TERKINI :

Tuesday, February 16, 2016

Sudah 2 tahun rupa-rupanya perairan kita di ceroboh oleh CHINA.. apa kerajaan BN buat..???



1. Semalam 13 Feb 2016 Menteri Pertahanan DS Hishamudin Tun Hussin dalam sidang media yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3 mengakui bahwa kapal-kapal perang China sudah 2 tahun lebih menguasai perairan sekitar Beting Patinggi Ali (BPA- juga dikenali sebagai LUCINA SHOALS) yang terletak hanya sekitar 80 km dari pantai Miri, Sarawak. Kapal-kapal perang China itu bukan sahaja berada disitu tetapi mereka telah menghalang nelayan2 tempatan dari menangkap ikan disitu. Ini secara tak langsung adalah satu pengisytiharan bahwa sebahagian perairan negara iaitu di Laut China Selatan (LCS) telahpun dikuasai atau ditawan oleh tentera negara China tanpa sebarang tentangan dari pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Isu tuntutan negara China terhadap hampir keseluruhan LCS yang merangkumi perairan pantai barat Sabah, Brunei dan Sarawak bukanlah isu yg terpencil di peringkat dunia walaupun ianya cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat Malaysia oleh pemimpin Umno/BN. Segala tindakan China di LCS terutama dalam mengisytiharkan peta baru negara China yg merangkumi hampir keseluruhan LCS dan menjadikan BPA sebagai wilayah paling selatan negara China langsung tidak dibantah oleh Malaysia. Apabila media antarabangsa dan juga Armada Laut China sendiri melaporkan yang mereka telah mengadakan upacara menanda batu sempadan di perairan Beting Patinggi Ali (BPA) beberapa tahun lalu, kerajaan Malaysia melalui Panglima Tentera Laut yg lepas hanya pandai menafikan perkara tersebut dengan berkata bahwa Armada China sebenarnya berada 2000 km ke utara BPA. Mana beliau tahu? Alat atau satelit mana beliau pakai? Dengan pengumuman menteri pertahanan semalam maka terdedah bahwa Armada China bukan saja datang ke BPA untuk apa jua acara tetapi mereka juga sudah 2 tahun lebih berkampung disitu dan yang paling tidak boleh diterima ialah tindakan mereka menghalang nelayan tempatan dari menangkap ikan disitu. Tindakan ini jelas menunjukkan kehadiran mereka adalah sebagai PENJAJAH didalam wilayah Malaysia yang berdaulat.

“Bangla 1.5 juta”, mengapa rakyat menentang?

Oleh Zaidi Yusof

pekerja-asing_mal_600
Perbahasan terhadap keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Walaupun bantahan berterusan telah dizahirkan majoriti rakyat, namun kerajaan tetap kekal dengan pendirian atas alasan untuk memenuhi permintaan industri dan majikan.

Apakah benar rakyat polos dan membuta tuli dalam membantah?

– Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November 2014. Negara kini mempunyai 6.7 juta orang warga asing. Mengatasi jumlah populasi kaum Cina yang ada di negara ini. Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ini sekalipun secara berperingkat tetap memberi kesan terhadap beban populasi dan sosial negara. Timbul di benak dan pemikiran rakyat, mengapa tidak diselesaikan terlebih dahulu masalah ini?

– Di dalam RMK11, kerajaan berjanji untuk mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Apakah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini akan membantu memacu perancangan dan tumpuan RMK11 dalam tempoh 5 tahun akan datang?

– Menurut laporan akhbar pada November 2013, Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling dipetik sebagai berkata jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal meningkat lima peratus pada 2014. Katanya pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012. Pertanyaan rakyat, apakah trend ini baik untuk negara dalam tempoh jangka masa panjang?

Dah menteri malas pikiaq, nie ada idea rakyat nak selesaikan masalah kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia!!

Bagaimana nak selesaikan atau nak elakkan kemasukan warga Bangladesh seramai 1.5 juta ke Malaysia??

Kerajaan Malaysia yang diterajui Melayu Umno dengan sahabat2 Cina dan India dalam BN sudah tiada idea bagaimana untuk selesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di 3 sektor iaitu perladangan, pembinaan & perkhidmatan. KJ, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia Malaysia berkata Kerajaan tiada pilihan lain kerana 3 sektor ini tiada permintaan kerja oleh warga Malaysia. Katanya warga Malaysia tidak mahu bekerja di 3 sektor ini.

Kita boleh terus kritik dan kutuk tapi apa penyelesaiannya??

Kita selalu tengok dan ikuti banyak NGO yang prihatin buat program membantu golongan gelandangan di ibu kota dan beberapa bandar lain. Diberikan makanan percuma.. diadakan program dapur jalanan dan sebagainya... Tambah lebih dari itu ada pula dari parti politik yang turun bersama tidur di kaki lima kononnya nak merasai hidup gelandangan. Apa punya serabut.

Kenapa tidak diambil golongan gelandangan yang sihat yang kuat untuk bekerja di sektor2 tersebut? Adakah dengan memberikan mereka makanan percuma setiap minggu menyelesaikan masalah mereka??

Ada NGO yang mengutip derma untuk membantu gelandangan mendapat tempat berlindung dan makanan tapi adakah selesai? Gelandangan tidak selesai dengan kita terus memberikan makanan dan tempat tidur/berlindung percuma. Mereka akan lebih liat menyelesaikan masalah mereka krn kita sering memberi percuma.

Dilema Pas: Antara survival politik atau maruah parti



SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berpendapat, satu kelebihan kepada Pas sekiranya mereka menerima semula ahli- ahli Amanah jika benar mereka mahu kembali kepada Pas.

Beliau berkata, Pas sedang dalam proses pengukuhan semula setelah berlaku perpecahan dengan Amanah, pastinya kemasukan semula bekas ahli akan memberi kekuatan pada Pas khususnya bagi politik Kelantan.

“Pas sebagai suatu parti lama pastinya pandai menilai sejauh mana kekuatan Amanah kerana Amanah adalah serpihan Pas.

"Kelebihan kepada Pas sekiranya mereka terima kembali. Lagi pun, fenomena lompat parti ini adalah lazim dalam politik.

Mungkin ini masanya untuk Pas menunjukkan kekuatan sebenar ketika PRU14 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Fuad berkata, Amanah adalah parti baharu dan ia pasti akan melalui fasa penubuhan dan pengukuhan dengan menerangkan kepada umum apakah dasar serta perjuangan mereka.

Pesanan Tan Cheng Hoe Untuk Pemain Kedah


"JANGAN sia-siakan peluang yang ada jika mahu menang," demikian nasihat Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe kepada barisan pemain menjelang perlawanan bertemu Terengganu di Stadium Darulaman malam ini.

Menurutnya, barisan pemain skuad hijau kuning juga perlu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan tiga mata penuh atau kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini.

Jelas Cheng Hoe, pemain sebelum ini telah beraksi seperti yang dirancang namun gagal mencipta kemenangan kerana mensia-siakan peluang di hadapan gol.

"Corak permainan barisan pemain adalah betul seperti yang diterapkan tetapi kegagalan ketika berada di depan gol membuatkan kita tewas.

"Pemain perlu mengekalkan rentak permainan ketika bertemu Terengganu, tetapi mereka juga harus mangakhiri serangan dan usaha dengan jaringan gol demi mamastikan kemenangan dapat dicapai.

Lantikan Haron Din: Ini masalah hati, bukan masalah politik


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad 'naik hairan' dengan cakap-cakap orang yang masih 'bising' serta mempertikaikan perlantikkan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI).

Ujarnya, ini bukan perkara baru Haron menganggotai jawatankuasa kerajaan.

"Walaupun menjadi calon Pas dan Ahli Majlis Syura beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis. Adakah satu penghinaan, sedangkan yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Negeri ialah mufti.

"Walaupun beliau pemimpin Pas, tetapi beliau lebih dilihat seorang ilmuan agama yang dihormati daripada kawan dan lawan. Beliau seorang yang cukup dihormati juga di kalangan istana. Ramai tokoh-tokoh korporat rapat dengan beliau sejak dahulu hingga sekarang. Mungkin ini pendekatan beliau dalam berdakwah, yang pemimpin Pas tidak boleh lakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Kertas siasatan kes guru agama dipukul polis dibuka

ALOR SETAR - Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang guru agama yang mendakwa dipukul, ditumbuk dan digari dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.

pdrmKetua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung aduan itu serta sedang menunggu laporan perubatan daripada Hospital Sultanah Bahiyah berhubung kecederaan pengadu sebelum dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Insiden itu menyebabkan kepala Mohd Na'im Zakaria, 29, berdarah selain lebam di tangan akibat digari.

"Polis memandang serius dakwaan yang dibuat pengadu dan akan menyiasat secara telus dan terperinci mengikut undang-undang sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita telah mengambil tindakan segera dengan menyiasat aduan pengadu selain menjalankan siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap anggota polis yang terlibat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zamri berkata, pengadu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada 12 Februari lalu untuk menjalankan proses kawad cam bagi mengenal pasti anggota polis yang terlibat, namun beliau tidak hadir dan dimaklumkan akan menjalankan kawad cam pada 17 Februari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...