TERKINI :

Saturday, February 20, 2016

Ampun Tuanku...pandangan mengenai MKN tidak bererti jika......

Kenyataan Media

PANDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU TIDAK BERERTI JIKA......

AMPUN TUANKU,MAAFKAN PATIK BERBICARA

1. Pendirian Majlis Raja-Raja Melayu berkaitan dengan akta Majlis keselamatan Negara (MKN)  agar kerajaan memperhalusi semula beberapa peruntukan akta tersebut agak terlambat kerana sudah diluluskan oleh Parlimen. Walaupun ianya masih boleh dipinda tetapi sukar untuk kerajaan mengaku salah menarik balik peruntukan peruntukan yang menjadi pertikaian setelah kerajaan mempertahankan bermati-matian.

2. Sepatutnya Duli Tuanku Majlis Raja-Raja Melayu sedari awal sebelum atau semasa pembentangan dan perbahasan akta tersebut di Parlimen telah mengambil langkah yang drastik untuk menghalang pembentangan dan kelulusan. Majlis Raja-Raja sepatutnya lebih peka akan kepentingan negara dan rakyat agar kerajaan tidak sewenang-wenangnya mewujudkan undang-undang yang bertujuan kepada salahguna kuasa seperti akta MKN.

AMPUN TUANKU DAN TERIMA KASIH TUANKU

3. Walaubagaimanapun, Patik tetap berterima kasih kepada Duli Tuanku Majlis Raja-Raja yang mengambil usaha untuk berbincang dan mendesak kerajaan memperhalusi semula akta MKN tersebut. Namun harapan patik kegelisahan Duli Tuanku Majlis Raja-Raja tidak bererti jika tidak disusuli dengan mengambil langkah yang lebih drastik merentasi akta MKN dengan memastikan Najib yang menjadi punca masaalah segera berundur dan satu pembaharuan politik dengan memperhalusi, merombak dan memansuhkan undang-undang yang mendorong kepada salahguna kuasa seperti akta MKN dan undang-undang yang mengekang hak rakyat.

4. Majlis Raja-Raja juga perlu memastikan pembentukan satu pasukan baru kabinet kerajaan Malaysia yang bebas daripada salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan maruah negara di hadapan. Moga Allah merahmati dan memberkati segala keprihatinan dan usaha Duli Tuanku Majlis Raja-Raja.

Ampun Tuanku.

#JanganTakutPadaOrangSalah
#SelamatkanMalaysia

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Februari 2016/11 Jamadilawal 1437H

Piala FA : 8-0... Penyudah Pemain Kedah 'Terlajak Tajam'

KEDAH menamatkan masalah penyudah tumpul apabila membelasah pasukan daripada Liga FAM, Megah Murni 8-0 dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Jumaat malam.

Jaringan hatrik Carlos Kahe antara yang membantu skuad Helang Merah untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala FA musim ini.

Anak didik Tan Cheng Hoe yang beraksi tanpa ketua pasukannya iaitu Khyrul Helmi Johari memperolehi jaringan pertama pada minit kelima menerusi tendangan lambung dari jarak 40 meter oleh pemain pertahanan, Azmeer Yusof.

Berselang 12 minit, pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva pula menggandakan kedudukan dengan melepaskan rembatan kencang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Asakkan bertali arus Kedah sekali lagi membuahkan hasil pada minit ke-24 menerusi Syazwan Zainon yang mudah menolak masuk bola lantunan hasil percubaan rakan sepasukan dari luar kotak penalti.

[Video] Superbest Power Piala FA - 8 gol dihasilkan Kedah malam tadi & layak ke pusingan ke-3

Gol KEDvMMU

8 gol dihasilkan malam ini, Kedah layak ke pusingan ke-3 Superbest Power Piala FA 2016.Hattrik pertama dari Kahe, Syazwan Zainon (2 gol), dan 1 gol dari Azmeer, Sandro dan Amirul, Tahniah buat skuad hijaukuning.

Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Friday, 19 February 2016

sumber : https://www.facebook.com/kedahfa.my




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...