TERKINI :

Sunday, February 14, 2016

1MDB punya pasal, Lima institusi negara dijinakkan – Husam

husam,1mdb
PETALING JAYA:Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa beberapa institusi di negara ini telah berjaya dijinak dan ditewaskan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara institusi itu dakwa beliau ialah Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Bank Negara dan Peguam Negara.

“Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri daripada jerutan korupsi skala besar daripada puncak kuasa.

“Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Husam turut mempersoalkan institusi apakah lagi yang mampu menyelamatkan negara daripada pemimpin yang tidak tersentuh oleh keluhuran undang-undang negara.

PAS bakal jadi parti alternatif orang Melayu - Presiden PERKASA

 
Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Harun Din telah dilantik menjadi Pengerusi Kluster Dakwah di bawah Majlis Perunding Islam (MPI) tajaan kerajaan dan secara tidak langsung berada dalam kelolaan Yayasan Dakwah.

Ia akan menjadi modal tambahan kempen oleh Umno kepada rakyat dan seterusnya boleh mendakwa "tengok betapa prihatin dan hebat nya Umno untuk menaikkan syiar Islam".

Manakala bagi Datuk Husam Musa bekas Naib Presiden PAS yang kalah teruk pula menyatakan dengan begitu kuat bahawa perlantikan Datuk Harun Din adalah "Satu penghinaan yang dasyat kepada PAS" kerana ia secara tidak langsung menjadikan PAS sebagai alat di bawah kerajaan PM Najib Razak yang kini dikritik hebat oleh berbagai pihak mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Ini pandangan Datuk Husam Musa yang semenangnya masih lagi marah kepada PAS kerana ditolak sebagai Naib Presiden PAS dengan undi yang rendah pula serta kehilangan cita-cita untuk menjawat jawatan TMB atau MB.

Kekecewaannya dapat kita kongsi bersama. Pendek kata tiada apa yang betul lagi mengenai perjuangan PAS termasuk semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Kelantan dan Naib Presiden PAS. Dahulu saya diserang apabila menegur kerajaan Kelantan mengenai isu balak, tanah dan lain-lain.

Adik Zahid runding sistem urus pekerja Bangladesh

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.

'Sanggupkah belia cuci longkang, bina bangunan...?'

Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi berapa ramai yang sanggup? Berapa ramai yang sanggup menjadi tukang masak di restoran mamak, buat perabot?" katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah menerima aduan dari kilang-kilang yang menyatakan bahawa ramai pekerja dari kalangan rakyat Malaysia yang lari selepas bekerja hanya sebulan.

"Mereka (majikan) tidak ada pilihan sama ada tutup kilang atau ambil pekerja asing. Yang membawa pekerja-pekerja ini bukan kerajaan tetapi majikan-majikan, kilang-kilang, syarikat-syarikat.

Majlis perundingan Islam (MPP) untuk apa..????????

MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MPI) UNTUK APA?


Semalam dilaporkan telah diadakan suatu perjumpaan atau mesyuarat atau apa saja istilah yang sesuai yang dihadiri khabarnya oleh pimpinan parti politik Islam, pimpinan NGO Islam, Mufti-mufti, cendikiawan dan alim ulamak Islam. Perjumpaan atas nama Majlis Perundingan Islam (MPI) telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Khabarnya juga seramai lebihkurang 87 orang telah hadir dan diangkat sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam yang telah membuahkan 7 kluster utama yang diketuai oleh orang-orang tertentu iaitu :

1.Dakwah - YBhg. Dato' Dr Haron bin Din
2.Ekonomi- YBhg. Tan Sri Muhamad Ali bin Hashim
3.Pendidikan- YBhg. Tan Sri Prof Dr Kamal bin Hasan
4. Sosial- YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
5.Undang-Undang- YBhg. Prof Dato' Sri Zaleha bt Kamarudin
6.Pemikiran Islam- YBhg. Dato' Dr Siddiq Fadzil
7.Politik- YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir.

Sebenarnya MPI ini bukan suatu perkara baru. MPI telah bermesyuarat kali pertama pada 28 Ogos 2008 yang turut dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan Menteri DiJabatan Perdana Menteri. MPI diwujudkan kononnya adalah sebagai "think tank" bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan yang bernas ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Rafizi jawab bab duit beliau RM500,000 dalam Tabung Haji

DUIT RM500,000+ DALAM TABUNG HAJI


Saya sedia maklum pengumuman MARA mengenai pinjaman pendidikan bagi pelajar UniKL. Saya akan teliti dan beri maklumbalas selewat-lewatnya Isnin ini dan akan terus bela nasib pelajar-pelajar MARA.

Saya juga terharu akhirnya Najib Razak sendiri yang terpaksa menjawab mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji. Nampaknya anak-anak didik Ahmad Maslan gagal lagi.

Saya akan beri maklumbalas mengenai jawapan PM In Sya Allah esok.

Cuma saya nak jawab soalan paling biasa yang anak-anak didik Ahmad Maslan selalu tanya: kenapa saya belum keluarkan simpanan saya yang berjumlah RM500,000+ dari Tabung Haji?

JAWAPAN SAYA

1) Saya memang jarang semak baki di dalam Tabung Haji kerana ia simpanan hari tua yang patuh syariah. Memang setakat ini tidak ada niat untuk kacau simpanan itu.

2) Wang RM500,000+ itu adalah simpanan sepanjang saya berkhidmat di firma perakaunan di London, di PETRONAS dan di Pharmaniaga. Ia bukan derma dari sesiapa.

3) Salah satu risiko terbesar Tabung Haji ialah kerana 5% dari pendeposit mempunyai simpanan 75% dari keseluruhan deposit Tabung Haji. Ini bermakna 400,000 orang mempunyai jumlah simpanan sekitar RM45 bilion iaitu purata sekitar RM115,000 setiap seorang.

4) Jika saya mengeluarkan simpanan saya yang berjumlah RM500,000+ itu dan dengan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen, akauntan bertauliah dan berpengalaman di bidang kewangan, ia memberi isyarat bahawa Tabung Haji bukan lagi tempat yang selamat untuk membuat simpanan.

Zahid dakwa ahli FMM minta pekerja Bangladesh dibawa masuk Malaysia

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah kerajaan membawa masuk pekerja asing sekadar memenuhi permintaan daripada pemain industri yang kurang tenaga kerja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 Februari, 2016.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ahli Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) sendiri yang memohon membawa masuk pekerja Bangladesh dan menggesa menyemak terlebih dahulu dengan ahli sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Timbalan perdana menteri berkata, 3 agensi kerajaan bertanggungjawab menguruskan pekerja asing ada menerima permohonan daripada ahli FMM.

"Ya benar mereka tidak pernah mengemukakan surat.

"Tapi ahli-ahli mereka mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia dan juga ke bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen dan bahagian pekerja asing tidak mahir kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," kata Zahid yang juga menteri dalam negeri kepada pemberita semasa pelancaran Mini MAD Velocifero di Shah Alam, Selangor hari ini.

Mengenai gesaan FMM yang mahu pekerja asing sedia ada dibersihkan terlebih dahulu, Zahid berkata kerajaan sekadar memenuhi permintaan daripada pemain industri yang kurang tenaga kerja.

"Bukan kita yang nak, bukan kerajaan yang nak bawa.

"Yang minta ialah majikan, kerajaan mendengar permintaan mereka di mana mereka mengatakan syarikat mereka tidak dapat berjalan kerana kekurangan pekerja," katanya.

Tahniah...UTUSAN MALAYSIA kerana dedahkan kelemahan Kerajaan Najib



Dengan segala hormatnya saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan laman Masjid Negara dan sekitarnya pada setiap awal pagi dipenuhi dengan gelandangan. Dulu bilangannya kecil tetapi sekarang bertambah kerana kunonnya ada bantahan dari NGO dan kerajaan pimpinan Najib menerusi Menteri Wilayahnya memikirkan kesan politik jika tindakan tegas diambil.

Mereka ini menajiskan pandangan indah rangkaian bangunan warisan sejarah sekitarnya seperti Stesen Keretaapi ibu pejabatnya dan Hotel Majestic.Mereka akan mulai hilang sekitar jam 8.


Pandangan ini juga menjatuhkan maruah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tunduk kepada tekanan politik.Berbagai alasan akan diberikan yang menunjukan kelemahan dan ketidak tegasan pentadbiran negara. Alasan ini semua telah jemu didengar oleh rakyat.

Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri pencemaran ini setiap pagi Ahad bila menuju ke Jalan Masjid India untuk minum teh tarik.

Exco AMK cabar Azmin bawa Chegu Bard ke Mahkamah

Kenyataan terbuka
7 Januari 2016


CABAR AZMIN BAWA CHEGUBARD KE MAHKAMAH

1. Saya selaku exco AMK dengan ini mendesak agar pertembungan Azmin dan chegubard ditamatkan segera. Ia menggusarkan ramai anggota parti kerana memberikan imej buruk bukan sahaja kepada pentadbiran kerajaan selangor tetapi kepada parti secara keseluruhanya.

2. Presiden atau Pengerusi Disiplin parti harus bertindak segera memanggil kedua dua watak ini bagi diberi ruang memberikan penjelasan dan hujah masing - masing dan dicari jalan penyelesaian. Jika dakwaan cheGubard dia telah menulis aduan kepada parti benar maka ia satu tidak wajar berlaku. kenapa aduan beliau dibakul sampahkan?

3. Azmin harus lebih tenang bukan melakukan penafian di hadapan media dengan serangan perkataan kasar kepada pengkritik. Cabaran membuat laporan SPRM itu sendiri nampak sangat lucu apabila disedari ia bukan bidang kuasa SPRM. Ia berkaitan janji ketelusan yang kita bawa.

Antara debat ulama, debat bola, debat rakyat

TOK PERAK

*SETELAH saling tuduh-menuduh dan sindir-menyindir di alam maya, dua tokoh agamawan akhirnya setuju untuk bersemuka, dan berdebat di alam nyata.

Seperti yang diuar-uarkan, 17 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh wacana ilmiah antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

Tempat berdebat di Dewan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), jam 9 malam.

Inilah debat yang ditunggu-tunggu oleh semua, khasnya umat Islam yang selama ini menjadi keliru dengan hujah-hujan kedua tokoh yang diluahkan menerusi media sosial. Jom, pakat ramai-ramai kita dengar.

*TETAPI, maaf bukan semua orang boleh dengar debat tertutup yang diberi tajuk Ideologi Ekstremisme Agama itu.

Seperti yang diberitahu oleh Zamihan: “Yang (dibenarkan) akan hadir ialah VVIP, VIP dalam kalangan perjawatan awam, dan peruntukan sebanyak 100 orang bagi penyokong Asri dan Zamihan 50 orang.”

Saya difahamkan pihak media @ wartawan pun tidak dibenarkan hadir. Maka timbul persoalan, sekiranya wartawan tidak boleh masuk, bagaimana liputan debat hendak diumumkan kepada orang ramai yang selama ini telah dikelirukan?

Baling mikrofon tak rosak akidah, kata Ahmad Awang

Tindakan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencampak mikrofon selepas berucap tidak menyebabkan rosak akidah, kata Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang.

Menurutnya, ia tidak seperti yang dilakukan oleh ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Ahmad berkata, Mohamad hanya mahu menunjuk perasaan kesalnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang disifatkannya sebagai “penakut”.

“Campak mikrofon tak rosak akidah. Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah. Alasan Khairuddin tak tahu atau terpedaya itu cerita lain.

“Kalau dia (Mohamad) tidak buat begitu (campak mikrofon), orang tidak akan ingat apa yang Mat sabu buat ketika itu.

"Bila dia buat begitu orang semua ingat. Mat Sabu kata ketidakpuasan hati dia,” katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Mukhriz pecah lubang Najib lagi...kali nie bab tawaran jika beliau lepas jawatan MB Kedah..!!

Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri

Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri

JERLUN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menawarkan jawatan menteri di peringkat Pusat sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar ketika Kedah berdepan krisis politik,
akhir Januari lalu.

Namun demi amanah yang diberikan rakyat Kedah, Adun Ayer Hitam itu tidak tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan setelah menang dalam PRU13 lalu.

“Perdana Menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan selepas beberapa bulan ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.

"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti,” katanya, ketika berucap pada program bersama Yayasan Prihatin sempena penyampaian zakat oleh Pharmaniaga kepada 125 asnaf di Dewan Kampung Kuala Jerlun, semalam.

Tonton filem porno, itu fitnah keji, kata Nasrudin

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.

Nasrudin berkata, pihak media menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan fitnah yang berlegar di media sosial kononya beliau menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.

“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.

“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.

“Tegasnya saya enggan melayan permainan 'pihak tertentu' ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...