TERKINI :

Sunday, January 24, 2016

Hadi, apa selepas demo TPPA?

– Rasyid Mansoor

Saya serba salah untuk hadir atau tidak ke demonstrasi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) semalam. Terdapat beberapa alasan saya sendiri yang membawa kepada keraguan itu.

Pertama, ia kelihatannya khusus untuk PAS sahaja. Dengan warna pakaian yang khusus untuk parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perancangan keselamatan dikuasai Unit Amal dan kekitaan yang sangat jelas di kalangan ahli parti hijau itu. Bagaimanakah saya mahu bersama?

Kedua, Hadi mengisytiharkan secara terbuka dan dengan penuh berani DAP mempertahankan TPPA kerana ingin pertahan perniagaan bangsa Cina di Malaysia.

Saya menanti kenyataan Hadi tentang pendirian MCA, Gerakan dan semua parti politik Barisan Nasional (BN) yang lain yang pertahankan TPPA.

Saya bimbang saya termasuk dalam fatamorgana palsu kononnya “gerakan Melayu menentang TPPA yang dilaksanakan Cina DAP”. Buruk bunyinya.

Ketiga, saya teringat semasa Bersih 4 dicanangkan dan dilaung sebagai langkah sia-sia, keras, membuang masa, tidak boleh mengubah, mewujud ketidakstabilan politik, maka ustaz kecil PAS berdalil sana dan sini menyokong seruan-seruan itu.

Dalam demo TPPA ini, saya masih melihat ianya sama. Sama kejadian dan sama kesannya. Justeru, saya ragu-ragu.

Dengan 3 alasan berikut, saya hadir dengan lemah.

Tetapi apa yang lebih penting, apa tindakan kita rakyat jelata selepas demo ini? Terus memberi BN peluang memerintah?

Menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyertai? Memberi BN bernafas baik sepanjang penggal pentadbiran ini, kemudian hanya ketika PRU 14 barulah kita mengkritik dan menyerang semahunya?

Apa yang saya bimbang, selepas ini TPPA dipandang sebagai bahaya buat Melayu tetapi syurga buat Cina.

Kemudian Melayu PAS terus membenci Cina yang berniaga kerana mereka adalah penyokong DAP. Bukan rasiskah begini? – 24 Januari, 2016.

Peminat bimbang Mukhriz tinggalkan KFA

http://assets.bharian.com.my/images/articles/mukhrkfa.transformed.jpg
Para peminat bola sepak bimbang dengan keadaan konflik politik semasa negeri itu kerana risau sekiranya ia memberi kesan kepada pasukan Kedah, memandangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan Datuk Mukhriz Mahathir yang membawa perubahan besar kepada pasukan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Aminuddin Omar, beliau setiap hari menerima panggilan serta mesej bertalu-talu daripada para peminat bola sepak negeri itu terutamanya anak muda yang bimbang dengan senario politik semasa.

“Semua orang tahu betapa dalam masa hanya 2 tahun selepas mengambil alih KFA, Lang Merah dahulunya longlai kini bergelar juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia.

“Dalam tahun pertama mengambil alih pasukan pada 2014, Lang Merah berada di tempat ke-4 Liga Perdana sebelum menjuarainya pada tahun lalu dan layak ke final Piala Malaysia untuk meraih gelaran naib juara.

Jangan heret Tuanku Sultan dan Rakyat dalam Komplot Guling Mukhriz sebagai MB Kedah

Kenyataan Media.

JANGAN HERET TUANKU SULTAN DAN RAKYAT KEDAH DALAM KOMPLOT GULING MUKHRIZ MB

1. Kemelut politik Umno di Kedah telah masuk hari ke 5 sejak dari tarikh sidang media pada 20 Jan 2016. Usaha untuk menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar masih belum menampak keberhasilannya. Namun dipercayai usaha berterusan terus digerakkan oleh komplot yang diketuai oleh Dato' Bashah yang didalangi pula oleh tok dalang wayang kulit seri Putrajaya.

2. Apa yang menyedihkan ialah daripada cakap-cakap dan mesej di media sosial, komplot ini cuba mengheret Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan untuk meyakinkan rakyat serta menghalalkan tindakan mereka yang mempunyai agenda serang balas terhadap tuntutan supaya Najib berundur.

3. Tindakan komplot terhadap Mukhriz ini adalah ekoran kritikan panas dan tajam Tun Dr Mahathir, bapa kepada Mukhriz terhadap PM Najib. Ia boleh disifatkan seperti kata pepatah pukul anak sindir menantu (satu penampar untuk Mukhriz adalah juga  penendang buat Tun Dr Mahathir).

4. Paparan sesetengah media arus perdana cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan mengguling Mukhriz adalah daripada rakyat. Ianya bertujuan untuk memberi tekanan kepada Tuanku Sultan mempercepatkan perkenan untuk mengguling Mukhriz daripada jawatan MB. Tindakan ini suatu perbuatan jahat mengheret Tuanku Sultan dalam kemelut Politik dalaman Umno Malaysia dan di Kedah.

5. Tindakan ini dengan harapan mereka boleh mencuci tangan dan diharap rakyat tidak lagi persoalkan Najib dan Pimpinan Umno Kedah kerana ini adalah kononnya Titah Perkenan Tuanku untuk guling Mukhriz. Bagi mereka, kalau rakyat nak marah, marahlah kepada Tuanku Sultan. Manakala Najib serta pimpinan Umno Kedah boleh tidur lena.

6. Saya ingin mengingatkan Najib dan pimpinan Umno Kedah, jangan mengheret Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi maksud menyempurnakan agenda politik permusuhan dalaman Umno dan membersihkan penentang Najib untuk beliau terus berkuasa. Jangan juga mengheret rakyat yang sedang menghadapi kesusahan dan kepayahan hidup akibat daripada kos sara hidup yang tinggi yang disumbangkan oleh kelemahan Najib dalam menguruskan kehidupan rakyat. Jangan heret dan hina Raja dan jangan cabar rakyat.

DAULAT TUANKU, HIDUP RAKYAT!

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
24 Januari 2016/14 Rabiulakhir 1437H

Demo TPPA - Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam dengan ego parti masing-masing

Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam

tppa-rally-2
Perhimpunan bagi membantah negara ini daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pembangkang yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dianggap tidak berkesan.

Perhimpunan yang diadakan sekitar jam 2 petang itu hanya mampu mengumpul kira-kira 5,000 orang peserta dengan kira-kira 80 peratus yang hadir adalah ahli PAS yang memakai baju warna hijau, bukannya warna hitam sebagaimana warna rasmi yang dipilih untuk perhimpunan tersebut.

PAS sekurang-kurangnya telah menunjukkan kematangan dengan bersetuju untuk duduk bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpin NGO lain di Padang Merbok walaupun mesej yang ingin disampaikan tidak ke mana.

Hampir semua isu yang dibawakan dalam perhimpunan itu menunjukkan bahawa TPPA yang disertai 12 buah negara boleh membawa kepada kenaikan harga ubat-ubatan dan perkara-perkara lain manakala PAS memilih untuk memberikan tumpuan kepada isu tempatan.

Pemimpin PAS mendakwa (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata) TPPA akan menyebabkan kawalan ekonomi kepada Cina dan disebabkan itu DAP menyokong perjanjian itu.

Sementara itu, dalam perhimpunan hari ini, penyokong PAS turut mengejek serpihan ahli PAS yang menyertai parti AMANAH, lebih daripada sekali.

Apa faedahnya dari DEMO TPPA semalam, Parlimen tetap NAJIB kuasai..!!!

CAKAP AHAD

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/BANTAH_TPPA_anti-_230116_TMISETH.jpg
Pagi ini nak "berkecek" sedikit fasal demon membantah pelaksanaan Perjanjian Perkongisan Trans Pasifik (TPPA) yang berlangsung di ibu negara semalam. Kalau tidak bercakap, orang kata kita tidak pedulikan kepada perkembangan semasa pula. Lagi pun beberapa orang penjenguk bertanya saya, macam mana pandangan saya terhadap demo berkenaan.

Ada yang hendak tahu siapa yang menjadi dalangnya. Adakah DAP, PKR dan parti Amanah hadir sama. Dan macam-macam lagi ogehan yang diutarakan.

Demon semalam didominasi oleh orang parti agama. Beberapa orang pemimpin kananya peringkat barisan kedua muncul mengendali bantahan berkenaan. Nampak, ada mereka naik bersyarah dan menyatakan bantahan dengan penuh lemah lembut. Tetapi nasib baik tidak sambil duduk bersela seperti meratib.

Seorang pemimpinnya mendakwa lebih 30,000 yang hadir. Saya tidak boleh mengesah dan menafikan kerana saya tidak hadir dan hanya memantau menerusi Facebook dan blog sahaja. Angka subjektif. Pihak yang suka akan tambah dan pihak yang benci akan mengurangkannya. Ini perkara biasa.

Tetapi kita sebagai pemerhati dapat membuat congakan sendiri. Biasanya kalau peserta ramai ia menimbulkan masalah. Polis akan sibuk dan pasukan keselamatan lain juga akan sibuk. Kalau bantahan besar dan sampai tidak dikawal tentu ada tangkapan. Ada semburan gas pemedihan mata dan juga ditrangkap. Begitu juga media massa akan menemu ramah para peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menyatakan kekesalan dengan demon kerana kononnya menjejaskan perniagaan mereka. Tetapi kali ini tidak ada?

Bila pulak nak panggil MUKHRIZ??

BILA NAJIB NAK PANGGIL MUKHRIZ? KENAPA JUMPA KUMPULAN PENENTANG LEBIH DULU?
Oleh : Shahbudin Husin


Sejak awal lagi sebaik saja timbul isu pemberontakan politik di Kedah yang mahukan kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar, ia segera dikaitkan dengan kehendak Najib Razak sendiri.

Ia bukan saja kerana Najib memang bermasalah dengan bapa Mukhriz, Tun Mahathir Mohamad tetapi juga kerana hampir semua "muka-muka" di belakang gerakan itu adalah penyokong setia Najib belaka.

Kata mereka yang arif dalam politik, tidak mungkin mereka itu begitu berani mengadakan gerakan mahu menolak Mukhriz dan mewujudkan kemelut baru dalam politik UMNO, jika tidak mendapat restu daripada Najib sendiri.

Setelah dua hari kemelut itu berlangsung, pada pukul 4 petang hari ini pula, Najib dilaporkan akan bertemu dengan 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah yang menolak Mukhriz itu. Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur.

Dilaporkan turut hadir dalam pertemuan petang ini ialah Exco dan wakil-wakil rakyat Kedah.

Protes TPPA: AMANAH & Pakatan Harapan Di Landasan Betul Lawan UMNO BN



ULASAN GB

AMANAH bersama Pakatan Harapan berada di landasan yang betul selama ini tatkala menentang dasar-dasar pemerintahan rejim Najib dan UMNO-BN.AMANAH sentiasa "istiqamah" di dalam penentangannya samada di parlimen (seperti menentang Bajet 2016 dan isu plakad Mana Derma RM2.6 Bilion) atau di "demonstrasi jalanraya" seperti penyertaannya di dAlam BERSIH 4.0 dan protes TPPA hari ini).

PAS yang sebelum ini mengumumkan kerjasamanya dengan UMNO tiba-tiba hari ini muncul dengan baju hijaunya menyertai demonstrasi protes TPPA walaupun sebelum ini Presiden PAS menyatakan bahawa "jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan.

Luahan pimpinan Umno Kedah berkisar pertimbangan sendiri - Naib Presiden Umno

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin‎ Hussein berharap kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan, bijaksana dan rasional demi kelangsungan parti dan rakyat.

Menteri Pertahanan itu berkata sekiranya diselesaikan secara matang, apa jua kemelut yang berlaku di dalam Umno Kedah sudah tentu tidak akan membawa kesan yang teruk kepada parti dan rakyat.

"Saya tengok bahawa luahan dan pendirian kepimpinan bahagian-bahagian (Umno) di Kedah banyak berkisar kepada pertimbangan mereka sendiri dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

"Sehubungan itu, saya harap isu ini ditangani secara matang, bijaksana bersandarkan perkara-perkara yang ada kaitan rapat dengan hala tuju Umno Kedah dan pentadbiran kerajaan Kedah itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Kahang Timur, di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...