Shahbudin Husin,
Antara
pemimpin UMNO dan kerajaan yang banyak bercakap mengenai wang derma
RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak ialah Zahid
Hamidi.
Pada
bulan Ogos 2015, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri, beliau mengatakan sudah bertemu dengan Ketua Pegawai Pelaburan
dan pemegang amanah keluarga penderma tersebut.
Ketika
Perhimpunan Agung UMNO Disember lalu pula, Zahid Hamidi memberitahu,
penderma RM2,600 juta itu bukan seorang tetapi datangnya lebih daripada
satu sumber.
Ia plural, kata Zahid Hamidi.