Sunday, March 6, 2016
Gabungan raya "Selamatkan Malaysia" bukan barua atau boneka sesiapa
Rakyat Mahu NAJIB LETAK JAWATAN dan 3 lagi perkara menyusul selepas itu..
Deklarasi Anti Najib - perang psikologi sudah hangat
Piala FA - 'Dream Final' tidak jadi kenyataan
PAS....Apa Sebenarnya Hala Tuju Kamu ?
Deklarasi Rakyat - Lebih bersetuju dengan AZMIN berbanding MUKHRIZ
Shahbudin Husin,
Jangan lupa resolusi perubahan Deklarasi Rakyat, kata Azmin kepada Mukhriz
Kenyataan Khairy ‘bangang’, kata Mahfuz

PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar membidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyatakan, untuk menukar Perdana Menteri perlu mengikut saluran pilihan raya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Khairy itu sebagai 'bangang'.
"Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar Perdana Menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya. Cukup kalau sama ada Perdana Menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota Parlimen atau pun Perdana Menteri mati.
"Maka, berlakulah pertukaran Perdana Menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan (Datuk Seri) Najib (Razak) menjadi Perdana Menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya. Tetapi apabila Perdana Menteri letak jawatan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mahfuz yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan PAS turut memberikan contoh yang lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.
"Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat UMNO kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
"Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota Parlimen UMNO pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
Deklarasi Rakyat adalah demi masa depan negara

SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penting kerana ia merupakan penentu bagi masa depan negara, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, deklarasi rakyat itu adalah bagi membawa perubahan kepada negara yang pada masa kini semakin menekan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya sendiri turut hadir bagi menandatangani deklarasi rakyat tersebut sebagai tanda menolak kepimpinan perdana menteri.
"Saya rasa beliau (Najib) patut melihat isyarat ini memandangkan perkara sebegini tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di mana tokoh-tokoh Umno menolak kepimpinan Perdana Menteri yang semakin membawa bahaya kepada negara,"katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Dalam pada itu, Salahuddin turut memaklumkan bahawa apa yang lebih penting dalam majlis deklarasi rakyat tersebut adalah setiap pihak telah bersatu dan mengetepikan perbezaan politik hanya demi untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus musnah.
Tambah beliau, Umno berkemungkinan akan menggunakan akta-akta sedia ada selepas ini untuk mengekalkan kuasa mereka dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menentang kepimpinan Perdana Menteri.