TERKINI :

Saturday, January 9, 2016

Sudah Kritikal Dah Nie.. Siswa kelaparan, 300 bungkus habis tidak sampai 10 minit -

Pelajar yang memerlukan makanan percuma, anjuran Food for Mahasiswa (FFM), berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. FFM membuka gerai tiga hari dari Selasa hingga Khamis mulai 8 malam kecuali hujung semester, selama lima hari bekerja. ��
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Masalah kelaparan di kampus-kampus tempatan makin serius. Ramai pelajar dilaporkan tidak makan kerana masalah kewangan.

Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”


Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).

Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.

BR1M tak mampu bantu semua orang

BR1M

SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak membantu meringankan bebanan perbelanjaan rakyat kerana hanya segolongan rakyat sahaja menerima bantuan tersebut, manakala sesetengahnya lagi masih menanggung kesan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, meskipun kadar BR1M dipertingkat bagi tahun ini, ia masih tidak mampu menampung beban yang ditanggung oleh rakyat.

“Pemberian BR1M sebanyak RM1000 setahun tidak setimpal dengan anggaran purata GST yang dikutip daripada setiap rakyat sebanyak RM7000 setahun.

“Tidakkah kerajaan sedar yang rakyat kini sedang bergelut dengan tekanan ekonomi akibat kenaikan harga barang, petrol, tol, kos sara hidup dan caj pengangkutan awam.

PAS: Apakah PM beri bayangan kadar GST bakal dinaikkan?


Apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memberi bayangan bahawa kadar GST bakal dinaikkan?

Begitulah persoalan yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

"Apakah PM sedang memberikan bayangan bahawa kadar GST akan dinaikkan atau GST bakal dilebarkan untuk meliputi lebih banyak jumlah barangan dan perkhidmatan termasuklah RON95 dan bayaran tol, bagi terus menampung hasil negara memandangkan harga minyak sedunia dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih?

"Perkara ini tidak mustahil. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’, kini GST digelar sebagai penyelamat. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’ juga, kadar GST boleh dinaikkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dan jika kadar GST dinaikkan, ini bukan kali pertama PM dan kerajaan BN membelakangkan kesusahan rakyat," tambahnya.

Tiada lagi ‘setuju untuk tidak bersetuju’, Pakatan Harapan tubuh badan perantara


Pakatan Harapan pada Persidangan Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pagi ini memutuskan untuk ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang dipersetujui. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Januari, 2016.
Prinsip setuju untuk tidak bersetuju bukan lagi menjadi asas kepada gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan, sebaliknya ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang dipersetujui.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, salah seorang sekretariat dalam membentuk Perjanjian Pakatan Harapan berkata, konsensus bersama menjadi asas kepada gabungan baharu itu.

"Fasal pertama, segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.

"Agree to disagree (setuju untuk tidak bersetuju) bukan lagi prinsip Pakatan Harapan," kata Rafizi semasa Persidangan Pertama yang diadakan di Shah Alam, Selangor pagi ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keputusan konsensus itu akan mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan.

"Jika keputusan bersama secara konsensus sudah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti," katanya.

Beberapa prinsip penting dalam Perjanjian PAKATAN HARAPAN 2016

BEBERAPA PERINSIP PENTING DALAM PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN 2016:


KEPUTUSAN BERSAMA
1. Tiada lagi perinsip "agree to disagree".
2. Keputusan tertinggi Pakatan Harapan adalah daripada Majlis Presiden.

PENYELESAIAN PERTIKAIAN
3. Parti lain boleh membuat aduan terhadap pelanggaran anggota parti lain dalam Pakatan Harapan.
4. Aduan kes pelanggaran perjanjian akan dikendalikan oleh Badan Perantara yang dilantik oleh Majlis Presiden

PILIHAN RAYA
5. Meletakkan hanya satu calon Pakatan Harapan di mana-mana peringkat pilihan raya.
6. Pertikaian kerusi akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden.
7. Mana-mana parti tidak akan berunding secara sendirian dengan parti lain yang tidak berada dalan Pakatan Harapan kecuali dimaklumkan kepada Majlis Presiden.

KEABSAHAN PAKATAN
8. Jika salah satu parti secara jelas melanggar perjanjian, kesemua parti lain dalam Pakatan Harapan berhak membuat keputusan menggugurkan keanggotaan parti tersebut.

Kertas siasatan RM2.6 bilion dikaji dengan teliti

Mohamed Apandi Ali
KUALA LUMPUR - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan beliau akan mengkaji secara teliti kertas siasatan mengenai kes SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata bukti telah diperoleh daripada lebih 100 saksi berhubung kes berkenaan.

"Ia bukan hanya satu fail. Jadi, saya perlu mengkajinya dengan teliti," katanya kepada pemberita pada perasmian Tahun Perundangan Negara 2016 di sini, hari ini.

Dalam kenyataan pada 31 Disember lepas, SPRM berkata ia sudah menyerahkan kertas siasatan kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara pada hari yang sama.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Mohamed Apandi berkata perlu ada keseimbangan antara hasrat melaksanakan akauntabiliti dan ketelusan berbanding keperluan mengekalkan kerahsiaan maklumat rasmi yang sensitif daripada orang awam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...