TERKINI :

Tuesday, January 12, 2016

'Ego berleluasa selepas Nik Aziz meninggal, Anwar di penjara'

Pembentukan pakatan pembangkang baru tanpa penyertaan PAS menyebabkan pemerhati politik tertanya-tanya sama ada Pakatan Harapan mampu mengharungi cabaran ataupun bakal terkubur seperti pakatan sebelumnya.

Bagaimanapun bagi seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH), jika semua pihak matang dan berlapang serta masing-masing ikhlas berjuang untuk keadilan dan keredhaan Allah, Pakatan harapan mampu menggugat Umno dan BN.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi dan media, parti sepihan PAS itu, Mohd Sofi Abdul Wahab memberi amaran bahawa kesilapan lama tidak perlu diulangi.

Dalam ‘bedah-siasatnya’ berhubung kematian Pakatan Rakyat, beliau berkata bagaimana ego berleluasa dengan ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lebih-lebih selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia dan Anwar Ibrahim di penjara maka tiadalah pimpinan yang dihormati dan disegani.

Jangan taat setia pada sikap buruk Najib – GKCM

PETALING JAYA: Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menggesa akar umbi supaya mengenepikan taat setia kepada Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti lantaran kerosakan yang telah dilakukan beliau.

Ketua GKCM Pulau Pinang, Mohd Halim Saad berkata Najib mengambil kesempatan di atas ketaatan dan kesetiaan ahli kepadanya dan bermaharajalela.

“Pemimpin UMNO perlu sedar, bahawa kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk membaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib.

“Presiden telah langgar imej seorang pemimpin yang disanjungi oleh rakyat jelata dan ini menjarakkan lagi hubungan dengan rakyat dan membawa kesan yang amat buruk buat UMNO,” katanya, dalam satu video 5.26 minit yang dimuat naik di dinturtle.blogspot.my .

Halim turut meminta pimpinan parti supaya membuat pungutan suara dalam kalangan akar umbi bagi menguji kesahihan dakwaan Najib yang dikatakan mendapat sokongan penuh lebih 3 juta ahli.

“Kami (GKCM) berpendapat bahawa kita (UMNO) perlu mengenepikan amalan dan kepercayaan lama yang menganggap bahawa pemimpin perlu ditaat setia.

“Apa dia (Najib) nak buat kita ikut sahaja. Kita tak mahu macam itu kerana yang melantik presiden adalah daripada akar umbi sendiri,” katanya.

PKR Dakwa Tiada Duti Eksport Untuk Bauksit, Kerajaan Tidak Kutip Cukai

PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa didakwa tidak mengenakan sebarang duti eksport terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu berkata, laman web Kastam Diraja Malaysia menunjukkan bahawa kadar duti eksport bagi bauksit menunjukkan angka 0 peratus.

"Berdasarkan maklumat ini bermakna eksport bauksit ke luar negara tidak dikenakan sebarang duti eksport dan Kerajaan Persekutuan tidak mengutip sebarang hasil.

"Jika Kerajaan Persekutuan peka dengan kesan perlombongan bauksit dan kos membaik pulih alam sekitar, paling kurang ia perlu mengenakan duti eksport sebanyak 10 peratus setanding dengan duti eksport ke atas eksport kelapa sawit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Menurut Rafizi persoalan mengenai perkara ini timbul setelah beliau menyemak kod tarif bagi bauksit di laman web Kastam berdasarkan Akta396: Akta Pembahagian Duti Eksport Galian 1964, Seksyen 2(1) daN Seksyen 2(2).

Liga M: Kedah & Tan Cheng Hoe Makin Runsing

 
PENGENDALI pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui runsing apabila enam pemain utamanya 'dikebas' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menjalani pemilihan untuk pasukan Sukan Sea 2017.

Menurut bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan itu, kehilangan enam pemain muda yang menjadi harapan pasukan Helang Merah telah merencatkan persediaan yang dibuat untuk mengharungi Liga Malaysia musim ini.

"Bukan seorang atau dua tetapi enam pemain utama telah dipanggil. Ketiadaan mereka memang dirasai ketika menjalani latihan. Tetapi demi masa depan bola sepak negara saya perlu lepaskan.

"Enam pemain ini akan terlibat dalam sesi latihan dan pemilihan oleh Ketua Jurulatih skuad Sukan Sea 2017 iaitu Frank Bernhardt. Jika dilihat dari segi pengalaman dan latihan ia memang menguntungkan pasukan Kedah, mereka diberi pendedahan meluas.

"Setakat ini FAM belum membuat keputusan sama ada pemain terpilih dibenarkan pulang untuk mewakili negeri atau tidak," jelasnya kepada mStar Online.

Najib Lawat Hadi Di IJN

 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pagi Selasa.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut melawat bekas pegawai penerangannya, Datuk Nasir Safar yang juga dimasukkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Beliau ke IJN selepas selesai melakukan pemeriksaan susulan tangannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Saya ke HKL untuk pemeriksaan susulan tangan dan juga melawat mantan pegawai penerangan saya, Datuk Nasir Safar di Institut Jantung Negara. Mudah-mudahan beliau segera sembuh, Insya-Allah.

"Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Datuk Seri Hadi Awang juga sedang dirawat di situ dan turut menziarahi beliau.

"Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh Allah SWT," katanya dalam kiriman terbaharu menerusi Facebook di sini, Selasa.

Bulat air kerana pembentong, Teguh AMANAH kerana Amanah

BULAT AIR KERANA PEMBENTONG – TEGUH AMANAH KERANA AMANAH.
Rencana pandak : IBN ABDULLAH ALAWAB




http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2015/09/AmanahL.jpg
Kita sama-sama bertekad untuk membina dan memberi nilai tambah kepada parti kita AMANAH yang usianya baru kurang lebih tiga bulan. Justeru menjadi keutamaan kepada kita, setiap individu dikalangan kita hendaklah memberi sumbangan sebanyak mungkim mengikut kebolehan, kepakaran dan kemampuan masing-masing. Sejak 40 tahun dahulu lagi, saya menyedari bergiat dalam prti politik bukanlah gedong membuat harta pusaka dan gedong bergudang. Kalau adapun, mereka adalah spesis badut dan joker politik murahan.


Saya mengakui kelemahan saya, tetapi adakah wajarnya saya gantong medium yang saya mampu memberi sumbangan berbentok rencana dan sebagainya. Ianya dapat dibaca dan dikongsi maklumat. Yang baik jadikanlah pedoman dan yang burok buang sahaja kelongkang. Bilamana suasan parti lama kita berada dalam keadaan yang burok dan membosankan untuk saya membicarakannya, jadinya hampir 2 tahun saya tidak menulis. Tetapi sebaik AMANAH dilahirkan, panggilan dan desakkan amat kuat supaya saya mengambil sikap untuk menulis. Dan saya InshaAllah akan menulis. Membicarakan dalaman kita AMANAH, diluar sana parti lama kita dan apalagi umNO(baru)bN akan saya bicarakan.

Mengapa Thailand dan Filipina tak sertai TPPA?

Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

“Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

“Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?” soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

“Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

“Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

“Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat,” kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai ‘zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

“Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

“Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu beriya nak sertainya?" kata beliau. MKini

Isu lebih penting ialah sama ada PAS bersama-sama UMNO atau pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Dr-Dzulkefly-Ahma,pas
PETALING JAYA: PAS perlu menyatakan pendirian untuk meneruskan matlamat menumbangkan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendirian itu lebih penting berbanding menyatakan berapa banyak kerusi yang parti itu mahu bertanding.

Katanya, AMANAH tidak kisah mengenai kerusi selagi parti Islam itu menitikberatkan kepentingan dasar-dasar rakyat dan mempunyai matlamat untuk menumbangkan UMNO.

“Betul, PAS ada perbezaan dengan Pakatan Harapan, tetapi selama tujuan dan matlamat untuk menumbangkan BN, tiada masalah.

“Jangan sampai PAS silap perhitungan. Dia (PAS) kena fikir nak bersama UMNO atau pembangkang (Pakatan Harapan).

“Kalau nak bertanding semua tak apa. Pada kami itu prinsip. Tak timbul isu tiga penjuru kerana prinsip PAS itu perlu jelas dan jangan dolak dalih,” katanya kepada FMT.

Ingat, Umno-BN bukannya selalu kebal

Syed Ali Alhabshee

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin BN dan Umno agar sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi ancaman politik pembangkang.

Katanya, ini kerana ‎ pembangkang menerusi media sosial semakin aggresif melancarkan pelbagai bentuk propaganda untuk memburukkan kepimpinan kerajaan dan Umno.

"Pembangkang akan guna apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap Umno dan BN selaku parti pemerintah," katanya menerusi catatan terbaharu di blognya hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan pemimpin Umno disetiap peringkat supaya tidak menanggap parti sentiasa kebal dan mereka boleh 'tidur lena'.

Malah tegas beliau, rakan-rakan komponen BN juga seharusnya mempunyai iltizam untuk menambahbaik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis sepertimana berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kelebihan Pas hilang setelah Nik Aziz meninggal dunia – Mat Taib

 
SHAH ALAM: Salah satu sebab mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meninggalkan PAS adalah disebabkan pemergian bekas Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, setelah Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015, kelebihan yang beliau nampak di dalam Pas seolah-olah hilang.

“Saya tidak nampak apa yang saya nampak ‘last time’. Sebelum dan selepas masuk PAS. Saya tengok dengan cara buang pemimpin yang kini Parti Amanah Negara (AMANAH). Ini tidak seharusnya berlaku. Kalau orang beragama, ini tidak sepatutnya berlaku. Itu bukan caranya,” ujarnya.

Muhammad yang kini bersama PKR menyatakan, walaupun Nik Aziz bertubuh kecil, tetapi tidak menafikan bahawa Allahyarham mempunyai pengaruh yang besar.

“Dia (Nik Aziz) merupakan lelaki yang bertubuh kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang besar. Semasa dia ada (hayatnya), mereka (pemimpin Pas kini) tidak berani macam ini.

Khairy : Tak perlulah sampai merayu pada Pas

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan parti itu tidak perlu sampai hendak merayu kepada Pas untuk menerima Umno.

Katanya, Umno perlu bergerak dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.

"Lemah sangat kita nak merayu (pada) orang (supaya) ambil kita.

"Kalau orang tak nak kerjasama dengan kita, tak perlulah kita merayu," katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno pertama pada tahun ini.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk tidak menyertai BN atau bersama Umno.

Sg Petani - Lima rumah rosak dilanda puting beliung

Lima rumah rosak dilanda puting beliung

SUNGAI PETANI - Lima rumah di kawasan perumahan Taman Bandar Puteri Jaya, di sini, rosak selepas kawasan itu dilanda puting beliung, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu menyebabkan siling dan bumbung rumah diterbangkan angin kuat, namun cuaca tidak hujan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.

Suri rumah, Zurina Shari, 40, berkata, ketika kejadian, dia berada di ruang tamu dan anaknya berusia lima tahun sedang tidur di dalam bilik, sebelum terdengar bunyi deruman angin kuat.

“Dah agak, mesti kejadian puting beliung, saya tengok melalui tingkap, bila angin ke arah rumah saya, saya lari masuk ke dalam bilik.

"Bunyi angin kuat, bumbung rumah saya tercabut dan diterbangkan angin. Memang terkejut kerana ini adalah kejadian pertama yang menimpa rumah saya,” katanya yang kerugian kira-kira RM1,000.

Sik - Sumbangan dana untuk bina rumah, surau

Tiada dana bina rumah, surau

SIK - Pertubuhan Kebajikan Warga Emas (Perkewa) Raudhatul Jannah di Kampung Charuk Tualang, Bandar Baru Beris Jaya di sini, memerlukan bantuan dana RM350,000 bagi membina rumah warga emas dan surau pusat jagaan berkenaan.

Pengasas pertubuhan itu, Allias Abdullah berkata, kos bagi pembinaan 10 unit rumah warga emas dianggarkan berjumlah RM200,000, manakala surau dianggarkan berjumlah RM150,000.

"Keluasan surau yang ingin dibina ialah 1411.2 meter persegi (4704 kaki persegi) dan keluasan untuk 10 unit rumah warga emas adalah 960 meter persegi (3200 kaki persegi),” katanya.

Bagaimanapun katanya, akibat kekangan sumber kewangan, pihaknya berdepan masalah untuk melaksanakan kedua-dua pembinaan itu.

Kuala Nerang - Duhai YB & MB...nie Titi gantung semakin reput dah nie...!!!

Titi gantung semakin reput

KUALA NERANG - Petani di Kampung Seberang Pengkalan Kiak meminta pihak berkenaan membaiki semula titi gantung di kawasan itu supaya dapat digunakan oleh orang ramai.

Petani mendakwa titi gantung itu sering digunakan mereka sebagai laluan singkat untuk membawa keluar hasil tanaman dari kebun mereka.

Petani, Abdullah Ahmad berkata, sebelum ini, penduduk sering menggunakan titi gantung berkenaan untuk ke jalan utama.

Menurutnya, akibat strukturnya semakin mereput, titi gantung berkenaan tidak lagi digunakan menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan yang agak jauh untuk ke kebun.

“Kawasan seberang itu hanya terdapat dusun dan ladang getah, pemilik kebun terpaksa menggunakan jalan yang agak jauh untuk ke kebun mereka bagi membawa hasil buah-buahan dan menoreh getah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...