TERKINI :

Thursday, March 3, 2016

Tetiba hari ini FB & WHATSAPPS POLITIK Kerajaan NAJIB arahkan di register ambil lesen


oleh MAT ALISHAH

 

Bangun pagi nie tetiba bang najib arahkan kementerian SKMM supaya setiap :

1) FB & PAGE POLITIK kena REGISTER dengan kementerian...
2) BLOG POLITIK kena REGISTER dengan kementerian...
3) WHATSAPP POLITIK kena REGISTER dengan kementerian...

Bayangkan lagi 2 tahun negara Malaysia berada dalam keadaan UNDANG2 tersebut.... Rakyat hanya mampu baca UTUSAN... BERITA HARIAN.... TONTON RTM TV3......

HAH.. pakat resin kerenyeh laa menunggu 2 tahun nak hadap PRU14 nanti..dengan keadaan semua disekat yakinkah anda masa itu anda semua mampu menumbangkan BN masa pilihanraya itu...

Fikir2kanlah...

‪#‎TolakNajib‬
‪#‎UndurNajib‬
‪#‎TurunNajib‬

SUMBER : KLIK SINI

Tak percaya harga roti canai tak naik? Buka restoran sendiri!

presma-roti-canai
PETALING JAYA: “Kalau tidak percaya harga roti canai tidak akan dinaikkan, buka restoran sendiri dan rasa sendiri susah payah berniaga,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan Arumugan yang menasihatkan pengguna supaya tidak mudah tertipu dengan jaminan harga makanan berasaskan gandum tidak akan naik walaupun kerajaan menarik balik subsidi gandum 25 kg.

Hassan juga menyifatkan kenyataan yang dibuat Sivarajan itu hanya ingin mencari populariti sahaja.

“Pada kita senang sahaja, kita cadangkan persatuan itu (PSM) meniaga sendiri lah sebab kalau dia meniaga sendiri dia tahu lah macam mana. Kita minta persatuan itu (PSM) buka restoran dan lihat keadaannya.

“Kita bukan mahu bergaduh atau mahu tegakkan benang yang basah tetapi pegusaha restoran sendiri sudah banyak berkorban untuk memastikan harga yang diberikan itu berpatutan,” katanya kepada FMT.

Kisah di sebalik Pondok Lanai

Kisah di sebalik Pondok Lanai
Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi (kiri) ketika menghadiri satu majlis

BALING - Di sebalik terbinanya sebuah pondok tua di sini, ia sebenarnya menyimpan 1,001 keperitan hidup pengasasnya.

Madrasah Misbah Al- Falah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lanai yang bertempat di Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang bukan lagi pusat ilmu yang perlu diperkenalkan kepada umum.

Dengan usianya yang sudah mencecah lebih separuh abad, pondok yang diasaskan oleh Allahyarham Omar Zuhdi Salleh ini merupakan khazanah ilmu yang tiada nilainya.

Biarpun tuan empunya pondok ini sudah menghadap Ilahi, namun pada setiap tiangtiang kayu pondok yang masih utuh berdiri seakan terukir sejarah pengorbanan pemiliknya.

Pengorbanan beliau dalam menempuh perjalanan sebagai seorang alim ulama juga seakan- akan tertulis pada catatan kitab-kitab lama di sini.

Anaknya, Md Mukhtar, 56, berkata, sebelum pondok ini diasaskan, ayahnya yang dilahirkan di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tahun 1919 menerima pendidikan awal dengan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Pulau Berangan.

Serpihan Boeing 777 ditemui, mungkin MH370?

MH370

MOZAMBIQUE - Serpihan objek pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan MH370 ditemui hujung minggu lalu di pantai Mozambique, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada CNN.

Bagaimanapun serpihan berkenaan telah dibawa ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, objek berkenaan adalah penstabil mendatar pesawat.

Sejak tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 lalu, tiada laporan pesawat Boeing lain yang dilaporkan hilang.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...