TERKINI :

Monday, February 1, 2016

'Apakah dosa Mukhriz lebih besar dari Najib?'


Ekoran kemelut kepimpinan Kedah berlanjutan hingga kini, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan sama ada "kesalahan" dilakukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir lebih besar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Mahfuz, beliau kehairanan mengapa isu mengenai penukaran menteri besar itu dibangkitkan kerana tidakan tersebut tidak memberi manfaat terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, beliau juga mempersoalkan sama ada penukaran Mukhriz itu akan menyelesaikan segala masalah yang dibebani rakyat ketika ini, termasuk tanggungan kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Apa yang dipersoalkan rakyat Kedah sekarang bukannya siapa calon menteri besar baru Kedah tetapi yang dipersoalkan rakyat ialah apa perlunya tukar menteri besar.

"Persoalannya, apa kesalahan besar dan dosa yang Mukhriz lakukan terhadap rakyat Kedah sepanjang beliau menjadi menteri besar negeri tersebut?

"Apakah kesalahan dan kelemahan Mukhriz lebih besar mudaratnya daripada kesalahan dan kelemahan perdana menteri Najib kepada rakyat seluruhnya?" kata Mahfuz dalam kenyataan medianya.

KEMELUT POLITIK KEDAH : Isunya bukan siapa calon MB, tetapi apa perlunya ditukar MB..!!


Ampun Tuanku,

1. Persoalan kemelut politik Kedah masih berterusan tanpa ada penyelesaian berteraskan kedamaian dan keinsafan. Penyelesaian yang dicari hanya berteraskan dendam untuk melenyapkan musuh politik Putrajaya. Penyelesaian tanpa melihat kepada hati nurani dan akal budi rakyat Kedah.

2. Penyelesaian yang dilakukan hanya dengan mengemuka 3 nama calon MB yang baru. Penyelesaiaan yang sangat berlawanan dengan hati nurani rakyat berbilang kaum dan agama di Kedah. Apa yang dipersoalkan rakyat Kedah sekarang bukannya siapa dia calon MB Baru Kedah. Tetapi yang dipersoalkan rakyat Kedah ialah apa perlunya tukar MB. Saya hairan apa yang sukarnya bagi Najib untuk memahami hati nurani dan akal budi rakyat Kedah.

TUKAR PM MANFAAT BESAR KEPADA MALAYSIA

3. Persoalannya sekarang, apa kesalahan besar dan dosa yang Mukhriz lakukan terhadap rakyat Kedah sepanjang beliau menjadi MB negeri kedah? Benar kata kata, manusia tidak sunyi daripada kesilapan dan kelemahan. Tetapi apakah kesalahan dan kelemahan Mukhriz lebih besar mudharatnya daripada kesalahan dan kelemahan PM Najib kepada rakyat seluruhnya? Apakah menggulingkan Mukhriz sebagai MB akan mendatang manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Jika saya dapat RM2.6b sudah tentu masuk penjara, kata Guan Eng

lim guan eng 1mdb
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng langsung tidak hairan bahawa peguam negara, Tan Sri Apandi Ali membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak daripada salah laku.

Beliau percaya Apandi bersungguh-sungguh membuatkan rakyat mempercayai apa yang dilakukannya itu.- KiniTV


Penyokong Mukhriz Gantung "Banner" Dakwa Mudah Jumpa MB

Antara kain rentang menyokong Mukhriz yang digantung sekitar bandaraya ini.
ALOR SETAR - Pelbagai kain rentang yang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat digantung di sekitar bandaraya ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan kain rentang yang dipasang mempertikaikan mengapakah menteri besar itu harus ditukar sedangkan rakyat di negeri ini masih memerlukan khidmatnya.
Antara ayat yang ditulis pada kain rentang yang ditemui seperti ‘Rakyat Kedah masih memerlukan Datuk Seri Mukhriz’, ‘Rakyat Kedah sentiasa Bersamamu’ dan ‘BN menang PRU 13 pasai Mukhriz, tiba-tiba nak tukaq dia pulak’.
Selain itu, satu lagi kain rentang yang digantung di persimpangan di antara Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Gangsa ditulis ‘Sapa kata susah nak jumpa MB? Kami rakyat senang ja jumpa.
Sementara itu, difahamkan satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz sebagai menteri besar akan diadakan di Stadium Darulaman pada semalam.
Sumber: Sinar Harian

Salahuddin Ayub : Kepada sahabatku Husam - Antara Sindiran 'musibah', 'bala' & 'ujian'..!!


1. Sahabat saya Dato' Husam Musa (DHM) menerima musibah apabila beliau diserang Bell's Palsy beberapa bulan yang lalu. Salah satu penyebab Bell's Palsy adalah serangan virus pada saraf muka yang mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan pada wajah.

2. Sebagai penganut Islam kita diajar supaya berdoa, melakukan ziarah dan membantu kepada mereka yang ditimpa musibah samada sakit, kemalangan atau berlakunya bencana umum. Antara maksud ayat 156 surah Al Baqarah menyuruh kita menyatakan "innalillahiwainnaillaihirajiuun" apabila manusia ditimpa musibah. Nabi saw bangun memberi hormat apabila jenazah seorang yahudi diusung ke tanah perkuburan. Nabi saw tidak mengatakan laknat keatas kau wahai yahudi. Ini lah akhlak Nabi yang membawa rahmat seluruh alam.

3. Ada seorang penulis blog menulis bahawa DHM terkena serangan Bell's palsy kerana kecewa, stress dan marah apabila tewas dalam pemilihan parti dan gagal kembali ke jawatan exco kerajaan negeri. Secara sinikal tujuan penulisan beliau kepada DHM ialah itu lah bala yang sepatutnya beliau terima.

Perlu tangani segera persepsi negatif rakyat Kedah


SHAH ALAM - Umno dan BN di Kedah perlu menangani segera persepsi negatif yang lahir dalam minda rakyat di negeri utara tanah air itu selepas melantik menteri besar baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, walaupun sukar namun ia perlu dilakukan secara berterusan bagi menghapus persepsi negatif sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat Kedah terhadap Umno dan BN.

“Saya lihat perkara paling penting untuk mengubah persepsi masyarakat adalah setiap dasar dan perancangan perlu memberi keutamaan kepada agenda kebajikan rakyat.

“Walaupun mungkin sukar, ianya perlu dilakukan secara berterusan supaya rakyat dapat lihat keikhlasan dalam setiap perkara dan pendekatan yang ditunjukkan,” katanya.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, Umno khususnya tidak boleh sekadar ‘cakap-cakap’ sahaja tetapi perlu membuktikannya melalui perbuatan.

AMANAH - Kena buang kerja, dari segi Undnag-undang apa yang harus anda lakukan..??

KES PENAMATAN KERJA ( DISMISAL ) DAN MAHKAMAH PERUSAHAAN.


1. Jika anda dipecat atau ditamatkan kerja secara tidak sah oleh majikan anda, apa yang anda kena lakukan jika anda ingin cabar pemecatan itu ?

2. Pertamanya anda perlu menulis surat representasi kepada Ketua Pengarah ( Director General ) Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh anda ditamatkan kerja. INGAT ya..60 hari..kalau tidak nanti ada masalah.

3. Selepas terima surat representasi anda itu, Pihak Ketua Pengarah akan panggil anda dan wakil majikan anda untuk berunding kes tersebut bagi diselesaikan secara damai ( biasanya rundingan akan dibuat beberap kali )

3. Ketiganya jika proses rundingan itu tidak berjaya, Ketua Pengarah akan merujuk pertikaian tersebut ke Menteri Sumber Manusia bagi sama ada merujuk kepada Mahkamah Perusahaan ( Industrial Court ) atau tidak.

Mereka Yang Tidak Malu - Apabila Tok Iman seleweng duit masjid..!!

Cikgu Ghani Abd Ghani

MEREKA YANG TIDAK MALU


Semasa menjadi setiausaha masjid dulu,saya mendengar kisah dua orang imam yg meletak jawatan.Imam yg pertama meletak jawatan kerana seorang anak qariah bercerita dia nampak seorang dari luar qariah memberi sejumlah duit kepada imam itu,tetapi bila ditanya bendahari,wang tersebut tidak pun di masuk dalam akaun masjid. Cerita ini belengar di kalangan anak qariah,hinggalah sampai ke pengetahuan imam.Beliau terasa malu dituduh menyeleweng duit masjid lalu meletakkan jawatan imam. Bila disiasat,sebenarnya wang yg disebut di serah kpd imam itu adalah wang zakat orang tersebut yg diwakilkan kpd imam untuk dibahagi kpd asnaf dlm qariah itu,jd tidak perlu masuk akaun masjid kerana bukan di serah kpd masjid.

Seorang lagi imam juga meletak jawatan kerana bendahari masjid telah menyalahgunakan wang masjid,menipu imam dlm dlm pengeluaran wang dan diguna untuk pelaburan.Imam ini terasa bertanggungjawab pada kelemahan pentadbirannya lalu meletak jawatan.

Malu itu separuh dari iman,siapa tak malu,hilang imannya.Bila iman dicabut,manusia sudah tidak punya rasa malu dan melakukan apa saja.

Mereka yg mempunyai iman yg kukuh,tidak akan sanggup menanggung malu,biarlah ia hilang jawatan,hilang kuasa,tercemar maruah .Tuduhan sahaja sedangkan tidak benar pun dah terasa malu,sedangkan dia boleh menjelaskan.Tetapi ada orang bukan sahaja dituduh, bahkan dibuktikan.Masih tak mau letak jawatan.Ada orang sampai disuruh letak jawatan pun tak mau letak juga.Hakikatnya mereka ini tidak ada rasa malu,mungkin separuh iman mereka juga telah hilang seperti disebut nabi.

Kedudukan MB Kedah Diketahui Petang nanti

Kedudukan MB Kedah Diketahui Petang Isnin 
ALOR SETAR: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya dijangka diketahui pada Isnin.

Seramai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional telah diminta menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah melibatkan dua adinda Sultan Kedah serta anakanda Yang di-Pertuan Agong yang akan memutuskan berhubung perkara itu.

Setiap Adun akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan puteri sulung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Semua wakil rakyat terlibat dijangka menghadap anggota jemaah itu bermula pukul 2 petang di Wisma Darul Aman.

Sumber berkata, sidang media telah diatur selepas pertemuan itu bagi memaklumkan keputusan berkaitan kedudukan Menteri Besar Kedah.

Sumber itu juga memaklumkan, jika Mukhriz disingkirkan, penggantinya akan diumumkan petang Isnin.

'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri'

'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri'

SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan negara ini memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk menampung poket sendiri.

Perkara itu disuarakan dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam yang ditegaskannya demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi dan nasihat itu dibuat kerana beliau mengambil berat terhadap keadaan politik negara.

“Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berjanji akan terus bersuara untuk rakyat demi menjadikan negara ini tempat lebih baik bukan untuk mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan.

APABILA menegur SEORANG USTAZ..!!

Cikgu Ghani Abd Ghani


Seorang ustaz telah mohon jadi bilal dan telah berjaya.Tapi jemaah masjid mendapati dia jarang ke masjid untuk azan setelah sebulan lebih dilantik.Mereka hanya merungut di belakang, tak berani menegur.Dia bersolat di surau dekat rumahnya.Saya rasa terpanggil untuk menegur,maklum dia ustaz,ngaji pondok,lulus sijil agama,saya cikgu saja,tak ngaji mana pun.Beberapa hari juga dok fikir macam mana nak tegur, akhirnya saya memberanikan diri.

Suatu pagi selepas solat subuh di surau,saya pun bertanya kpd ustaz yg menjadi bilal masjid itu,bolehkah saya nak bertanya sikit,dia pun duduk depan saya tanda sedia dengar masalah saya.Kata saya,"Ada seorang,minta jawatan jaga di sebuah sekolah menengah tempat kita, dan dia berjaya dapat jawatan itu.Dia pun mula bekerja di situ.Suatu hari, orang ini telah pergi ke sekolah kebangsaan yg juga di kawasan itu,untuk bertugas di situ kerana syarikat kawalan keselamatan itu juga mendapat kontrak menjaga sekolah kebangsaan.Soalan saya,bolehkah ia pergi bertugas di sekolah kebangsaan sedangkan dia mohon bertugas di sekolah menengah dan diarahkan untuk bertugas di sekolah menengah..?"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...