TERKINI :

Friday, February 26, 2016

Apabila KPN ibarat "Ditelan mati emak, Diluah mati bapa".

Ahmad Jailani Abdul Ghani


Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, adalah rakan sekuliah saya semasa di UIAM. Bezanya, beliau dalam program LLB manakala saya pula dalam program double degree (LLB & LLB Shariah). Apabila beliau muncul di TV3 semalam, saya tertarik untuk memberi tumpuan kepada ulasannya berkenaan kes Tun Mahathir yg membuat posting mengkritik Peguam Negara.

Saya percaya beliau tersilap. Ketika ditanya oleh wartawan beliau tidak setuju dgn istilah soal siasat. Beliau sebut (lebih kurang) "Bukan soal siasat.. jangan kata macam tu... kita cuma rakam percakapan sahaja".

Mungkin beliau mempunyai maksud lain, tetapi sepanjang pengetahuan saya, merakam percakapan Tun M adalah sebahagian proses soal siasat.

Kedua, beliau nampaknya tak selesa dengan istilah soal siasat, tetapi di penghujung klip video itu beliau sendiri mengatakan bahawa oleh kerana ada banyak laporan polis terhadap Tun M, maka polis terpaksa membuat siasatan lah.

Kesimpulan saya: sukar sebenarnya bila berjawatan tinggi dan bila berhadapan dengan pemberita. Apatah lagi jikalau kita diletakkan dalam situasi "Ditelan mati emak, Diluah mati bapa".
Allah Al-Musta'an.

Umno sudah jadi parti Najib, tiada prinsip, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno kini tidak lagi merupakan parti politik untuk seluruh rakyat Malaysia, tetapi sudah menjadi "parti Najib" (Datuk Seri Najib Razak), kerana mengabaikan prinsip perjuangannya.

Bekas perdana menteri itu berkata, tidak menghairankan jika Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir daripada jawatannya kerana parti tersebut kini menjadi hak milik Najib sepenuhnya.

"Ia bukan lagi Umno, beliau (Muhyiddin) tidak akan disingkir dari Umno, tapi daripada parti Najib.

"Ia sama sekali berbeza dengan prinsiprinsip yang Umno perjuangkan selama ini," kata Dr Mahathir ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.

Malah, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah "survival" (kelangsungan hidup) Najib sendiri, sambil berkata walaupun perdana menteri didakwa melakukan jenayah, beliau tetap akan dilindungi.

TMI disekat kerana siar artikel kritik Najib, kata menteri komunikasi

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata penyiaran artikel berkaitan isu membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengelirukan rakyat adalah sebab akses ke laman portal The Malaysian Insider (TMI) disekat. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 26 Februari 2016.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, akses ke laman portal The Malaysian Insider (TMI) disekat kerana menyiarkan satu artikel memetik sumber yang tidak dinamakan daripada anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Salleh berkata, penyiaran artikel yang berkaitan isu membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh mengelirukan rakyat kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM berkait isu sama.

"Ya, salah satu artikel memetik panel mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM.

"Sumber itu pun tidak tahu daripada siapa. Itu akan mengelirukan masyarakat. Kita ambil tindakan dan buat siasatan.

"Sebab itu ketua polis negara keluar kenyataan hari ini panggil pengarang TMI," kata Salleh kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...