Tuesday, January 26, 2016
Akhirnya... Najib dibebas di luar mahkamah tanpa perlu dibicarakan pun..!!!
UMNO tiada pilihan terpaksa lantik Ahmad Bashah sebagai MB Kedah

AMANAH : Mengukuhkan AKAR, Menjulang PUCUK.. PAKATAN HARAPAN di GEMBELING.

MB Selangor Perlu Bersihkan Nama Seperti KM Pulau Pinang, SAMM Cabar Heret che'GuBard ke Mahkamah!
AMPUN TUANKU : Kerajaan UMNO BN mengikis rakyat
NAJIB TIDAK SAJA DIBERSIHKAN, SUCI HATINYA JUGA DIDEDAHKAN...
Shahbudin Husin,
Tiada kesalahan dan pendakwaan yang akan diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak setelah penyiasatan lebih enam bulan oleh SPRM berhubung wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International barangkali tidaklah begitu memeranjatkan kita semua.

Dana RM2.6b: Khairuddin tuntut penjelasan terperinci
Bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan menuntut penjelasan terperinci peguam negara yang membersihkan perdana menteri daripada salah laku berkaitan kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Katanya, 30 juta rakyat Malaysia mahukan jawapan konkrit dan menyeluruh berkaitan kewajaran langkah itu diambil.
“Walaupun ini sudah diduga oleh semua orang akan keputusan yang bakal di umumkan oleh peguam negara namun Tan Sri Apandi (Ali) jangan ambil mudah dalam isu polemik ini kerana satu jawapan yang telus amat dinanti-nantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia!” katanya.
Apandi hari ini berkata tiada jenayah dilakukan oleh Najib berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Beliau juga mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
Apandi juga berkata Najib mengembalikan semula RM2.03 bilion (AS$620) daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin menegaskan bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak harus diperbodohkan dalam isu itu.
“Apa pun saya nak maklumkan kepada 30 juta rakyat Malaysia agar terimalah hakikat ini sepertimana yang kita semua dah duga.
“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kebenaran pasti timbul juga satu masa nanti. Hanya masa ketika saja yang bakal menentukannya,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan apakah di mana depan seseorang yang menerima “rasuah” dan kemudian memulangkannya akan terlepas daripada hukuman.
“Maknanya beliau tidak boleh didakwa dan kes terus ditutup begitu saja. Boleh peguam negara beri jawapan kepada kemusykilan persoalan saya ini?” soalnya.
Khairuddin sebelum ini membuat laporan di pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat berhubung kemasukan dana ke akaun Najib.
Beliau kemudian ditangkap dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mensabotaj sistem kewangan negara.
Jemaah pemangku Sultan Kedah berkecuali


ALOR SETAR - Jemaah Pemangku Sultan Kedah hari ini menegaskan anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di negeri ini dan menasihatkan pihak yang terlibat mencari jalan menyelesaikannya.
Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata Jemaah Pemangku Sultan mahu semua pihak yang terlibat supaya menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan atau masalah yang mungkin ada.
Katanya Jemaah Pemangku Sultan meminta semua pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan tidak melibatkan rakyat yang ketika ini memerlukan perhatian dan pimpinan daripada kesemua pemimpin.
"Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil maklum tentang berita pergolakan politik yang sedang berlaku di Kedah dan menegaskan bahawa ahli jemaah berkecuali daripada menyokong atau memihak mana-mana golongan atau pihak," katanya.
Syed Unan Mashri berkata Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mahu semua pihak bertenang dan bersabar dalam menghadapi krisis politik tersebut.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai timbalan pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri. - Bernama
Najib pulangkan sebahagian besar dana RM2.6 bilion
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian besar dana RM2.6 bilion yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sebanyak USD620 juta atau RM2.03 bilion dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana tidak digunakan.
“Dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya menerusi sidang media di sini, hari ini. FMT
Kemelut politik Kedah, tunggu esok!
MUHAMAD MAT YAKIM 26 JANUARI 2016
Seorang pemimpin Umno negeri yang saya hubungi tengah hari semalam, berkata: “Tunggulah sehari dua saja lagi ...”
Pada ketika isu ini diletupkan oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menerusi sidang akhbar di Hotel Grand Alora, Alor Setar petang Rabu lalu, ramai yang menjangkakan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri, akan segera berakhir. Namun apabila masuk hari kedua dan ada kenyataan susulan daripada mereka yang hadir sidang akhbar itu mendakwa “kami ditipu”, ramai orang - termasuk saya - mulai curiga.
Kesudahan kemelut ini semakin sukar dijangka apabila tersebar berita bahawa yang akhirnya kekal menolak kepimpinan Mukhriz hanya empat daripada 14 ketua Umno bahagian, tidak termasuk Jerlun. Mereka adalah Ahmad Bashah sendiri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Ketua Umno Bahagian Jerai), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling) dan Datuk Johari Baharom (Kubang Pasu). Menyertai kem mereka, Datuk Seri Ghazali Ibrahim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap) dan Datuk Ahmad Lebai Sudin (bekas Ketua Umno Bahagian Pokok Sena).
Ini berbeza dengan kenyataan awal Ahmad Bashah ketika sidang akhbar bahawa keputusan untuk menolak kepimpinan Mukhriz telah dicapai secara konsensus oleh kesemua pimpinan Umno bahagian di Kedah. Jerlun yang diketuai Mukhriz sendiri, diwakili naib ketua Umno bahagian, Datuk Othman Abdul Aziz yang juga Setiausaha Umno negeri pada sidang media itu.
Penyingkiran beri kelebihan politik kepada Mukhriz
SHAH ALAM - Percaturan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis Menteri Besar Kedah akan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan Presiden Umno itu antara memenuhi tuntutan pemimpin parti atau suara rakyat yang memenangkan BN pada PRU13 lalu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
“Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia bertanding mana-mana pilihan raya, sudah pasti rakyat akan pilih Mukhriz.
“Ini ujian bagi Mukhriz dan bagaimana dia menghadapi situasi ini adalah lebih penting daripada bagaimana Umno menangani isu ini, (keupayaan Mukhriz) akan meletakkan dia di barisan teratas kepimpinan Umno pada masa akan hadapan,” katanya kepada Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sukar untuk Mukhriz menentang arus]
Beliau mengulas kemelut politik Kedah yang menyaksikan 14 Ketua Umno Bahagian, tiga sayap Umno, Adun dan Ahli Parlimen Kedah sebulat suara mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Pendirian itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang turut mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.
Dalam pada itu, Samsu Adabi yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga berkata Najib akan lebih teliti dalam menghadapi kemelut itu dengan mengambil kira sentimen rakyat di Kedah.
“Apa saja tindakan salah, nanti akan menyebabkan paku buah keras kepada Najib. Begitu juga dalam isu Mukhriz ini, orang akan kaitkan dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Samsu Adabi berkata lagi, Najib secara tidak langsung akan mengorbankan popularitinya demi mestikan Umno terus relevan dengan mengekalkan seberapa ramai pemimpin Umno yang masih bersih daripada sebarang skandal dan salah laku rasuah.
“Ini adalah satu pergerakan politik semasa yang memperlihatkan Umno itu sendiri ada demokrasi segar. Najib seolah-olah membiarkan namanya buruk, janji Umno tetap ada, (dan) Umno masih ada pemimpin bersih.
“Najib mengorbankan populariti dia sendiri, ramai tak nampak, kalau Najib nak ambil tindakan tegas, boleh saja, (sebab) dia orang nombor satu. Ini kebijaksanaan Najib, orang nampak dia kejam sebaliknya dia pemimpin hebat menanggung ketidakpopularitian kerana menaikkan nama-nama orang Umno lain,” katanya lagi.
Ramon Marcote Dedah Sebab Tolak Tawaran
Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN bza_56@yahoo.com.my
“SAYA berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana menawarkan kontrak baru bagi musim 2016, tetapi apa yang ditawarkan oleh mereka tidak berbaloi dengan sumbangan yang telah saya berikan pada musim lalu,” demikian luahan bekas penolong jurulatih skuad Helang Merah musim lalu, Ramon Marcote menerusi blognya.
Menurut jurulatih kelahiran Sepanyol itu, walaupun terpaksa menolak tawaran tersebut, namun dia tetap menghargai jasa KFA dan penyokong ketika memberikan sokongan moral pada saingan Piala Malaysia musim
“Saya telah menerima tawaran dari KFA pada 23 Disember lalu dan saya juga telah memberitahu mereka bahawa saya tidak boleh menerima tawaran itu kerana tidak berbaloi dengan sumbangan pada musim lalu.
“Hakikat sebenar ialah saya telah membawa pasukan Kedah ke perlawanan akhir Piala Malaysia ketika ketiadaan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang berada di China untuk mengikuti kursus kejurulatihan Pro.
“Pasukan Kedah memang beraksi dengan cemerlang musim lalu dan saya yakin mereka mampu meraih kejayan musim ini dengan kemasukkan beberapa muka baru, Kedah tetap di hati saya walaupun tidak bersama mereka musim ini. Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka menerusi laman web dan Facebook,” katanya.
Marcote memberitahu, secara peribadi dia telah meraih banyak pengalaman baru ketika bersama Kedah dan yakin ilmu yang diperolehi mampu meningkatkan lagi pengetahuannya tentang permainan bola sepak.
Ramon yang bersama pasukan Kedah sejak April tahun lalu hingga Disember lalu berjaya membantu Cheng Hoe dan barisan pemain Kedah dengan pengalaman dan pengetahuannya ketika bergelar penolong jurulatih Athletico Madrid.
“Selama hampir setahun saya bersama pasukan Kedah saya cukup gembira malah keluarga saya yang bercuti di sini pada masa singkat turut gembira ketika berada di Malaysia. Saya mendapat layanan baik daripada pemain, pihak pengurusan dan peminat setia pasukan.
“Saya menolak tawaran daripada KFA hanya kerana tawaran itu tidak berbaloi untuk diterima setelah apa yang saya lakukan bagi pasukan Kedah. Saya telah memberitahu hasrat ini dalam masa tiga hari sele9as mendapat tawaran itu.
“Saya juga meminta agar kesemua pemain dan pihak pengurusan untuk terus memberi sokongan kepada Cheng Hoe kerana dia mampu memastikan pasukan Kedah meraih banyak kejayaan pada musim ini. Jika saya menerima tawaran berbaloi daripada pasukan lain di Malaysia ataupun di benua Asia, saya pasti akan pertimbangkannya,” jelas Marcote.