TERKINI :

Friday, March 11, 2016

Kejatuhan Najib Razak dan keburukan sifat Parti Najib

 Malaysian PM Abdullah speaks to his deputy Najib after the UMNO party meeting in Kuala Lumpur
Susulan dari artikel yang lepas, ramai telah memberi pandangan mengenai Deklarasi Rakyat dan juga mengenai saranan beberapa individu berpengaruh agar Najib Razak berhenti saja dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tan Sri Sanusi Junid juga telah memberi reaksi beliau seperti di bawah:
– Itu bukan menjatuhkan kerajaan. Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.
– Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun
– Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM.
– Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah – jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah
– Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri!
– Janganlah orang2 di atas ni duk menipu orang2 kampung dengan menakut2kan orang kampung supaya takut kat cina ni.

Perang Saraf Umno Lawan Deklarasi Rakyat

A Kadir Jasin


PERANG diayah oleh Umno dan kerajaan terhadap “Deklarasi Rakyat”, pendukung dan penyokongnya dijangka menjadi lebih sengit.

Di sebalik penampilan ketenangan dan keyakinan, Umno dan kerajaan sebenarnya bimbang dengan momentum deklarasi Selamatkan Malaysia itu.

Saya tidak menyalahkan mereka. Malah saya faham keterdesakan mereka. Implikasi deklarasi itu ke atas psikologi rakyat jelata semakin positif dan bertambah negatif terhadap Umno dan kerajaan.

Kita boleh membahagikan saluran perang saraf Umno dan kerajaan ini kepada beberapa kategori orang dan pihak.

Antara mereka adalah:

1. Penjawat awam. Mereka yang tugas asasinya mempertahankan kerajaan. Mereka ini akan mempertahankan kerajaan dan, sekali gus Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kerana tugas. Setuju atau tidak mereka terpaksa akur.

2. Kelompok politik, iaitu mereka yang naik atau kekal dalam jawatan kerana Mohd Najib.

3. Golongan perniagaan yang mendapat projek kerana rapat dengan Perdana Menteri dan usahawan bona fide yang mendapat kontrak rasmi daripada kerajaan.

4. Media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, parti-parti BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.

5. Laskar siber upahan Umno, BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.

Ada kalangan penerima dedak yang secara terbuka mengaku mereka menerima wang tunai hingga berjuta-juta ringgit daripada Mohd Najib dalam usaha mereka memberi kredibiliti kepada dakwaan bahawa “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau adalah untuk kegunaan parti.

Tamrin tumpang tanya, Adakah Ku Nan kaum kerabat Sultan Melaka?

TAMRIN TUMPANG TANYA, ADAKAH KU NAN KAUM KERABAT SULTAN MELAKA?

Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama  "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja"  atau "Tengku"  kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Semalam Khairuddin membidas Tengku Adnan dengan mengatakan Setiausaha Agung UMNO itu tidak layak mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat berikutan gelaran "Tengku" yang digunakannya sendiri adalah palsu.

"Dengan rakyat pun dia menipu dengan menggunakan gelaran palsu, siapa dia untuk mengatakan tokoh-tokoh UMNO yang menandatangani deklarasi itu sebagai kebudak-budakan," kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu.

Speaker DUN Kelantan tak dapat beza antara JAMAAH ISLAM dan GERAKAN ISLAM

Minta jelas molek gak...Jamaah Islam dgn Gerakan Islam...bekuca lana ore kampung...demo baloh heret puak kita bawah...subhanallah

Posted by Mohd Mazlan Ab Rahman on Thursday, 10 March 2016


Wallahi saya bukan 'gila' nak jadi PM

 Muhyiddin Yassin
DAMANSARA - "Saya hendak jelaskan bukan niat saya untuk menjadi Perdana Menteri hanya kerana orang kata saya orang nombor dua dalam parti (Umno). Seolah-olah saya tidak boleh tunggu, tiada Wallahi."‎

Demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menjelaskan kelantangannya serta penyertaan beliau dalam Deklarasi Rakyat sehingga menimbulkan 'cakap-cakap' bahawa beliau sudah 'tidak sabar' hendak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, beliau tidak memikirkan perkara itu, kerana itu semua adalah Ketentuan ALLAH, selain daripada mahu menyelamatkan Umno dan BN daripada 'karam'.

"Penentu segalanya adalah ALLAH, kalau jadi jadilah kalau tak jadi tak apa tapi...'

"... tak akan kerana memikirkan soal itu saya ketepikan tugas saya hingga parti saya boleh rosak dan masa hadapan negara boleh hancur.

"Biarlah saya jadi lilin yang membakar diri untuk menyelamatkan situasi daripada saya mendiamkan diri bersyubhah dengan perbuatan kemungkaran akhirnya parti tenggelam dan kalah hilang kuasa siapa harus bertanggungjawab?" katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.

Hairan kenapa UMNO takut Kit Siang – Sanusi Junid

sanusi-kit-siang
PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid hairan bagaimana sebuah parti besar seperti UMNO gentar kepada seorang individu berbangsa Cina seperti Lim Kit Siang.

Ia ekoran tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Melayu itu sering memperdaya orang-orang kampung supaya takut kepada Penasihat DAP itu.

“Janganlah orang-orang di atas ini (pemimpin UMNO) menipu orang-orang kampung dengan menakut-nakutkan orang kampung supaya takut dekat Cina ini (Kit Siang).

“Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu. Saya tidak nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya hairan macam mana satu parti Melayu takut dekat seorang manusia Cina,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle.

Jelas bekas Menteri Besar Kedah itu lagi, Kit Siang tidak pernah menyusahkan rakyat memandangkan pemimpin DAP itu menjadi pemimpin pembangkang sejak sekian lama dan langsung tidak pernah duduk di dalam Kabinet kerajaan.

Jika Malaysia ada NAJIB, Kelantan pula ada NIK AMAR..!!

KELANTAN BERMASALAH KERANA MOHD AMAR, PAS KELANTAN BOLEH DIBAIKI KALAU MOHD AMAR BERHENTI - HUSAM MUSA.


Dalam ceramahnya di Kubang Kerian smlm, Husam mengatakan Kelantan jadi bermasalah kerana Mohd Amar, Pas Kelantan hanya boleh dibaiki jika Mohd Amar berhenti.

Ambo pernah bekerja di bawah Mohd Amar semenjak thn 2000, masa tu dia Ahli Lembaga Pengarah Akademi Yakin Sdn Bhd(AYSB), ambo Penolong Pengurus AYSB, semasa ambo menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, thn 2004 Mohd Amar dilantik sbg Pengerusi KIAS sehinggalah ambo dipecat pd 1/2/2014.

Sepanjang pengalaman ambo bekerja bersama Mohd Amar ( 2000 - 2014), ambo tidak pernah melihat apa2 sumbangan atau idea dan cadangan drp beliau utk memajukan KIAS kecuali membangkang atau menolak apa saja cadangan drp pengurusan. Satu2nya idea yg diterima oleh Mohd Amar ialah cadangan menaikkan taraf KIAS kpd sebuah Kolej Universiti menjelang 2010 yg sudah senyap ditelan isu lain selepas itu.

Rupanya Puak-puak Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga?


Rupanya Parti Ini Yang Akan Bergabung Dengan PAS Bentuk Blok Ketiga? Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.

“Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat,” katanya.

Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.

U-turn lagi.. dahulu bangga kata mampu bersendirian, tapi semalam umum nak bentuk blok pembangkang baru

PAS umum bentuk gabungan baharu pembangkang 16 Mac


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari mengumumkan parti Islam itu akan membentuk satu gabungan baharu pembangkang pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti susulan keputusan mereka enggan menyertai Pakatan Harapan.

"Pada 16 Mac depan, kami akan umum satu muafakat dengan parti politik.

"Ia muafakat bagi menghadapi pilihan raya umum depan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana politik selagi ia selari dengan perjuangan dan objektif mereka, tapi menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Dalam perlembagaan kami boleh bekerjasama dengan sesiapa asalkan objektif dan perjuangan serta tuntutan mereka sama dengan kami.

"Kami masih bersama Pakatan Rakyat tapi dengan PKR, semestinya bukan dengan Pakatan Harapan," katanya.

Petisyen untuk keluar potret alma mater Najib lepasi 2,000 tandatangan

Satu petisyen dalam talian menggesa untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK, telah mengumpul lebih 2,000 tandatangan, sejurus sebelum tarikh akhirnya.

Petisyen itu yang bermula pada 8 Mac, menyasarkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong usul untuk dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham.

"Kami sedar bahawa usul itu mungkin tidak diluluskan untuk dibahaskan, oleh itu petisyen ini memerlukan lebih 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada persatuan itu bahawa isu ini layak dipertimbangkan di AGM," demikian menurut petisyen itu di Change.org.

Kurang daripada 30 minit sebelum tarikh akhirnya pada jam 11.59 malam, untuk usul itu dikemukakan semalam, petisyen tersebut yang dimulakan oleh Cassandra Hooi, telah mengumpulkan 2,252 tandatangan.

Usul itu menggesa Persatuan Pelajar Malaysia itu melobi untuk mengeluarkan potret Najib setinggi dua meter dari salah sebuah dinding kampus (King Meadow).

Rakyat sokong hukuman sebat secara terbuka bagi pesalah zina

Tinjauan Malaysiakini berhubung saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mahmood agar kerajaan negeri itu mempertimbangkan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah zina, disambut baik sebahagian besar warga kota yang ditemui.

Menurut mereka, tindakan itu sesuatu yang positif kerana mampu menghindarkan perbuatan mungkar berkenaan serta mampu menginsafkan masyarakat, khususnya umat Islam.

Bagi seorang guru, Wan Rahim Wan Ali, 52, saranan itu perlu dilaksanakan kerana ia adalah hukum Allah apatah lagi jika pelaksanaannya dibuat bagi tujuan mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa.

“Saya menyokong saranan tersebut sebab hukum hudud ini perlu kita laksanakan kerana ia hukum Allah. Jadi, untuk kita mencegah pesalah zina dari terus merebak menjadi virus, kita perlu lakukan hukum tersebut dan memang wajiblah ia dilaksanakan.

“Kalau kita laksanakan hukum tersebut di khalayak ramai, tujuannya adalah untuk kita mencegah daripada orang ramai melakukan kesalahan tersebut, sekiranya salah seorang daripada kita melakukan kesalahan itu dan menerima hukuman dikhalayak ramai, ia akan membangkitkan rasa

gerun pada orang lain, sekaligus takut untuk melakukan jenayah itu,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...