Nabi Ibrahim menentang Namrud dan Nabi Musa mendepani Firaun.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pada program Fastaqim PAS Kawasan Lenggong di Pekan Lenggong.

Menurut beliau, pertentangan tersebut adalah untuk mengambil kuasa daripada mereka supaya dapat memerintah negeri dan menguruskan negara mengikut syariat Allah.

"Dalam hal seperti ini jelas kepada kita, yang kita ingin tukarkan adalah kerajaan, bukan Zahid ganti Najib. Kita mahukan PAS ganti Umno.

"Perjuangan PAS apabila bercakap untuk menggantikan Umno orang sebut (Jami' Mani') kita tukar parti dan tukar pemimpin.

Turunkan pemimpin: Kepentingan negara, rakyat diutamakan


Ucapan Tuan Guru Presiden PAS dalam perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong adalah perbahasan yang penuh dengan ilmiah dan dakwah di arena politik.

Kecelaruan pemikiran dan politik yang bertunjangkan persepsi dan politik tanpa akhlak telah menjadikan sebahagian ahli politik dan individu dalam keadaan gerhana sehingga tidak nampak kebenaran jauhlagi untuk memahami.

Tuan Guru Presiden PAS cukup prihatin dan amat bimbang dengan perkembangan mutakhir yang dihadapi dunia Islam. Tidak dinafikan masyarakat semakin celik politik dan terbuka ditambahlagi dengan penyebarluasan penggunaan media baru yang memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pendapat dan menyuarakan pandangan. Bahkan media baru berjaya dari satu sudut membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang kezaliman dan penindasan serta korupsi.

Namun begitu, kebangkitan rakyat hendaklah dipandu dengan cara betul agar penentangan untuk melawan kezaliman dan kepincangan pemerintah yang dibenci oleh masyarakat masakini benar-benar menatijahkan yang sepatutnya dan juga tidak terjadi sebaliknya.

Kebimbangan Tuan Guru Presiden PAS ada asasnya yang sangat kukuh apabila contoh dan pengalaman rakan-rakan perjuangan seperti kita di negara luar khasnya negara Islam Arab yang tercetusnya Arab Spring beberapa tahun yang lalu.

Live Liga Super - Kedah vs Sarawak

#LiveupdateMasa ke 2 SARAWAK Vs KEDAH

Posted by CATS FM on Saturday, 12 March 2016

PAS mahu pengganti Zeti bebas daripada Najib

Tuan Ibrahim Tuan Man
PETALING JAYA: PAS menegaskan, Gabenor Bank Negara (BNM) yang baru mestilah individu yang tidak pernah berkhidmat di bawah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan integriti dan nama baik BNM daripada terjejas.

“Individu itu juga perlulah orang yang bebas politik serta berani menentang gangguan politik terhadap BNM,” kata beliau di akaun rasmi Facebooknya.

Tambah beliau, BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sudah semestinya tahu siapa yang lebih layak menerajui bank tersebut dari segi kelayakan, kepintaran, dan kebolehan.

Perkara itu lantaran pelbagai pengiktirafan yang pernah diterima Zeti walaupun ketika negara berdepan kemelut ekonomi kepartian.

Penduduk Bantah Projek Kuari di Gunung Pulai, Baling.. siapa punya angkara nie?

Carok Buluh


Apa sudah jadi ?

adakah kerajaan negeri mencari keuntungan menbiarkan rakyat kawasan sekitar akan terima padah dan tidak menpeduli penduduk setempat mencari rezeki hasil hutan kawasan sekitar.....

satu -satunyn tempat pelancongan di daerah baling gunung kapur...benarkah kawasan tersebut di telah diluluskan kepada YIKED HOLGINGS SDN BHD.?

siapakah yang meluluskan?...

adakah yb parlimen dan yb adun bayu mendiam diri sahaja?

Alasan besar pertahankan Najib ialah, kalau Najib jatuh Umno akan kuat kembali...benarkah?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Alasan besar pertahankan Najib ialah, kalau Najib jatuh Umno akan kuat kembali.

Aku kata:

1. Kalau Najib ada pun, Najib akan tetap perkuatkan Umno.
2. Pertahankan Najib, pertahankan kezaliman Najib.
3. Pengganti Najib, belum tentu lebih baik daripada Najib.
4. Kejayaan jatuhkan Najib, kemenangan rakyat.
5. Najib boleh dijatuhkan, penggantinya juga boleh djatuhkan.

Soal Najib akan jatuh atau tidak, itu soal kedua. Tetapi rakyat mesti dilatih untuk berani menjatuhkan pemimpin yang menindas mereka, bukan rakyat dilatih untuk jilat pemimpin sebegitu.

Individu buat petisyen untuk keluarkan potret Najib terima ancaman


Individu yang memulakan petisyen dalam talian menggesa dikeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK telah menerima ancaman terhadap dirinya dan keluarganya.

Seorang pengguna Facebook, Ab Jalil Backer, menggesa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk melihat tindakan yang perlu diambil terhadap Cassandra Chung, pelajar di Universiti Nottingham yang memulakan petisyen itu.

Bukan itu sahaja, dia juga menggesa orang ramai memberi maklumat kepadanya mengenai keluarga Chung.
"Sesiapa yang tahu mengenai keluarga ini boleh beri maklumat kepada saya.

"Kita mahu melihat sesuci mana pula keluarganya yang mampu menghantar anak ke luar negara ini," katanya dalam satu catatan di Facebook.

Beliau menyifatkan petisyen Chung itu sebagai satu penghinaan yang tidak dapat diterima oleh negara, dan mengingatkan bahawa Najib dipilih secara demokratik dan mengikut perlembagaan.

Beliau mendakwa bahawa tindakan Chung memulakan petisyen itu di luar negara dan membuat tuduhan palsu adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara.

"Suatu hari nanti tidak mustahil apabila pulang beliau akan mensabotaj negara sekiranya tidak bersetuju dengan pimpinan negara ketika itu," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...