TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Suasana ekonomi negara mencemaskan kita sampai sektor oil & gases pun sudah mula rasa kesannya

 econikmy
Boboi berumur 26 tahun dan bekerja dengan syarikat industri minyak dan gas sejak tiga tahun lalu. Enam bulan lalu, dia diberhentikan kerja kerana syarikat mahu menjimatkan kos operasi. Sehingga kini dia masih menganggur dan mengharapkan gaji isterinya sebagai guru untuk meneruskan hidup.

Fadil pula diberhentikan kerja kerana tidak sehaluan dengan ketua jabatan di sebuah universiti swasta. Walaupun memegang ijazah sarjana tetapi dia masih tidak mendapat perkerjaan.

Amira pula telah setahun tamat penggajian dalam bidang fisioterapi tetapi masih menganggur. Dia telah memohon banyak kali tapi tiada kekosongan malah ada syarikat yang dimohon dalam proses mengurangkan pekerja.

Itu antara contoh beberapa kisah rakyat Malaysia yang sedang bergelut mencari pekerjaaan disebabkan iklim ekonomi Malaysia yang semakin menakutkan. Situasi mereka berbeza tapi masalah mereka sama – tiada peluang pekerjaan.

Walaupun kerajaan sering mengatakan ekonomi Malaysia baik dan terkawal, namun keadaan sebenar adalah sebaliknya. Di merata tempat, banyak kilang dan syarikat yang terlibat industri minyak dan gas misalnya, telah memberhentikan kerja besar-besaran.

Kenali Ulama Su' Di Akhir Zaman

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai ulama suk (jahat)."


Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

Kepada PAS.. Jangan Emosional..Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya?

Shahbudin Husin,

Mutakhir ini,  Pas bukan saja kerap mengatakan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU 14 akan datang, malah juga nekad untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Amanah dan DAP.

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed mengulangi lagi perkara yang sama seolah-olah Amanah dan DAP sudah jadi musuh utama.

Tidak salah untuk Pas bertanding banyak mana kerusi pun, tapi insaflah bahawa matlamat bertanding ialah untuk menang, bukannya untuk melepaskan perasaan.

Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya? Kenapa Pas jadi begitu emosional dan tidak rasional sedangkan musuh majoriti rakyat sekarang ialah puak pemerintah yang sedang berkuasa?

Dalam hal ini, siapa sebenarnya musuh Pas sekarang - Amanah dan DAP atau UMNO dan BN? Kenapa semakin jarang Pas menyebut nak lawan UMNO kebelakangan ini?
 
Ohhh...hak Pas rupanya untuk berkawan dengan UMNO! Namun, sejak bila pula Pas sedar adanya hak berkawan dengan UMNO itu sebahagian daripada perjuangan mereka?

Rafizi tidak endah arahan PAS KELANTAN supaya jangan sertai program AMANAH di negeri tersebut

PKR SERTAI MAJLIS AMANAH, TAK HIRAU BANTAHAN


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu.

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

Apabila Menteri berikan senarai kawasan sasaran militan terpaksa pula pihak POLIS menafikannya


KLIK SINI


Polis nafi keluar senarai kawasan sasaran militan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kawasan tertentu di Lembah Klang yang berisiko diserang pengganas, kata Bukit Aman hari ini, selepas posting di media sosial menyenaraikan beberapa tempat yang kononnya dikatakan sasaran kumpulan militan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad juga menggesa orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita sebegitu di media sosial.

"Polis mengesan pelbagai kenyataan dibuat di rangkaian komunikasi sosial yang menyebut secara khusus beberapa tempat yang kononnya disahkan menjadi sasaran kumpulan pengganas untuk melakukan serangan di Malaysia.

PDRM nafi militan IS sasar lokasi tertentu di ibu kota

Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang tersebar melalui laman sosial yang mendakwa kumpulan militan IS telah menetapkan beberapa lokasi di ibu kota untuk melancarkan serangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitternya berkata, semua pihak diminta hentikan membuat spekulasi berhubung keadaan keselamatan bandaraya atau negara yang boleh merunsingkan rakyat di negara ini.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa menyifatkan penyebaran berita palsu itu adalah bertujuan untuk menakutkan masyarakat.

“Setakat ini tiada laporan Cawangan Khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, saya menyeru orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihan, sebaliknya menghubungi pihak polis,” katanya hari ini.

Video Sidang DUN Terengganu - Antara Soalan Rhu Rendang bab Hudud PAS & Jawapan Exco Terengganu



Saya baru tengok video persidangan dewan undangan negeri Terengganu.... Sidang dalam tahun 2011, maknanya ketika itu Adun PAS ada 8 orang, termasuk Haji Hadi (Rhu Rendang), Harun Taib (Manir) dan lain-lain.

Koman sangat wakil-wakil rakyat PAS rupanya.... 8 orang ulamak dan lebai PAS, berbahas bab HUDUD, kena check-mate dengan seorang Adun BN je...! YB Khazan Che Mat, Adun Batu Rakit dengan selamba dan bersahaja menyekolahkan ulamak dan lebai PAS mengenai Hudud, dalam Dun Terengganu, ketika menjawab soalan bertulis dari Haji Hadi....

Itu Haji Hadi dan Harun Taib ada sekali tu... Itu berbahas bab Hudud tu...... Itupun PAS kena check-mate dengan Adun BN... terkedu...! Wakil rakyat PAS hanya mampu memberi respon bodoh dan bertanya soalan bodoh saja.... Apa yang lebai PAS tahu, sebenarnya...?

Sampai ke satu peringkat, Khazan Che Mat kata, dalam Islam ada perkara-perkara yang perlu kita dahulukan, ada perkara yang perlu dikemudiankan.... Misalnya, kalau kita tersesat di padang pasir. Kita hanya ada air sebotol. Mana yang patut didahulukan, nak minum ke atau nak buat ambik air sembahyang...? Hendaklah air itu kita simpan untuk minum. Kalau nak sembahyang, kita boleh tayammum.......

PAS oh PAS... Hak PAS suruh orang Hormat, Tapi Hak PKR dia boleh arah suruh ikut telunjuk dia


Najib Perdana Menteri paling gagal – bekas ahli UMNO

Faiz Zainudin | January 17, 2016

Anina merujuk tindakan 1MDB menjual aset negara kepada syarikat luar demi menyelesaikan hutang selain peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat

anina najib

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal di dunia kerana menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Katanya, Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.

Perdana Menteri yang baik, kata Anina, perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang yang tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.

Dia merujuk kepada penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).

Pemimpin perlu kurangkan bercakap, lebihkan kerja – Tuanku Abdul Halim

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah menyarankan Menteri Besar dan anggota kerajaan terus mencari jalan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi dan nilai ringgit.

Baginda yang juga Yang di-Pertuan Agong bertitah, keperitan rakyat berikutan keadaan itu mengakibatkan kuasa beli rakyat berkurangan dengan mendadak dan Kedah antara negeri yang amat terkesan dengan perkara itu.

“Teruslah membantu mereka yang serba kekurangan dengan mengupayakan mereka melalui latihan dan bantuan,” titah baginda dalam istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun ke-88 keputeraan baginda, di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

BERNAMA melaporkan, titah ucapan baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Baginda bertitah, Kedah turut membantu negara untuk mencapai hasrat menjadi negara maju menerusi sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan kelangsungan industri bekalan makanan negara khususnya padi.

Adenan beri bayangan PRN Sarawak Mac ini

undi
KUCHING - Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ‎selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan beberapa kali bahawa ia akan diadakan pada Mac ini.

Bagaimanapun isu politik yang membelenggu dua parti komponen BN - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua parti baharu 'mesra BN' - Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) - masih belum diselesaikan.

Krisis dalaman membabitkan kedua-dua parti itu membawa kepada penubuhan UPP bagi SUPP dan Teras bagi SPDP.

Soalan popular yang ditanya kalangan rakyat Sarawak ialah bila dan adakah kedua-dua parti, UPP dan Teras akan diterima menyertai BN. Jika mereka tidak diterima apakah peranan kedua-dua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang penggalnya tamat pada 20 Jun 2016.

Semua mata kini tertumpu kepada Adenan bagaimana beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak akan menyelesaikan perkara itu tetapi Adenan berkata beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya selepas beliau memberi peluang yang cukup kepada pemimpin keempat-empat parti menyelesaikan perkara itu.

NIK AMAR vs DAP - Dahulu & Sekarang...!!!!

oleh MA SHAH

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah

Jika dilihat apa yang dikatakan oleh NIK AMAR hari ini ialah perpecahan hubungan politik dengan DAP bukan salah mereka.... 

Cuba lihat apa hujah beliau sekarang nie..dimana beliau kata hakikatnya amat jelas dan perlu disedari bahawa DAP bukan sahaja tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud, bahkan sekeras-kerasnya menghalang perlaksanaannya...

Sedangkan cuba lihat balik apa yang beliau pernah katakan berkenaan DAP nie sewaktu mereka pernah bercinta dan kahwin dahulu dalam PAKATAN RAKYAT


tapi kini cuba lihat apa yg dikatakan oleh NIK AMAR berkenaan DAP......

Pas nafi terima RM2.6 bilion daripada Umno

Idris Ahmad

KOTA BHARU - Pas sekeras-kerasnya menafikan parti itu menerima RM2.6 bilion daripada Umno sebagaimana telah dicanangkan pihak tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, perkara tersebut tersebar dan mula menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi tanpa mengira kaum yang mana telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pas.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila ada yang datang memberitahu saya, orang di kedai-kedai makan sedang bercakap mengenai Najib berikan duit RM2.6 bilion kepada Pas.

“Ini semua fitnah yang terbaru,” dedah Idris dalam ceramahnya di Dun Salor malam kelmarin yang memberitahu perkara tersebut sedang tersebar hangat secara lisan.

Idris berkata, berdasarkan perbualannya dengan beberapa individu yang mendedahkan perkara tersebut, beliau merasakan hal terbabit masih belum tersebar menerusi media sosial, tetapi sebaliknya menjadi topik hebat dari mulut ke mulut.

Amanah yakin tidak akan terkubur seperti Hamim, Berjasa

Salahuddin Ayub

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin perjuangan mereka tidak akan terkubur seperti yang berlaku keatas Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) sebaik sahaja keluar dari Pas.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat walaupun parti berkenaan baharu sahaja berusia empat bulan.

"Alhamdulillah, sekarang kita sedang memproses 100,000 borang keahlian Amanah di seluruh negara dan ini merupakan sesuatu yang positif buat kami semua.

"Setiap hari kita telah menjelajah ke seluruh negara dan boleh lihat sambutan yang diberikan rakyat peringkat akar umbi cukup kuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, Salahuddin menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di rumah Ir Ali Omar, Kampung Bendang Pauh, Chetok.

68 terima pingat sempena Hari Keputeraan ke 88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan Datuk Aziah Ali mengetuai senarai 68 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Beliau bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah berkenaan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat Alor Setar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk bersama 3 penerima lain.

Tiga penerima darjah berkenaan ialah Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Kedah Syeikh Abdul Rahman Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War (KLFCW) Prof Salleh Buang.

Sebanyak 45 orang pula menerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka termasuk Pengarah Pendidikan Negeri Datin Azuyah Hassan dan 2 anggota exco kerajaan negeri Kedah, Aminuddin Omar dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. – Bernama, 17 Januari, 2016.

Akhirnya HADI mengaku bahawa bab nak 'berkawan' dengan UMNO itu hak PAS

Hadi: Berkawan Umno hak PAS


PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.

Memetik kenyataan Hadi, Utusan Malaysia melaporkan tidak salah sekiranya PAS mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawannya asalkan pihak terbabit bersedia menerima pandangan "bersama-sama membangunkan Islam".

Hadi turut menjelaskan bahawa sebelum ini beliau sendiri pernah diberi tanggungjawab mengetuai misi damai bagi mewakili umat Islam negara ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...