TERKINI :

Monday, February 15, 2016

Adakah rakyat M'sia penakut seperti saya?

oleh RAHMAT HARON

 
Di sebalik keributan skandal kewangan 1MDB dan kontroversi pembersihan perdana menteri oleh Peguam Negara (AG) Mohamad Apandi Ali, saya cuba menipu diri saya sendiri.

Semuanya untuk mempercayai barangkali masih ada sisa-sisa harapan lagi bagi cita-cita perbaikan hak asasi manusia di Malaysia.

Penghujung tahun lalu, peguam negara yang baru Apandi Ali mencadangkan agar hukuman mati mandatori dihapuskan. Saya amat mengalu-alukannya.

Ia merupakan suatu kenyataan bersejarah kerana datang daripada aparatus rejim yang terkenal dengan rekod-rekod pelanggaran hak asasi manusianya. Apatah lagi ia hadir di tengah-tengah krisis kewibawaan skandal kewangan 1MDB.

Saya seakan-akan percaya bahawa tujuan cadangan AG ini adalah benar-benar untuk mensejajarkan kedudukan negara selari dengan pemikiran sejagat hak asasi manusia ke arah penghapusan hukuman bunuh.

Reputasi kerajaan teruk tercemar angkara Najib

Pihak Kerajaan yang berkuasa selalu menggunakan beberapa institusi utama untuk kepentingandan menyambung hayat mereka- survival.


Institusi agama, pertubuhan kaum Melayu dan Institusi Raja-Raja pernah dijadikan penyambung hayat mereka dalam keadaan yang diperlukan. Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah Institusi Diraja Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya "derma" RM 2.6 bilion adalah dari keluarga Diraja Arab Saudi.
Untuk makluman, institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah pun mangkat. Orang puteh kata "Dead Man Tell No Tales" (Orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan).

Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukan derma politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma.

Siapa bercakap benar?

Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini? Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diRaja tempatan, institusi diRaja Arab Saudi menjadi sasaran.

Satu harapan diletakkan agar Majlis Raja Raja akan menimbulkan lagi isu 1MDB pada mesyuarat mereka pada bulan ini kerana teguran mereka pada bulan Oktober lepas tidak diendahkan oleh pihak kerajaan pemerintah.

PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan kempen menggesa kerajaan mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang didakwa cubaan mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan.

Acara di pusat membeli-belah Sogo di ibu negara, hari ini dihadiri tiga sasterawan negara iaitu Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, Prof Dr Muhammad Salleh serta Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain).

Dalam pelancaran kempen itu juga menyaksikan PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) bekerjasama menggesa pemansuhan DLP.

Antara wakil PAS yang hadir ialah naib presiden Idris Ahmad manakala di pihak AMANAH pula setiausaha organisasinya Suhaizan Kaiat, yang juga bekas ketua pemuda PAS.

Melupakan perbezaan, kedua-dua mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain.

Rakyat menanti hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 yang berlangsung minggu ini sememangnya ditunggu-tunggu sekalian rakyat jelata negara ini.

Terlalu banyak isu besar yang timbul, yang mana membabitkan peranan Raja-raja selaku pemerintah di negara ini.

 majlis-raja2

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri adalah isu paling panas dan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Bersangkutan isu panas terbabit, rakyat menunggu reaksi Raja-raja terhadap kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunggu sama ada suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi merungkai isu berkenaan.

Pada masa yang sama, Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara yang didakwa anggota Parlimen blok pembangkang sebagai cubaan Perdana Menteri untuk merampas kuasa darurat Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan juga diramal mendapat perhatian mesyuarat berkenaan.

Enam Ahli Akademik umum sertai AMANAH hari ini

Enam Ahli Akademik umum sertai AMANAH pagi ini.


  1. Prof.Madya Dr.Hasan Bahrom
  2. Prof. Madya Hamidon Musa
  3. Prof. Madya Dr.Ali Rahman
  4. Prof. Madya Dr.Sulaiman Mohd Nor
  5. Prof. Madya Dr. Zaki Latiff
  6. Haji Yusop Hasan (PTD)

Selamat datang dan Selamat Berjuang.

Laporan Unit Media Amanah

Dr Mahathir disiasat kerana jenayah fitnah, kata ketua polis negara

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blognya mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.
Polis sedang menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blog beliau baru-baru ini mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini, laporan polis diterima "sehari atau 2 hari lepas" mengenai posting yang dikatakan menyerang peguam negara itu.

Beliau sebelum ini berkata, polis akan memulakan siasatan jika laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

"Saya tidak pasti berapa banyak laporan dibuat tetapi ada laporan yang dibuat 1 atau 2 hari lepas.

"Kami sudah memulakan siasatan kerana memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan fitnah dan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiga lelaki dikehendaki bantu kes mahkamah Alor Setar

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki termasuk seorang warga India dikehendaki bagi membantu perbicaraan berhubung kes rasuah, di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Alor Setar, Kedah pada 24 Februari depan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini menyebut individu yang sedang dikesan ialah dua warga tempatan dikenali sebagai Muhammad Iqbal Fiezzrey Hasnal Ishak (No Kad Pengenalan: 879226-09-5065) dan Azmir Mohamed Kamal Ali (851211-02-6055).

Manakala seorang warga India dikenali sebagai Mohammed Imran Ali, pemegang pasport bernombor F 9715647, yang beralamat terakhir di Lorong Mahsuri 3, Kuah, Langkawi.

"Alamat terakhir bagi Iqbal dan Azmir masing-masing di No. 33, Aras 4, Apartment Casablanca, Langkawi dan No. 5202, Apartment Seri Lagenda, Jalan Penarak, Langkawi, Kedah," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta ketiga-tiga individu terbabit atau mana-mana pihak mempunyai maklumat mengenai mereka agar menghubungi pegawai penyiasat Ps Azaha Lias dan PPs. Muhammad Nur Ikram Ali, masing-masing di talian 012-4905986 dan 012-4641216 atau emel azahalias@sprm.gov.my atau mnikram@sprm.gov.my. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...