TERKINI :

Monday, February 8, 2016

Orang ramai tidak dedah rahsia jika kerajaan telus, kata Amanah

Pemimpin Parti Amanah Negara Mohamed Hanipa Maidin berkata jika kerajaan sedia ada mengamalkan ketelusan, orang ramai tiada sebab untuk berkongsi rahsia kerajaan dalam ruang awam – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2016.
Rakyat tidak akan bertindak mendedahkan rahsia pentadbiran negara jika kerajaan sedia ada mengamalkan ketelusan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan membocorkan rahsia pihak pentadbiran hanya berlaku apabila permintaan rakyat yang mahukan lebih ketelusan tidak diendahkan kerajaan.

"Apabila tiada budaya ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik dalam menjalankan urusan, mana-mana negara dalam dunia akan menghadapi mimpi ngeri 'wabak Wikileaks'.

"Apabila hak untuk mengetahui yang sah tidak dilayan kerajaan, kerajaan sebenarnya membuka ruang kepada terbocornya rahsia negara," kata Hanipa dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang bercadang meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bagi menghukum pengamal media serta pembocor rahsia yang melaporkan maklumat sulit kerajaan.

Menteri: Lindungi pemberi maklumat yang dedahkan rasuah


Pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan dan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu diberikan perlindungan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

"Jika (dokumen OSA) berhubung penyalahgunaan, jika ada rasuah atau penipuan. Sebagai contoh, perlu ada pengecualian bahawa boleh memberi maklumat tanpa didakwa.

"Siapa yang mahu jadi pemberi maklumat tanpa dilindungi?" kata Low kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat juga perlu diperluaskan untuk melindungi penjawat awam dan menyediakan mereka dengan saluran selamat untuk mendedahkan salah laku dalam kerajaan.

Akta itu kini tidak memberikan sebarang perlindungan kepada mereka yang membocorkan dokumen OSA.

AMANAH SELANGOR sedia bertanding di kerusi PAS sekira tiada kerjasama PH & PAS

Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang.

Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini:

1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan.

2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH.

AMANAH Selangor mahu tandingi semua kerusi PAS


Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sedang bersiap sedia untuk menentang PAS di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diwakili parti Islam itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

"Kita dalam usaha menapis calon-calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan (awal Jun) ini," beliau dipetik berkata.

Kata Izham lagi, Amanah Selangor kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan seramai 10,000 ahli kelak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini dilaporkan menganggap AMANAH sebagai satu ancaman kepada parti itu di Selangor kerana hasratnya bertanding di 8 kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang.

KFA sedih penaja Kedah tarik diri

KFA

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.

Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, beliau merasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.

"Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D'Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.

Apa hukum PAKAI BAJU SANTA CLAUS & DEWA CINA..?

HUKUM PAKAI PAKAIAN SANTA CLAUS

Krismas menjelang lagi. Selain daripa bunyi mercun yang berdentum-dentam, ada lagi perkara yang kita perlu fokuskan, yakni umat Islam 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pelbagai cara. Antaranya adalah ucapan-ucapan perayaan seperti "Merry Christmas" di telefon, status facebook, SMS, dan sebagainya.

http://1.bp.blogspot.com/-FgcxrOVs_mg/VJPgGUG3YdI/AAAAAAAANtI/yT3rcfQnQ0M/s1600/TOlakTopiSanta.jpgTidak kurang juga ada yang 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pakain Santa Claus. Sungguhpun mereka tidak hingin pun meraikan syiar agama Kristian, hakikatnya mereka telahpun meraikan syiar-syiar Kristian secara tak langsung.

Contohnya pemakaian pakaian Santa Claus yang dapat kita lihat yang dipakai oleh kafe terkenal seperti Starbucks Coffee. Walaupun pekerjanya muslim, mereka dimestikan untuk memakai pakaian ala-ala Santa Claus.

Apa yang harus difokuskan, pakaian Santa Claus itu bukan sekadar pakaian semata-mata, tapi ia adalah pakaian yang terkait dengan unsur-unsur aqidah Kristian. Hal ini telahpun dibahaskan oleh seorang ulama mujtahid, Allahyarham Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Nizhomul Islam, dalam bab Hadharah Islam. Untuk memahami apakah yang dibahaskan dalam bab tersebut, mari kita tinjau peta minda di bawah supaya lebih jelas, insya Allah.

Derma atau pelaburan: Kecelaruan fakta kelirukan rakyat



SEREMBAN - Kecelaruan fakta antara Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir membabitkan status RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengundang keresahan rakyat.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, percanggahan itu tidak membawa sebarang manfaat kecuali menjadikan orang ramai lebih keliru dan tertanya-tanya terhadap isu berkenaan.

“Peguam Negara kata wang itu pemberian salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz al-Saud sebagai derma, manakala Menteri Luar Arab Saudi melihatnya sebagai pelaburan.

“Sebut tentang pelaburan, mesti ada pulangan diharapkan. Persoalannya, apa dijanjikan kepada si pemberi? Adakah kedaulatan negara kita yang menjadi galang ganti? Bertambah risau kita dibuatnya bila difikirkan,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya Peguam Negara mengambil langkah bijak dan mudah iaitu mengisytiharkan segala transaksi membabitkan wang itu.

Suatu ketika dahulu.."Sumbat je Anwar dalam penjara, biar aman negara kita..."..kini...


- Anwar Ibrahim penyokong Israel, US.
- Anwar Ibrahim tali barut negara luar.
- Anwar Ibrahim akan menghancurkan ekonomi negara.
- Anwar Ibrahim akan menjual aset negara.
- Anwar Ibrahim akan menghuru-harakan negara.

Macai² bangang UMNO/BN kata, "Sumbat je Anwar dalam penjara, biar aman negara kita..."

Orang tua tu disumbatnya dalam penjara...

Bila dia di dalam penjara, apa yang berlaku?

Kisah disebalik kejatuhan Mukhriz dari pandangan Zulkifli Yahaya

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dipanggil mengadap oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah (JPSK) pada petang 1 Februari 2016 bagi memaklumkan bahawa penyandang jawatan Menteri Besar itu telah hilang majoriti dari kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ia dibuat selepas sesi pertemuan antara JPSK dengan kesemua 36 ADUN yang berlangsung selama dua hari.

Boleh saja untuk JPSK mempercayai pada sekeping kertas kenyataan akuan bersumpah yang dihulurkan oleh perdana menteri, berhubung mandat untuk pelantikan menteri besar. Namun JPSK memilih untuk bertabaiyun (mendapatkan maklumat yang lebih sahih) dari pihak terbabit.

Akibat kehilangan sokongan majority dari ADUN, pada sebelah malamnya Mukhriz mengadakan sidang media mengumumkan peletakan jawatannya selaku menteri besar. Sepatutnya Mukhriz meletakkan jawatan sejurus selepas 14 Umno bahagian hilang kepercayaan terhadapnya. Tetapi Umno bahagian tidak mempunyai apa-apa ‘locus standi’ dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Maka beliau tidak segera berundur sehingga disahkan hilang majoriti oleh JPSK.

'Saya sudah tidak berminat untuk taja Kedah'

Aliff Syukri

PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, pihaknya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah.

Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak Laris' berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu.

"Sudah, saya tidak berminat," katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya.

Namun ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...