TERKINI :

Monday, January 11, 2016

Najib, jangan ingat penduduk kampung bodoh – Anina

anina-saadudin
PETALING JAYA: “Orang kampung bukan bodoh, mereka boleh bezakan antara ahli perniagaan dan pencuri,” tegas bekas ahli UMNO yang dipecat, Anina Saadudin.

Dia berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya memandang rendah rakyat di kawasan luar bandar dan menganggap mereka tidak berpelajaran serta mudah ditipu.

Anina merujuk kepada pelan penyelesaian hutang atau rasionalisasi hutang 1MDB yang diperjelaskan oleh Najib.

Katanya, Najib hanya menggunakan terma-terma perniagaan yang sukar difahami rakyat luar bandar ketika menerangkan pelan penyelesaian hutang itu semata-mata untuk menunjukkan ia nampak hebat di mata penduduk kampung.

“Tapi jangan fikir orang kampung tidak nampak apa yang yang dibuat oleh 1MDB yang telah menjual harta negara kepada syarikat luar,” katanya kepada FMT.

Siapa musuh sebenar PAS dalam PRU14 nanti..????

Shahbudin Husin,

Pas sudah secara rasmi menolak kerjasama politik dengan UMNO dan dalam masa sama, parti itu juga tidak menganggotai Pakatan Harapan atau PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Asas penolakan Pas menolak menyertai PH ialah kerana tidak mahu sekelambu dengan DAP dan Amanah. Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO. Bagaimanapun, Pas masih menjalin kerjasama politik dengan PKR, salah satu parti komponen dalam PH.

Baru-baru ini, PH menandatangani kod etika bersama yang antaranya tidak menggunapakai lagi amalan "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kesepakatan gabungan baru itu untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.

Dengan itu, antara lain perkara yang paling bermakna di sebalik persetujuan itu ialah pembahagian kerusi dalam PH nanti akan dilakukan secara konsensus dan persetujuan bersama secara mutlak antara ketiga-tiga partinya.

Kalau bersetuju, mesti setuju dengan sejujurnya dan jika tidak bersetuju, mesti juga tidak setuju sepenuhnya.

Tiada lagi kemungkinan berlakunya persetujuan dimungkiri atau terjadinya pertandingan sesama sendiri yang semata-mata berdasarkan andaian atau syak wasangka calon parti rakan itu tidak boleh dipercayai, disyaki berfahaman sosialis, terlibat dengan pil kuda atau sebagainya.

Yang Timb Presiden PAS kalut tak nak serah kerusi tu kenapa, sapa yang berpakat dengan anda sekarang nie..??

Oleh  M.A Shah
Eishhh Gua naik hairan kenapa pulak Timb Presiden PAS nie sebok buat kenyataan tak nak serah kerusi.. siapa yang dok mintak kerusi mereka...mereka dah tiada dalam gabungan PAKATAN HARAPAN pun yang dok sebok nak kata tak nak serah kerusi tu... lawan sahajalah 222 kerusi parlimen tu...dan semua kawasan DUN di setiap negeri...

Contoh terdekat di SARAWAK nanti lawan kesemua kawasan nak takut apa.. PAS kan sudah kuat bila bersendirian... Jentera PAS hebat-hebat belaka...lawan kesemua....

PAS tidak akan serah walau satu kerusi.
Radzi Razak | January 10, 2016

Penegasan dibuat Tuan Ibrahim kerana parti itu terlalu banyak berkorban untuk rakan sebelum ini.

tuan-man,pas
KUALA SELANGOR: PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi termasuk kepada sekutu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS sudah terlalu banyak berkorban untuk sekutu politiknya sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata, sejarah sudah menunjukkan di mana parti seperti Parti Negara dan Semangat 46 banyak mengambil kesempatan atas pertolongan daripada PAS.

Firma dedahkan lebih ramai bimbang hilang pekerjaan pada 2015

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya, kata Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll. – Gambar fail Reuters, 11 Januari, 2016.

Bilangan profesional warga Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka mencatatkan peningkatan 2 kali ganda sejak 2014, namun tenaga kerja tempatan tetap yakin dengan pasaran kerja ketika ini manakala kepuasan kerja semakin meningkat, kata firma pekerjaan Ranstad.

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya.

Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll berkata ini mungkin disebabkan jangkaan kelembapan ekonomi Malaysia, akibat daripada pengurangan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Walaupun begitu, 74% pekerja yang disoal selidik berkata, mereka dijangka mencari pekerjaan yang setanding dalam tempoh 6 bulan.

Keyakinan ini bagaimanapun dinyatakan mengikut umur, dengan golongan profesional dalam lingkungan antara 25 dan 34 tahun yang paling yakin dengan jaminan kerja (80%), berbanding 56% di kalangan mereka yang berumur antara 55 hingga 64 tahun.

Najib kembalikan ukhwah Umno-Pas era Tun Razak selepas Nik Aziz tiada


KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengorak langkah luar biasa apabila beliau secara terbuka menghulurkan salam persahabatan parti itu kepada Pas pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.

Ia dilihat banyak pihak sebagai langkah berani dan mencerminkan ciri-ciri negarawan yang terdapat pada diri Najib apabila beliau berusaha untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau ketika ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri, yang menyaksikan Pas menjadi sebahagian daripada 'kerajaan perpaduan' selepas beliau mengilhamkan penubuhan Barisan Nasional (BN).

Umno sudah mengotakan apa yang dikatakannya mengenai perpaduan Melayu atau Islam, dan kini terserahlah kepada Pas untuk bertindak dengan sewajarnya.

BN lahir selepas berlakunya rusuhan kaum pada 1969, yang terkenal sebagai Peristiwa 13 Mei, dan pada Pilihan Raya Umum 1974, Umno dan Pas mencipta sejarah apabila mereka sama-sama bertanding atas tiket BN.

Bagaimanapun, kerajaan perpaduan itu hanya bertahan selama kira-kira tiga tahun berikutan pergolakan politik di Kelantan, yang merupakan kubu kuat Pas, dan parti itu menuduh kerajaan Persekutuan menjadi puncanya lalu meninggalkan BN.

Sultan: Pribumi merintih, bumi dipijak milik orang

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan pemaju hartanah yang dilihat dan dianggap lebih berminat membina rumah yang mahal untuk mengaut keuntungan besar.

Baginda bertitah istilah rumah 'mampu lihat' dan bukan 'mampu milik' semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera.

"Rumah-rumah yang siap dibina dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.

"Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan dalam kalangan hartawan di luar negara," titah baginda pada pengisytiharan Daerah Muallim di Tanjong Malim.

Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Perak.

Sultan Nazrin bertitah isu perumahan merupakan satu isu penting yang wajib diberi perhatian sama ada oleh kerajaan atau pemaju.

Titah baginda negara wajib berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelak penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah.

"...dan pada akhirnya pribumi merintih sendiri kerana bumi dipijak milik orang.

"Kepentingan perniagaan tidak seharusnya sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk - itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan," titah baginda.

- Bernama

UMNO & PAS adalah parti MELAYU tetapi kenapa tidak dijaga MARUAH MELAYU..???


abuhassanadam

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/pas_umno_malaysia_600.jpg

Samada pemimpin UMNO atau PAS, di mana-mana saja mereka pasti menyatakan bahawa parti mereka adalah parti yang mewakili orang Melayu. Memperjuangkan nasib orang Melayu. Memelihara maruah orang Melayu. Akan mempertahankan Melayu sehingga ke titisan darah terakhir. Akan sentiasa mengingati kata-kata Hang Tuah, ‘tak akan Melayu hilang didunia’( tak tahulah aku samada pernah Hang Tuah berkata begitu).

Nama Melayu akan dijaja dan kadang-kadang semacam ‘’dilelong’ oleh dua parti politik ini. Mereka menggunakan nama Melayu sekiranya mereka dalam keadaan ‘tersepit’. Mereka menggunakan nama Melayu sebagai ‘talian hayat’ untuk melepaskan diri apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut, khsuusnya kemelut politik. Samada UMNO atau PAS, itulah cara dan tektik yang digunakan oleh pemimpin dan ahli-ahlinya.

PAS ‘maju’ selangkah lagi dengan menggunakan alasan agama Islam sebagai cara untuk ‘mengahalalkan’ sesuatu tindakan yang meragukan. Suatu ketika dahulu PAS menimbulkan isu ‘kafir mengkafir’ tetapi kini seolah-olah sudah berubah kepada ‘halal-menghalal’. Pemimpin PAS tidak pernah menyuarakan dengan tegas tentang penentangannya terhadap kegiatan rasuah yang bermaharaja lela yang dilakukan oleh para pemimpin kini. Malah dalam hal yang berkaitan dengan IMDB PAS semacam tidak berani langsung menyuarakan tentangan terhadap RM 2.6 billion yang tersimpan dalam akaun DS Mohd Najib.

PAKATAN HARAPAN Sanggup Ketepikan Kepentingan Parti Masing-masing Demi Rakyat

PAKATAN HARAPAN SANGGUP KETEPIKAN KEPENTINGAN PARTI MASING-MASING DEMI RAKYAT ALHAMDULILLAH. 

http://www.themalaysianreserve.com/new/sites/default/files/styles/698x498/public/Pakatan%20Harapan%20-%20PKR%20-%20DAP%20-%20Amanah.jpg?itok=R2QOEBla
Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi akhirnya Pakatan Harapan berjaya menunaikan janji untuk melupakan kepentingan parti masing-masing demi memenuhi kehendak rakyat jelata. Perjanjian persefahaman Pakatan Harapan akhirnya dimeterai dengan satu keberanian luar biasa iaitu dengan menghapuskan kaedah " Bersetuju untuk tidak bersetuju". 

Tiada siapa pun boleh menafikan sekarang ini majoriti rakyat semua kaum amat benci dan meluat kepada Umno/Bn. Bahkan, di kalangan ahli-ahli Umno sendiri mereka tidak dapat menafikan tentang kebencian ramai ahli-ahli Umno terhadap Najib, Presiden mereka. 

Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas membuktikan semua dakwaan ini di mana suara-suara yang mahu mempersoalkan isu 1 MDB dan RM 2.6 Bilion itu digam dari bercakap. Paling mengaibkan, mulut Timbalan Presiden Umno sendiri, Muhyidin Yasin juga digam dari bercakap. Umno benar-benar nazak dewasa ini. Lazimnya, orang yang nazak atau kelemasan akan berpaut kepada apa saja, hatta najis sekalipun. 

Pakatan Harapan tidak akan layan PAS, tumpu kepada isu rakyat

Terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan, kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.
Pakatan Harapan tidak akan melayan kritikan PAS dan akan fokus kepada isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan dasar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu diputuskan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan walaupun terdapat kenyataan yang menyentuh secara langsung mengenai parti-parti dalam gabungan itu sewaktu berlangsungnya Ijtima Pilihan Raya PAS Selangor hari ini.

"Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudaratan kepada rakyat akibat daripada pentadbiran Najib bagi meringankan beban rakyat," kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pakatan Harapan, terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan itu.

Nurul Izzah di kedudukan 108 wanita berpengaruh dunia

http://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2014/12/nurul-izzah_L_140415.jpg
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tersenarai di antara wanita paling berpengaruh di dunia menurut satu tinjuan yang dibuat oleh RichTopia.

Menerusi laman web http://powerfulwomen.co menyenaraikan Nurul Izzah dikedudukan ke 108 daripada 250 wanita berpengaruh dunia.

Menduduki tempat pertama ialah Hillay Clinton iaitu calon Presiden Amerika Syarikat bagi parti Demokrat, sementara tempat kedua ialah pengacara terkenal Oprah Winfrey dan tempat ketiga ialah penulis terkenal J.K Rowling manakala isteri Perdana Menteri Amerika Syarikat, Michelle Obama menduduki tempat ketujuh.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita Malaysia yang turut tersenarai ialah Speaker Selangor Hannah Yeoh iaitu di tempat ke-177.

Pas kemuka 3 larangan kepada ahlinya terlibat dalam program parti AMANAH & DAP..dengan UMNO tak apa..

Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Pas hari ini menggariskan tiga larangan berkaitan keterlibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, larangan tersebut diputuskan oleh Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Menurut Takiyuddin, larangan pertama merupakan larangan penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian, memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

“Ahli-ahli Pas perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program atau aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain.

“Secara umumnya ahli-ahli Pas diingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elak terdedah strok haba dan Hipertermia berikutan Kedah dan Perlis sedang dilanda cuaca panas dan kering

Elak terdedah strok haba

ALOR SETAR - Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak terdedah pada strok haba dan Hipertermia berikutan Kedah dan Perlis sedang dilanda cuaca panas dan kering, antara 33-35 darjah celcius.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, suhu di kedua negeri itu lebih tinggi berbanding negeri lain berikutan kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun 2016 (Mac).

“Rentetan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba, iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celsius, di mana suhu badan individu normal adalah 37 darjah celcius. Jika berterusan, menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan sekaligus berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma seterusnya kematian,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak wajar memandang remeh perkara ini terutama kanak-kanak dan warga emas.

Tiga faktor harga ayam naik mencecah RM13 seekor di Pasar Besar Alor Setar

Tiga faktor harga ayam naik

ALOR SETAR - Kenaikan harga ayam yang mencecah RM13 seekor di Pasar Besar Alor Setar dikenal pasti berpunca daripada faktor cuaca, permintaan dan penawaran.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Shahrudin Hamzah berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasaran selepas Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas berakhir 27 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan, mendapati ayam yang dijual pada harga RM13 seekor adalah ayam yang dilayur dan mempunyai berat sekitar 1.5 sekilogram. Berlaku sedikit kenaikan di pasaran,” katanya, selepas operasi pemeriksaan harga di Pasar Besar Alor Setar.

Menurutnya, hasil pemantauan ke atas 13 gerai menjual ayam, mendapati harga ayam standard sekitar lingkungan RM7.20-RM8 sekilogram manakala harga ayam standard yang dilayur antara RM7.50-RM8.50 sekilogram.

Pakailah topi keledar walaupun hendak ke masjid


http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2015/07/10984497_1008319439180466_956004464561458804_n.jpg
GAMBAR HIASAN
ALOR SETAR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof berkata, ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid.

"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Jan hingga Sept 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015.

"Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...