TERKINI :

Friday, January 29, 2016

PM kemuka tiga nama untuk jawatan MB Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk jawatan menteri besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi

menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Nama-nama itu dikatakan dikemukakan ketika pertemuannya di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Walau bagaimanapun, portal Berita Harian Online melaporkan bahawa nama ADUN Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah tidak berada dalam senarai itu.

Ahmad Bashah, yang juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memulakan langkah pada 20 Januari lalu supaya Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digantikan.

ADUN Bakar Bata itu pada sidang akhbarnya mengisytiharkan bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.

Menurut Berita Harian yang memetik sumber, nama-nama dalam senarai berkenaan adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husin.

Mukhriz hadir mesyuarat MT Umno, disambut laungan ‘Hidup MB Kedah’



Kedatangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.‎

Mukhriz hadir di PWTC untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kira-kira jam 3 petang dengan memakai kemeja berwarna biru dan seluar kelabu kelihatan tenang sambil tersenyum ketika melalui pintu masuk.

Malah sewaktu laungan "Hidup Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz" kedengaran, pemimpin itu yang kini berdepan risiko digulingkan hanya melambaikan tangan kepada penyokongnya.

Mukhriz juga tidak memberikan sebarang komen kepada media. – 29 Januari, 2016.

Isu Kedah - Lantik Exco kombinasi Umno, Pas

MOHD IDROS MOHD ALI

Kedah

ALOR SETAR - Kedah mungkin boleh memulakan langkah mewujudkan kerjasama antara Umno dan Pas untuk sama-sama mentadbir negeri demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Jika tidak dimulakan langkah pertama, sudah pasti kita tidak tahu hasilnya.

Diharap Kedah boleh menjadi contoh dan ikutan untuk negeri lain dalam menjayakan hasrat murni kepimpinan atasan kedua-dua parti sebelum ini untuk mengadakan kerjasama politik Umno dan Pas.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk melakukan ujian yang belum tahu apa hasilnya kelak. Mungkin mereka boleh berjaya dan mungkin tidak.

Tetapi sekurang-kurang mereka sudah berusaha ke arah itu - perkongsian kuasa sesama parti yang dterajui orang Islam.

Seorang veteran Umno Kedah berkata, tidak salah untuk mencuba pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di negara ini iaitu parti pemerintah dan pembangkang berada dalam sebuah kerajaan untuk mentadbir sebuah negeri.

“Apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baharu. Ini bukan zaman 1950-an atau 1960-an. Kita berada di milenia baharu. Segalanya mungkin kerana sikap rakyat yang lebih terbuka dan mempunyai tahap pemikiran yang lebih luas merentasi sempadan parti,” katanya.

Pelantikan Apandi ke TH: kegilaan apakah ini?

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohd Apandi Ali baru sahaja memberikan keputusan ‘membebaskan’ Datuk Seri Najib Razak daripada segala kesalahan jenayah yang bersabit dengan derma RM2.6 bilion.

Walaupun seluruh dunia mengatakan sebaliknya, Najib pada hakikatnya telah diberikan 'sentuhan maut' oleh Apandi.

Pastinya Najib sedang tersengih waktu ini.

Dalam keghairahan dan masih dalam suasana meraikan ‘pembebasan’ itu, Najib ditanggapi telah mengarahkan Tabung Haji untuk melantik Apandi sebagai ahli lembaga pengarahnya, sebelum sempat debu-debu berantakan terhadap keputusan itu mendap.

Tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan jika mereka mempunyai prasangka dan mentafsirkan bahawa lantikan Apandi di Tabung Haji itu sebagai habuan yang sangat lumayan buat kerja yang baru dilunaskan.

Najib dapat mandat Istana Kedah, MB baharu angkat sumpah Isnin, kata laporan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar, lapor Mstar Online.

Sumber memberitahu portal itu, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

"Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar yang baharu," kata sumber berkenaan kepada Mstar Online.

Sumber itu turut memaklumkan kepada portal itu, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu.

Minggu lalu, Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah.

Patutlah Gani Patail Diam Saja.. you help me.. I help you ke apa ni?


Inilah yang dikatakan 'diam-diam ubi.. dalam diam dia berisi..' langsung tak dengar suara sejak kebelakangan ini walaupun isu derma RM2.6 Billion yang diterima Najib itu terus dipersoalkan banyak pihak..

Tak sia-sialah dia mendiamkan diri.. dan mengelak dari berjumpa dengan para wartawan tu..

Masa ditamatkan perkhidmatan tu Gani Patail ni dikatakan ada masaalah kesihatan, dia tak boleh fokus kepada jawatannya sebagai Peguam Negara tu..

Tapi boleh pulak dilantik sebagai Pengerusi bagi Sarawak Hidro ni..

TAHUKAH anda bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan bekas Peguam Negara merupakan Pengerusi Sarawak Hidro yang baru?

Kami tidak pasti, sejak bila beliau dilantik memegang jawatan tersebut namun kami difahamkan bahawa beliau mendapat gaji yang cukup lumayan selain daripada kemudahan dan keistimewaan yang lain.

Sarawak Hidro Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Mei 2000 dengan objektif untuk membangunkan dan menguruskan Projek Hidroelektrik Bakun di tengah Sarawak.

Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

STOP PRESS

Kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang mengatakan beliau yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) dirasakan kurang bertepatan dengan perkembangan atau persepsi negatif orang ramai kepada lembaga itu kini.

Untuk apa tiba-tiba Takiyuddin perlu untuk membela Tabung Haji dengan mengeluarkan pendapat demikian, sedangkan waktu ini orang ramai mencurigai akan TH ekoran surat teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap lembaga berkenaan yang mana tidak boleh mengumumkan dividen apabila asetnya kurang daripada semua jumlah obligasinya?

Apakah Takiyuddin sengaja berbuat demikian, membela Tabung Haji kerana ia dalam rangka partinya (Pas) akan berta'awun dengan Umno dalam hal ehwa Islam? Kalau pun Pas ingin berta'awun tetapi bukan dalam keadaan sekarang ini kerana ia semacam tidak menghormati sensitiviti penyimpan Tabung Haji di kala ini. Cara dan tindakan Setiausaha Agung Pas itu tidak bijaksana.

Takiyuddin juga berkata dia yakin dengan pengurusan Tabung Haji yang patuh syariat. Apakah beliau salah seorang orang yang dilantik untuk memantaunya atau sekadar mempercayai kepada kata-kata Menteri?

Krisis MB: Najib selesai mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

najib_sultan_istana_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Istana Darul Aman pada jam 9.15 pagi, hari ini selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai berhubung kemelut Menteri Besar Kedah.

Turut dilihat bersama beliau ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Istana Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya, Proton Perdana berwarna hitam bernombor plat W11N kira-kira jam 8.15 pagi.

Pintu masuk Istana Darul Aman dipenuhi polis trafik serta sekumpulan wartawan dan jurukamera yang sudah menunggu sejak awal pagi tadi.

Pertemuan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Menteri Besar Kedah bakal bertukar tidak lama lagi, walaupun pegawai Istana Anak Bukit di Kedah memberitahu FMT semalam, bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...