TERKINI :

Sunday, February 7, 2016

Nasib baik bukan MAT SABU yang pakai pakaian seperti Dewa Sembahan Orang Cina

PAS SELANGOR TERDESAK MERAIH SOKONGAN ORANG CINA SEMPERNA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2016


Terdesaknya Pas untuk meraih sokongan undi daripada orang Tionghua sehingga sanggup meniru tatasusila serta kepercayaan orang-orang Cina beribadat dengan berpakaian laksana dewa-dewa sembahan orang Cina.

Meraikan orang-orang Cina semperna Tahun Baru Cina bukanlah suatu kesalahan kerana ia adalah perayaan budaya orang Cina sejak zaman berzaman tetapi meniru tatasusila serta berpakaian seperti Dewa sembahan orang Cina mendapat pertikaian orang ramai.

Apakah DEB atau UMNO yang patut dipersalahkan?



Aku terpanggil untuk mengulas kenyataan TS Rafidah Aziz, tokoh veteran yang begitu lama bergelumang dalam politik tanah air dan sedikit sebanyak telah menyerlahkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa, ketika beliau begitu lama memegang jawatan sebagai Menteri Perdagngan Antarabangsa dan Industri.

Kata beliau mengenai orang Melayu (aku tak lupa yang aku juga orang Melayu totok),‘“We have been nurtured to believe that we are special. Doesn’t matter if we are actually a nobody, we are special….Even if we got nothing ‘up here’ (brains), we are special! It is the nurturing. We (Malays) are privileged,” (Malaysiakini – 30 January 2016).

Tentulah tidak dapat dinafikan kenyataan sedemikian. ‘Betui sangat’ kata orang Perak. Dan disamping itu tentulah ada juga yang cuba mempertikaikan kenyataan sedemikian. Biasanya yang berminat untuk terlibat dalam polemik sedemikian adalah terdiri dari golongan yang tidak mahu langsung orang Melayu dikritik walaupun dengan jelas kelihatan bahawa orang Melayu kini amat ketinggalan dalam berbagai bidang, tidak banyak bezanya dengan orang Melayu selepas kemerdekaan. (Maaf!.. agak keterlaluan).

Aku hanya ingin menokok tambah tentang apa yang dikatakan oleh TS Rafidah Aziz. Orang Melayu merasakan diri mereka istemewa berkemungkinan juga disebabkan telah termaktub dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang kemudiannya juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

MENUNGU KEMUNCULAN ‘HANG TUAH’ DARI ‘SUNGAI BULUH’


Dalam keadaan kemelut negara yang sebegini meruncing, kita selalu meletakkan sejuta harapan agar keadaan negara kembali seperti keadaan sedia kala. Kita mengidamkan ekonomi negara tumbuh dengan segar. Kita mimpikan keadaan hubungan antara kaum terus menerus dalam keadaan harmoni seperti mana yang pernah kita kecapi dalam tahun-tahun sebelumnya. Kita mengharapkan agar suatu episod dalam sejarah Kesultanan Melaka akan berulang di negara kita yang tercinta ini.

Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang perlu direnungi, tentang kisah Hang Tuah difitnah kerana berkelakuan sumbang dengan gundik raja. Maka Sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah.

Kitab ‘Salalat al-Salatin’ menceritakan,

“ Maka fikir Seri Nara al-Diraja pada hatinya, ‘belum patut dosanya Hang Tuah ini aku bunuh.’ Maka disuruh sembunyikan oleh Seri Nara al-Diraja pada satu dusun, dipasungnya. Maka dipersembahkannya kepada raja, dikatakannya sudah dibunuh. Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah.

Cadangan Peguam Negara untuk lindungi mereka yang pecah amanah

Khairil Ashraf | February 7, 2016

Kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.

akmal,apandi

PETALING JAYA: Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mahu mengenakan tindakan tegas terhadap pemberi maklumat termasuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan diselar Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, cadangan yang dibuat itu seolah-olah untuk mengenakan tindakan bagi menghukum pemberi maklumat dan melindungi mereka yang telah melakukan pecah amanah.

Akmal berkata, kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.

“Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.

“Kebanyakan pendedahan yang dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan daripada perkara tersebut terus berulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, masalah kebocoran maklumat hanya akan terhenti apabila penyelewangan tidak berlaku.

Serahkan hasil siasatan 1MDB kepada Raja-Raja – Mukhriz

mukhriz,1mdb
PETALING JAYA : Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu Majlis Raja-Raja supaya mengambil tindakan segera ke atas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mukhriz merayu kepada Raja-Raja untuk mendapatkan hasil siasatan daripada Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Katanya, penyerahan hasil siasatan kepada Majlis Raja-Raja adalah sejajar dengan titah Raja-Raja yang mahu siasatan terhadap 1MDB diselesaikan segera dan penemuannya dilaporkan secara lengkap dan telus.

“Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campur tangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

AG Apandi jadikan sistem perundangan macam badut

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

KUALA LUMPUR 7 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di’badut’kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di’badut’kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas.

“Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di’badut’kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir.

Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya ‘pelaburan’ yang tidak dinyatakan

Masa depan Umno terjejas selepas penyingkiran Mukhriz

Masa depan Umno akan terjejas jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh mempercayai pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.
Timbalan presiden Umno itu mencatatkan peringatan demikian di laman Facebook beliau malam tadi, mengulas peletakan jawatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletak jawatan, selepas kemelut politik yang berlangsung di negeri itu selama hampir 2 minggu, susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),

Perebutan jawatan itu bermula pada 20 Januari apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sidang media, terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap, mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Ahmad Bashah dijadualkan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada pukul 10 pagi ini.

Muhyiddin berkata, penyingkiran Mukhriz semalam juga menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh percayakan pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka.

"Sudah berakhir hari-hari di mana kita percaya pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.

"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.

UMNO dan PAS perlu bersama jaya agenda negara

Penyatuan niat adalah kunci keramat perlu dimiliki bersama UMNO dan PAS dalam menjayakan agenda yang dirangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) ke arah memupuk kesederhanaan.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GMMF, Nasharudin Mat Isa, berkata dua parti besar orang Melayu itu perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara. "Saya tidak katakan kedua-duanya (UMNO dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepemimpinan dua parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya.

Ditanya sama ada beliau selesa berada di kedudukan sekarang, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, ruang ketika ini membuka peluang lebih luas baginya menemui lebih banyak pihak yang merangkumi pelbagai organisasi.

Bersyukur kerana institusi bagi menjayakan agenda berkenaan sudah tersedia, bekas pensyarah undang-undang itu komited untuk melaksanakan tanggungjawab diberi dan berharap mendapat hasil terbaik demi manfaat negara. "Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan. "Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk UMNO atau PAS.

Kena Tipu UMNO Berkali-kali Tanda PAS Matang?

 "Jika Pas matang kenapa ditipu Umno?" selar netizen

Laman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan.

Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan.”

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno.

“Jika Pas matang kenapa ditipu Umno? Barangkali nak jadi matang mestilah ditipu umno BERULANG kali,” kata Hamdan Mohamad antara pengguna Facebook yang memberi reaksi dalam status yang dimuatnaik selama 10 jam itu.

Netizen harap pertemuan Zamihan, Asri dapat buka minda

SHAH ALAM – Perang dingin antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza semakin tiba ke kemuncaknya.‎

Netizen ibaratkan pertemuan Zamihan, Asri ‘ dapat buka minda

Kelmarin, Zamihan dilaporkan tidak keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang sivil dan mencabar untuk mengadakan perdebatan dengan Dr Maza apabila Mufti Perlis itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro Syiah, ekstremis dan sesat.‎

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi sebuah posting di Facebooknya hari ini mencadangkan keduanya hadir dalam satu program wacana bagi menjelaskan dan menjernihkan keadaan.

Cabaran debat itu disahut Dr Maza menerusi sebuah posting di laman Facebooknya dan beliau juga mengaku telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh wacana tersebut diadakan.

Wacana dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Exco Kedah : Kekal muka lama atau ganti


ALOR SETAR - Proses menukar nakhoda kapal sudah selesai dan kini semua orang ternanti-nanti untuk melihat siapa yang akan dilantik sebagai exco untuk sama-sama berganding bahu dengan Menteri Besar baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melayari Kedah ke era yang lebih cemerlang seperti yang dijanjikan.

Bashah
Belum tahu bila mereka akan dilantik dan mengangkat sumpah menerima jawatan. Paling awal mungkin Rabu atau Khamis minggu hadapan sebab cuti umum Tahun Baru Cina pada Isnin dan Selasa.

Mungkin dalam tempoh itu akan memberi ruang kepada Ahmad Bashah untuk melihat, memikir dan menilai calon yang sesuai untuk bersama-samanya melakar perancangan dan melaksanakan pelbagai program untuk rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang sebelum tiba detik penentuan untuk dinilai semula pengundi dalam PRU14.

Pemilihan calon exco penting kerana ia akan menentukan kejayaan program dan pembangunan yang bakal dilaksanakan di Kedah dan jatuh bangun Ahmad Bashah dalam politik negeri ini.

Tun M cuba letak kesalahan beliau pada orang lain


SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cuba meletakkan kesalahan beliau ke atas 'bahu orang lain' bagi menampakkan bahawa beliau tidak gagal terutama dalam Wawasan 2020.

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Menerusi entri terbaharu di Blognya, Salleh berkata Mahathir sebelum ini yang mengatakan Malaysia tidak lagi dikagumi seperti mana sebelum ini dan ketika itu tiada siapa yang ragu dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Salleh berkata, kesilapan itu dilakukan oleh Mahathir sendiri sejak dari awal pelaksanaan wawasan itu lagi kerana beliau gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu, sambil menambah, kesilapan itu membuatkan rancangan itu kini mustahil direalisasikan.

"Dr Mahathir tidak mengambil kira kemungkinan itu pada masa itu dan sedekad kemudian pada 1997, ia berlaku sekali lagi.

"Rancangan itu dicadangkan untuk satu keadaan yang ideal, tetapi 1986 dan 1997 membuktikan, tidak ada situasi yang boleh dikatakan keadaan yang ideal.

5 remaja sesat di Gunung Baling selamat

BALING - Lima remaja lelaki yang sesat di Gunung Baling, di sini kira-kira 2.50 petang tadi ditemukan selamat kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba, selepas membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Sufian Alias berkata pihaknya tiba pada 3.15 petang selepas menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang melaporkan bahawa mereka sesat di atas gunung itu.

Mohd Sufian berkata kesemua mangsa ditemukan selamat pada 5.15 petang selepas beberapa anggota bomba dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dan orang awam dikerahkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kesemua mangsa yang selamat berusia 23 tahun dikenali sebagai Mohd Asyraf Borhan, Amir Muzakir Rosli, Mohd Farhan Ahmad, Syafie Yusof dan Mohd Zaim Afifi Syamsudin. - Bernama

Putera Almarhum Raja Abdullah penderma RM2.6b, kata AG

Seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud adalah individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, demikian menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut. Raja Abdullah yang meninggal dunia Januari tahun lepas, mempunyai sembilan anak lelaki dan 10 anak perempuan.

"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," AG dipetik oleh Sinchew Daily sebagai berkata dalam satu temubual eksklusif.

Apandi berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendapat satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

Beliau juga menegaskan bahawa motif di sebalik sumbangan itu tidak penting kerana derma seumpama itu tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.

"Mengapa orang bertanya tentang sebab derma itu diberi? Anda perlu bertanya kepada pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang, apa masalahnya?

"Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram," kata Apandi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...