TERKINI :

Sunday, January 10, 2016

RAFIZI tempelak pimpinan PAS yang sebok urusan PAKATAN HARAPAN

Bahasa Yang Tersirat Di sebalik Tulisan Rafizi Ramli


"Yang tandatangan perjanjian ini KEADILAN, DAP dan AMANAH. Yang kami nak lawan adalah Najib dan konconya dalam Umno yang menyusahkan rakyat.

Yang parti lain(Pas) tidak terlibat itu terpulanglah dengan keputusan kamu, sudah buat keputusan untuk bersendirian dan saling menasihati Umno.

Saya hormati keputusan itu, tapi tidak perlulah(Pas) perlekehkan usaha parti-parti kami yang sedang menjalankan tanggungjawab kami membela rakyat.

Tidak nampak akhlak Islam(Pas) bila terlalu banyak mengata kepada orang lain, lebih baik tumpu kepada misi masing-masing." Rafizi Ramli


SUMBER : KLIK SINI

Apabila MUHYIDDIN turun padang hari ini, maka anda saksikanlah....

Shahbudin Husin,

Semalam Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat pasar malam popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa juadah sambil beramah mesra dengan peniaga serta orangramai di situ.

Untuk tahun 2016 ini, Muhyiddin belum lagi bercakap soal politik dan kedudukannya kerana didakwa melakukan kesalahan berikutan ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga tidak diketahui lagi sama ada akan diambil tindakan disiplin oleh MT UMNO atau sebaliknya.

Jelas dapat dilihat, meskipun dipecat daripada jawatan kerajaan, popularitinya di hati rakyat sentiasa meningkat. Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.

Nik Omar Nik Abdul Aziz - 'Saya mencontohi dakwah Tok Guru’

'Saya mencontohi dakwah Tok Guru’
WALAUPUN‎ dipalit dengan isu  menyertai Amanah, wajahnya cukup tenang, jawapannya juga bersahaja, malah jauh daripada emosi.

Perwatakan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  menggambarkan beliau seorang yang  tidak mudah melatah walaupun diterjah dan dikritik ekoran kenyataan yang dikatakan berpihak kepada Amanah.

Ikuti pandangan politik beliau yang dikongsi bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan jurufoto, Jazaly Amry Jaafar pada temu bual bersamanya di  Pulau Melaka baru baru ini.

Timbul kontroversi ustaz akan menyertai Amanah? Apa pendirian sebenar ustaz?
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim pun sudah nafikan, macam saya sebut, bukan sahaja Amanah, tetapi sekiranya Umno ajak pun saya pergi,  adakah jika saya pergi saya sudah jadi orang Umno atau hendak bergabung dengan Umno.

Beberapa pendekatan dan pandangan ustaz dilihat condong kepada Amanah?
Pertamanya politik adalah kehidupan, sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak, semua boleh bagi pandangan, mungkin didikan atau ilmu pengalaman apa yang kita tengok dalam kehidupan.

Kedua, mungkin timbul pelbagai persepsi, selepas ketiadaan Tok Guru, saya secara peribadi  menghormati kepimpinan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  namun selepas pemergian Tok Guru, kita berselisih pandangan dalam Pas dan berakhir pada Muktamar,  hampir keseluruhan AJK Pas Pusat ketika itu kalah, sama ada dirancang atau kebetulan kumpulan  yang kalah itu telah bentuk satu pemikiran iaitu profesional atau aktivis, saya lihat semasa  selisih pandangan pada masa itu tiada usaha yang serius atau mungkin ada tetapi kita tidak tahu sebab kita ahli biasa, tetapi bacaan umum tiada usaha yang serius untuk selesai permasalahan di sudut dalaman.
Ia berkait dengan penerusan gagasan PR itu sendiri, ini adalah faktor utama sehingga kita lihat apa yang  berlaku  sehingga hari ini. Mungkin presiden dan kepimpinan hari ini melihat zaman mereka tidak sama ketika Tok Guru.

Akhirnya BN gembira, Biar AMANAH & PAS terus bergolak

Biar AMANAH, PAS terus bergolak

Kenyataan terbuka PAS yang menganggap Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai musuh mereka adalah isyarat jelas bahawa gabungan pembangkang kini bergolak teruk.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN memang tahu pakatan pembangkang sedang bergolak.

"Biar mereka bergolak lagi," katanya di sidag media selepas merasmikan ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ditanya pendapatnya mengenai kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengenai cabaran dihadapi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap di Kuala Selangor Iskandar berkata PAS bercadang untuk bertanding di 25 kerusi dewan undangan negeri dan mungkin berdepan cabaran daripada AMANAH.

Tengku Adnan berkata pada dasarnya BN tidak mahu campur tangan atau membuat kenyataan mengenai parti lain.

Namun, pada pandangannya gabungan pembangkang boleh dianggap seperti lalang kerana tidak mempunyai pendirian jelas.

"Parti yang ada pendirian hanya BN," katanya.

Ketika ini AMANAH mempunyai dua wakil di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Saari Sungib yang dari kawasan Hulu Kelang dan Hasnol Baharudin (Morib).

Kedua-dua mereka sebelum ini bertanding - dan memenangi kerusi itu - melalui tiket PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Dengan rasminya PAS istihar AMANAH sebagai musuh baru mereka, jadi tak salah jika bertembung 3 penjuru selepas ini

AMANAH musuh baru PAS

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.

Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Permintaan akar umbi

Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.

Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.

Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.

Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.

“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).

“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017.

PEKELILING PEJ AGUNG PAS : Jangan pie program AMANAH & DAP!!!

PEKELILING PEJABAT AGUNG PAS

Menghadiri majlis UMNO, MCA, MIC atau mana-mana majlis komponen Barisan Nasional tidak menjadi halangan. Kini, yang menjadi halangan hanyalah menyertai majlis anjuran Amanah dan DAP.

Pas harus sedar apabila bermusuh dengan Amanah dan DAP bukan bermakna hanya nermusuh dengan dua parti itu sahaja malah melibatkan PKR yang kini telah memetrai Perjanjian Pakatan Harapan(PH) untuk bekerjasama.

Maknanya semua kerjasama politik PH kini menyeluruh termasuk menyediakan kerjasama yang lebih kukuh menghadapi serta mempertahan kekuatan politik komponen PH dari sebarang serangan BN atau mana-mana jua parti politik yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan termasuk Pas.

Pas seharusnya sedar Pakatan Umno-Pas akan bertembung secara berhadapan dengan PH di dalam pilihanraya umum ke-14 nanti. Tiada lagi masa menoleh kebelakang agar bersama politik Pas yang kurang matang akibat dari sikap mereka yang tidak pernah mantap ketika membuat keputusan bersama.

U Turn(pusingan kembali), mengkhianati keputusan antara parti, membuat kenyataan yang mengelirukan, meletakkan calun bertindih ketika PRU dan berbaik dengan Umno adalah di antara elemen politik Pas yang sentiasa memeningkan kepala rakan dan penyokong sendiri.

Bagi membulatkan tekad serta azam agar dapat menumbangkan Umno-BN, PH kini memperkukuhkan pemuafakatan untuk mengembeling tenaga secara bersama sebagai persediaan menghadapi PRU-14. Bersama Pas hanya akan menimbulkan kecelaruan. Politik mereka yang berkecamuk secara tidak konsisten telah bermula semenjak 2008.

Sepatutnya Pas seharusnya sedar bahawa mereka kini telah ketinggalan jauh dari pentas arus perdana. Bermula 1982 Umno-BN kembali sebagai musuh kini mereka telah berputar 360° menjadikan Umno-BN sebagai rakan 'TAAWUN'(tolong menolong). Inikah politik yang ingin diperlihatkan kepada rakyat Malaysia.?

Pas ingin bantu membantu serta tolong menolong dengan Umno yang telah banyak menyusahkan rakyat jelata. Dosa-dosa Umno-BN di lihat telah terhapus dan terpadam hanya sanya kerana ingin melunaskan impian yang mereka sebut demi Melayu-Islam. Kenapa tidak sedari dulu lagi memasang impian untuk Melayu-Islam. Kenapa baru kini impian itu menjelma.?

Retorik ini semakin menjadi-jadi semenjak Najib teruk di belasah Tun Mahathir dan Muhiyuddin Yassin. Semakin teruk Najib di belasah semakin berani serta galak pula Hj Hadi mempertahankan Najib. Tidakkah bingung memikirkannya.?

Marilah kita tinggalkan politik Pas yang sentiasa membingungkan rakyat kerana sering mencipta perpecahan. Ayuh kita mulakan hari ini dan akan datang sehingga PRU-14, pertembungan sebenarnya ialah PH menentang BN. Kuatkan tekad serta azam dan gerak kerja yang bersungguh-sungguh bahawasanya Umno-BN wajib di tumbangkan demi kebahagiaan rakyat Malaysia.

INGAT..!
PH vs BN

Admin
~UAA SUPPORTERS

PM usah kelirukan rakyat dengan GST

Oleh Faiz Fadzil

http://1.bp.blogspot.com/-178cfT7YynI/VZNZ8nOjPtI/AAAAAAABMUI/xzMFOt8dWIQ/s640/Faiz.jpg
Kenyataan PM hari ini yang mengatakan GST menyelamatkan ekonomi negara dan menampung hasil kerajaan serta dapat membantu rakyat melalui pemberian BR1M cukup mengelirukan.

Tidakkah PM sedar yang rakyat kini sedang bergelut dengan tekanan ekonomi akibat kenaikan harga barang, petrol, tol, kos sara hidup dan caj pengangkutan awam.

Jika benar GST membantu rakyat, kenapa kadar tol perlu dinaikkan?

Bukankah kutipan GST sebanyak RM 27 bilion dalam tempoh 9 bulan pada tahun 2015 lebih daripada cukup untuk menampung bayaran kepada syarikat konsensi lebuh raya bagi mengelak kenaikan tol.

Pemberian BR1M juga tidak membantu meringankan bebanan perbelanjaan rakyat kerana hanya segolongan rakyat sahaja merasainya sedangkan kos sara hidup yang tinggi ini perlu ditanggung semua segmen rakyat termasuk yang tidak menerima BR1M.

Menteri kalau suka bergurau, berhenti jadi menteri pie masuk Maharaja Lawak Mega

KALAU SUKA SANGAT BERGURAU, BERHENTI SAJA JADI MENTERI!!

Hamzah Zainuddin akhirnya mendapat "penangan pertama" media berikutan kenyataannya yang meminta rakyat membawa bekal ke pejabat sebagai salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Kebetulan beliau yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil alih tempat Hassan Malek yang digugurkan daripada kabinet, kenyataannya itu rata-rata membuatkan Hamzah mula dilihat sebagai mempunyai gaya pemikiran yang sama dengan pendahulunya itu.

Hasan Malek merupakan menteri yang paling banyak dipertikaikan umum berikutan kenyataan tidak cerdik yang dikeluarkannya yang antata, "jangan makan ayam jika harganya mahal" sehingga akhirnya digugurkan dalam rombakan kabinet Julai 2015 lalu.

Setelah beberapa hari menjadi mainan di media sosial, Hamzah kemudian tampil mengakui kenyataannya itu hanya gurauan sesama kakitangan di kementeriannya saja.

"Itu saya bergurau di perhimpunan bulanan kementerian, bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat.

"Saya tak suruh rakyat bawa bekal. Selepas ini saya tak boleh melawak lagi dengan media", kata Hamzah membetulkan salah tanggapan yang sudah tersebar luas mengenai kenyataannya itu.

AJK PAS Pusat mengatakan Perjanjian PH hanya cakap-cakap saja

Mohd Zuhdi Marzuki

GOMBAK - Pemeterian perjanjian Pakatan Harapan (PH) berhubung pihaknya tidak akan menggunakan lagi prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' hanyalah 'cakap-cakap sahaja' dan hanya diatas kertas, kata Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Mohd Zuhdi berkata, adalah mustahil untuk manusia yang dilahirkan dengan pelbagai rencam untuk bersetuju dalam semua perkara yang direncanakan.

"Perkara yang samalah, janji yang termeterai PR dahulu hanya tertulis, tidak tertulis dalam hati.

"Dia tulis atas kertas akan buat begitu begini, tetapi hati masing-masing ada agenda sendiri, dan ia tidak akan berkekalan.

"Bagi saya apa yang PH katakan itu sekadar cakap sahajalah....kerana mustahil manusia bersetuju dalam semua perkara. Kerana manusia ini akan ada perbezaan pandangan," katanya ‎kepada pemberita di Taman Melewar bersempena mesyuarat khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Gombak hari ini.

KUALA LUMPUR: Pas hari ini menegaskan tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan UMNO sekalipun pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketetapan itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini bahawa tiada kerjasama melibatkan aspek politik dengan UMNO.

"Hingga pilihan raya akan datang, takkan ada kerjasama politik dengan UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkara itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di sini.

Majlis taklimat itu turut dihadiri Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dan pimpinan tertinggi PAS lain.

Abdul Hadi yang meninggalkan majlis berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sambutan peserta yang terdiri daripada kira-kira 200 pimpinan PAS pusat dan negeri.

Isu kerjasama antara Pas dan UMNO kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh hal itu dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Najib menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenar.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Abdul Hadi ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.

Mustafa bagaimanapun berkata Pas tidak menolak kerjasama dengan UMNO dalam sektor selain politik termasuk dalam membantu meningkatkan kepentingan rakyat di bidang pendidikan dan ekonomi.

"Keputusan Majlis Syura Ulama itu kita dah terangkan kepada ahli, semua faham....sekarang ini kita akan turun dan jelaskan ke peringkat akar umbi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pas akan bertanding lebih daripada 10 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangkakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Setiausaha agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada kompromi dari segi kerjasama strategik dengan mana-mana pihak dan apa jua strategi yang akan dilakukan mestilah berasaskan dasar parti.

"Kalau dulu kita bersama Pakatan Rakyat kita ingat bahawa dasar kita tidak akan terjejas, tapi bila dah terjejas kita tak boleh buat apa lah," katanya.

Dalam pada itu anggota jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki menempelak keputusan Pakatan Harapan untuk tidak lagi menerima dasar 'bersetuju untuk tidak bersetuju' kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

"Setiap manusia ada perbezaan pandangan masing-masing dan konsep Pakatan Harapan untuk 'unity in everything' (sepakat dalam setiap perkara) adalah sangat mustahil," katanya.

Amanah Melaka : Kenapa Kuliah Azhar Idrus Tak Boleh, Program Ratu Cantik boleh..!!


Keputusan pelik kerajaan negeri Melaka.

Amat menduka citakan umat Islam amnya negeri Melaka apabila kerajaan negeri Melaka menghalang kuliah ustaz Azhar dan vape tetapi dalam masa yang sama menghalalkan ratu cantik tourism yang sudah tentunya hukumya haram bagi orang Islam untuk menghadiri dan sewenang- wenangnya di luluskan.

AMANAH Melaka ingin penjelasan secara terperinci akan tindakan kerajaan negeri yang kami rasakan satu tindakan yang tidak adil dan memalukan Islam.

1. Di manakah rujukan agama dan exco agama atas dua perkara di atas sedangkan bersama-sama menghadiri dalam program kemaksiatan adalah haram.

2. Kenapa kuliah agama contoh salah satunya ustaz Azhar Idrus di larang untuk memasuki masjid tetapi kegiatan maksiat dan hiburan di benarkan.

3. Apakah bentuk atau syarat-syarat pertandingan ratu cantik tourism ini di benarkan di negeri ini agar rakyat amnya umat Islam memahami akan kelulusan tersebut.

'Pemimpin utama Harapan di Sg Buloh, bukan Gua Musang atau Pagoh'

  
 
Pemimpin utama Pakatan Harapan adalah yang berada di penjara Sungai Buloh, bukan dari Gua Musang atau Pagoh seperti yang dispekulasikan, kata seorang pemimpin kanan pakatan itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan demikian ketika partinya, bersama-sama dengan DAP, mengulangi sokongan mereka kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara, sebagai pemimpin utama mereka.

"Amanah telah bersetuju bahawa pimpinan utama kita adalah yang berada di penjara Sungai Buloh. Kami tidak mencari calon lain, sama ada dari Gua Musang atau Pagoh," katanya.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ternyata Mat Sabu menolak spekulasi bahawa Harapan akan mengintai kalangan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan parti pemerintah itu.

Spekulasi telah menamakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas timbalan perdana menteri yang juga ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pembangkang DUN Kedah - Kerajaan negeri tidak bankrap akibat rebat cukai

Kerajaan tidak bankrap akibat rebat cukai

ALOR SETAR - Keputusan memberi rebat cukai tanah oleh kerajaan pimpinan Pas pada 2008 dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan diyakini tidak menyebabkannya bankrap.

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pendekatan itu dibuat kerana kerajaan negeri pada ketika itu mampu mencari sumber lain sebagai hasil pendapatan negeri.

“Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan soal kebajikan rakyat, kita harus berusaha mencari sumber baru yang tidak membebankan rakyat.

“Antara yang boleh digunakan adalah hasil balak secara optima yang dibenarkan pihak berkaitan sebagai hasil pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri pada ketika itu mampu mendapat hasil balak yang banyak, namun perbelanjaan yang digunakan amat berhemah.

“Semasa kita perintah Kedah, jumlah balak yang diteroka sekitar 2,850 hektar dan tidak melebihi 3,000 hektar setahun. Tetapi hasilnya adalah lebih banyak berbanding yang diperoleh kerajaan negeri sekarang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...