TERKINI :

Monday, February 29, 2016

Kumpulan penentang Najib mungkin ikut jejak Dr Mahathir keluar Umno


Kumpulan penentang dalam Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) tidak menolak akan mengikut jejak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak keluar Umno hari ini.

Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed menyifatkan keputusan Dr Mahathir merupakan sesuatu yang serius dan akan memberikan kesan besar kepada Umno.

"Kami sudah adakan mesyuarat tertutup dengan Dr Mahathir sebelum ini dan memberi jaminan kepadanya akan sentiasa bersama beliau walaupun keluar parti Najib.

"Ia hari yang sedih apabila berlaku keadaan ini kerana individu bertanggungjawab membina negara ini membuat keputusan meninggalkan parti," katanya di Putrajaya hari ini.

Rushdan berkata, GKCM akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan keputusan dibuat Dr Mahathir sama ada akan mengikut jejak yang dibuat bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

"Kami akan bermesyuarat malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini dan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat nanti," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...