TERKINI :

Wednesday, February 10, 2016

Kisah ular guni buruk dan ular berbisa di Putrajaya

Dalam tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.

Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa. Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.

Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.

Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.

'Najib kekal berkuasa kerana rakyat M'sia penakut'

 
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa rakyat Malaysia penakut dan tidak mempunyai keazaman untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak kira betapa buruk tanggapan mereka terhadap pentadbirannya.

"Kita semua penakut," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap di majlis mengingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.

Anwar menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi membebaskan ketua umum PKR itu dalam kes Liwat II.

Dalam nada menyindir, Mat Sabu mengeluh bagaimana Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia berdiam diri.

"Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina," katanya.

Dan kerana rakyat Malaysia penakut, katanya, rakyat dan negara, telah ketinggalan.

Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik, tetapi Malaysia tidak berubah.

"Sampai bila nak jadi begini?

PAS akan buat pengumuman penting Sabtu ini?

Takiyuddin-Hassan
PETALING JAYA: PAS dijangka mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada Sabtu ini.

Beberapa laman blog pro pembangkang seperti milik bekas Ketua Pengarang Mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar mendakwa, antara agenda dalam mesyuarat itu nanti adalah parti Islam itu akan bertanding sebanyak 22 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menjawab perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan mesyuarat yang diadakan itu merupakan mesyuarat bulanan biasa PAS Pusat setiap hari Sabtu pada setiap bulan.

“Setakat ini saya tak nampak apa-apa agenda khusus, benda biasa kita akan bincangkan program-program parti. Tidak ada agenda khusus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Mohd Sayuti berhubung perkara berkenaan, Takiyuddin memberitahu, sehingga kini PAS memutuskan untuk bertanding sebanyak 11 kerusi.

Kenapa ABANG MAT baling mikrofon..???



Cuba fikir, Abang Mat mula masuk bertanding pilihanraya tahun 1982. Ketika itu Azmin masih di sekolah menengah. Tian Chua pun tengah sekolah. Abang Mat jadi ahli Parlimen tahun 1990, masa tu Azmin mungkin baru graduate universiti.

Dulu, Abang Mat adalah musuh politik yang ketat kepada Anwar Ibrahim. Tetapi bila Anwar dianiayai oleh UMNO, Abang Mat bangkit membela Anwar bersama-sama Fadzil Noor, Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad dan pemimpin-pemimpin DAP.

Atas cadangan Fadzil Noor, tertubuhlah parti Keadilan. Fadzil Noor dan para panglimanya seperti yang sebutkan di atas, bersama DAP sebagai pihak yang cukup matang dan kaya dengan pengalaman dalam sepak-terajang politik UMNO, menjaga Parti Keadilan seperti jaga anak kecil, masa itu!

Azmin di mana ketika itu? Azmin ikut Anwar, dan akhirnya dia menjadi pemimpin utama dalam Parti Keadilan. Padahal, sebelum Anwar dipecat, Azmin berada di lapisan ke 8 dalam hierarki kepimpinan UMNO, tetapi sekarang dia telah menjadi pemimpin utama parti, setaraf dengan Abang Mat. Ok, itu tak jadi masalah.

Pemberi maklumat dedah 5 skandal besar di Malaysia


Ketika Putrajaya mempertimbangkan undang-undang diperketat bagi mengekang kebocoran maklumat, The Malaysian Insider mengungkap kembali 5 skandal kewangan yang tercetus disebabkan pemberi maklumat.

Kes ini hanya diketahui umum selepas maklumat berkaitan disembunyikan Putrajaya dan syarikat berkaitan kerajaan dan diberikan kepada pemimpin politik pembangkang, badan bukan kerajaan dan media.

Susulan publisiti diterima kes ini mengakibatkan siasatan dijalankan bagi melihat sama ada berlakunya salah tadbir urus, rasuah atau penyalahgunaan dana awam.

Kumpulan pemantau anti rasuah antarabangsa Transparency International berkata, pendedahan ini membuktikan perlindungan perlu diberikan kepada pemberi maklumat dan Putrajaya seharusnya melihat mereka sebagai "mata dan telinga" dalam memerangi rasuah.

"Kerajaan lebih cenderung bergerak ke belakang daripada bekerja untuk memastikan ketelusan dan usaha yang lebih gigih dalam membasmi rasuah," kata Presiden TI Malaysia Datuk Akhbar Satar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...