TERKINI :

Friday, January 15, 2016

Buang khurafat hanya Umno bela Melayu, kata Pemuda Amanah


Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru supaya umat Islam tidak terperangkap dengan dakyah perkauman dengan membuang khurafat kononnya hanya Umno membela Melayu.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, fahaman dan ideologi sempit perkauman demi survival kekuasaan politik pemerintah menyekat kebebasan rakyat dalam mengamalkan hak demokrasi selain peruntukan drakonian seperti Akta Hasutan, Sosma dan terkini undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Rakyat kini ditakutkan dengan dogma ketuanan Melayu akan terhakis sekiranya Umno hilang kuasa. Jika Melayu hilang kuasanya, kedudukan agama Islam kononnya akan terancam.

“Hegemoni ini sesungguhnya merugikan dan menganiaya rakyat terutamanya orang Melayu. Umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan dakyah ini. Khurafat yang Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu dan kesucian Islam harus dibuang masyarakat Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, masyarakat Melayu harus lebih bijak dan berani menentukan kualiti kehidupan yang lebih baik dan terjamin memandangkan kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu sudah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan diubah kerana ia adalah struktur asas Perlembagaan negara.

Dalam berbalah, demonstrasi TPPA temukan PAS-Amanah


Disebalik kemarahan PAS terhadap Amanah sehingga mengisytiharkannya sebagai 'musuh baru' parti Islam itu, kedua-duanya bakal 'disatukan' dalam demontrasi bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Amanah melalui Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub semalam, mengeluarkan arahan agar ahli parti itu di semua peringkat dikerahkan ke demonstrasi yang akan diadakan 23 Januari ini di Dataran Merdeka di ibu negara.

"Amanah akan mengerahkan ahlinya untuk menyertai demonstrasi TPPA pada 23 Januari ini. Kita menyokong penuh usaha ini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas mahkamah memutuskan menolak permohonan semakan kehakiman terhadap TPPA.

Sementara itu PAS juga telah mengeluarkan arahan rasmi kepada negeri dan kawasan masing-masing agar mengerahkan ahli mereka turun ke himpunan itu nanti.

Amanah dan PAS sejak awal berkongsi pendirian sama menolak TPPA yang didakwa bakal memudaratkan ekonomi negara dan memberi kesan langsung kepada rakyat negara ini.

Najib dan Tun Razak umpama bumi dengan langit, kata Timbalan Presiden Amanah

 Salahuddin Ayub
Ketika negara sedang mengenang 40 tahun pemergian Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Razak Hussin, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan Allahyarham dan anaknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'ibarat bumi dengan langit'.

Tun Razak HusinSalahuddin ketika diminta mengulas mengenai program 40 tahun mengenang pemergian Tun Razak memperakui legasi bekas Perdana Menteri kedua itu disifatkan beliau sebagai sangat besar kepada negara.

"Tun Razak paling tidak pun telah dapat memberikan makna sebenarnya apa yang dikatakan pentadbiran yang berintegriti, ketelusan dalam urus tadbir negara dan hidup sederhana hingga keakhir hayat beliau.

"Isteri beliau Toh Puan Rahah dapat memcerminkan intergriti Tun Razak yang rakyat Malaysia hingga ke hari ini dapat memberikan testimoni bagaimana pasangan ini hidup sekadar kemampuan gaji dan elaun yang mereka terima," ujarnya.

'PAS tetap kuat walaupun bukan dalam Pakatan Harapan' - Abdul Hadi

 
HULU SELANGOR: Perjanjian Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan kekuatan PAS pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan pakatan merupakan perkara biasa malahan sudah wujud sejak negara merdeka.

Katanya, PAS sendiri merupakan parti paling berpengalaman sejak dari dahulu.

"PAS merupakan parti yang paling berpengalaman dari kalangan parti di negara ini sejak sebelum merdeka, merdeka dan selepas merdeka.

"Apa yang berlaku itu kita anggap perkara biasa dalam politik tanah air. Pakatan sendiri bukan baru, ada Pakatan Harapan dan macam-macam lagi sejak 60 tahun dahulu sudah wujud di Malaysia.

“Najib beri jawatan, saya ambil”- Sabbaruddin Chik

Sabaruddin-Chik
PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menggalas tugas sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) bermula semalam menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Berikutan itu, beliau menyampaikan rasa terima kasihnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan itu kepadanya.

Sabbaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO, berjanji akan melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya secara sebaik mungkin, di samping menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Saya akan jalankan tugas yang diberi dengan baik dan soal Najib hendak beri jawatan kepada sesiapa pun bukan isunya. Tiada sebab untuk saya menolak jawatan itu,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.

Ada pelajar lapar tahun akhir dibuang universiti, dedah naib cancelor Unisel

Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman berkata pihak universiti juga perlu sensitif dalam isu mahasiswa lapar dan harus bersikap ambil tahu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15  Januari, 2016.
Isu pelajar lapar di universiti sememangnya berlaku, Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman yang menggesa Putrajaya untuk keluar daripada sindrom penafian.

Naib cancelor Universiti Industri Selangor (Unisel) itu berkata, perkara tersebut benar berlaku malah pernah dibangkitkannya ketika masih memegang jawatan dekan di Universiti Malaya (UM).

"Ketika saya menjadi dekan UM saya pernah membangkitkan perkara ini sebanyak 2 kali dan isu ini dibincangkan di peringkat tertinggi. Namun, perkara ini berakhir begitu sahaja kerana hanya fakulti saya ketika itu dikatakan mengalami masalah tersebut," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Katanya, masalah pelajar lapar bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi turut menganggu pelajaran mereka sehingga ada yang dibuang universiti.

Redzuan berkata, semasa masih bekerja di UM, beliau pernah menyoal siasat pelajar yang dibuang ketika akhir semester.

"Saya pelik kenapa di akhir semester ada sahaja pelajar yang dibuang. Saya tanya kepada pensyarah terlibat dan mereka kata sebab pelajar itu tidak hadir ke kelas jadi markah tidak cukup.

"Saya cuba temui pelajar tersebut dan mereka memberitahu sukar datang ke kelas pada waktu pagi akibat bekerja pada waktu malam menampung perbelanjaan universiti," katanya.

Dr Mahathir persoal nasib ketua pesuruhjaya SPRM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya hari ini berkata beliau meragui punca penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail dan mempersoalkan nasib Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.
Tun Dr Mahathir Mohamad meragui punca Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan dan mempersoalkan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed bakal menerima nasib sama selepas siasatan derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd selesai.

Dr Mahathir meragui sijil kesihatan Gani yang tidak dikemukakan untuk makluman Yang Dipertuan Agong semasa Putrajaya memecatnya tahun lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata, sijil kesihatan itu diperlukan sebagai sokongan jika pelantikan peguam negara perlu mendapatkan perkenan Agong.

"Jika pelantikan seseorang pegawai itu mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, sijil tersebut perlu ditunjukkan kepada Agong untuk bersetuju dengan persaraannya dan mendapatkan tandatangannya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir meragui prosedur itu dalam kes pemecatan Gani kerana beliau masih sihat dan boleh bekerja.

"Sekarang Gani dilaporkan memulakan karier baharunya sebagai peguam.

“Jelas beliau masih sihat bekerja," kata pengkritik paling lantang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Usah ikut rentak tari UMNO usung perkauman sempit

SUFI6796

Saya memahami kebimbangan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Dzulkefly Ahmad pada perbahasan dalam persidangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerusi saranan beliau supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Saya yakin kenyataan itu sebagai reaksi berikutan hambatan UMNO yang 50 tahun mengheret rakyat khususnya masyarakat Melayu ke arah politik sempit perkauman.

Lebih-lebih lagi, sikap ‘main mata’ PAS-UMNO yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini, ditambah dengan serangan fitnah mereka terhadap DAP, kononnya anti-Islam dan anti-Melayu, secara tidak langsung memberi kesan terhadap Amanah.

Secara peribadi, sebagai ahli DAP berketurunan Melayu dan beragama Islam yang aktif dalam gerak kerja di Johor, DAP harus terus memfokuskan untuk mengangkat isu sebenar yang membelenggu rakyat. Kerana saya yakin rakyat tidak boleh dibiarkan terus hanyut dengan permainan dan propaganda UMNO yang terus mengusung agenda perkauman sempit.

Negara di Ambang MUSNAH - Penyelamatnya Siapa..???

Rencana : IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH : 4 Rabiulakhir 1437 (Khamis) 14 January 2016

Untuk yang berfikir.


Kita menerima kedatangan tahun hijrah 1437 yakni 1 Muharram (Rabu) bersamaan 14 Oktober 2015. Manakala ambang tahun 2016 pada 1 Januari (Jumaat). Tahun hijrah 1437 mendahului tahun masihi 2016 lebih daripada dua bulan setengah. Umat Islam di Negara kita dan dunia telah menyambut ulang tahun keputraan Junjungan Rasul Nabi Muhammad al-Amin pada 12 Rabiulawal, 1437 (Khamis) bersamaan 24 Disember, 2015 dan besoknya 25 Disember 2015 (Jumaat) umat Kristian menyambut hari Krismas – Hari Natal. Baik Nabi Muhammad maupun Nabi Isa, mereka adalah Nabi dan Rasul yang Allah utuskan kedunia fana ini untuk umat masing-masing. Baginda berdua telah Allah kesahkan dalam al Quraan. Besar maknanya 2015, kerana kita dua kali dapat menyambut mauled Nabi Junjungan.

Pembuka aktivi tahun 2016 untuk rekod pribadi saya, walau dalam keuzuran dan kesempitan penutup akhir 2015. Malam 9.30 tepatnya melalui Terminal B’wort 30 Disember 2015, saya ditemani anak bungsu Abdullah Fahmi 8 tahun bertolak ke KL dengan perkhidmatan awam. Isteri tidak dapat bersama kerana menguruskan anak ke asrama untuk sesi belajar 2016. Sementelah beliau dengan tugas SPBT di SMK SK untuk ikatan siap sedia. Untuk diagihkan kepada lebih kurang seribu pelajar. Dua tujuan utama ke KL. Pertama menunaikan tugas dan kewajiban sebagai abang (setelah emak dan abah kembali kepangkuan Allah – al Fatehah untuk Emak dan Abah) menyempurna dan serikan majlis pernikahan adik kali kedua, dengan pensyarah UiTM. Masing-masing kali kedua diakad nikah di Mesjid Shah Alam, Sesyen 17 pada 1 Januari 2016 hari Jumaat jam 10.50 pagi. Alhamdulillah.

Benarkah PAS sedang merindui Salahuddin Ayob..???

Mohd Asri Yusof 


Mengapa merindui Salahuddin Ayob. Bukan kah pemuda Pas dah dapat yang lebih baik seperti yang mereka laung2kan...anak muda sokong ulama dan sbgnya.

Walaupun sewaktu meninggalkan Pas....Salahuddin Ayob tidak lagi sbg Ketua Pemuda Pas...tetapi dalam banyak2 ketua pemuda..beliau antara yg berkarisma dan disenangi orang.

Pas terasa betapa impak cukup besar bila Salahuddin Ayob meninggalkan parti. Salahuddin Ayob bukan setakat membawa batang tubuhnya saja...malah pengikut2 yg senang dgnnya turut sama meninggalkan pas. Itu baru Salahuddin Ayob.

Mereka yang lain bukannya calang2 orang. Masing2 mempunyai pengikut. Abg Mat..Mazlan Aliman..Ustaz Ahmad Awang dan rakan2 seperjuangan yang lain mampu menggoyahkan kekuatan Pas...dimana asalnya pun pas tidak lah sekuat mana.

Sebagai seorang penyokong tegar Pas..saya tidak boleh menerima bagaimana pemimpin2 seperti abg Mat..Salahuddin Ayob...Ustaz Ahmad Awang dan lain2 diperleceh dengan tidak beradab oleh rakan2 yang kononnya memperjuangkan Islam. Amat teruk mereka diperlakukan sedemikian semata2 atas nafsu hendak mengawan dgn pihak musuh.

Liga M - 'Kahe' di bumi Darul Aman!

Ketibaan Sandro dan Kahe disambut oleh penyokong hijaukuning yang turut hadir malam ini.

Kahe di bumi Darul Aman!

 
 

Makin TUN RAZAK diingati, Makin NAJIB dilihat "TAK BERGUNA"

oleh Shahbudin Husin,


Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Bekas pengawal Kem Kamunting 'pecah' tembelang Kit Siang

Kit Siang bukan anti-Melayu atau anti-Islam, kata bekas pengawal Kem Kamunting

IMG-20160113-WA0000

KUALA LUMPUR 13 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bukanlah seorang anti-Melayu dan anti-Islam seperti dimomokkan UMNO BN dan PAS, kata bekas pengawal Pusat Kem Tahanan ISA Kamunting, Ridzuan Asit.

Malah, beliau berkata tokoh veteran DAP itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau anti mana-mana agama sepanjang ditahan di kem berkenaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kit Siang seorang yang banyak membaca dan sentiasa bawa buku ke mana-mana. Beliau tak banyak berbual dan banyak berseorangan. Masa bersukannya pula dihabiskan dengan aktiviti ping pong dan badminton.

“Jika tak buat begitu (bersukan), beliau pasti membaca, tak kiralah buku ekonomi, biografi atau undang-undang,” katanya kepada Roketkini.

Dah kerja mengasuh bayi buatlah cara kerja tu elok-elok dok dera bayi tu buat apanya...

Dera: Bayi tiga bulan alami pendarahan selaput otak

Bayi

ALOR SETAR - Pemeriksaan imbasan CT Scan terhadap bayi yang dipercayai didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jitra Isnin lepas mendapati terdapat pendarahan di bahagian selaput otak bayi berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bagaimanapun pakar yang merawat bayi berkenaan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku.

"Bayi tersebut kini di bawah jagaan rapi pakar pediatrik dan pakar neurosurgery," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai diabai pengasuh di taska berkenaan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala. - Bernama

Pembunuh Altantuya mahu mohon pengampunan Sultan Selangor

Sultan of Selangor
SERI KEMBANGAN: Bekas pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu dilaporkan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memetik laporan Sinar Harian, Azilah akan membuat permohonan itu ke Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri pada jam 10 pagi, esok.

“Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit,” kata peguam Datuk Hazman Ahmad, memetik laporan itu.

Azilah, bersama seorang lagi bekas pengiring, Sirul Azhar Umar, disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia itu pada 2006, oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.

Sik - ‘Sini bukan laluan lori balak’... laaa ada jugak dok tebang balak rupa-rupanya..!!

‘Sini bukan laluan lori balak’

‘Sini bukan laluan lori balak’

SIK - Tindakan pemandu lori muatan balak menggunakan jalan utama Felda Teloi Timur menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk kampung itu kerana didakwa boleh membahayakan keselamatan mereka.

Sinar Harian difahamkan, jalan utama yang menghubungkan antara Sik, Baling, Kuala Ketil dan Sungai Petani itu dibina pada tahun 2013 sebagai jalan alternatif bagi penduduk setempat.

Bagaimanapun, sejak jalan itu dibina, ia mula menjadi tumpuan pemandu lori muatan balak, pasir dan batu.

Rata-rata penduduk meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka yang terancam dengan kehadiran kenderaan berat berkenaan.

Penduduk, Azzahari Zakaria, 43, berkata, kehadiran lori balak itu mengancam keselamatan penduduk kerana saiz jalannya yang hanya sesuai dilalui kenderaan ringan.

Import baru Kedah, Carlos Kahe Azam Bantu Julang Piala

PENYERANG import baru Kedah, Carlos Kahe berazam untuk membantu skuad Helang Merah menjulang piala dalam aksi Liga Malaysia musim ini.

Bekas penyerang skuad Bawah 20 Tahun Brazil itu melahirkan hasratnya di hadapan penyokong Kedah yang berkumpul bagi menyambut kedatangannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar pada malam Khamis.

Kahe yang tiba bersama seorang lagi penyerang import Kedah iaitu Sandro Da Silva akan menggantikan Chidi Edeh yang tidak disambung kontrak selepas aksi final Piala Malaysia tahun lalu.

"Saya memang teruja apabila mendapat tawaran untuk bermain dengan pasukan Kedah kerana apa yang saya tahu daripada rakan sepasukan iaitu Sandro dan bekas pemain Kedah, Carlos Roberio, pasukan ini antara yang digeruni lawan.

IS secara rasmi mengaku serang Jakarta

KAHERAH: Militan IS secara rasmi mengaku bertanggungjawab atas serangan di Jakarta awal hari ini yang mengorbankan tujuh orang, lima daripadanya penyerang. 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata: "Sekumpulan tentera khalifah di Indonesia menyasarkan pakatan tentera salib yang memerangi IS di Jakarta, meletakkan beberapa peranti letupan yang meletup ketika empat tentera (IS) menyerang menggunakan senjata ringan dan tali pinggang bom."

Kenyataan IS itu menyebut 15 orang maut dalam kejadian itu, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh. Satu agensi berita sekutu IS terdahulu melaporkan kumpulan militan itu bertanggungjawab atas serangan terbabit. Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan serangan itu turut dikongsi dalam laman Twitter militan hari ini. 

Kumpulan Perisikan berpusat di Amerika Syarikat, SITE berkata ia juga diedarkan di kalangan kumpulan pro-IS dalam aplikasi mesej Telegram. Mesej itu berkata, penyerang menjalankan serangan di Jakarta dan meletakkan beberapa bom dengan peranti masa. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...