TERKINI :

Friday, February 19, 2016

Ustaz Kazim Dikejarkan ke Hospital Kerana Serangan Jantung


BACHOK - Datuk Kazim Ilias terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dipercayai mengalami serangan sakit jantung.

Kazim Ilias sepatutnya menjayakan satu ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di perkarangan Pertubung Pelandang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator malam ini.

Majis yang membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara' yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan atas sebab tersebut.

Azmin makin ego tak lut teguran, projek tukar kubah dan pejabat Masjid negeri bukan sekadar RM32.4 juta tetapi RM65.7 juta


Kenyataan Umum | 16 Februari 2016

PENTADBIRAN SELANGOR MAKIN EGO DAN TAK LUT TEGURAN

1. Banyak teguran yang dilontarkan kebelakangan ini kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetapi malangnya Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali terus dengan ego malah bertindak tidak ubah seperti kerajaan Umno BN yang menganggap semua teguran sebagai musuh malah turut mencaci saya sebagai ‘Macai UMNO’.

2. Dari DEIG, kepada salah guna wang zakat untuk lobi politik,’mengecat’ pintu gerbang RM9.8 juta sehinggalah projek mengganti kubah masjid bernilai rm32.4 juta. Semuanya gagal dijawab.

Cuma isu beri balak tanpa tender terbuka dia nafikan konon melalui tender terbuka. Ini penipuan yang saya sudah serahkan pada lembaga disiplin parti buktinya.

3. Projek ‘mengecat’ atau ‘facelift’ pintu gerbang ditutup hanya dengan alasan ia kehendak Istana dan wang tersebut bukan wang kerajaan negeri tetapi wang derma yang akan dikutip kemudian. Yang mana apabila ditanya dengan adakah ia mengikut tatakelola kewangan yang betul sehingga hari ini terus diam membisu.

Anak TPM malas layan debat dengan Srikandi PKR...


‘Anak menteri paling popular’ masa kini iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid muncul memberi reaksi mengenai cabaran debat yang dikemukakan Srikandi PKR namun enggan mengulas lanjut dan tidak mahu melayan kerenah parti itu.

Dalam satu mesej ringkas kepada sebuah portal, anak Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “komen saya, tindakan lebih kuat daripada perkataan.”

Sebelum ini, Srikandi PKR melalui naib ketuanya Farah Afzan Faridi tampil mencabar Nurulhidayah berdebat dengan ketua mereka, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Farah mendakwa kenyataan Nurulhidayah berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini “menghina golongan belia”.

“Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ‘ikon belia’ jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini.

“Kepada Nurulhidayah, saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,” kata Farah lagi.

[LIVE] Ceramah Pakatan Harapan di Jerlun

PAS Kedah buat keputusan nak letak calon di semua kerusi yang ditandingi PRU13 pada PRU14 nanti

Pas mahu tanding semua kerusi

ALOR SETAR - Pas Kedah mengambil keputusan untuk meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya lalu bertanding pada PRU14.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pendirian itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor hasil perbincangan bersama pucuk kepimpinan parti.

“Setakat ini kita ambil keputusan, di mana Pas bertanding pada PRU13, akan bertanding lagi pada PRU14 nanti.

“Jika ada sebarang penambahan (kerusi), ia akan diumumkan oleh peringkat pusat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.

Pada PRU13, Pas bertanding di 8 kawasan Parlimen dan 24 Dun.

Menurutnya, parti itu juga kekal dengan pendirian iaitu hanya akan berlawan dengan BN dalam mana-mana pilihan raya.

“Kalau ada pihak ketiga yang bertanding, merekalah yang memecahkan undi di kawasan itu,” katanya.

Tambahnya, Pas Kedah sentiasa mengatur aktiviti politik secara berterusan sehingga menjelang PRU14 nanti.

Jemaah Pemangku Sultan perkenan senarai Exco Kedah

Ahmad Bashah

KUALA NERANG - Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur.

"...bagaimanapun, senarai nama itu akan hanya diketahui pada 22 Februari (Isnin) ini... anda semua tunggulah pada tarikh itu (untuk mengetahuinya)," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah di Padang Kerasak, Naka di sini, yang terbakar pada Ahad lepas.

Majlis mengangkat sumpah exco dan pengurniaan tauliah pelantikan itu dijadual berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Isu pekerja asing: Rakyat atau pemimpin malas?

SHAH ALAM – Pas menyifatkan rakyat kita sanggup bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar, bahaya) sekiranya gaji yang dibayar sesuai dengan taraf hidup di negara ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, kerajaan tidak rugi sekiranya menetapkan gaji minimum yang selesa untuk menarik minat rakyat ini.

“Mereka akan berbelanja di dalam negara ini juga. Ini baik untuk perkembangan ekonomi. Apa makna kita menggajikan warga asing dan mereka menghantar wang (ke negara mereka) dan tidak berbelanja di negara ini. Adakah baik untuk negara?

“Pemimpin negara ini boleh pergi tunggu di Tambak Johor pada waktu pagi, berpuluh ribu rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Adakah rakyat Malaysia pemalas? Sudah tentu ada sebabnya mereka ke Singapura. Tidak lain dan tidak bukan kerana kadar upahnya tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau sendiri telah melihat bagaimana pekerja di R&R Bukit Gantang di mana majoritinya ialah penduduk tempatan daripada tukang cuci hingga pelayan kedai makan.

“Kenapa mereka mahu bekerja di situ, jawapannya kerana diberi peluang. Kalau membuat tuduhan rakyat negara ini malas dan tidak mahu bekerja...maka inilah tugas kerajaan untuk melatih dan memberi motivasi supaya mereka ini bekerja.

“Benarkah rakyat Malaysia malas? Benarkah rakyat Malaysia tidak bertenaga? Benarkah rakyat Malaysia manja? Mungkin ada segelintir yang bersifat demikian. Mana negara pun ada rakyat yang malas tapi majoritinya masih rajin. Telahan boleh dibuat ialah pemimpin yang malas berfikir untuk kesenangan rakyat dan menjadi pemudah cara untuk kesenangan rakyat, bukannya rakyat yang malas,” katanya.

Tambahnya, musibah akan menimpa negara apabila mendapat pemimpin yang malas berfikir untuk kebaikan rakyat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...