TERKINI :

Friday, March 4, 2016

PAS akui bahawa kehadiran 2 orang ahlinya ke majlis deklarasi telah mendapat kebenaran PRESIDEN

Penjelasan.


Dua orang yang hadir ke majlis deklarasi telah mendapat kebenaran dari Presiden.

1. Dato Mustaffa Ali
2. Dato Khairuddin Aman Razali.
Mereka hadir dengan kebenaran khas Presiden.

Deklarasi itu adalah deklarasi rakyat. Kandungan deklarasi ialah mendesak Najib turun dari jawatan selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PAS. Tiada masalah dengan deklarasi tersebut.

Seluruh pimpinan parti berdiri teguh di atas pandangan dan hak Presiden dalam isu ini.

PAS akan terus berusaha ke arah perubahan total dasar negara agar selaras dengan tuntutan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden.
4hb Mac 16

Menteri UMNO teruja layanan Saudi kepada Najib tapi tak berani tanya soal ‘derma’



KUALA LUMPUR, 4 MAC: Layanan kerajaan Arab Saudi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan istimewa VIP dalam lawatannya ke negara itu hanyalah protokol biasa bagi mana-mana pemimpin negara.

Sehubungan itu, layanan mengikut protokol itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengesahkan bahawa “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib datangnya daripada keluarga diraja Saudi yang “baik hati”.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata laporan terbaru The Wall Street Journal menunjukkan keadaan lebih teruk lagi apabila mendapati jumlah yang dimasukkan ke akaun Najib bukannya RM2.6 bilion tetapi RM4.2 billion, malah ia tidak disumbangkan daripada keluarga diraja Saudi itu sebaliknya didakwa melalui pindahan terus melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, beliau menjelaskan, layanan istimewa terhadap pemimpin sesebuah negara yang melawat adalah amalan biasa, sekali gus tidak perlu digembar-gemburkan untuk membersihkan imej dan nama pemimpin yang menjadi perhatian dunia ekoran penglibatan pelbagai skandal itu.

Kami hanya ada satu persamaan, jatuhkan Najib, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad duduk bersama sekutu lama dan bekas musuh politiknya bagi mendapatkan sokongan menandatangani deklarasi menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2016.
Tun Dr Mahathir Mohamad duduk bersama sekutu lama dan bekas musuh politiknya, mendapatkan sokongan untuk menandatangani deklarasi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Di antara yang bersamanya ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

"Hanya ada satu persamaan di kalangan kami, sebagai rakyat kami melahirkan kebimbangan dan kerisauan berhubung apa yang berlaku di negara kita.

"Kami mahu menandatangani deklarasi yang termasuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri," kata Dr Mahathir pada sidang media khas "Selamatkan Malaysia" yang padat dengan petugas media di Kuala Lumpur hari ini.

Di antara yang hadir ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis Hishamuddin Rais.

Deklarasi itu ditandatangani seramai 58 individu yang menyokong penyingkiran Najib termasuk isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengetuai deklarasi itu dan membacakannya di hadapan media.

Inilah dia 4 pimpinan PAS yang tak wala pada arahan parti jangan sertai Deklarasi Selamatkan Malaysia..??


Teks penuh Deklarasi Rakyat - #SelamatkanMalaysia


Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

Senarai hadirin deklarasi anti Najib


Berikut senarai individu yang hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Maria Chin Abdullah

S Ambiga

Mustapa Ali

Zaid Ibrahim

Lim Kit Siang

Ling Liong Sik

Muhyiddin Yassin

Hangpa ingat PAKATAN HARAPAN pie tangan kosong ka bersetuju dengan MAHATHIR dalam misi #SelamatkanMalaysia

Mat Alishah


hangpa ingat puak PAKATAN HARAPAN pie dengan tangan kosong ka bersetuju dengan TUN M... ini antara yang di pertaruhkan apabila NAJIB turun nanti...

baca bagi paham sebab dia tulis orang putih...tak paham suruh kuliah maghrib petang nanti buat kuliah BI supaya semua dapat paham....

sudah2 la dok jeje hang aku.. dah PAS nak kekal NAJIB sampai PRU14 lepas tu baru jatuhkan kedua2nya dipersilakan tak ada masalah....janji masing2 pakat buat kerja bagi BN berkuboq...

SUMBER : KLIK SINI

PAS masih beranggapan tak guna jatuh NAJIB sekarang, tunggu PRU14 nanti


PAS berpendapat tiada guna mana-mana pihak memberikan "talian hayat" kepada kerajaan sekarang ketika ia dianggap sudah sampai ke penghujung dan kepentingan negara mesti diutamakan.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata apa yang diperlukan kini adalah perdana menteri dan anggota kerajaan yang dibentuknya, ditukar.

"Mereka yang mendakwa sebaliknya mungkin mempunyai hasrat dan niat yang hanya mereka ketahui," kata Iskandar dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata masalah negara tidak akan selesai jika hanya perdana menteri ditukar dan pentadbiran tetap "tidak berlandaskan Islam".

Krisis kepimpinan juga semakin kronik apabila Datuk Seri Najib Razak terus diserang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau pada 29 Februari lalu turut mengumumkan keluar daripada Umno.

Pertemuan bersejarah bermula antara pembangkang serta pimpinan dalam dan luar Umno untuk misi Selamatkan Malaysia

Menjelang sidang media 3.30 petang ini yang dinanti-nantikan banyak pihak, petugas media mula hadir ke acara di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur itu sedikit demi sedikit.

Kelihatan tempat sidang media yang dikatakan akan membariskan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang itu telah disediakan.

Kira-kira 50 kerusi telah disusun untuk acara itu dengan 15 kerusi di bahagian depan dan lainnya di belakang.

Latar belakang bendera Malaysia dengan perkataan “Selamatkan Malaysia” dihias di pentas. Kelihatan juga individu memakai baju bertulis “I Support Dr M” (Saya sokong Dr M).

Sidang media hari ini bertujuan menyatakan deklarasi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia juga menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Mahathir, bekas presiden Umno, akan mengadakan sidang media bersama pemimpin pembangkang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...