TERKINI :

Thursday, February 18, 2016

Pengarah Penerangan Kedah yang buat kajian rakyat sokong Mukhriz atau Bashah telah ditukar ke Jabatan lain


Dimaklumkan Dr Haniff Hassan, Pengarah Penerangan Malaysia (Kedah), yang membuat laporan kajian sokongan rakyat Kedah terhadap DS Mukhriz Mahathir telah ditukarkan ke Jabatan lain.

Apakah disebabkan laporan kajian yang telus dilakukan memihak kepada DS Mukhriz, Dr Haniff Hassan dihukum kerana jujur ?

Hari ini 18-02-2016 merupakan hari terakhir beliau di Jabatan Penerangan Malaysia (Kedah).

Semoga Allah SWT dapat melindungi Dr Haniff Hassan.

PAS sekarang segak diluar, berselerak tabak didalam...!!

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_35.jpg 
 
Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir. Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidk dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. 

Tiada yang lain melainkan hanyalah NAJIB sahaja puncanya..!!!

TIADA YANG LAIN MELAINKAN NAJIB

Sebenarnya tidaklah sukar mencari punca segala masalah dalam negara kita sekarang ini, ia terpulang sama ada kita  mahu memahami dan bersikap jujur dengan diri sendiri atau sengaja menutup pintu hati tentangnya.

Puncanya tidak lain melainkan hanya satu - Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selagi kedua-duanya ada, selagi itulah semua masalah dalam negara sentiasa bertambah buruk dan sukar. Masalah yang diakibatkan oleh Najib kepada negara ini sudah terlalu berat untuk ditanggung dan dipulihkan, kecuali jika beliau dapat disingkirkan dengan seberapa segera.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berulangkali menekankan perlunya Najib diundurkan daripada mentadbir negara ini demi harapan dan masa depan yang lebih baik, perasaan itu kini turut dikongsi secara terbuka oleh bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk kita semua.

Kata bekas menteri itu, "kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia."

Yessss, itulah yang sebenar-benarnya.

Walaupun pendapatan Melayu tercicir berbanding kaum lain.. Melayu tetap setia dengan Umno

Pendapatan Melayu tercicir RM1 trilion berbanding kaum lain, kata MTEM

 Mohd-Nizam-Mahshar-mtem
KUALA LUMPUR: Jumlah jurang pendapatan antara Melayu dengan kaum lain sudah mencecah RM1 trilion sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.

Perkara itu didedahkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam mesyuarat agungnya di sini, hari ini

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata jurang pendapatan antara Melayu dengan kaum lain bertambah secara konsisten sejak 42 tahun lalu, meskipun pelbagai dasar untuk membantu Bumiputera dilaksanakan.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ini jelas sekali menunjukkan pengagihan ekonomi masih lagi tidak saksama di negara ini, terutama membabitkan Bumiputera.

“Kita kena tangani masalah ini kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah lain. Aset Bumiputera juga adalah rendah berbanding Cina dan India,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Akhirnya Adik Zahid Hamidi umum ‘tutup buku’ perniagaan bab pekerja asing di Malaysia

Adam Abu Bakar | February 18, 2016

Abdul Hakim mengumumkan sudah tidak terlibat lagi dengan sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing ke negara.

abdul-hakim-hamidi_asing_600
PETALING JAYA: Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, Datuk Abdul Hakim Hamidi menegaskan untuk tidak lagi menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.

Abdul Hakim, adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga.

“Pihak keluarga telah nasihatkan saya supaya tidak lagi meneruskan apa-apa aktiviti (perniagaan) yang melibatkan kementerian terutama yang melibatkan abang saya.

“(Keputusan itu dibuat) atas nasihat keluarga kerana lebih baik kita jangan buat (sebarang) perniagaan di negara ini, kami telah tutup buku untuk perniagaan di Malaysia.

“Untuk pengetahuan, kita sudah tidak terlibat lagi dengan (sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing) semua kita dah ‘cut off’,’ katanya seperti yang dilaporkan SuaraTV.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...